19 February 2012

Kisah Amin

Assalammualaikum !

Ohoiiii. Dah lama je rasa tak update. Maaf. Bz la weh. Tak sempat nak mengarang cerita. Ni aku curi masa sikit ni sebab kerja semua sudah habis. Aku baru siapkan Alat Bantu Mengajar. Nak lekat dekat kelas-kelas yang aku ajar. Aku tengok dinding-dinding kelas semua kosong je. Bosan tau tengok. Jadi aku amik inisiatif sikit ah print-print apa yang patut atas kertas warna warni bagi cantik dan menarik untuk bebudak tengok. Yang ada kat dinding semua yang dah buruk-buruk, siap ada taik cicak lagik. Ishhh. Aku bersemangat nak letak bila ada yang aku dah letak beberapa keping flashcard warna warni kat kelas Tahun 1, dorang memang hari-hari baca dan hafal. Sampai time cikgu lain masuk pun, dorang suka bagitau cikgu-cikgu apa yang dorang dah hafal hasil dari aku lekat tu. Sejuk hati aku dengar. Tak sia-sia aku lekat dan bukan untuk mencantikkan kelas semata-mata. :)

Oh well. Aku nak bercerita satu kisah mengenai Amin. Amin ni murid aku, Tahun 1. Comel tau. Budak yang paling comel dalam kelas. Aku ada upload gambar dia dalam entri lepas, kalau rajin pi cari. Hehe. Al kisahnya, Amin ni, Ya Allah punyalah panas baran. Padahal baru Tahun 1 tu. Garang gilaaa. Tak pernah aku tengok budak 7 tahun garang camtu. Tapi dia tak pernah tunjuk kegarangannya depan cikgu. Jadi aku pun taktau dia ni panas baran rupanya. Depan cikgu, Amin baik, hormatkan guru dan tak pernah tinggi kan suara pun. Sebelum tu, ada lah cikgu baru ni tanya aku, Amin tu garang ek? Aku cakap, tak pulak. Dalam kelas, ok je pun. Pastu ada sekali tu, Aphidya murid Tahun 1 jugak lah, Aphidya ni a siamese boy tapi memang fasih la cakap Melayu. Pastu Aphidya ni dok mengadu kat aku. Memang peel budak-budak Tahun 1 (a few) suka betul mengadu domba. Biasa lah kan, bebudak.  Tapi aku tak suka bebudak suka mengadu ni. Terlebih manja lak aku rasa. So Aphidya ni mengadu kat aku 'Teacher Waniey, haritu kan, mak Aphidya marah Aphidya sebab Aina ambik pemadam Aphidya. Mak Aphidya marah sebab dia kena belikan pemadam baru untuk Aphidya' (Aphidya ni suka bahasa diri dia dengan nama dia. :)    ) Tapi kan, masa Aphidya dok mengadu tu, masa tu Aphidya belum habis pun cakap, tetiba si Amin ni 'WEEIII, HANG SENIRI YANG BAGI KAT AINA RUBBER TU, BILA MASA PULAK AINA AMEK RUBBER HANG ???! ' Masa tu Amin tu tengah buat kerja yang aku bagi. Dia dengar je Aphidya ni dok mengadu kat aku, terus dia bangun, sambil jegilkan bijik mata dia, sambil cakap. Terkejut aku. Dalam hati aku, 'fuyoohh, Amin ni dah macam hero pulak, siap backing kawan dia, Aina' Pastu aku redakan keadaan. Aku ingat Amin ni syok kat Aina sebab tu dia backing Aina sakan.

Tapi hari tu, sekali lagi aku masuk kelas, aku tengok Amin tengah duduk atas meja. Tapi bila aku masuk, terus dia cepat-cepat turun. Aku cakap ah 'Amboi Amin, samseng nya dia duduk atas meja'. Dia senyum-senyum je. Lepas tu, aku bagi dorang kerja. Aku pun pegi la kat sorang-sorang nak observe dorang. Lepas tu, aku sampai lah ke meja Amin. Aku pun cakap lah ' Amin ni garang rupanya ekk' . Amin pun senyum je. Tetiba si Aina yang memang duduk sebelah Amin ni, dah nak start mengadu. 'Teacher, Teacher, haritu kan, saya nampak Amin kan, dia cubi ...' Tak sempat lagi si Aina ni nak habiskan ayat dia, tetiba Amin yang kecik comey ni, terus bangun dan menghadap Aina dan 'APAAA? !! HAAA, APAA? APAA? !!!!!' Mak aiiii, terkezut aku woiii. Terus aku suruh dia duduk dan sambung buat kerja, n dia ikut je cakap aku. Garang nak mampos budak ni. Aku rasa, mesti semua budak kat situ takut kat dia.

Aku perasan, haritu, Aphidya ni dok mengadu apa ntah kat aku, atau pun si Aphidya ni dok bercerita apa-apa ke, si Aphidya ni jenis bercakap potpetpotpetpotpet. Pastu sukakan perhatian. Biasalah bebudak memang camtu kecuali si Amin. Bila si Aphidya ni dok potpetpotpet, Amin yang dok di belakang Aphidnya ni, aku merenung tajam ke kat Aphidya. Hahahaha. Comel betul

Aku dapat rasakan si Amin ni, mesti bila dah besar akan diminati oleh sekalian perempuan sebab dia yang serius, comel dan tak mengada ngada pastu memang ada semangat setia kawan. Kalau orang buli kawan dia, memang dia bengang. Macho betul. Hehehehehe. Memang susah lah kalau sesiapa nak buli dia. Aku rasa dia macam watak-watak dalam filem korea pula or jepun. Watak hero. Watak yang hemsem, semangat setiakawan tapi serius and at the same time hormatkan orang tua. Haaa, macam watak Johan Asaari dalam cerita amende ntah yang heroin dia Fasha Sanda tu. Haaa, camtu lah. 

Tapi kan, semacho-macho Amin, aku ada satu rahsia dia yang tak berapa nak rahsia sangat ah. Dia pernah berak dalam seluar masa minggu pertama persekolahan.  Hehhehehhe. Apa la hang Amin, hero macho mana boleh berak dalam seluar. Dia berak sebab, mak dia ikat tali pinggang ketat sangat sampai dia tak sempat nak bukak. Adoiiii kesian. Pastu dia menangis plak tu sebab malu. Siannnnn. Hero macho tapi berak dalam seluar. Adehhhhh

2 comments:

MizahHazeL said...

hahaha...mula2 menarik,jtuh cnta ngn si amin ni,tp part last tu =_=' hu3

Miss Masjue said...

alololo..comey.adik masjue pon amin.rindu plak kat dia.hehek..