People that don't know her, think she's quiet. People that know her, wish she was.
18 February 2014
Hati
Duhai hati. Aku tidak mahu kau keras seperti batu, tidak juga mahu kau mencair seperti air. Aku mahu kau kenyal seperti getah. Biar dipenyek, digenggam, dipijak, tetap dapat kembali ke bentuk asal. Sekarang duhai hati, kau fragile seperti jelly. Masih berbentuk, walau digoyang tetap kukuh dengan bentuk asal cuma apabila dicampak, ditekan, dipicit, akan berubah bentuk dan sukar untuk kembali ke bentuk asal. Hati oh hati ..
02 February 2014
Update 2014
Assalammualaikum semua..
Lamanya aku tak jenguk blog ni. Kali terakhir update adalah pada Oktober tahun lepas. Lama jugak tuh. Aku pun hampir lupa password blog aku masa nak log in tadi.
Em, tiada berita terbaru pun. Kehidupan diteruskan seperti biasa. Masih rutin yang sama. Cuma, ada sedikit perubahan. Perubahan yang aku kurang gemar sebenarnya tapi hati aku yang gembira. Otak cakap tidak, hati cakap ya. Susah kalau berterusan begini. Cuma aku yang cuba kentalkan hati untuk terus berhadapan dengan situasi tersebut setiap hari. Harap aku kuat lah sebab sekarang aku terlalu mengikut kata hati. Kekadang aku rasa aku gembira dengan keadaan sekarang dan rasa malas nak fikir kesan dan akibat pada masa akan datang jadi aku nekad untuk teruskan kehidupan aku seperti biasa. Enjoy while I can because life is short, so just go with the flow.
Oh ya, beberapa usaha telah dilakukan, jadi tunggu dan lihat sahaja samada ia berjaya atau sebaliknya. Macam dah malas untuk berharap. Terima sahaja apa seadanya.
Notebook. Hm. Rasa macam nak beli notebook baru. Notebook sedia ada ni, bateri nya dah rosak jahanam dah. Susah kalau aku nak mengangkut ke mana-mana kalau terpaksa menghadiri mesyuarat atau kursus. Malas nak mengangkut adapter sekali. Malangnya, sudah hampir 4 kedai aku ziarah, bertanyakan tentang bateri notebook aku ni, tetapi jawapan adalah menghampakan. Susahnya nak dapat bateri mini notebook Samsung ni! Jawapannya, notebook baru lah. Tapi sejak dua menjak ni, aku rasa aku semakin kedekut untuk habiskan duit. Nak beli apa-apa, akan aku fikir seribu kali dan belum tentu aku akan beli. Duit dihabiskan untuk makanan sahaja. Itupun, aku sudah jarang makan di luar. Kecuali kalau belanja abah dan mama makan, aku akan habiskan banyak. Kalau untuk diri sendiri, rm10 pun jarang untuk satu hidangan.
Mata sudah berat. Esok, hajat di hati mahu berjogging pada awal pagi tapi mungkin tinggal angan-angan je kot. Dah tak gemar berjogging di Kulim. Lebih suka berjogging di Taiping. Tenang, kurang pasangan-pasangan kekasih yang melepak dan mengganggu pandangan, trek lebih panjang dan tak kotor. Lepas ni, aku dah ada teman nak jogging dan jugak berkaraoke tau. Haha! Lama sangat aku tinggalkan aktiviti kegemaran aku tu sejak tiada geng yang sama minat. Tetiba pulak dia ajak karoke, so on je lah. Cemana lah suara dia ye? Haha.
Subscribe to:
Posts (Atom)