08 August 2014

Nukilan Syawal

 mama dan aku

Assalammualaikum ! Selamat Hari Raya. Masih belum terlambat kot kalau aku buat ucapan raya. Gambar di atas adalah gambar di pagi raya pertama. Masa ni tengah kalut-kalut nak balik kampung belah abah. Nak menziarah pusara maktok dan tokwan. Pastu pi beraya di rumah saudara mara.


 Permata hati aku. :)

Raya kali ni, aku rasa agak best dan meriah. Bergelak ketawa, riang gembira bersama orang-orang kegemaran aku. Lupa sekejap kerja di pejabat, hilang sebentar masalah-masalah di kepala. Raya kali ni jugak, ada beberapa kejutan buat aku. Kejutan yang tak disangka-sangka.

 Sepupu-sepapat dan mak-mak menakan.

Di tepi tangga ni memanglah perkara wajibal ghunnah kalau nak bergambar kalau balik rumah tok. Kalau tak bergambar memang tak lengkap rasanya raya. Cewahh. Kat tangga ni saja dah berapa kali snap. Berpuluh-puluh. Heee. Rumah tok aku memang cantik. Memang macam rumah kampung dalam iklan raya tu. Tapi tang tangga dan beranda ja la. Yang selebihnya dah rumah batu dah, tak sepenuhnya papan. Tapi masih menjadi rumah kegemaran aku. Dulu aku rasa biasa ja rumah tok. Mungkin sebab selalu pegi so dah tak heran dah. Tapi bila aku upload gambar raya di rumah tok setiap kali raya. Ramai yang puji dan jeles sebab rumah tok masih mengekalkan ciri-ciri kekampungannya. Paham ka dak? Cam pelik jugak ayat aku tu. Tapi ye lah kan, sekarang ni pun, banyak rumah-rumah moden dan terletak di pekan. So, kalau dapat balik kampung, memang best. Sawah pun ada jugak tapi, yang tu kalau rajin ja kami sedara mara pi. Hanya untuk fotoshoot. Sementara masih bujang lagi kan. Tak pastilah bila kami semua dah beranak pinak nanti kami masih gila bergambar. Aku harap ya lah..

open house. raya ke 3.

Raya ketiga aku ada buat rumah terbuka. Ramai yang datang. Bestt. Sebab meriah. Mama pun order makanan untuk anggaran 80 orang. Pastu mama masak lagi bihun sup tulang. Itu pun tak cukup. Aku rasa hampir 100 orang jugak yang datang hari tu. Pesakit-pesakit dan staff-staff mama lagi. Kawan-kawan abah, jiran jemiran, sedara mara dan kawan-kawanku yang secoet tu. Raya-raya sebelum ni aku jarang sangat jemput kawan-kawan datang masa rumah terbuka. Sebab kawan-kawan rapat aku kebanyakannya tinggal di luar Kedah. Dan sejujurnya, kawan aku yang betul-betul rapat, ada beberapa kerat ja. Yang selebihnya, kawan-kawan nak enjoy huha huha ja. Tapi kali ni, aku sengaja jemput kawan-kawan rapat aku yang dah lama terputus hubungan. Kawan sejak sekolah dulu. Kebanyakan tinggal di sekitar rumah aku. Aku dulu bersekolah banyak tempat. Jadi, ada lah beberapa orang kawan yang hadir. Ada yang tak dapat hadir sebab dan berkeluarga. Ya lah kan, masa raya ketiga, mesti masih sibuk nak beraya rumah sedara mara. 

Jadi itu sahaja cerita raya aku. Sekarang ni, dah mula bekerja dan mula menghadap beban-beban kerja yang aku tinggal seminggu dulu. Khamis depan ada jamuan raya di sekolah. Aku ada order cheese tart. Nyum-nyumm. Okeylah, sampai di sini saja. Byeeee

08 July 2014

Assalammualaikum.

Lama jugak tak update blog ni. Macam dah takda pembaca je. Tapi takpelah. Hari ni terasa ada keinginan nak update. Nak cerita tentang hari ni je. Hari ni, kawan kerja aku dah dapat tukar. Gembira bercampur sedih. Dia baik dengan aku. Dan baik dengan semua orang jugak. Cikgu Ooi, sedihnya cikgu ooi dah nak tinggalkan saya. Cikgu Ooi dapat jugak balik Penang setelah bertahun-tahun mintak. Lepas ni, siapa lagi nak puji saya cantik setiap hari? Lepas ni siapa lagi nak ucap rindu pada saya setiap hari? Oh sedih la.. Tapi kena relakan la sebab dah bertahun dia tinggal berjauhan dengan suami. Okey cikgu ooi, saya relakan cikgu ooi pergi.  Sebelum ni cikgu Gan yang saya sayangi pun dapat tukar. Cikgu Gan yang selalu belanja makan, belikan macam2 buah tangan kalau suami dia ke oversea. Haih. Lepas sorang, sorang tinggalkan aku. Tapi takpe, masih ramai rakan sekerja yang baik-baik semuanya. Walaupun aku sorang je perempuan Melayu kat situ, tapi aku tak terasa pun kelainannya. Semua rakan sekerja sangat rapat dan baik dan sangat menjaga sensitiviti aku. Contoh, sekarang bulan puasa kan? Semua kalau nak makan, punyalah menyorok bawah meja. Hehehe. Even nak minum air kosong sekali pun, sorok dengan fail lah, buku lah. Kelakar pulak aku rasa.

