Assalammualaikum . Lama betul aku tak update blog aku ni kan? Sebelum ni, aku private kan kejap blog aku. Tetiba rasa nak update balik. Hihi. Aku nak cerita tentang pengalaman aku pegi Jepun tempoh hari. Dah agak lama aku pegi tapi baru nak update sini. Huehuehue. Aku pegi Jepun pada cuti sekolah bulan Junlepas.
Sebenarnya, pemergian aku ke Jepun ni tidak dirancang pun. Yelah, selalu kan, kalau orang nak melancong, lebih-lebih lagi kalau ke oversea, mesti dah rancang berbulan-bulan awal lagi kan? Tapi aku ni, 3 minggu sebelum tu baru buat keputusan nak melancong ke Jepun. Kalau tak, rancangan aku waktu cuti sekolah, dok rumah tidoq sambil makan nasik goreng buatan sendiri sambil layan movie channels kat Astro je, Tetiba pulak kawan aku, Sue tanya aku nak pegi ikut dia melancong tak. Aku pun nak tak nak je tanya dia, ke mana? Dan dia jawab Jepun. Wahh, terus berkaca-kaca mataku. Balik rumah tanya parents aku dan depa benarkan. Sue ni sebenarnya seorang tour guide. So, senang lah keje aku kan, nak melancong. Tak payah nak rancang apa-apa. Sedia duit je. So, untuk mengelakkan aku ubah fikiran tetiba, aku sepantas kilat pi masukkan bayaran pada agensi pelancongan yang dia kerja (POTO Travel) tu. Sebab aku ni ada peel sayang duit. Ada banyak kali orang ajak aku melancong ke luar negara tapi saat-saat akhir aku tolak sebab sayang duit. Ekekekekeke.
Tapi kali ni aku terima sebab Jepun adalah negara yang sangat sangat sangat sangat sangat ingin aku lawati sejak sekolah okayyyyy. Dah dapat peluang terus aku rebut walaupun ada jugak suara-suara sumbang yang dengki dengan aku. Padahal, bukan aku guna duit depa pun. Huhhh! Depa dengki sebab depa belum pernah jejak kali ke Jepun. Yang belum pernah melancong ke luar negara pun nak sibuk hal aku. Memang aku cukup pantang. Okey, kita tinggalkan aura-aura negatif di situ. Mari kita imbas kembali pengalaman aku pada hari pertama.
Ni muka excited nak pegi airport.
Pelancongan aku pada kali ni memang membuatkan aku teruja teramat sangat. Pertama, sebab nak ke Jepun, negara paling aku sukaaaaaa sekali (salah ye anak2 penggunaan perkataan 'paling suka sekali' tapi sengaja ticer guna sebab nak tunjuk yang ticer sukaaaa sangat Jepun) Kedua, sebab pertama kali wehh aku melancong ke luar negara. Ketiga, ni kali pertama naik kapal terbang (kesian dak kat aku? hihi) Keempat, dah bertahun-tahun aku tak jumpa kawan aku Sue ni. Kali terakhir jumpa tahun 2009, Cer kira berapa tahun dah tu. Sue ni roomate aku waktu di UKM dulu.
Bergedik bermanja dalam kapalterbang/ Aku naik Vietnam Airline. Dari KL transit di Ho Chi Minh City, Vietnam. Dalam sejam setengah macam tu lah aku berkeras bontot dalam flight tu. Yang bestnya, pilot dia cakap omputeh, sepatah haram aku tak paham. Aku hanya paham bila mai tang part Ho Chi Minh Cidayyy. Hehehe. American accent sangatttt k. Tapi ada sorang pramugara dia hensem. Aku suka unform pramugari depa. Warna cantik. Warna maroon. Depa punya uniform macam baju kebangsaan depa lah. Alaaa, dulu kan Malaysia macam gila sikit dengan trend baju Vietnam ni.
Kek tu sedap okay. Kek yang di sebelah kiri tu. Yang dalam bekas aluminium foil tu, nasik dengan fish fillet kot tak silap aku. By the way, sebutan fish fillet adalah fish fillay okay. bukan fish fillet. Sakit hatiku bila pegi restoran-restoran, waiter salah sebut. Bila aku ulang lagi sebutan yang betul, depa dok jugak sebutan yang salah. Pakai kemain urban tapi sebutan salah. ok, sorry ni memang takda kaitan pun. Hikhikhik. Hanya luahan perasaan ku.
