dari segala perasaan hasad dengki, cemburu, amarah, kebencian, dan tenangkan lah hatiku. Hindarilah aku dari segala perkara yang merosakkan iman, dekatkan lah aku dengan perkara kebaikan dan tunjukkan lah aku ke jalan kebenaran. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu.
Seboleh-bolehnya, aku nak sentiasa bersangka baik pada orang dan cuba memperbaiki diri sendiri untuk manfaat aku dan orang lain. #muhasabah diri.
People that don't know her, think she's quiet. People that know her, wish she was.
06 March 2013
05 March 2013
Baju Baru
Gambar pagi tadi ni. Guru besar tegur baju aku lawa. Bukan aku yang lawa, baju je yang lawa. Hehe. Baju ni baru je aku beli dan pertama kali pakai ni. Aku pun suka dengan potongannya. Kain tu ala-ala Saloma. Eh, saloma ke duyung ek? Yang kembang kat bawah, ketat di atas. Baju nya pulak, singkat sikit tapi tak la singkat sangat cuma singkat dari baju kurung biasa. Suka sangat. Heheheh. Tudung pun tudung baru, saja beli nak padankan dengan baju. Beli kat pakistan ni, senang je nak dapat murah, samada aku pakai lense hijau tu, atau pakai eyeliner ke. Mesti depa kasi murah-murah. Hahahahah. Berkenan betul dengan mata palsu aku tuh. Lepas dapat je murah, aku blah ar, nak tunggu apa lagi kan. Hehe. Ok lah. Tu je nak habaq. Byeeee.
28 February 2013
Haiii ^____^
Assalammualaikum semua. Lama pulak rasanya tak update. Dah nak masuk bulan Mac dah pun kan. Aku bz sangat-sangat tahun ni. Aku pegang 4jawatan penting dalam sekolah. Jadi, kerja banyak bertimbun. Nak kejar dateline. Paperwork pun banyak. Hantar pada boss, boss tak puas hati, edit dan print dan hantar balik, boss tak puas hati lagi, so edit lah lagi sampai boss puas hati. Nak kejar dateline untuk laporan-laporan yang nak hantar ke PPD lagi JPN lagi. haih. Aku cikgu ke, orang keja pejabat nih? Balik pun hari-hari pukul 430petang. Dapat boss pulak yang selalu tanya2 dah siap ke belum, dah siap ke belum. Pastu, tetiba dapat emel dari PPD suruh siapkan laporan dan nak haritu jugak sebelum 12pm. Rasa macam nak pengsan. Tapi bila dah hampir 3bulan begitu, jadi terbiasa. Jadi pelik bila balik rumah, tak angkut segala kerja, jadi pelik bila boleh update belog dengan senang hati. Hehe.
So, sebab kesian dengan blog, aku nak update sikit. Letak gambar randomly, dan cerita itu sikit, ini sikit, boleh? Hehe
Tadi ada jamuan Tahun Baru Cina. Kan aku SJKC jadi ramai guru Cina. Ni antara hidangan yang ada. Ni namanya kuih bakul. Kuih bakul kukus. Tahun lepas pun aku makan kuih bakul jugak tapi goreng. Tapi aku suka yang ni lagi sebab kurang manis. Rasa dia macam buah melaka tapi takda inti dalam. Lembik-lembik camtu lah teksturnya. Bahan utama dia, letak gula merah, tepung apa ntah pastu dengan parutan kelapa. Sedap jugak. :)
Ni kuewteow tomyam yang paling umpphh. Sapa yang tak makan pedas, rugi wooo. Aku menikmati kuewteow ni masa tu, waktu hujan lebat, ditemani dengan lagu jiwang dari Ukays, makcik kedai tu pasang. Aku sampai keluar air mata, air hidung, tak pasti sebab kuewteow ni ke, atau sebab lagu jiwang tu. Hehe.
Ni pulak, kasut aku baru beli di Qbay haritu. Comey dakkk? Hehe. Memang selesa dan tak menyakitkan kaki aku. Aku memang mencari satu kasut yang tumitnya agak tinggi (bagi aku) dan selesa. Dan keesokannya aku beli lagi sepasang kasut bertutup yang memang sangat selesa tapi jenis flat.Tercapai jugak hasrat aku nak beli kasut-kasut ni sebab selalu takda masa nak beli. Ni kasut kerja aku. Kena ada dua jenis kasut. Satu yang bertumit agak tinggi, satu yang flat dan comellll. hehe. Memang sangat selesa. Sebenarnya, kasut bertutup aku memang banyak sangat tapi masa aku beli, aku tak mementingkan sangat tapak dia camna, dalam dia ada pad ke tak untuk keselesaan kaki aku. Asal comel, muat dengan kaki aku, terus aku beli. Bila lama-lama pakai, tapak pun jadi haus. Pastu mula lah nak tergelincir masa tengah melintas siap berbaju kurung pastu semua orang tengok pastu pura-pura check message di hp. -_-'' Terus berazam nak beli kasut baru yang selesa, dan bertapak tebal.