Okey, satu lagi cerita, tadi aku ajar DSV. DSV tu ape ye? DSV tu Dunia Seni Visual atau istilah lamanya, Pendidikan Seni. Aku ajar tahun 3. Ajar bebudak tu cara buat Renjisan dan Percikan. Suruh la bebudak tu bawak berus gigi lama yang dah tak pakai. Celup dalam warna air, kemudian, percik-percik lah pada kertas lukisan dengan pelbagai warna. Masa aku tengah dok sibuk mengacau2 warna air dalam palet tu, (warna air guna yang sekolah punya je) aku kacau warna ungu, dibantu lah oleh sorang murid. Lepas kacau, bagi dia untuk basuh berus ke, pengacau ke atau warna air tertumpah ke, bagi dia cuci. Yang bestnya ajar murid sekolah rendah ni, dorang sangat suci. Jiwa tu masih belum tercemar. Semua murid tau nak bantu aku. Aku ni kalau boleh taknak lah baju aku ni terkena percikan warna air. Dan seboleh2 nya taknak tangan aku kotor pun terkena warna air. Tapi comot jugak jari jemari aku kena warna air. So, aku mengeluh lah sikit depan anak2 aku tu. Sorang murid ni offer nak tolong aku. Tolong apa? Offer nak tolong bersihkan tangan aku yang kotor tu. Alahai, anak-anak aku yang disayangI ni. :-)
So, masa aku tengah mengadun warna air (purple) dengan air tadi, budak pempuan ni cakap lah, dengan dialek Batu Kurau yang pekatnya, dia kata warna tu sama je macam warna ubat kambing dia. Dia cakap lagi, dia selalu ubatkan kambing dia kalau kambing dia sakit. Kambing dia selalu sakit kat tuut, ada ulat2, jadi dia lah tolong sapukan ubat.  ;-) Camtulah cerita dia. Dia malu nak sebut tuut tu, so aku tolong sebut untuk dia, ohh Kemaluan dia ke Aaina?' Dia pun merah je muka. Hehe. Tapi aku faham cerita dia sebab dulu, kambing tok aku pun pernah berulat2 jugak pada tuuut nya. Tapi tak ingat pulak warna ubatnya warna purple ke apa. hehe. So, aku nak highlight kat sini ialah, perasaan mengajar kanak2 yang masih suci kelakuannya tambah-tambah anak-anak kampung yang innocent. Semua yang aku ajar ni, rajin berterawih dan berpuasa. Dorang rajin berpuasa walaupun bukan pada bulan Ramadan. Harus diingatkan dorang ni baru berusia 9 tahun ye. Lagi satu mengajar anak2 kampung ni, best sebab dorang sangat menghargai apa saja yang cikgu berikan. Dan dorang pun sangat menghormati guru. Aku tak pasti lah pulak macam mana keadaannya kalau mengajar bebudak bandar ni kan. Yang aku tau, bebudak ni sangat menghormati guru. Aku tinggal henpon ke, purse ke dalam kelas, memang dorang tak pernah usik. Harap, dorang membesar menjadi anak-anak yang berguna.

Lama tak upload gambar. Upload lah sekeping dua.









Cikgu Ooi sebelah kiri aku. Percaya tak dia hampir mencecah 30 tahun. Tapi comel tak macam 30 pun. Semua rakan sekerja aku kecik-kecik comel2 semuanya.

05 May 2014

mood swing

harini, mood ke laut betul lah. aiseh. pastu rasa penat n lemah je. Nape ntah. Nak period kot.

so, aku takda mood nak bercakap dengan sape pun. Aku lari masuk pusat sumber buat kerja sebab kang duduk bilik guru, aku malas nak melayan sesapa pun. Kang orang cop aku sombong lak kan. So aku lari dok sini takpe. Dan aku jadi moody sangat dengan seseorang tu. Padan muka dia. Tengok muka dia pun aku rasa menyampah habis. Meluat. Orang bergurau2 tentang dia pun, aku nak muntah dengar. Selalu tak macam ni. Dia pun pelik dan hairan dengan aku. N dia pun tak berani nak tegur aku. Hahah.

