Kamu terlalu baik sehingga membuatkan saya takut. Takut terjerumus lagi. Terjerumus ke dalam taman bunga yang cantik dan indah dan bunga yang indah mekar itu tiba-tiba menjadi layu dan mati. Bukan tidak disiram dan dibaja, tapi dibelai setiap hari, dibaja kerap kali. Mungkin bajanya tidak sesuai. Kamu, jangan terlalu baik melayan saya, kelak kamu akan kecewa. Jangan. Biar saya seorang yang kecewa tetapi tidak kamu atau orang lain. Saya rela kerana perasaan itu sudah acapkali dirasakan sehingga berlumut di dalam hati. Tidak sanggup menjadi orang yang mengecewakan kerana sudah sering kali menjadi orang yang dikecewakan. Saya sudah lali. Sudah cukup semua kebaikan yang kamu beri ni. Cukuplah.
1 comment:
Sabar
Post a Comment