28 February 2010

rojak.

.
hari ni rasa rajin nak update aktiviti aku beberapa minggu lepas.
hari tu adik aku balik untuk cuti raya cina.
3 minggu dia cuti.
hihi.
besh.besh.
hari-hari aku keluar shopping dengan dia.
tengok wayang la apa la.
yang bestnya,
dia sponsor semua.
:D
siapa-siapa nak pinjam adik aku, silakan.
hehe.
tapi aku dah berjanji nak belanja dia,
jadi aku belanja dia tengok wayang dengan makan.
yang lain-lain, dia tanggung.
.
masa ni on the way nak pergi tengok arwah mak tam. :(
.
masa tu baru diberitahu yang maktam sedang sakit tenat.
tapi masa dah lepas jambatan, (maktam dok penang) pak tam sms yang maktam dah takda.
sebab tu aku macam happy dok bergambar,
sebab tak tau yang maktam dah takda masa tu.
.
masa ni bersedia untuk pergi shopping lagik !
hiks.
.

lihat,
baju yang dipakai itu hadiah daripada adikku.
;D
.
masa raya cina hari tu,
ada wedding cousin aku.
so semuanya balik la ke kampung,
memandangkan cousin aku tu rumahnya di depan rumah tok aku je.
cousin aku iaitu anak pak long ku.
.

so, bila semua sedara mara balik kampung.
meriahla kampung aku.
hehehe.
dan maksu yang dari N.Sembilan tu pun balik gak.
anak dia iaitu cousin aku,
Mohd Adham Harith,
besday dia 14 Feb.
aku nya plak 16 Feb.
jadi Maksu telah bermurah hati nak sambut birthday kami berdua.
ngeh3.
kami buat birthday bash pada 15 Feb.
.
cousin aku tu,
sambut birthday dia yang ke 10 kot kalau tak silap.
semua cakap perangai kami sama.
malas mandi, nakal, banyak akal, agak serius, banyak trick, boros.
hahaha.
aku, no komen lah.
:)
.

lihat, aku yang comot je time partayy tu.

haha.

partay la sangat kan.

ala, sambut kan kampung kan.

so sederhana la.

tapi best.

tembikai, aku sponsor ok.

haha. setakat tembikai rm 9 ko nak heboh,

tak payahla waniey oi.


ni cousin aku yang kahwin tu.
cun kan?
hahaha.
tak.tak.
bukan dia ok.
dia ni adalah teman gossip aku kalau aku balik kampung.
dia ni muda setahun dari aku.
dia sangat tinggi ok.
cun plak tu.
so, gelaran model adalah biasa kalau dia balik kampung.
aku saja ja tak letak pic kami berdua sebab aku rasa aku sangat huduh kalau bergambar dengan dia.
hohoho.
by the way,
she's taken.
so tak bleh mintak nombor dia.
muahaha.
.
ahaaa.
birthday cake.
:)
.

ni masa hari perkahwinan cousin aku tu.

ni kat bilik pengantin.

sebelah aku tu bukan pengantinnya ok.

ni cousin aku yang lain.

anak tunggal arwah mak tam.

dia boleh gi pejam mata lak masa snap gambar ni.

aku dah siap gedik-gedik posing,

dia pi pejam laks.

his.
.

ha,

tu je kot nak cita.

nanti-nanti aku cerita lagik ok.

daaa~








new hair do.




masih lagi jakun+teruja dgn new haircut aku ni.
tambah-tambah kalau org yg sponsor.
kui3.
oklah.
bye.

26 February 2010

hilang pulak.

.
aku nak update gambar sebenarnya.
tapi usb phone aku tah mana aku campak ntah.
sebelum ni pinjam adik punya hp.
tapi dia dah balik kolej dah.
.
ingat nak pinjam phone abah tu.
tapi sangat-sangat complicated.
tak reti aku.
aku bluetooth kan pic aku.
pastu bila aku nak cari balik,
takda lak.
.
pastu bila cucuk usb phone abah aku tu,
tak detect plak kat lappy.
susah benar.
baik guna hp biasa, PDA ni serius sangat menyusahkan.
tak reti aku.
.
so, japgi aku nak p cari bluetooth punya usb.
senang aku nak transfer pic lepas ni.
lappy aku ni takda bluetooth.
biasala lappy zaman kuno punya.
.
okla.
byeee.