Tapi mood aku dengan bebudak okey sangat. Bergurau senda macam selalu. Mungkin deal dengan bebudak lagi senang deal dengan orang dewasa. Entah lah. Tapi dengan bebudak aku cakap lembut sangat harini. That is so not me!! Hahaha. Suara aku sangat lantang dengan bebudak tapi hari ni lain pulak. Yang tak bawak buku pun aku mahapkan. That is so not me either !!! Untung laa bebudak harini. Mood aku cam bengong sikit so ampa tak kena marah.

17 April 2014

The Red Oranje



Cantik tak? Ninja Oranje dah bertukar nama jadi The Red Ninja Oranje. Haha. Oh, Oranje tu kereta kesayangan aku ya. Oren warnanya so aku namakan dia Ninja Oranje. Kenapa Ninja? Sebab di belakang kereta aku, aku ada lekat satu sticker 'Deadly Ninja is On board'. Deadly lah sangat kannn.

Hm. Cantik betul kan warna merah. Aku memang dah lama bercita-cita nak ada kereta warna merah camni. Dulu, aku bercadang nak beli Forte Merah gini dan modify sikit mengikut kesukaan aku. Tapi abah tak kasi beli Kia Forte. Ada lah sebab-sebab yang abah bagi yang aku rasa rasional jugak. So, abah cakap, pakailah Oranje tu dulu. Hm. Baiklah abah. So, haritu hantar Oranje ke workshop sebab ada kemalangan kecil sikit. Ingat nak kasik cat merah satu kereta. Macam kat atas tu. Tapi uncle tu cakap, haiya, tak perlu lah. You punya kereta, cat masih okay lagi maa. Mana ada calar pun. You tukar, you rugi nanti bila you mau jual ini kereta. Sebab you punya kereta ni limited edition warna oren tapi you sudah tukar warna merah jadi harga boleh turun 3-4 ribu. You mau, you tunggu lagi 2 tahun, you beli satu kereta baru warna merah. Ha, camtulah uncle Thiam tu cakap. Haha. Uncle, you kasi belanja sama gua lah belikan kereta baru. haha. So, tak jadi lah Oranje jadi The Red Oranje. Aku ni dah siap dengan duit dah bajet dah. Tapi dah uncle cakap camtu, aku fikir, rugi jugak aku nanti kan. So, aku batalkan lah niat aku tu. Aku ikut cakap uncle, nanti 2-3 tahun lagi, InsyaAllah, beli kereta idaman warna merah Ferrari ni. Tapi aku sayang wo dengan Oranje ni. Banyak kenangan aku dengan dia. Kereta pertama aku kot. Rasa sayang pulak kalau terpaksa lepaskan nanti..

15 April 2014

Penat

Assalammualaikum ,

Penat. Yap. Agak penat sebulan dua ni, sebab sibuk dengan kursus, dan mesyuarat. Dan jugak, hal peribadi jugak. Tapi tu penat minda. Tahun 2014 ni, banyak benda jadi. Ada perubahan yang baik dan ada yang tak. Takpa lah, abaikan je lah. Hidup perlu diteruskan.

Sekarang ni rasa penat sangat. Tadi petang lepas waktu kerja, terus lajak pergi mall. Tetiba dalam keadaan tak sedar, dah terbeli lagi sepasang baju kurung. Aiyakkk. Dahlah, tengah mencatu duit sekarang. Haizzz. Geram pada diri sendiri.  Agak lama di mall, dan di butik First Lady tu. Aku ni kalau membeli, memang ambik masa yang lama nak pilih. Tambah-tambah kalau aku sorang je, lagi lah menjadi-jadi. Penat mencuba baju pun belum habis lagi, masuk dalam mall pulak beli barang keperluan sikit. Sampai rumah sewa dah lewat petang, huhhh, penat gila, terus melepet depan tv. Housemate pulak takde sebab berkursus di Ipoh 3 hari. So aku sorang je lah malam ni dan 2 malam seterusnya. Patutnya, aku pun perlu menghadiri kursus 3 hari di hotel di Ipoh tu, tapi boss tak izinkan sebab baru beberapa hari lepas je, aku dah berkursus 3 hari di Sungai Siput. Ye lah kan, tinggal anak-anak aku tu 3 hari, tambah2 tahun 6. Aku pun taknak asyik tinggalkan kelas je. Banyak nanti dorang ketinggalan.

Eh, nak cerita tentang kursus aku pegi di Sungai Siput haritu. Best sangat. Dapat ramai kawan baru. Bilik hotel dah la cun! Room mate aku, akak Fauziah orang Kuala Kangsar. Aku ada belajar perkataan muntah mongek dari dia. Hahah. Aku agak-agak, maksudnya muntah hijau kot. Tapi akak tu sangatt baik. Dia bahasakan dirinya Along walaupun dia anak bongsu. Hehe. Aku pun tak paham. Selesai kursus tu hari Jumaat lepas, hari Sabtu, aku kena kerja lagi. Haa. Letihhh.

