Lama jugak tak update blog ni. Macam dah takda pembaca je. Tapi takpelah. Hari ni terasa ada keinginan nak update. Nak cerita tentang hari ni je. Hari ni, kawan kerja aku dah dapat tukar. Gembira bercampur sedih. Dia baik dengan aku. Dan baik dengan semua orang jugak. Cikgu Ooi, sedihnya cikgu ooi dah nak tinggalkan saya. Cikgu Ooi dapat jugak balik Penang setelah bertahun-tahun mintak. Lepas ni, siapa lagi nak puji saya cantik setiap hari? Lepas ni siapa lagi nak ucap rindu pada saya setiap hari? Oh sedih la.. Tapi kena relakan la sebab dah bertahun dia tinggal berjauhan dengan suami. Okey cikgu ooi, saya relakan cikgu ooi pergi. Sebelum ni cikgu Gan yang saya sayangi pun dapat tukar. Cikgu Gan yang selalu belanja makan, belikan macam2 buah tangan kalau suami dia ke oversea. Haih. Lepas sorang, sorang tinggalkan aku. Tapi takpe, masih ramai rakan sekerja yang baik-baik semuanya. Walaupun aku sorang je perempuan Melayu kat situ, tapi aku tak terasa pun kelainannya. Semua rakan sekerja sangat rapat dan baik dan sangat menjaga sensitiviti aku. Contoh, sekarang bulan puasa kan? Semua kalau nak makan, punyalah menyorok bawah meja. Hehehe. Even nak minum air kosong sekali pun, sorok dengan fail lah, buku lah. Kelakar pulak aku rasa.
Okey, satu lagi cerita, tadi aku ajar DSV. DSV tu ape ye? DSV tu Dunia Seni Visual atau istilah lamanya, Pendidikan Seni. Aku ajar tahun 3. Ajar bebudak tu cara buat Renjisan dan Percikan. Suruh la bebudak tu bawak berus gigi lama yang dah tak pakai. Celup dalam warna air, kemudian, percik-percik lah pada kertas lukisan dengan pelbagai warna. Masa aku tengah dok sibuk mengacau2 warna air dalam palet tu, (warna air guna yang sekolah punya je) aku kacau warna ungu, dibantu lah oleh sorang murid. Lepas kacau, bagi dia untuk basuh berus ke, pengacau ke atau warna air tertumpah ke, bagi dia cuci. Yang bestnya ajar murid sekolah rendah ni, dorang sangat suci. Jiwa tu masih belum tercemar. Semua murid tau nak bantu aku. Aku ni kalau boleh taknak lah baju aku ni terkena percikan warna air. Dan seboleh2 nya taknak tangan aku kotor pun terkena warna air. Tapi comot jugak jari jemari aku kena warna air. So, aku mengeluh lah sikit depan anak2 aku tu. Sorang murid ni offer nak tolong aku. Tolong apa? Offer nak tolong bersihkan tangan aku yang kotor tu. Alahai, anak-anak aku yang disayangI ni. :-)
So, masa aku tengah mengadun warna air (purple) dengan air tadi, budak pempuan ni cakap lah, dengan dialek Batu Kurau yang pekatnya, dia kata warna tu sama je macam warna ubat kambing dia. Dia cakap lagi, dia selalu ubatkan kambing dia kalau kambing dia sakit. Kambing dia selalu sakit kat tuut, ada ulat2, jadi dia lah tolong sapukan ubat. ;-) Camtulah cerita dia. Dia malu nak sebut tuut tu, so aku tolong sebut untuk dia, ohh Kemaluan dia ke Aaina?' Dia pun merah je muka. Hehe. Tapi aku faham cerita dia sebab dulu, kambing tok aku pun pernah berulat2 jugak pada tuuut nya. Tapi tak ingat pulak warna ubatnya warna purple ke apa. hehe. So, aku nak highlight kat sini ialah, perasaan mengajar kanak2 yang masih suci kelakuannya tambah-tambah anak-anak kampung yang innocent. Semua yang aku ajar ni, rajin berterawih dan berpuasa. Dorang rajin berpuasa walaupun bukan pada bulan Ramadan. Harus diingatkan dorang ni baru berusia 9 tahun ye. Lagi satu mengajar anak2 kampung ni, best sebab dorang sangat menghargai apa saja yang cikgu berikan. Dan dorang pun sangat menghormati guru. Aku tak pasti lah pulak macam mana keadaannya kalau mengajar bebudak bandar ni kan. Yang aku tau, bebudak ni sangat menghormati guru. Aku tinggal henpon ke, purse ke dalam kelas, memang dorang tak pernah usik. Harap, dorang membesar menjadi anak-anak yang berguna.
Lama tak upload gambar. Upload lah sekeping dua.
Cikgu Ooi sebelah kiri aku. Percaya tak dia hampir mencecah 30 tahun. Tapi comel tak macam 30 pun. Semua rakan sekerja aku kecik-kecik comel2 semuanya.