24 November 2009

KERJA!
.
ni aku nak merapu sikit sebelum aku gi interview esok.
aku dengan ini berazam untuk mencari kerja dgn bersungguh-sungguh (sebelum ni agak kurang bersungguh-sungguh) heehe
sebab apa?
sebab aku rasa aku dah nak gila dok rumah selama 3bulan ni.
dok goyang kaki, goyang telinga, goyang hidung.
semua benda dah bergoyang sampai kepala hotak pun dah bergoyang.
.
aku tak kisah la kerja apa pun, gaji berapa pun
asal KERJAAA.
sebab aku dah agak bengong kat rumah dok sekor-sekor.
bangun pagi tengok dinding,
buat keja rumah sikit, masak sikit,
pastu nganga depan tv sampai aku pun dah boleh hafal segala intisari rancangan tv.
BOSANNN WEHH.
.
bukannya aku tak try mintak.
dulu aku pi Giant, dah segala pelosok kedai yg aku tengok ada vacancy aku serbu.
isi borang suma.
tapi hampehhh
tak da apa-apa pun.
kedai kasut, kedai spec, kedai emas, watson.
semua aku pegi.
apahal? muka aku sangat comel kah sehingga tidak layak untuk diambil bekerja?
hehehe.
aku pun terpaksa tipu sikit ar pasal pengalaman keja aku kan.
cakap aku dah penah keja kerani for 6months.
tapi tetap tak dapat?
his.
ini boleh menimbulkan kemarahan dunia sejagat.
.
so lepas ni kan,
aku akan berusaha dgn lebih gigih lagi.
sebab aku dah bosan tahap cheese macaroni dah ni.
kalau kat rumah aku ni ada adik aku ke,
ok gak la.
takpun member-member kesayangan ada berdekatan,
ok gaks.
ni tak,
bangun pepagi sapa pun tadak.
abah keja mama keja
abu pun kekadang keja.
sungguh malu terhadap abu.
abu pun selalu gak membebel kat aku.
*tengok, aku sudah gila*
.
okey sekian saja leteranku untuk kali ini.
wish me luck untuk esok ok?
bbbyeee

3 comments:

waNiFarees said...

Gud Luck!! Cik WaniBintang mesti boleh!! heheh, Bf aku pon panggil hg wanibintang..

wanieybintang said...

maceh wanii.
wanibintang pun jadi laa.
hehe.
dulu bukan panggey aku wani blog ?
sudah tukar ka?
hehe.

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.wuuuu cmne intebiu?
.papepun gudluck ;)