22 February 2010

entri miang.


saja ja nak tunjuk scandal baru.
nak wat camna,
semua taste2 aku mata sepet belaka.
ngeh3.
bye.
.
p/s: abaikan rokok di tangan tu. dah bape puluh juta kali dah aku sound. degil gak.

morning. :)

.
sebenarnya,
aku nak update gambar-gambar latest aku.
cam dah lama je kan aku tak tempek gambar.
tapi memandangkan lappy aku ni baru je format buat kali kedua dalam masa 4 tahun (yer, da lama laptop aku ni)
dan semua documents termasuklah gambar-gambar gedik aku tak dapat diselamatkan,
maka terpaksa lah aku membatalkan hasrat ku itu.
.
p/s : sesapa tau nak tukar theme yang telah di download dari internet untuk windows xp, please please please ajar aku. pleaseeeeee.

21 February 2010

update.update !

helo semua.
hehe.
aku tengah bosan ar skang.
skang ni kat bilik guru ni.
oh ya,
lupa nak cakap.
aku dah tak bekerja kat pusat tusyen Kumon tu dah.
skang dah jadi seorang guru di MRSM PDRM Kulim.
.
kan haritu aku kata ada interview kan.
Alhamdulillah, aku berjaya.
jadi lah guru b,inggeris sementara kat Mrsm ni.
.
tapi buat masa ni,
takda kelas lagi memandangkan skang ni minggu aktiviti.
kan bebudak asrama,
so bebudak form 1 and 4 yg baru masuk tu,
ada macam minggu orientasi la.
.
so aku akan start mengajar 28 haribulan ni.
so buat masa ni, tugas aku adalah merenung dinding atau siling hingga bosan.
huahuahua.
.
cikgu2 kat sini semua ok.
cuma buat masa ni xleh nak ngam lagi.
yelah baru 2 hari ada kat skolah ni.
.
skolah ni sangat dekat ok dengan rumah aku.
sebelah je kot.
so disebabkan sangat dekat,
selalu je aku datang lambat2 ke sekolah.
heheh.
.
dahla semalam masa aku gi pengebumian mak tam tu,
baru dapat tau ada sepupu aku pun mrsm ni.
dia cakap dia nampak aku,
tapi xtau yg aku ni kazen jauh dia.
aku tak mengajar form 5.
just ngaja form 2 dan 4 je.
.
oklah nanti aku update lagi.
bubbyee.
.
p/s : lambat betol nak pukul 1pm.

20 February 2010

maktam kesayangan sudah tiada ..

sebenarnya,
dulu pernah terlintas aku nak buat entri pasal maktam aku
yang disahkan menghidap kanser pankreas beberapa bulan yang lalu.
tapi asyik tertangguh je.
.
tapi semalam tepat pukul 4.3o pm, arwah pergi meninggalkan kami semua.
aku terkedu kejap bila dengar.
sebab semua ni berlaku dgn begitu cepat.
.
masa raya aidilfitri hari tu, arwah disahkan menghidap kanser.
pastu, sebulan pastu, operate.
pastu, arwah dah sehat dah,
boleh bergelak ketawa.
boleh buat kerja rumah semua.
.
pastu sejak dua tiga minggu ni,
dah makin kurang sihat.
minggu lepas, mak tam disahkan menhidap kanser yang kali kedua nya.
tapi tak leh nak operate sbb baru sgt je operate.
.
aku sempat gi melawat arwah kat penang beberapa hari yg lepas.
walaupun berat badan arwah susut dgn mendadak, tapi dia masih boleh tersenyum, dan ketawa.
tu la maktam aku, tak pernah lekang dari senyuman.
.
utk pengetahuan, maktam aku seorang yang kurang upaya.
arwah terpaksa memakai sebelah kaki palsu.
.
jadi bila arwah dikhabarkan meninggal dunia semalam,
aku ng family cepat2 rush pegi penang.
.
sampai dalam kul 5pm camtu.
pastu kami duduk situ menunggu kepulangan anak tunggal dia yg merupakan kazen rapat aku, yg skang baru 1bulan bekerja di TM Kuala Lumpur.
.
aku rasa dorg just cakap kat dia yg maktam sakit tenat.
x cakap pun pasal pemergian arwah.
sebab takut kazen aku tu xdapat terima.
memandangkan dia sangat manja dgn maknya.
.
lepas maghrib camtu,
abang lan (kazenku tu) sampai dari kl.
semua takut.
takut dgn reaksi abang lan.
.
dan seperti yg dijangka.
beliau tak dapat terima.
yala wei, sapa dapat terima bila tengok mak sendiri terbujur kaku.
dia lemah, and tanak masuk tengok.
semua terpaksa papah dia masuk rumah.
sedihnya weii.
aku mengalirkan air mata waktu ni.
sedih sangat2.
.
pastu abg lan masuk jugak rumah.
walaupun aku tau kaki dia lembik, and tak dapat berdiri.
dia pegi kat mak tersayang,
selak kain yg menutupi muka mak dia,
lama sangat dia menatap wajah mak dia.
sedih sangat time ni.
semua nangis kot.
aku tengok dia tak tahan,
dia renung lama2 muka mak dia,
pastu aku tau dia tak tahan,
dia tutup kembali kain yg menutupi muka mak dia,
dan menangis di penjuru dinding.
:(
aku pun taktau nak tenangkan dia camna.
sebab kami selalunya bergurau senda, bergelak ketawa.
bila jadi camni, aku hanya dapat tengok dari jauh
sebab aku tau berat sungguh dugaan yg terpaksa dia tanggung.
:(
sedih la.
hmm.
.
mak dia mmg sangat2 amek berat pasal dia memandangkan dia anak tunggal..
okla, nnt aku sambung lain.
nak gi penang ni.
mayat simpan pukul 11am ni.
bye.
assalammualaikum..

