08 September 2010

ratu eyeliner


.

pembaca tegar blog aku ni (aku tau, tak sampai dua orang pun) mesti tahu kan yang aku ni gila eyeliner.
kiranya aku tak boleh gi mana pun tanpa mencalitkan eyeliner.biar takda blusher, lipstick, lipgloss, eye shadow segala, asal ada eyeliner, dah perfecto.
tapi kan, sejak kehilangan beg make up aku yang seketoi besaq itu,
membuatkan nafsu untuk ber eye liner mati seketika.
yala, time beg tu hilang,
aku tengah pokai gila.
eyeliner lak sampai 3jenis aku pakai.pensel kayu satu, pensel yang bleh pusing tu satu (taktau nak describe camna, hehe) liquid eyeliner satu.
nak beli tiga bijik sekaligus di kala aku tengah kering memang nak mampus lah.
selepas tu,
aku da biasa tak pakai eyeliner.
tepek bedak, calit lipstik yg 6hengget punya, siap.
pastu tetiba abah aku baik hati bagi duit suh pi beli barang mekap apa yang patut.
hehehe. memahami betui abah aku ni.
tapi duit yg dia bagi tu, habis kat eyeliner tiga ketoi tu ja. ish.
tak sempat nak beli yang lain.

jadi aku dah start pakai balik.
sampai la aku dapat masuk Institut Perguruan Ipoh ni.
aku ingat perkara biasa je kan aku pakai eyeliner ni.

sampai satu hari, member lelaki aku cerita.pasal penggunaan eyeliner aku ni.
H : ha, hg nak tau dak, aku ada sembang2 dgn mansor (bukan nama sebenar) lepastu tersebut nama hang. nak tau dia kata apa?

aku : ha, dia kata pa?

H : dia kata camni. 'ha, wani? wani mana? wani yang celak tebal tu ka?'

aku : T____T
dan lecturer aku pun penah tegur.masa tu aku tengah cakap something, dia renung je aku.
aku ingat takde pape, pas habis aku cakap tu, dia cakap
'amboi, celak dia'

lecturer tu lelaki howkey.
haha

dan, banyak lagi kawan-kawan yang 'terpikat' dengan eyeliner aku neh.
heheheh.
tebal sangat ke ha aku pakai?aku rasa biasa je.tebal ke?
klu tak cukup tebal, aku nak tebalkan lagi, buat macam panda tu.
mesti comel.

aku tak suka pakai eyeshadow.
aku rasa eyeshadow tu mcm lagi meriah dr eyeliner.
cam nak pegi dinner gitu if pakai eyeshadow (padahal dulu pun aku pakai eyeshadow pi kelas, tak sedar diri betul)

oklah.merepek je entri kali ni.
wokeyyy. chow cin chowww


pakai eyeliner




tak pakai eyeliner



ada beza ke??

p/s : Bila lah lens saya mahu sampai ni? (>__<)

1 comment:

ZaliHazali said...

betul2, lagi ketara comel lepas pakai eyeliner