24 July 2010

my new hectic life


assalammualaikum semuaaaa.
lama gila kan aku tak membebel-bebel dalam blog kesayangan ni.
so, hari ni aku free sikit dan ada mood nak membebel,
jadi aku nak membebel sikit lahh.
ko tanak baca, ko blah aahhh.
eh, tetiba emo.
maaf.
hihi

bagi sesiapa yang tak tahu,
sekarang aku sedang belajar di Institut Pendidikan Guru, Ipoh untuk program KPLI
aku telah berjaya dalam temuduga yang aku pergi dulu tu. (alhamdulillah).
so, aku akan berada di IPG Ipoh selama setahun,
pastu keluar terus jadi cikgu B.Inggeris.

ni adalah minggu ketiga aku berada di IPG Ipoh ni.
jadual sangat lah ketat.
macam budak sekolah.
rules pun macam budak sekolah.
barulah aku tau, maktab dengan universiti memang sangat berbeza.
the rules and the lecturers.
rules di maktab sangat lah strict.
tapi lecturer nya sangat lah best dan sporting.
biasala kan,
lecturer di maktab ni asalnya dari seorang guru,
dan tugas mereka di maktab ni adalah mengajar kami cara-cara untuk mengajar.
nak mengajar kena ada taktik untuk tak bagi students bosan di dalam kelas sewaktu di sekolah.

jadi, lecturer di sini,
mengajar kami dgn penuh ceria sekali.
mengajar di selang selikan dgn cerita-cerita dan pengalaman mereka

kalau di uni, lecturer hanya mengajar di depan,
paham ke tak paham ke, itu masalah korang.
kat maktab berbeza.
boleh dikatakan, semua lecturer best gilaaa.
aku rasa macam belajar di sekolah dan mereka adalah guru aku.
sebab bonding tu sangat rapat.

ha, satu lagi, aku adalah yang termuda sekali dalam kelas aku tu.
hehehe.
yang lain semua 24-30 tahun.
tapi aku tak panggil dorang akak atau abg pun,
panggil nama je.
dah dorang yg nak camtu.

ok, tinggalkan sementara bab lecturer.
jum ah tengok gambar pulaks.

*maaf, gambar tidak disusun mengikut kronologi.

minggu orientasi yang super duper meletihkan~
.
ni housemate aku merangkap classmate aku jugak.
.
hehehe. nak buat macam mana, semua gila bergambar.
.
tengok wayang di Jusco.
.



letih gilaaaaaa lepas main softball tengah2 matahari tengak atas kepala. 2.30pm-4.30pm. rasa nak pengsan. setiap minggu macam ni.
.
in science class yang sangat mengantuk,tapi tak sampai hati nak tidur sebab lecturer nya sangatlah baik hati,

ok,
itu aje kot.
mood nak blogging makin luntur la.
huhuh.
nak susun ayat pun dah tak reti.

oklah, nanti aku update lagi ok.
byeeeeeee.

22 July 2010

entri emo

sedih. sedih. dan sedihhhhhhhhhhhhhh
:(

18 July 2010

: 18 July 2010 :


aku rindu kat rumah....
sob3.

10 July 2010

haiii.

.
.
ada orang rindukan aku tak???

p/s : gambar kat atas tu, gambar aku yang paling latest. :)