19 February 2010

hello everybody. :)

.
uih. cam dah lama je tak update.
sepanjang tempoh aku tak update ni macam2 jadi.
member-member facebook aku tau la.
hehe.
sebab aku macam malas je nak update kat sini.
lebih prefer fb lak.
senang dan cepat.
.
tapi takpe,
demi pembaca tercinta
*padahal diri sendiri je yang jadi pembaca setia.
akan aku update ok.
tapi bukan sekarang lah.
japgi k.
sebab aku nak mandi jap.
babaiiiiiiiiii

12 February 2010

back to normal

sudah berada di landasan yang betul
hihi.
sebelum kan aku agak kurang waras.
hari ni dah okey.
ngeh3.
and i have found out the reason for my abnormality.
hehe.
.
okla.
wish me luck for the interview oke?
the interview in on the 17th of feb.
one day after MY BIRTHDAY (motif, nak wat caps lock?!)
.
ok bye

11 February 2010

emptyheaded.

tolong aku weh.
aku rasa hidup aku ni kosong.
bosan.
takda kemanisan.
aku taktau apa yang aku nak dalam hidup aku.
serius.
aku tak pernah lagi rasa macam ni dalam hidup aku.
erghh!
kenapa eh, camni?

09 February 2010

bebelbebel

.
she is expecting too much from me.
i just can't tolerate with it.
the kids are ok.
the teachers are ok.
it is just her.
.
hurm.
tetiba rasa macam nak bercerita pasal student aku.
sekarang ni aku dah mengajar form 6.
huhu.
lain sangat-sangat kalau mengajar budak pra uni ni.
tambah-tambah chinese.
.
masa aku tengah semak worksheet dorang kan.
dorang akan mintak buku jawapan tu,
nak tengok betul tak cara semakan aku.
huhu.
tapi dorang mintak in a polite way la.
.
berbeza dengan primary kids.
tak pun secondary kids.
dorang ni nak tengok buku jawapan sebab nak tiru jawapan bulat-bulat.
hehe.
.
so berbalik kepada budak-budak pre-U ni,
selalu je buat aku gementar time nak handle dorang.
sebab 1st, dorang ni chinese.
pemikiran agak berbeza dengan kita orang melayu ni.
mereka sangat-sangat mementingkan kualiti pengajaran.
so, aku jadi agak takut di situ.
huhu.
2nd, mak bapak dorang memang akan mengharapkan 100% pengajaran yang berkesan dari guru-guru,
sehingga sanggup bayar lebih kalau students tu amek kelas tu lama sikit.
jadi kalau aku pun ngaja tunggang langgang,
aku takot nanti gaji aku pun tunggang langgang kalau student tu pi balik cita kat mak bapak dia.
huhuh.
.
kalau dapat student yang penguasaan english dia,
biasa-biasa ja,
atau sama dengan aku atau lebih rendah dari aku.
takda masalah.
.
ni dapat students yang penguasaan english dia pun hebat gila.
dan dia pun dah berumur 18tahun.
english hebat + matang.
agak mendebarkan gak la.
takot aku tak dapat give the best kat dia.
.
aku selalu je dapat students yang penguasaan english dia superb.
tapi walaupun superb,
dorang masih tak matang,
sebab kecik lagi.
so, tak da masalah
kalau nak marah-marah ke apa.
huhu.
.
so, jalan penyelesaian bagi student-student yang pandai-pandai camni adalah.
aku semak jawapan sama-sama dengan dorang.
aku tunjuk buku jawapan tu, bagi dorang tengok jawapan tu skali.
then, lepas tu baru aku terang,
camna boleh dapat jawapan tu.
.