Dah sampai Airport di Vietnam. Sesaja je aku bergambar dengan Japan Airline. Kasi bakar line sikit dan post ke FB. Tapi sorang pun tak dapat hint yang aku nak ke Jepun.
Waktu di airport ni, biasalah kan, kalau bukan di negara Islam. Tiada tempat solat disediakan. Maka, kena pandai-pandailah cari ruang-ruang kosong kat penjuru mana-mana, buat tempat solat. Disebabkan tempat terbuka, maka ada banyak mata memandang, tapi kita buat taktau ja. Toilet di sini pun kebanyakan tiada paip air, jadi sila sediakan botol kosong untuk isi air untuk membasuh apa-apa yang perlu selepas membuang. Ekekekekeke
Masa ni aku tengah menunggu flight seterusnya untuk ke lapangan terbang Narita. Aku teruja dengan pakcik ni sebab semua yang dok depan aku ni adalah pakcik dan makcik Jepun. Dengar dorang berborak pun aku dah rasa macam tengok tv. Dan aku teruja gila dan semakin tak sabar.
Ini adalah permandangan dari atas kapal terbang. Permandangan bandar Saigon. Cantik kan. Perjalanan seterusnya mengambil masa lebih kurang 5-6 jam.
Yeayyyyyyyyy!! Alhamdulillah, dah selamat sampai. Aku sampai ke bumi Jepun dalam lebih kurang pukul 10-11 pagi. Perbezaan waktu Jepun dengan Malaysia tak banyak pun. 1 jam je. Ampa nak tau ka macam mana perasaan aku bila jejak kaki ke Narita airport ni? Rasa macam, seriously aku dah sampai Jepun?? Jepun yang selama ni aku dengar lagunya kartunnya, dramanya di kaca tv sahaja. Ni mimpi ka betul ni?? Ha, aku ni macam tenyeh banyak-banyak kali mata aku nak pastikan aku tak mimpi. Sewaktu berjalan dalam airport aku perhatikan semua, even pekerja yang dok angkut beg bagasi tu pun buat aku rasa kagum. I was like, wowwww...macam ni rupanya orang yang angkat bagasi di Jepun. Tengok orang-orang Jepun di kaunter-kaunter di airport, aku kagum lagi, wowww,,comelnyeee awek-awek Jepun. Tambah-tambah bila depa bercakap, lagi aku nganga, wahh macam dalam drama siotttt.. Ini lah orang utara sebut peghak buihh. Ni kalau aku nganga sambil meleleh air liur sambil terkebil-kebil tengok orang Jepun, maka lengkaplah kehidupan aku sebagai seorang yang peghak buih kritikal. Tapi aku belum sampai tahap tu. So aku belum layak pegang takhta tu.
Ni antara anggota rombongan aku. Tengok cuacanya macam panas yo yo ohh jer kan? Padahal tak panas dek non oiiii. Angin kuat okey. Sejuk.
Umum dah mengetahui masyarakat Jepun ni macam mana kan? Memang terkenal dengan sikap berdisiplin dan pembersih. Jadi aku perhatikan semua tempat, even tempat parking pun aku tenung. Sampah, seketul pun takda, memandu masuk ke petak parking dengan penuh berhemah. Kebanyakannya memandu kereta jenis Toyota.
Waktu ni kami dah berada di dalam bas. Pemandu bas pun aku perhatikan je. Sangat berbudi bahasa okay. Kejap-kejap tunduk hormat, kejap-kejap tunduk hormat. Pangkat pakcik-pakcik dah pemandu bas ni.
Lalu di laut ni, aku lupa apa namanya. Al maklumlahh, masih dalam mode peghak buih. Maka apa yang tour guide dok explain, aku abaikan je. Walaupun kawan aku tu tour guide untuk rombongan kali ni, tapi dia bertanggungjawab sebelum sampai ke Jepun je. Bila dah sampai Jepun, ada sorang lagi tour guide join. Memandangkan di Jepun ni, bahasa Inggeris kurang digunakan, jadi penting untuk guna orang tengah yang pandai berbahasa Jepun dan bahasa Melayu. So abang ni, aku lupa pulak nama dia, orang Indonesia yang dah berbelas-belas tahun menetap di Jepun (siap kahwin dengan minah Jepun lagik) menjadi tour guide kami.
