20 February 2012

Aku kejam hari ni.

Hari mood aku tak berapa nak okey waktu masuk kelas. Masuk je waktu pertama Tahun 6, budak-budak ni dah buat aku bengang. Cuti hujung minggu satu apa pun tak buat. Aku bagi kerja haram tak buat. Ada yang buat, ada yang tak buat, ada yang buat separuh, ada yang tak buat langsung. Yang tak buat langsung ni yang menaikkan darah aku. Dahla dia ni lambat membaca, menulis lagi lah. Kira macam budak pemulihan. Aku marah gila tadi. Pagi-pagi dah buat aku nak mengamuk. Aku dah renyukkan kertas lembaran kerja yang aku bagi, pastu aku campak atas lantai. Aku nyaris-nyaris nak campak ke muka budak tu. Tapi aku sabar lagi. Tapi Ya Allah, geramnya aku. Kerja yang aku bagi senang lahhh sangat, yang tu pun tak buat. Lepas tu, kena rotan tapak tangan dengan aku. Kuat aku rotan tadi, berbekas pun berbekas lahhh. Mak bapak nak mai pun, mai lahhh. Aku tak boleh tahan dengan budak macam ni. Serius. Dah tahun 6 buat macam tahun 1.

Pastu masuk kelas tahun 3. Aku ajar BM. Kata Imbuhan dengan Kata Dasar. Berbuih-buih mulut aku ni ha, dok terang kat depa. Sakit tekak aku dok terjerit-jerit time mengajar. Sekali bila aku tanya, taktau. Aku dah bagi contoh kat depan pun taktau lagi. Kali pertama aku sabar. Kali kedua aku tanya, taktau, aku tahan lagi. Pastu haaaa, kena la tengking dengan aku. Memang aku agak kejam tadi. Rasa macam gerammmmm sangat. Pastu tak boleh lagi, aku rotan tangan tu. Pastu aku tanya lagi, tak reti lagi. Tapi mata dah berair-air aku tengok. Pastu aku jerkah sekali lagi, apa lagi nangis terus teresak-esak. Amirul nama dia. Dia menangis, lagi aku marah. Tak dak aih aku nak pujuk. Sebabnya bila dia menangis, dia teresak-esak tersengguk2 bahu tu. Bila aku suruh jawab soalan, nak jawab pun susah sebab teresak-esak. Lagik lah aku nak marah. Aku kata, kalau kamu menangis, lagi saya nak marah. Terus budak tu control sikit. Tapi teresak2 dia tu kuat betul. Pastu, aku tanya dia lagi lagi dan lagi. Aku tak peduli la dia tengah nangis ke apa. Aku ajar dia sampai boleh, akhirnya dia stop nangis,dan boleh jugak jawab. Haihhh. Pastu, senang je nak tackle budak tu balik supaya dia tak merajuk dengan kita. Aku bagi dia latihan, aku pi kat dia tengok dia buat, kalau dia boleh jawab aku kata 'haaa, reti ponn. Cikgu tau kamu ni pandai sebenarnya. Kalau kamu boleh jawab camni tadi, takda la sakit kena rotan tadi. Takda la membazir air mata kamu tu' Hahahahah. Sian pulak kat dia. Tapi dia dah okey. Bila aku masuk time English, semangat betul budak yang aku marah tadi menjawab. Kira takde la dia merajuk-rajuk dengan aku. Budak ni manja sebenarnya. Dia baik, jarang bising dalam kelas cuma kekadang mungkin dia tak fokus kot membuatkan dia mengelamun je time aku dok potpetpotpet kat depan tu.

Okey lah . Tu je. Bye

1 comment: