28 August 2012

Di sebalik cabaran 10 hari

Ingat lagi tak, dulu aku ada buat cabaran 10 hari. Pastu, senyap sunyi ja tak update pun. Hehehe. Sebenarnya berhasil cabaran tu. Mesti korang dah dapat agak punya, cabaran apa. Cabaran berdiet lah. Hahaha.

Dalam 10hari tu, aku mengamalkan diet dan jugak senaman. Masa tu pulak aku jadi coordinator untuk senamrobik kan. Jadi, sambil praktis sambil bersenam. Memang berpeluh-peluh lencun gak lah. Pastu buat sit up sampai tegang perut. Pumping pun aku buat. Tapi mampu buat 10 je. Satu hari 10 kali pumping.

Memang dalam masa 10hari tu, aku boleh muat baju kebaya aku yang ketat sebelum ni. Balik rumah, mama tegur aku dah kurus. Encik Sayang pun terkezut. Dia kata, boleh nampak beza kat muka aku bila aku dah kurus.Tembam kat muka dah susut.

Akan TATAPIII, bertahan 10 hari je la, sebab pastu aku demam teruk. Tak larat nak buat senaman bagai. Makan tu masih tak berselera lah, tapi kalau berdiet je, tapi tak senaman, memang tak menjadi laa bagi aku. Pastu aku pulak pi bercuti. Mula lah malas nak berdiet. Makan sukahati aku. Lepas tu pulak puasa, walaupun aku control makan, tapi tak senaman, tak turun pun berat aku.


Jadi, aku nak start balik cabaran aku ni. Cabaran 30hari pulak. Sebab aku tau, berat aku memang boleh turun kalau bersenam dan diet. Ketahanan mental tu penting okehhh. So skang ni, nak aktif balik berjogging dan bermain badminton kat court. 

Semangat aku amek gambor, part-part bahagian badan aku yang aku nak re-shape balik. Nanti kita bandinglah lepas 30hari. Yang aku nak re-shape adalah, bahagian bahu sampai siku. Situ memang banyak tol lemak. Nampak lengan aku macam taff pulak bila pakai baju akibat lemak tersebut. Pastu peha aku, sikit lagi nak macam drumstik. Dahla tak berapa nak tinggi. Peha pulak tembam kan. Sangat tak sesuai. Dan, perut ku ini. Nak bagi kempis. Walaupun aku tak pasti lah, boleh flat macam zaman aku kat universiti dulu ke tak. Tapi harus berusaha membuat sit up setiap hari. Sit up sampai perut rasa tegang.


Itu je lah. Nanti lepas 30hari, kita tengok cemana, okey?

25 August 2012

Selamat Hari Raya !

Selamat Hari Raya semua tawan-tawan! Takpe ke, hari raya ke 6 baru nak ucap? Takpe, raya kan sebulan? Hehe. Bz sangat bila tiba hari raya. Tak sempat pun nak upload gambar ke, update blog ke.

Ni gambar aku dan family di pagi raya selepas solat Aidilfitri. Tahun ni temanya turqoise.

So, tahun ni memang bz seperti raya-raya sebelum ni. Meh nak cerita rutin sambutan raya family aku.

Malam Raya
Bz gilosss, tolon mama buat rendang, dua bijik kek, kemaih ghumohh, meliliau pekan kulim cari kueh raya lelong. Meriah meriahhh. Memang terasa suasana raya.

Raya Pertama
Selepas semua selesai solat raya, teruslah menuju ke kubur untuk diziarahi. Kubur maktok dan tokwan. Pastu, singgah ziarah Pak Chaq Mi masuk hospital akibat strok. Kesian kan? Dia kena serangan strok malam raya. Jadi berhari raya di hospital. Kesian aku tengok. Dia lumpuh sebelah badan akibat serangan strok secara tetiba tu. Aku tak suka pi hospital, nanti aku rasa kesian tengok orang kat situ, tambah-tambah hari raya ni. Hari tu aku pegi, ramai jugak la yang menziarahi orang di hospital. Semuanya berbaju raya. Yala, pagi raya kan? Sedih je, orang yang terpaksa beraya di hospital. Jadi, kita yang masih mampu beraya dengan keadaan sihat ni, silalah bersyukur.

