RECENT ACTIVITIES.
.
.
.
Semalam, aku dan family ke Penang.
Tujuan asal adalah untuk melawat MakTam aku di Hosp. P.Pinang.
Dia baru habis operation.
Dia baru tau dia ada kanser pankreas,
so kena operate nak buang ketumbuhan tu.
sangat kesian aku tgk Mak Tam.
Makan pun terhad.
hanya boleh minum susu.
itu pun melalui hidung.
kencing pun ada darah,
aku boleh nampak sebab dia ada tiub kencing tu.
aku harap Mak Tam cepat sembuh.
.
aku ke Penang dgn abah dan mama tercinta.
abah tanya nak naik feri atau ikut jambatan?
aku gedik nak naik feri.
ngeh3.
.
lepas kereta dah naik feri tu,
aku pun turun ar kereta,
kekonon nak menikmati udara segar, angin bayu.
muahaha.
masa tu feri belum jalan.
.
so, aku dok bertenggek kat tepi koridor tu.
sambil tengok laut.
angin kuat.
besh.
aku pegi dalam pukul 4 pm.
so, takdelah panas sangat nak bertenggek tepi tu pun.
selalu aku pegi pukul 12/1 pm, so mmg panas ah, kalau dok kat luar kereta.
baik duk dalam kereta.
.
dok kat luar tu,
sempat la aku snap gambar sikit.
sikit je.
takdela banyak
sebab macam pelik je aku dok menjakun sekor-sekor amek gambar.
ahaa.
orang lain dah tak heran naik feri ni.
takde nye nak bergambar bagai.
tambah-tambah, aku dok camwhoring sekor-sekor,
amek gambar sendiri,
cam tak malu je aku ni.
tapi aku mmg tak malu pun.
ahaaha.
.
nak buat camne,
unofficial photographer aku aka adik aku tak de kan.
so aku dok tergedik sekor-sekor je lah.
nak suh abah aku snap,
aku takut abah gelak plak kat aku.
nak suh mama,
dia tido dalam kereta.
.
fokus tang muka ja.
nak tau tak nape dekat beno aku amek?
sebab aku risau hp jatuh dalam laut.
huhuhu.
sebab tu jarak hp dgn muka aku dekat je.
.
masa aku tengah sibuk-sibuk snap tu,
ada sekor gagak ni,
bising beno.
dok ark ark, sekor-sekor.
tah apa masalah dia tah.
.
masa tu dia dok atas palang kat siling feri tu.
mmg bising ah.
mengganggu konsentrasi aku nak bergambar je.
.
pastu tetibe feri dah nak jalan,
masa tu aku dah habis snap gambar.
dok bertongkat dagu tengok laut sambil dihembus angin bayu.
.
pastu kan,
tetiba aku rasa kepala aku ni macam berat.
macam ada orang tekan.
aku jerit ah.
.
baru aku sedar, gagak saiko tadi tu,
gi landing atas kepala aku.
CIS !
sangat bedebah sekali engkau.
.
aku rasa dia terkejut kot feri tu dah jalan,
pastu dia terbang,
dia singgah sat atas kepala aku,
pastu dia terbang ntah ke mana.
budus punye gagak.
.
kau buleh je gi landing atas palang-palang yang banyak tu.
nape kepala aku jugak yang kau pilih haa.
lepas aku dok histeria sekor-sekor,
aku pandang kiri kanan,
kekonon malu la kan,
tercalar la keayuan ai,
sekali sume orang wat derk je.
dok sembang cam takde pape.
CIS sekali lagi.!
kot-kot ade st john nak datang bagi bantuan kecemasan kat aku ke,
takde langsung beb!
ni yang nak komplen ni.
.
kalau aku cedera parah camne ha?
atau, aku pitam akibat terkejut ke?
isk. isk. isk.
.
even,
abah aku yang dok sebelah aku tu pun wat bodow je dok tengok laut
sambil telinga pasang earphone.
nasib baik la selendang baru ku itu tak kotor kena kuku si gagak busuk tu.
agak-agak ar kau gagak.
aku tau ar kau nak berlagak.
tapi tengok orang ar jugak.
.
nasib baik mase dia hinggap kat pale aku tu,
aku tak sibuk bergambar kan?
kalau tak kompom ar,
hp dah masuk dalam air masin.
.
lepas tu, sempat la aku snap gambar-gambar dari atas feri.
.
tapi dah guna hp cap ayam kan,
gambar pun macam ayam gak la.
.
ada orang dok lambai-lambai.
.
lepas sampai tu,
lepas sampai tu,
terus pegi ke Hosp. P.Pinang.
kemudian pegi ziarah Mak Tam.
.
pastu, Pak Tam bawak kami pegi makan.
best tau makan kat situ.
aku ni teruja nak snap gambar,
tengok-tengok bateri hp habis.
tak sedar pun aku hp low bateri.
tengok2 dah gelap terpadam..
.
aku pegi makan tempat ni,
dia ala-ala steamboat ar jugak.
tapi nama dia,
restoran celur-celur.
hihi.
cam comel je kan bunyi dia.
.
mama aku pulak dulu masa practise nursing, masa tu masih muda remaja,
penang ni memang tempat dia.
so dia dok flashback balik la memori dia dulu,
selalu makan kat situ dgn geng-geng dia.
.
ada mcm-mcm.
ketam la, sotong la, udang la.
celurkan aje dalam lubang khas di dalam meja yang dorang dah sedia kan.
tapi tunggu air menggelegak dulu.
pastu baru masukkan.
aku ni kan,
sebenarnya tak penah makan steamboat seumur hidup aku.
haaa.
pengakuan tergempar ni.
hahaa.
mama, adik, abah aku selalu pulak.
aku ni je yg tak pernah.