kalau aku just bagi the correct answers je,
dorang takkan puas hati selagi aku tak tunjuk camna aku dapat jawapan tu.
dahla aku mengajar nak analyze poem dgn short stories kan.
so, mmg kena buat persediaan awal la sebelum nak ngajar dorang ni.
takot aku terhegeh-hegeh mcm 1st day ngaja budak-budak high level ni.
aku tak prepare satu apa pun.
pegi ngaja je.
worksheet pun tak study apa.
hasilnya,
aku terus ja bagi jawapan,
dan bila student tanya camna aku dapat jawapan tu,
aku dok tersengih cam kerang busuk.
.
sebab kebanyakan poem tu poem yang ancient poem punya.
i shalt love thee.
with nought' wrath, just pure love.
ahaaha.
geli lak kan.
nak bagi contoh pun poem jiwang.
tapi cam tu la.
aku pun tak paham perlu ke nak kaji poem berkurun dulu.
dahla language dia pelik.
kaji le lirik lagu eminem ke..
linkinpark ke..
baru lah menarik kan.
bleh la aku nyanyi sambil ngaja student tu.
.
student ni,
aku tanya dia,
nanti lepas stpm,
plan nak masuk uni mana?
lim kok wing ke?
standard ar kan, cina kaya,
kompom masuk Lim Kok Wing.
.
dia cakap tak.
dia masuk uni kat Singapore.
ala, yg femes tu.
aku tak ingat nama apa.
tapi uni tu dah lama.
member aku pun ada sorang masuk situ.
aku tanya, apa masalah dgn local uni?
dia cakap dia tak suka.
huhu.
ko kena ingat,
teacher ko yang mengajar ko ni pun dari local uni tau.
UKM lagik.
*tetiba rindu UKM. :(
.
p/s : aku akan bertahan keja situ sampai dapat keje lain. cuma, tak berapa puas hati dengan orang atasan je. english teacher paling senior kat situ, aku sorang je, so you can't expect me to do everything. although you have raised my pay, that does not give you the green light to take advantage on me.

good luck.

hm.
semua tengah dok pakat2 isi KPLI ke ni?
sgt strict KPLI tahun ni kan.
siap dah specify course dan uni mana lagi yang bersesuaian dgn subjek yg ingin dimintak.
dan dengar-dengar, dengan syarat2 tambahan yang KPLI buat tu, menyebabkan BSN kurang diserbu tahun ni.
his..
tak tau lah..
takut la aku.
.
hopefully semua kawan-kawan aku yang mintak termasuk aku sekali,
berjaya dapat panggilan intebiu dan seterusnya berjaya mendapat tawaran.
amin..
.
dan juga,
KPLI tahun 2011 takkan bukak permohonan baru dah.
dia just amek pemohon yang berjaya mendapat tawaran intebiu untuk KPLI 2010.
so.
goodluck semua ye.
adios.
.

08 February 2010

good opportunity, but i stupidly blew it off. shit !

yes.
that's me.
take things for granted.
padan muka kau waniey.
.
yang dia pun satu hal.
apsal call masa aku takda kat rumah.
call masa aku silentkan phone.
call masa aku tinggalkan hp kejap.
.
pastu bila aku call kau balik,
ko dah buat blurr.
arghhh!
hangen doe!
.
mmg aku nak sangat benda tu.
arghhh.
takpa, esok aku try call balik.
kalau ko buat blur lagi,
siap ko.

07 February 2010

malas.

serius weh.
makin hari aku rasa aku makin malas.
kalau hari bekerja, malas nak pi keja.
kalau hari cuti, malas nak buat keja rumah.
semua benda aku malas.
arghh!
.
p/s : 3 benda ja aku rajin. tido, makan, shopping.