Selepas selesat melawat Pak Chaq, pi melawat sedara-mara sebelah abah. Dulu memang wajib melawat Pak Chaq Mie (abang abah) kat rumah dia. Memang meriah la sebab anak dia sampai 11 orang. Haa, meriah kan? Semua pulak dah kawen dan beranak pinak. Memang riuh rendah. Tapi kali ni beraya di hospital lak. Hurm.  Lepas melawat semua sedara mara, dah nak dekat petang-petang gitu, baru balik rumah tok (belah mama). So, kat situ memang lepak lama, sebab sedara mara memang ramai situ. Yang jauh pun semua pakat balik. So, memang havoc habis. So, aktiviti lawat melawat lagi sambil bagi duit raya (wahwahwah!) Best gak dapat bagi duit raya ni. Rasa macam orang penting/berguna/ puas dan camna ntah. Ntah, tak dapat nak terang camna perasaan ni. Lepak rumah tok sampai larut malam baru balik.

Raya Kedua
Aktiti bbq. Bako membako. Patutnya, pagi-pagi tu dah pegi rumah tok, nak menyiang ayam yang banyak ekor tu. Tahun ni buat banyak ekor. 10 kot? Tak pasti la. Pastu nak prepare ubi kentang bako, tempat nak bako, arang segala semua tu. Tapi disebabkan ramai orang dok serbu rumah, so petang baru dapat pi rumah tok. Pi lah tolong apa yang patut sambil dok gossip-gossip. Bbq ni baru kami start tahun lepas. Ingat nak buat acara tahunan jugak ni. Best kumpul ramai-ramai. Tahun ni, menu dia lagi kebabooom. Family aku sapot satay untuk dibakar. Semua pakat memberi sumbangan la. Maksu buat nasik lemak, nasi minyak. Ada yang bawak daging kambing yang dah diperap untuk dibakar, udang, sosej, dan macam-macam lah. Lapaq pulak bila teringat. Aku agak tamak, semua amek masuk pinggan. Hehehe. Ramai jugak yang dijemput. Dalam 30-40 orang. Semua sanak saudara kami. Meriah abesss. Aku sumbang bunga api je. Hehe. Fireworks. Ala, yang meletup-letup kat langit tu. Ada dalam 36 shots. So, ada letupan bunga api sebanyak 36kali. Pung pang pung pang! Sambil makan sambil layan bunga api. Padahal, bukan aku yang sapot. Encik Sayang yang bagi kat aku sebenonye. Kih3. Tak malu ngaku sendiri punya. Dah selesai bbq, sebagai cucu mithali aku pun basuh segala pinggan mangkuk yang banyak tu. Hehe. Kesian kat tok, nanti kena basuh. So, aku dan kazen ku selaku tukang tiarap pinggan, berpulun lah basuh dan susun pinggan sebelum balik. Dalam pukul 11 lebih macam tu baru balik. Letihnya hoiii.

Raya Ketiga
Open house rumah aku ler puloksss. Letih gila aku. Bangun pagi tu, letih membako masa bbq pun belum habis lagi, sambung pulak tolon memasak untuk open house. Tambah pulak, aku dengan mama je yang memasaknya (aku tulun ja) Memang tak menang tangan. Tapi tahun ni, kami order makanan kat katering. Mama cuma masak bihun sup dan rendang ja. Cepat tau order ni. Mudah jugak. Depa dah sedia semua pinggan mangkuk, cawan, tempat letak air tu, semua dah sedia, cuma nak susun ja atas meja. Tahun ni, menunya nasik beriyani. Daging masak kurma, ayam masak merah dengan apa ntah lauk satu lagi tu. Haaa, sedap tak menu nya? Dah la sedappp. So, tahun ni, tetamu mai dalam pukul 3 camtu. Lewat sikit. Ha, pastu tak henti-henti datang. Berhingaq-bingaq lah di rumah ku itu. Meriah meriah. Tapi aku tak snap satu gambo pun?? Hampehh. Tak sempat laa, pinggan jap ja da habis, jadi aku kena basuh la pinggan kotor. Celur bihun yang dah habis. Habis baju raya ai tauu. Raya kedua aku pakai maxi labuh manik-manik kaler purple. Hehe. Gambar, takde sebab ada dalam kamira kazen aku dan dia pun tak reti-reti nak upload lagi kan?? Hahaha. Susah tol pakai aipon ni kan? Nak bluetooth ke hp lain pun susah.

