20 November 2012

Percutian ke Pulau Pangkor

Dah berapa lama tertangguh entri ni. Disebabkan aku tengah banyak masa senggang ni, jadi bolehla aku buat entri ni. Aku berazam untuk menyiapkan entri percutian aku yang banyak tertangguh. Haha. Percutian ke Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Seremban-Melaka-Johor dan K.Lumpur (sooooon!)

Pada bulan Ogos yang lepas, aku ada Kursus Guru Baru untuk cikgu cikgi seluruh Perak yang diadakan di Pulau Pangkor. Masa aku dapat tau tu, seronok jugak sebabnya aku yakin ramai member aku pun akan terlibat sebab geng-geng maktab aku kebanyakannya semua posting kat Perak. Hehe.Cuma ada tiga orang geng rapat yang posting di luar Perak so depa tak dapat join lah. Tak best sikit di situ. Aku kalau geng-geng aku tak join kursus tu, takda lah semangat sangat aku nak pegi. Sebab takda geng, pastu berhari-hari pulak tuh. 3 hari 2 malam. Pasti bosan. Ni, dah ramai geng, mestilah teruja! Hehe.

Aku rasa macam semua peserta yang ada kat situ mostly dari Ipg Ipoh ja iaitu maktab aku. Semua peserta 300 lebih kalau tak silap aku. Depa bahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menginap di Suria Beach Resort dan satu lagi kumpulan menginap di Bayview Beach Resort. Aku menginap di Suria Beach Resort. Member rapat aku semua nya di Bayview. Tapi kat Suria Beach resort pun aku ada lah kawan maktab tapi bukan geng gedikgedik aku. Tapi rapat lah jugak, so aku dok sebilik dengan dia.

Disebabkan dibahagikan kepada dua kumpulan maka program pun dijalankan berasingan. Jadi aku terpisah la dengan geng-geng aku. Sob3. Tapi takpa, dalam group aku tu pun ramai jugak kawan-kawan lama dan baru. Lagipun, aku ada join group KPLI Perak. So, apa-apa info aku tengok kat group tu la. Info tentang nak pi Pulau Pangkor aku tengok kat group tu. Jadi bila pi sana, mula buat sesi reunion dan buat kawan baru. Hehe. Depa dok tanya aku, aku ni Nur Shazwani yang letak profile picture muka sebelah tu ja ka? Hahahaha. Tetiba ramai pulak yang bertanya, kan. Padahal, aku jarang kot dok mengomen kat group tu. Aku cuma selalu tengok-tengok je apa yang dipost,info-info penting dan komen-komen group member yang lain. Semasa kursus tu, semua cikgu cikgi pakai baju formal dan nametag. So bila tengok nametag, masing-masing mula lah bertanya, ni Zana, yang guna nick zananziha (contoh) kat Fb tu ke? Ha, gitu lah sesi reunion nya.

Yang best pi sana adalah makanan. Dahla kerap makan, free lagik sedap lagik. Wahhh, heaven betul. Last day, pihak penganjur (JPN Perak) kasi makan seafood bakar. Nyummm. Ada ketam, udang, ayam, sosej dan macam-macam lah. Ohh. Lupa nak cakap, Suria Beach Resort dengan Bayview Beach Resort ni bertentangan je lokasinya. Dekat sangat. Mungkin 10saat perjalanan. Hehe. So, aku tak kisah sangat lah walaupun terpisah kejap dengan geng aku sebab dekat ja resort kami.

Walaupun program dijalankan berasingan antara 2 kumpulan, tapi waktu rehatnya lama. Program selalunya habis pukul 4.30 petang dan mula balik pukul 8.30 malam jadi sempat lah jalan-jalan sekitar pantai. Nak pi jetski ka, island hopping ka, boleh la sebab waktu panjang.

Jom lah layan gambar. Aku tak susun ikut susunan tau. Campoq adok ja.



 Permandangan di tepi pantai pada waktu malam. Sunyi sepi! Macam pulau tinggal pun ada. Yang ada mat-mat rempit dok menyanyi main gitar tepi pantai, ada yang jual burger, ada yang bukak gerai kecik. Tapi serius macam pulau mati. Mungkin sebab bukan hujung minggu kot. Kalau hujung minggu, mungkin meriah sikit.

