30 March 2013

Random.

Haihh. Kaum Adam, kenapa kalian ni adeh.. taktau lah nak cakap camna. Perangai pelik-pelik ja. Dahla. Sambung buat pelan strategik. Esok Guru Besaq nak. Dia nak bentangkan depan pegawai-pegawai JPN. Pelan Jangka Panjang untuk meningkatkan prestasi B.Inggeris. Ada sapa-sapa boleh sumbangkan idea untuk aku?

18 March 2013

CUKUP.

Kamu terlalu baik sehingga membuatkan saya takut. Takut terjerumus lagi. Terjerumus ke dalam taman bunga yang cantik dan indah dan bunga yang indah mekar itu tiba-tiba menjadi layu dan mati. Bukan tidak disiram dan dibaja, tapi dibelai setiap hari, dibaja kerap kali. Mungkin bajanya tidak sesuai. Kamu, jangan terlalu baik melayan saya, kelak kamu akan kecewa. Jangan. Biar saya seorang yang kecewa tetapi tidak kamu atau orang lain. Saya rela kerana perasaan itu sudah acapkali dirasakan sehingga berlumut di dalam hati. Tidak sanggup menjadi orang yang mengecewakan kerana sudah sering kali menjadi orang yang dikecewakan. Saya sudah lali. Sudah cukup semua kebaikan yang kamu beri ni. Cukuplah.

14 March 2013

Ijazah Sarjana

atau Master's degree. Ya, aku berniat nak further study. Frankly speaking, baru semalam perasaan dan semangat tu timbul. Padahal dah bertahun-tahun abah suruh aku sambung Master's degree. Sejak tamat ijazah lagi di UKM. Dan, aku sendiri dah isi borang Master's degree dan mendapat surat sokongan lagi dari pensyarah tapi aku dah lupa kenapa aku tak sambung. Mama kata duduk rumah dekat dengan mama. So, aku fikir, nak duduk dengan family jaga family. Dan rezeki aku pulak, aku dapat sambung Institut Perguruan. Kalau aku tak dapat Institut Perguruan, kemungkinan besar aku akan terima offer jadi pensyarah kat kolej tu dan sambung Master's degree secara sambilan. Tapi dapat tawaran maktab pulak dan terlupa dah tentang Master's degree. Sekarang dah bekerja, Abah masih suruh aku sambung belajar lagi tapi aku rasa nak enjoy dulu, tak puas hidup bekerja dan tak puas lagi nak guna duit gaji. Bila dah sambung Master's degree terutama secara sambilan, banyak pakai wang berulang alik dan masa pun akan terhad. Nak kerja lagi, belajar lagi. Jadi aku takmau bersusah. Tapi semalam. Tiba-tiba semangat tu ntah dari mana muncul, terus aku pasang niat nak sambung belajar. Nak memajukan diri aku. Tak nak selesa di takuk ni je. Tak perlu risau bersusah bila further study, aku dah lalui macam-macam pengalaman belajar sepanjang aku di uitm, ukm, ipg Ipoh. Semua tu memang perit, tambah-tambah masa siapkan thesis untuk ijazah aku. Rasa macam nak nangis kalau proposal asyik kena edit, kemudian di Ipg Ipoh pulak, lagi pack sangat masa. Nak habiskan semuanya dalam satu tahun. Tugasan bertimpa-timpa, kelas bersilih ganti sampai ke 10pm kelas aku. Kekadang tidur dua tiga jam je sehari sebab siapkan tugasan. Tapi dengan ada kawan-kawan yang gila macam aku, semua tu tak terasa langsung. Haha. Jadi, aku rasa aku boleh tempuhi untuk satu lagi pengalaman belajar. InsyaAllah. Kalau dah selesai Master's degree, insyaAllah, boleh luaskan bidang pekerjaan aku, samada jadi pensyarah di mana-mana uni tempatan atau institut perguruan ataupun jadi pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah tapi aku tetap suka mengajar kanak-kanak. Terhibur sepanjang masa. Selalu datang peluk aku macam aku ni mak dorang. :) Tapi ni baru perancangan. Doakan ya untuk aku. Byee.

note : 
Yang mana betul penggunaannya? Master's degree atau Master?

Ni teacher bagi contoh ayat :
"Jack has finally earned his master's degree"
"He holds a Master of Fine Arts from UKM"

*Abah nak sangat aku belajar sampai Phd. InsyaAllah abah. InsyaAllah.

06 March 2013

Ya Allah, jauhilah aku

dari segala perasaan hasad dengki, cemburu, amarah, kebencian, dan tenangkan lah hatiku. Hindarilah aku dari segala perkara yang merosakkan iman, dekatkan lah aku dengan perkara kebaikan dan tunjukkan lah aku ke jalan kebenaran. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu.

Seboleh-bolehnya, aku nak sentiasa bersangka baik pada orang dan cuba memperbaiki diri sendiri untuk manfaat aku dan orang lain. #muhasabah diri.

05 March 2013

Baju Baru


Gambar pagi tadi ni. Guru besar tegur baju aku lawa. Bukan aku yang lawa, baju je yang lawa. Hehe. Baju ni baru je aku beli dan pertama kali pakai ni. Aku pun suka dengan potongannya. Kain tu ala-ala Saloma. Eh, saloma ke duyung ek? Yang kembang kat bawah, ketat di atas. Baju nya pulak, singkat sikit tapi tak la singkat sangat cuma singkat dari baju kurung biasa. Suka sangat. Heheheh. Tudung pun tudung baru, saja beli nak padankan dengan baju. Beli kat pakistan ni, senang je nak dapat murah, samada aku pakai lense hijau tu, atau pakai eyeliner ke. Mesti depa kasi murah-murah. Hahahahah. Berkenan betul dengan mata palsu aku tuh. Lepas dapat je murah, aku blah ar, nak tunggu apa lagi kan. Hehe. Ok lah. Tu je nak habaq. Byeeee.