Okey lah. Itu je kot. Nanti aku update lagi kalau berkesempatan. Asssalam.
11 February 2013
10 February 2013
Hello !
So, how did you spend your holiday? Mine was okay. The same routine every weekend. Hehe. I am thinking of what to cook for tomorrow. Any idea? What about nasi lemak? I can't recall the last time i ate rice. Yeah. Like seriously. I am loosing weight y'all ! Hehe. Except for the stubborn extra baggage at my cute tummy. Haihh. Need to do more sit up. Oh yeah, my wish list is finally achieved. That one thing that I've been wanting all this while, is now in my handbag. Alhamdulillah. Thanks abah for making it real. Now, I just need to save money. Things have changed. I am sad and frustrated. But that was a month ago. Now I am okay and back in track but my shopping habit is not under control after that incident. Phewww. Stop wasting money on something that you don't need waniey !
Okay, that's all I guess. See you in my next entry. Assalammualaikum.
08 February 2013
06 February 2013
The Lost World of Tambun
Haritu pegi The Lost World of Tambun kat Ipoh dengan kawan baik. Tidur hotel satu malam di Ipoh. Walaupun dulu masa aku tinggal di Ipoh selama setahun, Lost World Tambun ni hanya beberapa langkah je dari rumah sewa aku, tapi sekali pun tak pernah nak pergi. Plan dah beribu kali dengan kengkawan tapi tak pernah jadi. Selepas 2 tahun, baru tertunai.
So, it was a fun experience. Memang best. The best part was the racoon ! Suka sangat sebab jinak gila. Rasa nak bawak balik rumah je. Mandi manda pun best. Terjerit tergelak sampai mengah. Hehe
05 February 2013
Dinner
Grilled Salmon
RM18.90
Restoran Simpang Tiga, Ipoh
Saja order Grilled Salmon ni sebab belum pernah cuba lagi grilled salmon. Selalu makan ikan salmon yang sushi tu ja. Haha. Rasanya, okey laa. Boleh laa. Ada tulang so, tak best. Haha. Selalunya, kalau makan western food, dapat makan dengan tenang sebab takda tulang. Tak kira lah, ayam ke daging ke. Tak eksklusif la nak makan sambil nak tarik-tarik tulang dari mulut. Hehe
Grilled Mutton Black Pepper (kalau tak silap)
RM18.90 (kalau tak silap)
Aku tak ingat sangat harga dan nama menda alah ni tapi yang aku tau, ia adalah daging kambing. Ini Muna punya. Bolehla tahan rasa dia tapi daging macam agak liat sikit. Tapi yang paling best untuk kedua0dua dishes ni ialah mash potato dia. Sedap ! Aku suka ! Mash potato dorang letak bawah sekali. Kena tolak-tolak isi daging baru nampak.
So, boleh la, sesiapa yang nak pi cuba kat Restoran Simpang Tiga Ipoh ni. Macam-macam ada tapi keistimewaannya adalah masakan dari Padang, Indonesia. Mungkin kalau aku pesan nasi padang, rasa nya lebih malatop kot. Pekerja nya semua pun pakai uniform ala-ala Jowo punya design.
03 February 2013
Perfekto
Lepas penat shopping, pekena mee goreng sotong dengan ayaq nyok madu memang syok habeh. Sapa dok B. Mertajam tau kot ni kat mana. Kat tepi jalan tu. Mee goreng Tokun pun fevret aku jugak. Lepaih mendaki bukit Mertajam tu, wajib singgah pekena mee Tokun.
02 February 2013
Headbanging
Now watching MTV World Stage Linkin Park. Do you ever know that i am a Linkin Park die hard fan, who would rap along with Mikey (Mike Shinoda) whenever I hear their songs.
When I was in my secondary school , I would print out all the lyrics and memorized it including the rapping part.And now I am still good at it (rapping). Hehe. Ok. Got to go. I want to enjoy this. Daa
Subscribe to:
Posts (Atom)