 Kat Pulau Pangkor memang banyak sangat hornbill. Apa itu hornbill? Hornbill adalah burung enggang. Yang banyak kat Sarawak tu. Hehe. Memang banyaklah hornbill, siap melintas terbang depan aku dengan selambanya. Merata-rata. Dahla terbang rendah. Kami pi main tepi pantai, pastu abang beachboy offer kami bagi makan roti kat burung-burung ni. Memang jinak lah. Tabur je roti, semua pakai serbu. Tapi cerdik burung nih. Depa makan roti yang takda kerak tepi tepi tu ja. Kalau ada kerak, depa tenyeh kat batang pokok sampai tinggal roti yang putih tu ja. So sesapa yang pi Pangkor, jangan lupa bagi makan enggang tau. Bukan senang nak jumpa enggang. Kat situ siap ada resort nama Hornbill resort lagik. Hehe

 Ada masa terluang, kami join pakej ni, yang menawarkan pakej pusing pusing satu pulau naik van (teksi). RM10 ja sorang. Drebar bawak pusing satu pulau. Pening kepala aku tau naik bukit curam gilaaaa dengan jalan sempit lagik. Paeh kawan aku kata, jangan sesapa nak muntah dalam van, kalau tak rugi seploh hengget. Hehe. So, pakcik tu bawak pi kilang keropok ikan (seafood). Kan Pangkor terkenal dengan segala macam keropok ni. So, semua cikgu cikgi pakat memborong lah, untuk anak murid lah untuk cikgu yang memesan lah. Aku pun borong lah jugak tapi sikit je. Macam-macam jenis keropok ada sampai rasa nak beli semua. Keropok udang ada, Keropok ikan bilis ada, keropok sotong ada. Macam-macam. Ada yang tiga bungkus RM10.


 Kami semua naik van ni lah. Van pink ni berfungsi sebagai teksi kat Pangkor. Masa baru sampai ke jeti, aku naik van ni dengan bayaran sebanyak rm8 untuk ke resort. Kalau kongsi-kongsi dengan kawan, lagi jimat.
Semua dalam van tu adalah semua budak IPG Ipoh. Ada lagitu yang tercicir sana sini naik van lain. Hehe


 Kemudian, drebar bawak singgah di Replika Tembok Besar China. Memula ingat nak panjat sampai atas, pastu kak Farah sebelah kiri aku tu takut sebab kat sini macam kawasan orang Cina zaman dulu-dulu sikit. Ada patung patung Buddha, ada kolam ikan, ada patung-patung lain yang skeri lah jugak. Huhuh. Aku pun rasa seram jugak. So, kami bergambar kat bawah-bawah je. Geng-geng cikgu cina naiklah sampai ke atas nun. Cer tengok dalam gambar. Macam skeri jugak kan tempat dia.


 Ini dekat tempat parking kereta di jeti di Marina Bay. Bayarannya mengikut hari kalau aku tak silap. Tapi tak berbumbung lah. Kami park kereta kat sini dan naik jeti di Marina Bay. Ada dua jeti iaitu satu di Lumut dan satu di Marina Bay kalau nak ke Pangkor. Marina Bay ni jeti baru. Tu aku berposing kat kereta Hasri. Semua pakat pakai Vios dah member-member aku ni. Nak dekat 6-7 orang pakai Vios. Sorang Preve. Aku ja dengan Oranje yang comel sesuai lah dengan tuannya yang kecil moleks. Ahaksss!


 Blurrrr! Satu-satunya group foto tapi blur. Salah si penangkap gambar tuh. Masa tu ada satu couple Melayu tengah berjalan tepi pantai, Aku yang comel ini telah dipaksa oleh depa yang lain untuk panggil couple tu tolong snap sat. Pastu boleh pulak dok buat malu-malu kucing. Aku cepuk kepala tu satgi. Yang pempuan tu lah dok buat memalu. Aku mestilah bagi kat pempuan tu suruh snap kan. Kang bagi kat laki dia, nanti dia jeles pulak. Sekali dia buat terhegeh-hegeh apa taktau. Macam tak nak ambik ja kamera yang aku dok hulur tu. Last-last laki dia tolong ambik dan snap kan tapi blur jugekkk!