Tahun ni, aku rasa agak lega sebab semua jawatan aku yang berat2 semua aku dah lepaskan pada orang lain. Lega sangat. Rasa macam dah diberikan kunci kepada pagar yang memagari aku selama ini. Bebas. Ceewaah.. Hehe. Tahun ni jugak, aku rasa aku dah makin memahami bahasa Mandarin. Dan boleh lah berbahasa dalam beberapa ayat. Kalau kawan-kawan aku borak, kira aku boleh sampuk la, tapi bahasa Melayu lah. Aku harap aku dapat belajar lagi banyak perkataan lah. Boss cakap wo li haii. maksudnya, boss cakap, aku pandai. Hehe. Kawan-kawan aku pun sekarang semua berbahasa Mandarin ja dengan aku. Yang mana aku tak tau tu, aku sengih ja la, dan dorang paham yang aku tak paham. Hehe.

Sekarang, serius aku rasa malas nak buat kerja. Letih punya pasal. Rasa lesu ja. Adeh.. 

p/s : Teringin betul dengan Ford Fiesta warna merah. Seksi. Tapi dorang cakap gearbox problem pulak. Alaa, asal kereta idaman je, pasti ada halangan. Takpalah, setia bersama Oranje nampaknya.

18 February 2014

Hati

Duhai hati. Aku tidak mahu kau keras seperti batu, tidak juga mahu kau mencair seperti air. Aku mahu kau kenyal seperti getah. Biar dipenyek, digenggam, dipijak, tetap dapat kembali ke bentuk asal. Sekarang duhai hati, kau fragile seperti jelly. Masih berbentuk, walau digoyang tetap kukuh dengan bentuk asal cuma apabila dicampak, ditekan, dipicit, akan berubah bentuk dan sukar untuk kembali ke bentuk asal. Hati oh hati ..

02 February 2014

Update 2014

Assalammualaikum semua..

Lamanya aku tak jenguk blog ni. Kali terakhir update adalah pada Oktober tahun lepas. Lama jugak tuh. Aku pun hampir lupa password blog aku masa nak log in tadi.

Em, tiada berita terbaru pun. Kehidupan diteruskan seperti biasa. Masih rutin yang sama. Cuma, ada sedikit perubahan. Perubahan yang aku kurang gemar sebenarnya tapi hati aku yang gembira. Otak cakap tidak, hati cakap ya. Susah kalau berterusan begini. Cuma aku yang cuba kentalkan hati untuk terus berhadapan dengan situasi tersebut setiap hari. Harap aku kuat lah sebab sekarang aku terlalu mengikut kata hati. Kekadang aku rasa aku gembira dengan keadaan sekarang dan rasa malas nak fikir kesan dan akibat pada masa akan datang jadi aku nekad untuk teruskan kehidupan aku seperti biasa. Enjoy while I can because life is short, so just go with the flow. 

Oh ya, beberapa usaha telah dilakukan, jadi tunggu dan lihat sahaja samada ia berjaya atau sebaliknya. Macam dah malas untuk berharap. Terima sahaja apa seadanya.

Notebook. Hm. Rasa macam nak beli notebook baru. Notebook sedia ada ni, bateri nya dah rosak jahanam dah. Susah kalau aku nak mengangkut ke mana-mana kalau terpaksa menghadiri mesyuarat atau kursus. Malas nak mengangkut adapter sekali. Malangnya, sudah hampir 4 kedai aku ziarah, bertanyakan tentang bateri notebook aku ni, tetapi jawapan adalah menghampakan. Susahnya nak dapat bateri mini notebook Samsung ni! Jawapannya, notebook baru lah. Tapi sejak dua menjak ni, aku rasa aku semakin kedekut untuk habiskan duit. Nak beli apa-apa, akan aku fikir seribu kali dan belum tentu aku akan beli. Duit dihabiskan untuk makanan sahaja. Itupun, aku sudah jarang makan di luar. Kecuali kalau belanja abah dan mama makan, aku akan habiskan banyak. Kalau untuk diri sendiri, rm10 pun jarang untuk satu hidangan.

Mata sudah berat. Esok, hajat di hati mahu berjogging pada awal pagi tapi mungkin tinggal angan-angan je kot. Dah tak gemar berjogging di Kulim. Lebih suka berjogging di Taiping. Tenang, kurang pasangan-pasangan kekasih yang melepak dan mengganggu pandangan, trek lebih panjang dan tak kotor. Lepas ni, aku dah ada teman nak jogging dan jugak berkaraoke tau. Haha! Lama sangat aku tinggalkan aktiviti kegemaran aku tu sejak tiada geng yang sama minat. Tetiba pulak dia ajak karoke, so on je lah. Cemana lah suara dia ye? Haha.