Raya keempat dan seterusnya.
Masa untuk berehat tengok tv. Baru laaa boleh rileks sikit nak tengok tv program raya. Haa, lega boleh rileks sambil makan kueh. Masa ni lah, nak pi melawat jiran-jemiran ke, sedara mara dekat-dekat Kulim ni ka, nak pi rumah kawan ke, nak dating ke. :ppppp 

 
 Ni masa keluar gi jenjalan Penang semalam.

So, raya tahun ni memang bestt! Abah pun alhamdulillah sihat. Aku pun dah dapat bagi duit raya kat mama abah dan kat sedara-sedara yang lain dan kat semua anak murid aku jugak. Alhamdulillah. Dapat jugak beraya dengan orang kesayangan yang baru hadir dalam hidup aku dan direstui. Dapat beli baju raya 3pasang guna duit sendiri, tak pau duit abah mama dah macam selalu. Alhamdulillah. Banyak benda baru pada raya tahun ni. Benda baru yang besttt!!! Alhamdulillah. Thanks Allah.

Itu je kali ni. Bye semua. SELAMAT HALI LAYA!!

15 August 2012

Kisah Kelakar Pasangan Bercinta

Aku copy dari forum. Ada yang kelakar aku baca. Hehe. Ada yang memalukan. Ada yang sweeet. Hehe. Jadi aku nak kongsi dengan korang jugak. Jom baca.

Kisah 1


Awek ku menyelam di Tasik Titiwangsa
Ni merupakan kenangan yg tak dapat dilupakan...
terlebih dahulu aku nak mohon maaf pada ex gf aku ni, andainya dia terbaca ruangan ni...
bukan maksud mengaibkan dia....sekadar berkongsi kisah lucu yg kini tinggal kenangan...

Masa tu hari sabtu, keluar dgn GF tujuan asal nak pegi kenduri member kawen... entah macamana
tiba2 kami tukar rancangan, tak nak pegi kenduri tu....pegi jalan2...tengok wayang, deting....hehehe...
lepas seharian bejalan...on the way balik, kami singgah di Tasik TTwangsa... deting sambil melayan makan KFC
di sebuah pondok... lepas mkn, GF aku ni nak basuh tangan...diapun pegi la kat tepi tasik..aku masih leka dengan ayam KFC...tiba2 "DEBURRRR!!!... mcm bunyi kerbau terjun dlm tasik...aku tengok...gf aku dah takde...aik??... takkan jatuh kot....

2,3 org tengah jogging berhenti sambil tengok ke dalam tasik.... akupun berlari ke tmpt gf aku basuh tangan tadi..... 
aku sampai je tebing tu....gf akupun timbul ke permukaan air....akupun tarik dia keluar sambil tanya.." apsal jatuh?...."
dengan muka seposen dia bercakap..."kasut org tersangkut kat besi tu laa...."  aku nak tegelak tapi kontrol...kesian...
cuma satu yg aku terkilan atas kejadian itu....cincin merisik hilang dlm tasik.... mungkin itu petanda kami tiada jodoh..
itulah kenangan manis/lucu aku dan ex-gf ku....suatu masa dahulu...yg kini dah jadi isteri kepada seorang celebriti terkenal tanahair...namun terpahat seribu kenangan suka/duka.... yg sukar dilupakan....  

Kisah 2

klaka la...i pena gak de cite klaka camni..
mase 2 i dgn bf g mandi air terjun kat gunung ledang..
ble da puas mndi,kitorg kmas2 brg nk blk da..
mse nk pnjt naek smula dr tebing 2 my bf jtuh coz licin o mgkn slh pijak..
yg klakonye kitorg mmg bwk bekal kfc mkn2 b4 blk...
ble da jtuh 2 hbs sisa2 tulg aym kfc t'pelanting jtuh blk ats die..
i mmg gelak xingt la..da la tgk dy jtuh mcm nangka bsuk..extra dgn tulg2 aym skali..