  Peacee!!








 Macam tak berapa nak pantun ja pantun ni kan? Hahaha. Kebanyakan pekedai adalah berbangsa Cina, so pantun pun lain macam lah. Ni aku snap dekat kedai-kedai dekat dengan jeti. Yang nak beli keropok tu, kena survey-survey dulu. Banyak kawan aku yang borong gila gila masa kat kilang keropok tu, tapi sekali mai kat sini, lagi murah! Haa, kan dah rugi. Ikan bilis, sotong kering pun banyak di Pangkor ni. Macam-macam jenis ikan bilis ada. Tapi aku rasa macam sama je rasa dia semua. Hahaha. Aku ada beli seaweed kat sini. Aku memang penggemar seaweed yang rangup. Ada perisa barbeque, tomyam, original. Uncle yang jual kat sini pasang radio Hot Fm sambil nyanyi lagu Yuna. Hahaha. Bila aku puji dia pandai nyanyi, dia kata 1 Malaysia maaa. Hahaha.Ni hen hao uncle.


 Kebanyakan kedai yang jual keropok-keropok ni, depa bagi rasa dulu. Aku ni rasa macam nak habiskan sebalang tu ja. Wahahaha. Dah boleh rasa tu, pilih la betoi-betoi.Jangan pi pilih keropok yang liat-liat pulak.


 Bila malam menjelma selepas selesai program dalam pukul 10 malam gitu. Kutu-kutu raya cam aku and the geng ni mana reti nak dok dalam bilik senyap-senyap jadi kami keluar melepak tepi pantai. Rakan sebilik aku dua orang tu dah kahwin jadi perangai pun terpuji sahsiah terpuji, tak la keluar melepak cam kami nihh. Hehehe. Kami lepak tepi pantai, sambil makan kerang bakar cicah sos. Aku order nasik goreng. Masa tu aku baru lepas makan ja, tapi masih jugak order nasik goreng. Hahaha. Gerai ni diuruskan oleh remaja-remaja kat sini. Takda generasi pakcik-pakcik kat sini. Remaja-remaja pulak banyak yang macam mat rempit ja aku tengok. Laki pempuan dok merempit melepak malam-malam buta. Geleng kepala ja cikgu cikgi ni tengok. Sebelah gerai ni ada tempat karoke. Satu lagu singgit. Memula aku ingat nak try lah satu dua lagu sebab aku memang kaki karoke. Hahahaha. Kawan aku lagi sorang pun sama cam aku. Tapi dah bila tengok penonton semua nya lelaki, tetiba jadik segan. Sebab tempatnya open sikit. Tapi kami makan kat gerai tu sambil diiringi lagu-lagu jiwang 90an. Dahla yang menyanyi tu semua suara memang sedappp. Remaja-remaja situ gakla yang dok memeriahkan majlis.


 Inilah si dia pemilik kamera dan gambar-gambar ini.


 Ha, nak cuba yang mana? Habaq mai. Aku kalau ada masa, semua aku nak cuba. Tapi akibat kekangan masa, tak dapek la eden.




 dekat lobi resort dengan kengkawan.





Ha, ni lah tempat karoke tu. Bingit gila telinga aku. Kawan aku pulak pilih tempat betul-betul sebelah speaker besaq punya. Memang terbaik lah kan. Bila nak sembang, semua kena high volume. Aku pun sesungguh hati lah highkan volume aku, sekali time aku tengah high volume tu lah, depa pi stop lagu. So, memang suara aku glemer lah 5 saat di situ.

Ada satu lagi gambar aku lupa nak upload. Kat area gerai-gerai tepi pantai ni, ada dua besen, dalamnya ada anak penyu yang kiut-kiut. Memula aku taktau, tengoklah sebelah meja makan aku tu ada besen dengan tong. Apekebenda tu, tak nampak sebab gelap, malam kan. Tengok-tengok, ada anak penyu. Aku pun dengan pantas mengaut sekor dan main-main. Comel sangat. Hehe

So itu je entri aku pada kali ni. Aku rasa nak muntah taip banyak-banyak ni. Nanti aku update lagi entri tentang percutian kat Pulau Langkawi pulak. Beboii

No comments: