03 November 2009

KADANG-KADANG..
.
Kadang-kadang, kalau kita berbuat baik pada orang,
ramai orang akan salah tafsir.
'eleh, nak bodek ah tu'
'ni tetibe buat baik ni, mesti ada makna ni'
.
Kadang-kadang, kalau kita buat berbuat baik pada orang,
orang pijak kepala kita.
orang campak maruah kita dalam longkang.
.
Kadang-kadang, kalau kita berbuat jahat pada orang,
orang sekeliling akan mengata.
'tak sangka dia buat camtu kat si polan-polan, kesian kat si polan-polan.'
padahal ko taktau perangai si polan-polan tu macam setan beranak empat.
.
Kadang-kadang, kalau kita berbuat jahat pada orang,
kita akan dipulaukan.
'weh, tak payah ah kawan dgn dia, aku dgr, dia dulu penah aniaya si polan-polan'
padahal kau tak tau cerita sebenar, kau nak bercerita macam kau tau segalanya.
.
Jadi, pengajarannya,
berbuat baiklah pada orang yang telah berbuat baik pada kamu.
kau takkan rugi.
.
aku hanya akan berbudi bahasa pada orang yang hormati dan baik terhadap aku.
orang yang buat kurang ajar dgn aku, aku akan lebih ajarkan dia.
.

2 comments:

sHaRiFah aNis zAriTh said...

waniey.
bila nak mai kl.
jom kuar shopping macam dulu-dulu.
heheh~~

saadah saadun said...

weh..
btol apa ko ckp..
kalo org wat dajal kat kita, kita kna bls blk..
rindu skenyet..
=')