12 November 2012

Musim Kahwin

Sedang menikmati cuti dengan tenang. :) Setiap hari bangun pukul 6 pagi, selesai membersihkan diri dan solat, pegi jogging kat tasik pukul 6.45. 

Ramai teman rapat yang akan melangsungkan perkahwinan bulan ni dan bulan depan. Tak sangka ye. Dulu hu ha hu ha,gedik hegeh bersama, tetiba dah nak kahwin. Tapi semua teman rapat ni adalah lelaki. Haha. Yang perempuan, belum sampai waktu lagi nampaknya. Haha. Xole, Zul, dan Hazly. InsyaAllah, kami pi serang beramai-ramai rumah ampa nanti. Macam tak percaya ja, ampa dah nak kawen, dah ready dah ka nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami? Hehe. InsyaAllah, kan. Aku doakan yang terbaik.

Oh, dia pun sudah berkahwin. Perasaan aku? Takdak rasa apa-apa pun. Hahaha. Lagi teruja nak tengok gambar dia kawen. Baru tengok sekeping. Nak tengok cemana dia posing depan kamera sebab dulu dia memang benci sangat kalau orang nak snap gambar dia. Kahkahkah. Aku kenal isteri dia. Satu sekolah jugak dulu. Okey, semoga awak dan dia berbahagia hendaknya.

Aku dengan Encik Sayang bila nak kawennya ni? Hehe. Tetiba tergedik pulak. Haha. Tak sedia lagi. Banyak lagi aku nak setel, nak belajar, nak buat semua lah yang aku rasa perlu sebab aku pun baru nak selesa dengan life aku, sebab baru dah stabil dengan kerja semua kan. InsyaAllah, kalau Allah panjangkan jodoh kami.

Jiran aku pun dah kawen. Tapi nasib semua jiran aku yang dah kawen semua tua setahun atau lebih dari aku. Hahaha. Taklah terasa sangat kan. Dorang semua tu rakan sepermainan aku dulu. Dah besar ni dah segan nak lepak main semua. 

Okey. Itu je kot. Assalammualaikum.

1 comment:

Zura Lee said...

tak pe la klo belom redi nk tawen... bak kata nora danish "kite enjoy dlu"