Kisah 3

dulu zaman zaman jahiliyah dulu, ada arr g makan McD ni. time tu student, sengkek, makan yg cheapo2 jer. tak silap ada satu burger tu kalau hari isnin jadi harga singgit, McMonday ke apa ke. waktu masuk, beriringan ngan satu couple ni. nampak jenis kaya jgak arr.

diorg order byk. ngan eskem, upgrade jadi large lagik. baru mula nak makan, dgr suara diorg gaduh2.. mula mula perlahan, makin kuat.. pastu awek tu nangis, hempas meja, terus lagi keluar..then pakwe tu ikut gak sambil geleng2 kepala.. org tak ramai. ada satu staff McD tu tgh cuci cuci meja.

pastu nampak keta diorg belah...lamaaaa pastu, mamat mcD tu kena kemas meja yg ditingalkan tu merungut, "haper arr tak tersentuh pun burger ni"

ngan pantas kawan tam "dik, bg kat kitorng fries tu, tu kawan kitorg tu.. tak pepasal kitorg kena tinggal"

terus mamat tu gi angkut ngan tray tray sekali kasi kat kitorg ahaha. siap tanya, ni air ni nak tak? tak tebuk lagi nih!

Kisah 4

time baru nak berkenal mesra dgn sorg abang senior kat U dulu. dia dgn baik atinya anta aku ke Puduraya, nak balik kampung. Konon-konon syahdu la, dengar dia pesan jaga diri baik-baik, nanti da sampai telefon bgtau bla bla bla.

Tatau la cemana, tp aku tersalah pijak tangga naik bas tu, terus terjelepuk kat situ, ala2 tersangkut kat tangga dan ruang antara pavement dan jalan tu. Puduraya dulu da la kotor, simen segala berdaki, sangatlah geli sbb sebelah tapak tangan terpaksa landing kat simen.

Abang tu pun jd rupa katun. Aku rasa dia tahan gelak, atau malu, atau terkejut. Dia cepat2 tarik aku. Siap tanya, cemana boleh jatuh ni? Mana laaa aku tau. LOL. Aku buat muka blur, pastu sengih2 naik bas. Terus ilang niat nak berlakon ayu sopan segala. 

Pastu dia terus reject aku. Takde ajak aku keluar lagi. Malu gamaknya. Hahahahaha. Last thing i heard, dia join PDRM lepas grad. 

Kisah 5

Dok baca kisah korg teringat masa blaja dulu.

Aku ada sorg kawan ni yg ada awek. Dia slalu la jugak cerita pasal awek and relationship dia dekat aku, dan awek dia pon macam kenal la aku ni. 

Nak jadi cerita, satu hari ni awek dia datang kelas kitorg antar satu epal untuk dia. Masa tu dia takde, aku cakap letak jela kat atas meja dia. Awek dia letak epal atas meja kawan aku ni pastu dia blah. Aku kira nak bergurau ngan kawan aku ni, aku pegi amik epal ni simpan dalam laci meja aku. Bila kawan aku balik, dia tanya "Eh Airwaves awek aku kata dia tinggalkan epal atas meja aku, mana ek?"..aku cakap taktau, pastu lepas dia balik lepas abes kelas baru aku letak atas meja dia.

Keesokan harinya bila dtg kelas baru dia dapat epal tu, and aku cerita la pasal semalam. Dia gelak je. Pastu dia cerita kat aku, awek dia menangis semalam sebab kawan aku tak jumpa epal epal yang dia kasi. Aku mintak maaf kat kawan aku. Kawan aku cool aje, dia kata biasa la perempuan macam tu, sikit-sikit nak nangis. 

Later that day sedang aku makan kat kafeteria dengan kawan-kawan, awek kawan aku ni dtg kat aku, marah-marah depan semua org, tanya aku kenapa sembunyikan epal dia. Aku macam kelu nak jawab balik sebab kena marah kuat-kuat in public in front of kawan-kawan.

Nasib baik la kawan-kawan aku macam backing aku, sebab diorg tak berapa suka minah ni.