04 February 2010

hm

emosi agak tak stabil lately.
benci gila bila jadi camni.
nak menangis, tapi tiada air mata yang keluar.
haih..........

02 February 2010

current mode : itchy

.
ekekeke.
harap maaf yer.
entri kali ni berunsur gatal sikit.
so bebudak bawah umur, sila dapatkan kebenaran ibu bapa sebelum membaca entri ni ok.
.
camni ceritanya.
setiap hari aku pi keja,
aku akan park keta aku kat tepi pusat tusyen tu.
dan aku akan perasan ada satu keta yang mmg pe 'marking' tetap kat situ selain aku.
hehehe.
.
eh jap.
ada dua pe'marking' tetap kat situ.
satu keta iswara putih buruk (amboi sesuka hati kucing ko je nak cakap keta org buruk), yang aku tau sapa tuan empunya dia.
pompuan india, sebab aku penah terserempak.
satu lagi.
keta myVi hitam baru.
heheheh
tapi aku tak pernah terserempak la dgn tuan dia.
tapi aku yakin la lelaki sebab ada kaca mata hitam tersangkut kat cermin pandang belakang tu.
pastu ada cap dekat delam keta tu.
.
stail modify keta tu cam org muda je kan.
hehehe.
kalau aku datang keja pagi, dalam pukul 830am camtu,
takda lagi keta tu.
tapi kalau aku keluar untuk rehat,
dalam pukul 2pm ke, 630 pm ke,
mesti keta tu ada.
.
kekadang parking depan keta aku.
kekadang selang sebuah dari keta aku.
tadi kan,
masa aku balik, nampak keta dia parking depan kereta aku.
aku nampak macam comel je kereta kami dua.
(ok part gatal sudah mula, harap sediakan baldi untuk muntah)
sebab apa tau,
masa memula park,
kira masa memula datang keja,
keta tu takda pun.
masa aku rehat, dalam pukul 2pm camtu,
takda lagi pun.
keta-keta lain banyakla yang park berderet tepi jalan tu.
mungkin dia datang lambat kot rini.
hm. tah2 dia sakit kot ek?
huhuh.
tapi masa aku balik,
dalam lebih kurang pukul 6.30pm,
keta tu ada.
hehehe
yang aku nampak comel nye sebab.
hanya keta kami berdua je ada kat situ.
keta dia park depan keta aku.
dan secara bertentangan.
kira mata bertentang mata la.
kui3.
dahla keta aku pun itam (kancil je), dia pun itam.
eh tak, maksud aku keta dia pun itam.
eheheh.
jadi kalau tengok dari jauh, aku nampak cam comel plak.
cam kapel lak keta aku ng dia kan.
wahahaha.
aku tak sempat nak amek gambar.
sebab segan la puleks.
ramai orang dok lalu lalang situ.
sebelum ni ada aku amek gambar,
tapi cari-cari tadi, tah mana aku letak ntah.
.
tapi sebelum ni,
tak penah lagi jadi camtu.
maksudnya,
hanya keta kami dua je yang park situ.
ehehe.
sebelum2 ni, ada lagi dua tiga bijik keta nyibuk.
ekekeke.
.
so, tadi aku pun dok perasan-perasan la kan dengan adik aku.
bleh lak dia kata,
tah-tah yang bawak keta tu pakcik tua ke.
takpun org muda tapi jongang ke.
memang dengki ar budak ni.
saje je nak drop my waterface.
.
aku nak tengok la sapa pemilik dia,
tapi tak berkesempatan pun.
walaupun dah almost dua bulan dah,
aku dok perati keta tu.
isk.
.
kata la kan.
tetiba kan,
nanti aku p keja kan,
sekali masa balik tu,
ada sejambak ros merah dok lekat celah wiper kereta aku kan.
pastu ada terselit nopon sekali ke.
muahahahahah.
berangan la kau waniiiiii.
tah-tah, pompuan yang bawak myVi itam tu.
ngehehehe.
.
tapi aku nak sangat tengok sapa pemilik dia.
isk.
dia keja apa ek.
mesti dia keja area-area tempat tusyen aku.
sebab situ mmg kedai berderet jee.
tah-tah cina.
sebab situ memang kawasan cina.
hiihihi.
.
takpa la.
kekadang tu, best gak gak berangan kan?
berangan ni free je, tak payah bayar.
tu yang best.
:)
.
ok. nak cita tu je.
byeee