15 March 2011

batuk

.
letih batuk ni tau.
ni bukan batuk main-main macam kau lihat dalam cerekarama tv3 tu.
asal sakit ja, mesti batuk.
tak kiralah kau sakit cancer ke, strok ke, aids ke,
mesti nak letak scene batuk, keh keh keh (bunyi batuk)

ini adalah batuk yang real.
kau tahu, batuk yang bunyinya mendalam.
batuk yang bila kau batuk,
segala otot dada dan perut akan turut sama tegang dan perit.
batuk yang secara tiba-tiba dan membuatkan kau sukar untuk bernafas akibat batuk yang tiada henti.
batuk yang menyebabkan kau merangkak-rangkak ke dapur mencari air kosong ketika kau rasa seperti kau sudah di hujung nyawa akibat tidak boleh bernafas.
batuk yang menyebabkan air mata keluar melimpah ruah bukan kerana kau menangis, tapi akibat batuk yang ekstrim.
batuk yang dilengkapi dengan pakej muntah.

kau batuk-batuk,
tiba-tiba akibat tekanan yang hebat dari perut,
kau muntah keluar air kosong.

batuk yang datang tiba-tiba ketika kau sedang tidur nyenyak.
dan batuk ini menyebabkan kau terus terjaga dan mata terbuntang bulat akibat tidak boleh tidur.
ya, batuk begitu.
kau tau bagaimana rasanya?
yang pasti aku tau bagaimana rasanya

2 comments:

saadah saadun said...

bestfriend..tahukah anda fakta terkini?

saadah saadun adalah perindu tegar nur shazwani abd.azim.

sila hafal fakta terkini itu.


p.s:jaga kesihatan kau sebaik2nya ye kekasihku.

miss E said...

kau sudah pernah p klinik kah cek btoi2 apakah penyakit batuk kau ini ada obatnye atau tidak? sila cek segera.