Jam di dinding berdetik kuat dan telah menunjukkan pukul 12.34am. Aku sepatutnya dah bermimpi manis waktu ni. Tapi sekarang mata sangat segar bugar. Satu peratus pun tiada perasaan mengantuk. Esok pulak, kena bangun awal nak pegi kerja. Jadi, ini memang tidak bagus.
Mahu tahu kenapa aku segar bugar pada waktu yang tak sepatutnya ini? Sebetulnya, aku dah siap berselimut dah pukul 11pm tadi. Mata dah dipejam rapat tapi tidur dalam keadaan yang masih sedar sebab banyak betul serangga bersayap merayap-rayap di kaki , walaupun satu badan dah berselimut. Haishhhh. Sedang bersilat, berkungfu menepis sentuhan sang serangga, mata terlirik pada satu cahaya. Oh,cahaya dari handphone rupanya. Bila tengok, dah ada 1 missed call. Aikk, cemana boleh tak dengar? Oh, baru perasan, aku vibrate rupanya.
Lihat pada nama pemanggil, tergamam 3 saat. Selalunya, sesiapa call pada saat aku dah bersedia nak bermimpi manis, memang aku abaikan sahaja. Tapi kali ni, terus je redial number beliau. Tak sangka beliau yang call. Memang tak sangka. Beliau ni, ada jugak aku masukkan cerita dalam blog ni. :)
Jadi, bercakap dengan dia sampai aku habis kredit, dan dia call aku semula. Berborak, saling menginsafi, saling mengingati, ketawa, usik mengusik. Dah lama tak buat semua tu dengan dia. Kali terakhir jumpa dia, tahun lepas kot. Februari 2012. Perbualan akhirnya tamat jugak bila dia pun dah habis kredit. So, adalah sejam lebih kami berborak kosong. Pelik pulak rasa. Kali terakhir dia call aku, beberapa bulan lepas kot. Pastu, berhubung melalui whatsapp je. Itu pun sekarang dah jarang sebab masing-masing dah bz. Jadi terkejut lah aku, bila tiba-tiba dia je dia call. Sepanjang aku kawan dengan dia 2 tahun ni. Adalah dalam 3 kali kot dia call. Tak termasuklah call yang pendek-pendek tu je.
Lepas cakap dengan dia, mata terus segar. Haa, ni lah sebab aku malas nak jawab call bila aku dah berselimut. Tapi aku tersenyum jugak lah sekarang. Hehe. Jadi, tajuk di atas perlu dibetulkan menjadi 'this is good' kot? Haks.
Ok, marilah kita paksa diri untuk tidur. Selamat malam~