Bagaimanapun, pengalaman itu mengajar aku untuk tidak masuk campur hal relationship orang lain. Tobat sampai skrg

Something

Dear friend,

You don't know that I knew. 
I know that you don't know everything that I knew.
So I decided to pretend that I don't know.
Just want to let you know that, it doesn't hurt to tell me.
I will be a good listener, as always.

But somehow, now I am beginning to wonder.
Is it true? About everything that I know.
Somebody that was (or is still) close to you told me all these.
To ask you about this is hard, when you, yourself don't have the desire to tell me.
Maybe what I heard or believe is not true.
Maybe, just maybe..
If only, you'd tell me.

14 August 2012

Kenapa?? Kenapa???


Aku baru balik dari Taiping ni. Tadi pegi beli barang cucian muka. Yang bengang, bila dah balik, baru perasan, aku pegi beli benda yang sama sampai dua ketoiiiii !!! Omaigoddd. Geramnya kat diri sendiri ! Benda tu kalau setakat singgit dua ringgit, aku tak kesah lah weii. Ni, mahal. Aku pun dah nak dekat sebulan tunggu gaji masuk baru boleh pi beli stok-stok yang dah habis (sebelum ni dok pakai cleanser ja). Pastu pi beli benda yang sama sampai dua ketoii?? Rabun kah kau waniey??

Ni satu set yang aku pakai sekarang. Tapi yang warna silver tu aku tak pernah lak pakai. Tetiba sesat pulak dia tang tu. So tadi, aku just beli yang nombor dua,tiga, dan 5 (yang bawah) dari kiri. Yang aku pi beli sama tu, yang whitening cream tuh. Yang paling kanan dan di bawah. Aku pi beli benda tu sampai dua?? Isk. Aku geram betul. Dahla seketoi harga rm55 lebih kot. Ntah, aku lupa. Tapi rm50 lebih la.Pi tibai sampai dua pulak. Yang lelain tu, dalam rm40-50 camtu la. So aku geram laaa. Dahla aku spent nak dekat rm250 gakla. Camna aku boleh beli sampai dua benda yang sama? Sebabnyaa, aku nak beli night mask tu. Night mask cream tu paling kanan dan belah atas. Dia punya kotak sama je dengan yang bawah dia tu. Sejibik sama cuma nama je la lain. Aku rasa aku dah belek lama dah tadi, pastu pi tersilap jugak. Haihhhh. Whitening mask tu pun harga sama jugak, rm55 gitu. Dahla aku memang nak beli night mask tu sebab sebelum ni aku postpone dulu sebab nak botak aku, nak beli satu set semua. So, aku tak pernah beli lagi night mask tu. Sekali dah duit pun lebih sikit, pi beli silapp. Haihhhh.

Tadi pun mungkin salah aku sebab angkat letak angkat letak kot. Yelah, kan banyak gak aku beli, kat Watson tu bukan ada bakul pun. So aku nak belek yang lain, aku letak la dulu, so mungkin di situ terjadi kekeliruan. Hurmm. Aku tak peduli, aku nak pi beli jugak night mask tu. Geram aku. Yang extra aku beli tu, aku simpan je la. Nanti dah habis pakai seketoi, baru guna stok simpanan tu. Aku dah pakai dalam 5-6 bulan jugak la produk ni. Takla secantik Neelofa. Cuma lebih cantik dari Neelofa je. Bhahahah! Hhihi. Jangan mareee. Takda la, biasa ja pon. Cuma aku suka sangat dengan produk ni sebab mekap aku stick lama kat muka. Takla mekap sangat pun. Maksud aku bedak di muka. Dan bila aku pakai,muka tak nampak berminyak-minyak macam sesetengah produk yang aku pakai dulu tu.

Hm. Awatlahhh. Geram pada diri sendiri. Grrrrr. Oklah. Eh, lupa nak cakap, sempat lagi sambar cardigan tadi. Hehe.

13 August 2012

Happy Birthday !



Selamat hari jadi buat boipreng sayer. Hik3. Aku ni teruk sikit, tarikh besday dia pun aku lupa. Bhahaha. Panggg sedas. Aku lupa lah weh. Al-maklumlah, tahun pertama kami bersama. Cewahh. Dia ingat je besday aku. Aku ni boleh lupa walaupun dah berapa lama kawan dengan dia. Terok!!

Macam mana aku boleh tau besday dia? Masa tu tengah bergayut. Aku macam biasa lah potpetpotpetpotpet. Dia asyik tanya, dah pukul berapa ek? Aku buat taktau je sambil meneruskan perbualan. Yelahh, aku tengah cerita isi penting kot. Tak boleh diganggu okey. Pastu dia tanya lagi, aku jawab. Pastu dah pukul 12, dia cakap, "dah pukul 12 ek? hm, hari ni lah besday saya." Aku tergamam jap. Pastu sambil sengih-sengih wish besday. Pastu sambung balik cerita aku yang terhenti tadi. Muehehehe. Teruk betol. Beberapa hari sebelum tu, aku dah pernah tanya besday dia, tapi disebabkan dia macam kecik hati dengan aku sebab aku tak ingat besday dia, padahal besday aku segar ja dalam ingatan dia, jadi dia takmo bagitau. Dia kata cari sendiri. Hm. Dalam facebook pun takde. Susah...susah. Hehe.

So, sebagai menebus kesilapan diri ini, esok tu, baru la hegeh pi cari hadiah. Memula ingat malas nak cari hadiah, sebab duit pakai banyak laa untuk raya ni. Yang dia pun, kalau gitau awal kan senang, leh la aku berjimat sikit. Tapi kalau tak bagi macam kejam sangat pulak. Dahla, tak ingat besday dia bila. Pastu wish sambil sengih-sengih takda perasaan. Cam hampeh je aku rasa aku ni. So, aku pun beli lah jugak hadiah si cik abang ni. Benda yang sepatutnya aku nak buat dengan duit yang aku dah plan tu, terpaksalah ditangguhkan pada bulan depan. Duit tu keluarkan spend kat si encik sayang.


Agak-agak la, aku beli apa ekk? Kotak kecik ja. Balut pun simple. Guna wrapping paper yang dah sedia ada. Tak kuasa nak beli yang baru. Kad-kad ucapan bagai pun takdak. Yang pentingggg, isi dalam tu wehhh. Haa, berharga tuhh. Lainlah aku beli kat kedai runcit je, contohnye beli sabun buku ke, haaa haruslah dibalut bagai nak rak. Dengan reben segala supaya dapat memberikan harapan pelesu kepada beliau. Kih3. Kejamnyaaa . Jangan tiru aksi ini di rumah mahupun di padang permainan okey. 

Tapi serius la weh. Aku dah tak reti nak tulis-tulis kad ka, ayat-ayat cinta ni. Dulu reti la masa zaman muda dulu, dok berjiwang. Tulis surat panjang berjela. Macam lah depa nak baca habis surat kita kan. Hehe. So, sekarang ni, lebih straight to the point.So hadiah tu, nanti aku bagi time jumpa sebelum raya ni.Dia taktau pun dia akan dapat hadiah. Hahaha. Aku harap dia suka la hadiah tu. Mahal hoiii aku beli. Kalau kau tak suka pun, kena paksa diri suka jugak!! Nasib lee dapat awek cam aku ni. Nak tengok ke aku bagi apa? Nanti dia bukak aku tunjuk k? Tapi, em, tak payah lah. Segan pulak. Takut disalah tafsir.


Okey lahh. Satgi nak update lagi. Ada benda lagi nak kongsi. Bubbyeee

08 August 2012

Dicurangi suami buat kesekian kali...

"Aku x tau samada apa yg aku buat nie betul atau tidak.Aku x pasti.Tp kalo korng ada pendapat tlg share ngn aku. Selama nie aku tahu nasihatkan org tapi,ahernya aku sendiri terlalai. Aku akan ceritakan semuanya,n mungkin agak panjang ceritanya.

