12 December 2010

cara memasak megi yang betul





ish.
terliur pulak tengok megi kari kat atas ni.

ok, hari ni aku nak bagi tips sikit bagi sesiapa yang nak masak megi.
korang mesti suka megi kan??
tambah-tambah bebudak Uni, bebudak yang dok hostel lah kebanyakannya.

aku memang suka megi dedolu.
masa tu sekolah rendah/menengah.
tapi dilarang sekeras-kerasnya oleh mama aku.
tak dibenarkan beli megi di rumah.
kalau nak beli pun,
aku kumpul duit, beli senyap-senyap.
masak senyap-senyap kat rumah.
makan dengan adik aku.
huhuhuh
tapi kantoi dengan mama bila plastik bungkus megi lupa nak buang.
adehhh~

yela.
mama marah sebab tak bagus makan megi ni.
sebab perencah dia tu tak bagus.

aku pun ingat camtu gak sebenarnya.
tapi bukan yang tu yang betul sebenarnya.
yang bahayanya ialah air rebusan megi tu.
dorang ada guna something nak kasi megi tu melekat elok je semasa sebelum direbus.

so korang, bila nak masak megi tu.
kan korang rebus dulu megi tu dalam periuk,
or ada yang just rendamkan megi tu dalam air panas je kan sampai dia kembang.
masa ni jangan letakkan perencah lagi yer

bila megi korang tu dah kembang
korang toskan megi tu.
kasi buang air rebusan tu k.
air tu yang bahaya tauu.

pastu, korang letakla air panas yang lain dalam mangkuk berisi megi yang kembang tu.
ha, pastu baru letak perencah.
perencah tu letak separuh sudahla.
tak payah letak semua.
nanti gugur rambut nanti haaa.
botak kaparaaa.

haa.
tu je ye.
beboii.

No comments: