05 February 2013

Dinner

 Grilled Salmon
RM18.90
Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Saja order Grilled Salmon ni sebab belum pernah cuba lagi grilled salmon. Selalu makan ikan salmon yang sushi tu ja. Haha. Rasanya, okey laa. Boleh laa. Ada tulang so, tak best. Haha. Selalunya, kalau makan western food, dapat makan dengan tenang sebab takda tulang. Tak kira lah, ayam ke daging ke. Tak eksklusif la nak makan sambil nak tarik-tarik tulang dari mulut. Hehe

Grilled Mutton Black Pepper (kalau tak silap)
RM18.90 (kalau tak silap)

Aku tak ingat sangat harga dan nama menda alah ni tapi yang aku tau, ia adalah daging kambing. Ini Muna punya. Bolehla tahan rasa dia tapi daging macam agak liat sikit. Tapi yang paling best untuk kedua0dua dishes ni ialah mash potato dia. Sedap ! Aku suka ! Mash potato dorang letak bawah sekali. Kena tolak-tolak isi daging baru nampak.

So, boleh la, sesiapa yang nak pi cuba kat Restoran Simpang Tiga Ipoh ni. Macam-macam ada tapi keistimewaannya adalah masakan dari Padang, Indonesia. Mungkin kalau aku pesan nasi padang, rasa nya lebih malatop kot. Pekerja nya semua pun pakai uniform ala-ala Jowo punya design. 


1 comment:

Zura Lee said...

yg ikan salmon tu nmpk soo yummy !!!