17 April 2014

The Red Oranje



Cantik tak? Ninja Oranje dah bertukar nama jadi The Red Ninja Oranje. Haha. Oh, Oranje tu kereta kesayangan aku ya. Oren warnanya so aku namakan dia Ninja Oranje. Kenapa Ninja? Sebab di belakang kereta aku, aku ada lekat satu sticker 'Deadly Ninja is On board'. Deadly lah sangat kannn.

Hm. Cantik betul kan warna merah. Aku memang dah lama bercita-cita nak ada kereta warna merah camni. Dulu, aku bercadang nak beli Forte Merah gini dan modify sikit mengikut kesukaan aku. Tapi abah tak kasi beli Kia Forte. Ada lah sebab-sebab yang abah bagi yang aku rasa rasional jugak. So, abah cakap, pakailah Oranje tu dulu. Hm. Baiklah abah. So, haritu hantar Oranje ke workshop sebab ada kemalangan kecil sikit. Ingat nak kasik cat merah satu kereta. Macam kat atas tu. Tapi uncle tu cakap, haiya, tak perlu lah. You punya kereta, cat masih okay lagi maa. Mana ada calar pun. You tukar, you rugi nanti bila you mau jual ini kereta. Sebab you punya kereta ni limited edition warna oren tapi you sudah tukar warna merah jadi harga boleh turun 3-4 ribu. You mau, you tunggu lagi 2 tahun, you beli satu kereta baru warna merah. Ha, camtulah uncle Thiam tu cakap. Haha. Uncle, you kasi belanja sama gua lah belikan kereta baru. haha. So, tak jadi lah Oranje jadi The Red Oranje. Aku ni dah siap dengan duit dah bajet dah. Tapi dah uncle cakap camtu, aku fikir, rugi jugak aku nanti kan. So, aku batalkan lah niat aku tu. Aku ikut cakap uncle, nanti 2-3 tahun lagi, InsyaAllah, beli kereta idaman warna merah Ferrari ni. Tapi aku sayang wo dengan Oranje ni. Banyak kenangan aku dengan dia. Kereta pertama aku kot. Rasa sayang pulak kalau terpaksa lepaskan nanti..

15 April 2014

Penat

Assalammualaikum ,

Penat. Yap. Agak penat sebulan dua ni, sebab sibuk dengan kursus, dan mesyuarat. Dan jugak, hal peribadi jugak. Tapi tu penat minda. Tahun 2014 ni, banyak benda jadi. Ada perubahan yang baik dan ada yang tak. Takpa lah, abaikan je lah. Hidup perlu diteruskan.

Sekarang ni rasa penat sangat. Tadi petang lepas waktu kerja, terus lajak pergi mall. Tetiba dalam keadaan tak sedar, dah terbeli lagi sepasang baju kurung. Aiyakkk. Dahlah, tengah mencatu duit sekarang. Haizzz. Geram pada diri sendiri.  Agak lama di mall, dan di butik First Lady tu. Aku ni kalau membeli, memang ambik masa yang lama nak pilih. Tambah-tambah kalau aku sorang je, lagi lah menjadi-jadi. Penat mencuba baju pun belum habis lagi, masuk dalam mall pulak beli barang keperluan sikit. Sampai rumah sewa dah lewat petang, huhhh, penat gila, terus melepet depan tv. Housemate pulak takde sebab berkursus di Ipoh 3 hari. So aku sorang je lah malam ni dan 2 malam seterusnya. Patutnya, aku pun perlu menghadiri kursus 3 hari di hotel di Ipoh tu, tapi boss tak izinkan sebab baru beberapa hari lepas je, aku dah berkursus 3 hari di Sungai Siput. Ye lah kan, tinggal anak-anak aku tu 3 hari, tambah2 tahun 6. Aku pun taknak asyik tinggalkan kelas je. Banyak nanti dorang ketinggalan.

Eh, nak cerita tentang kursus aku pegi di Sungai Siput haritu. Best sangat. Dapat ramai kawan baru. Bilik hotel dah la cun! Room mate aku, akak Fauziah orang Kuala Kangsar. Aku ada belajar perkataan muntah mongek dari dia. Hahah. Aku agak-agak, maksudnya muntah hijau kot. Tapi akak tu sangatt baik. Dia bahasakan dirinya Along walaupun dia anak bongsu. Hehe. Aku pun tak paham. Selesai kursus tu hari Jumaat lepas, hari Sabtu, aku kena kerja lagi. Haa. Letihhh.

Tahun ni, aku rasa agak lega sebab semua jawatan aku yang berat2 semua aku dah lepaskan pada orang lain. Lega sangat. Rasa macam dah diberikan kunci kepada pagar yang memagari aku selama ini. Bebas. Ceewaah.. Hehe. Tahun ni jugak, aku rasa aku dah makin memahami bahasa Mandarin. Dan boleh lah berbahasa dalam beberapa ayat. Kalau kawan-kawan aku borak, kira aku boleh sampuk la, tapi bahasa Melayu lah. Aku harap aku dapat belajar lagi banyak perkataan lah. Boss cakap wo li haii. maksudnya, boss cakap, aku pandai. Hehe. Kawan-kawan aku pun sekarang semua berbahasa Mandarin ja dengan aku. Yang mana aku tak tau tu, aku sengih ja la, dan dorang paham yang aku tak paham. Hehe.

Sekarang, serius aku rasa malas nak buat kerja. Letih punya pasal. Rasa lesu ja. Adeh.. 

p/s : Teringin betul dengan Ford Fiesta warna merah. Seksi. Tapi dorang cakap gearbox problem pulak. Alaa, asal kereta idaman je, pasti ada halangan. Takpalah, setia bersama Oranje nampaknya.