.
aku tak berminat
sebab aku rasa macam tak kenyang.
sebab takda nasik.
haaha.
aku kan tamak orangnya.
.
tapi kali ni saje je aku nak try.
mcm-mcm jenis dorang serve.
tong gas dok sebelah je.
.
tempat aku pegi ni bukanlah restoran yang mahal-mahal tuh.
dia mcam, deretan gerai-gerai.
tapi aku sangat suka suasana dia.
ada air terjun buatan tepi tu.
aku pegi pun dah malam,
so meriah arr.
.
ramai orang gak.
mostly adalah families dan student-student ipt.
.
aku dahla order nasik goreng pataya,
pastu makan lagi bebola-bebola tu.
kembung ar perut aku.
.
pas makan,
pegi rumah Paktam,
solat-solat sume,
dah setel,
kami pun balik.
.
pastu singgah Jusco,
aku nak beli something,
melilau kat jusco tu, sampai jusco nak tutup.
hahah.
beli satu barang je pun.
.
aku kalau dapat window shopping pun dah rasa bahagia sgt,
tu belum kalau shopping,
rasa hilang ah segala duka lara.
shopping is the best medicine.
ngeh3.
.
keesokan harinya,
keesokan harinya,
iaitu, hari ni,
aku dan mama ke rumah tok.
ke kampung lah.
.
saja nak melawat tok dan makngah.
dah lama tak jenguk tok.
masa kat rumah tok tu,
mak ngah tengah carikan aku kain batik untuk dipakai.
yer.
kain batik u olls.
terpaksa la pakai kain batik,
tak kan nak pakai jeans ketat tu nak dok kat dapur memasak kan.
sungguh tidak sopan mata memandang.
.
so, dengan sekali cubaan je,
aku berjaya memakai kain batik.
ehehehe.
dah bapa taun dah tak pakai kain batik.
rupanya,
agak selesa ya,
memakai kain batik.
heee.
.
dok rumah tok, best.
redup jee.
banyak pokok buah-buah.
pastu ada ayam banyak.
hahaa.
aku suka main ayam tok
sebab dorang jinak.
yer,
aku memang suka haiwan.
so, ada apa masalah??
.
pastu aku suka tengok bunga-bunga yang mak ngah tanam.
cantik sangat.
mak ngah adalah penggemar bunga orkid..
.
bila waktu lunch,
kami makan ramai-ramai sambil bergossip.
best-best.
.
kami pegi pagi, dan balik petang.
haa,
masa mak ngah tengah carikan kain batik utk aku tu,
makngah terjumpa la baju-baju mama yang lama-lama.
aku tengok, macam cun je.
try-try mmg muat.
sebab mama mmg kurus pun masa memuda dulu.
kurus dari aku, ok.
.
sebenarnya baju mama masa muda2 dulu mmg banyak gila ah.
mama cakap, dia mmg gila beli baju dulu.
hahaa,
baru aku tau, bakat membeli belah aku datang dari sape.
.
aku tengok baju2 tu macam baru lagi.
takda kotor,takda koyak-koyak ke ape ke.
mmg baju mama yang lama-lama sume masih elok.
ada jugak beberapa kebaya mama yang aku pakai sampai harini.
pakai baju je, then match dgn jeans.
nak pakai kain tu,
alahai, ketat giler weh.
mau aku jalan macam org jepun pakai kimono nanti.
kalau mama pakai dulu,
ok ah, tak ketat sangat.
aku nak pakai je jadi ketat.
ketat tang bontot.
muahahaha.
.
aku ambik, 5 helai baju mama,
dan 1 baju maksu aku.
ekekeke.
3 daripadanya aku suka.
ketiga-tiga tu warna coklat.
aku pulak mmg suka kaler cekelat pun.
.
semua baju2 ni mama beli di zaman 70 an.
masa mama sebaya aku sekarang ar.
sekarang baju ni dah jadi style vintage pulak.
.
dekat pergelangan tangan ada butang.
muat-muat je dgn aku.
.
.
yang ni agak jarang dan labuh sikit dari yang atas tu.
dan dekat kolar dia ada kelim-kelim,
mama cakap, susah nak buat kelim tu.
orang yg dia upah tu mmg pandai buat.
mungkin dulu nampak cantik kot kolar camtu.
tapi aku tengok dah mcm kolar baju badut je.
muaahaha.
tapi takpe,
tak jadi masalah,
tutup aja dgn tudung.
.
.
Subhanallah, ketat sungguh masa nak pakai.
kena sarung dari atas dengan meluruskan kedua-dua belah tangan ke ats.
kalau kau masukkan sebelah tangan, then sebelah tangan lagi bakal tersangkut laa.
hahaha.
gile ketat.
dapat bayangkan kekurusan mama dulu.
tapi bila dah sarung sume,
takdela ketat sgt pun.
masa nak pakai tu je,
susah sikit.
baju ni macam ala-ala batik kan.
.
sume baju2 ni ada kain die.
macam sepasang la.
tapi aku amek baju je.
malas ah nak amek kain.
kompom ah ketat gila.
.
ok,
itu je update untuk kali ini.
aku nak gi sambung baca novel.
oh, ya,
aku tak jadi lah beli novel sebab ada seorang rakan yang sgt baik hati sudi meng emel kan novel pdf version nya untuk aku.
banyak lak tu.
tengkiu pinaddddd..
.
ok yerr.
babaii..
assalammualaikum.
3 comments:
dtg r cni..
tba2 aku sedih...
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
wes, sat g ym k..
ada bnda nak story morry..
=')
hoho..
ade lg nihh..nnti ak
emel lg k..hehh =)
aku suka baju no1 n no2, cantik2!! NanTi nak paksa mak aku cari baju lama dia jugak la.. heheh
Post a Comment