Perjalanan mengambil masa 1-2 jam lebih kurang untuk ke destinasi pertama kami iaitu, Tsukiji Fish Market. Kiranya, dari airport, pi basuh muka, gosok gigi sikit dan terus mulakan pengembaraan. Takda pegi hotel, letak barang ke, mandi ke apa ke. Alaa, tapi tak kisah pun, nak ke pasar je punnn, tak perlu nak melawa sangat aihhh. Hehehe. Disebabkan aku terasa nak ke toilet maka, aku pegi la cari toilet dulu sesampainya aku ke pasar ni.
Haaaa, canggih tak canggih toilet depa walaupun di pasar ja pun. Sila bayangkan toilet di pasar-pasar Malaysia sekarang. Cepat bayangkan! Haha. Disebabkan aku taktau menatang apa hang dok tulis situ, maka aku main tekan-tekan ja berdasarkan gambar. Macam ala-ala main game gitu. Ekekeke. So, toilet dorang ada semburan auto yer. Tak perlu botol-botol dah ye, anak-anak sekalian.Semburan gini kita panggil bidet (sebutannya biday) ya anak-anak kesayangan ticer sekalian. Jadi selepas menunaikan hajat, terasa sangat lah lega. Lupa nak habaq, toilet depa teramatlah bersih. Tiada tisu-tisu bertaburan. Tiada sinki tersumbat, Tiada bau. Cepat bayangkan tandas awam di Malaysia sekarang. Cepat bayangkan !!
Jadi, kami diberi masa satu jam untuk jalan-jalan area pasar ni. Lepas sejam, kena berjumpa di tempat yang dijanjikan. Jadi aku jalan-jalan lah. Pasar ni takdak bau lansung. Macam mana depa buat ek? Bau hanyir pun takdak.
Ni adalah kawasan khas untuk perokok. Jadi kepada para perokok yang nak melampiaskan nafsu serakah merokok, boleh pi dok hembus diam-diam dalam bilik tu. Aku pun tak sangka, celah-celah pasar ni ada bilik khas ni. Jepun adalah antara negara yang melaksanakan peraturan yang jelas kepada perokok. Kiranya, ada peraturan dan para perokok pun sangat berdisiplin dan patuh pada peraturan. Cuba bayangkan perokok-perokok dan vapers di Malaysia sekarang. Cepat bayangkan !!
Disebabkan nak penuhi hasrat kami makan sushi, jadi kami skip-skip lawatan ke pasar basah tu, dan jalan-jalan kat pasar kering yang jual makanan dan sayur-sayuran. Situ ada banyak restoran-restoran kecil yang menjual makanan tradisi depa ni. Setiap kedai makan, pasti ada sorang dok kat luar dan promote kedai memasing. Kedai ni adalah yang bertuah sebab kami berdua masuk. Hihihi. So, kami ambik lunch kot, Aku tak ingatlah berapa harganya ni.
Satu set ni, kami kongsi dua. Sebab bukannya lapar sangat pun. Hanya teringin je. Aku suka sangat yang puding telur tu. Nyummmmm. Aku tengok kedai ni, ramai jugak orang yang kerja kerja opis datang makan. Untuk pengetahuan anak-anak, orang-orang Jepun memang kacak dan segak bila pakai baju kerja, Siap berkot semua. Pastu kemas dan hensem pulak tu. Lalalala. Kat pasar ni, penuh dengan orang-orang berkot dok lalu lalang atau singgah kedai-kedai kecik ni untuk makan. Sila bayangkan kalau kat Malaysia, tetiba ada sorang sesat berkot segak bergaya siap dengan briefcase pi beli ikan kembung sekilo.
Kedai ni kecik je. Meja dia sebaris je, ala-ala meja bar gitu. Ala, macam ampa makan sushi la. Jenis meja panjang kan. Depan tu, tu ada chef mintak order dan sediakan makanan depan kita. So, aku dapat lah tengok depa siapkan makanan aku. Disebabkan tempat ni agak kecik, maka aku asyik dok tersiku pakcik sebelah. Ampunkan saya pakcikk. Pakcik-pakcik kat sini baik. Dok usik-usik kami, walaupun macam ayam cakap dengan itik. Kihkihkih. Bila dia tau kawan aku ni mudah terkejut dan melatah kecik, dia asyik lah dok sergah kawan aku tu. Hehe.
Ni pakcik cashier. Dok buat muka comel pulakkk. Okey, tengkiu uncle di atas layanan terbaikk!
Lepas selesai makan, kami pun lari laju-laju untuk bertemu semula anggota rombongan yang lain.
....akan bersambung...
1 comment:
Best dan tergelak sorang2 baca ;)
Menanti sambungannya.
Post a Comment