Aku dh suami dh lama bersama iaitu sejak April 2004. Tapi,suami aku bukan lah seorng yg setia.Beberapa kali aku dpt tahu dia mempunyai hubungan dgn perempuan lain. Sehinggalah,pernah ibu ngn ayah aku terserempak dgn mereka. Dan bukan nya tidak pernah ibu dan ayah menasihati aku supaya meninggalkan dia. Tapi aku berkeras inginkan dia. Cinta konon nya. Dan Alhamdulillah,aku berjaya mnngubahnya even aku tahu benda yang sm akn berulang. Dh pada May 2008,kami bertunang.Bermula episod yg lama.Dia kembali curang dgn teman sepejabatnya,x sampai sebulan kami bertunang.Setelah di gertak yg aku nk putuskan tunang dia kambali pada aku.Tapi tidak berakhir disitu.Masa bertunang sahaja hampir 3-4 kali aku 'berperang' dgn dia dan perempuan2 yang hadir dlm hubungan kami.Walaupun begitu aku tetap memberi peluang kepadanya.Sehinggalah dia mendapat dapat tawaran bekerja di jabatan di Selangor pada 2009.Dia terus kata nak kawen dgn aku. Tapi aku ingatkan dia akan berubah. 2 mggu sebelum kawen aku sekali lagi menangkap kecurangan nya.Dengan seorang pelajar IPTS d KL.Hancur hati aku.Ingatkan dh berubah bila nk kawen,makin menjadi rupanya.Aku tekad batalkan perkahwinan kami.Tapi dipujuk ibunya.Masa tu keluarga aku mmg x tau pun ttg perkara ini.Tapi bila teringat betapa baiknya ibunya pada aku dan air muka keluarga aku,aku teruskan perkahwinan kami.Kami berkahwin pada Mac,2010. 

Aku mengikut suami berpindah ke Selangor dan alhamdulillah,Pada Ogos 2010 aku disahkan mengandung. Aku dilayan bagaikan puteri.Dan dapt aku rasakan kasih sayang suami pada aku terlalu mendalam. Pada Jan 2011,aku balek kampung untuk melahirkan anak. Dan Mac 2011,aku melahirkan seorang bayi perempuan comel. Aku bertambah bahagia. Suami pula balek semula ke Selangor selepas bercuti selama sebulan di kampung. MAka berjauhan la kami.Tapi suami sentiasa telefon dan 3G. Aku sangkakan ada perubahan bila adanya anak.Tapi pada 25/7/2012,bagaikan tercabut nyawa.Tidak semena2 selepas berbuka suami mengatakan bahawa dia ingin berkahwin lain!Mulanya aku tak percaya nk menganggap dia sengaja nk psycho aku.Kata suami,'Saya nk kawen  lain.Saya ada perempaun lain.Sy nk kawen dgn dia. dan sy nk awak terima dia!'.Sy kata sy x percaya. dia kata lagi. "Betul saya ada perempuan lain.Sy x boleh tido bila teringatkan dia.Sy sngt sygkan dia! Kalo awak xboleh terima dia,kita bawak haluan masing2.Awak nk balek kampung,balek la.Tapi ank tingglkan dgn sy!' 


Begitu kejam kata2 suami.Tapi aku still kebingungan.Kenapa dia begitu.Tapi keesokkan harinya,aku tanya suami balek.BEnda yg sama dia kata.Bahkan dia akn hp lain bersama perempuan itu.Dan segalanya terbongkar. Mereka bersama sejak Jun 2011,iaitu slepas aku habis pantang.Menggigil tangan aku baca sms dari mereka.Mama & papa..Ya Allah.Dugaan apakan ini.Suami masih kata nk kawen dgn peremapuan tu.Sampaikan aku telefon perempaun itu,terjawaplah semua.Bila baik,tapi aku terseksa.Selama bulan puasa nie suami berjumpa dgn nya tiap2 hari.Malahan berbuka bersama perempaun itu.G|Hingga suami sangaup menipu aku bahawa dia kan berbuka dgn jabatan.Aku ditinggalkan berbuka sorg diri! Korang bayangkan!Dia bersama perempuan lain,aku berbuka hanya nasik bungkus bersama anak!Perempuan tu kata x mau kami bercerai.Tapi x pula kata nk tinggalkan suami! Malhan tgh aku dan suami bergaduh,boleh lagi suami ber'sms; dgn perempaun tu! Seksanya aku! Sampaikan perempuan tu sms, ' Pa ok ke?'.. 'Chaiyok pa'.. 'Pa, go ahead..' Then perempaun tu call.Aku sebagai isteri ada harga diri.Aku ada hak! Aku maki perempuan tu dan ugut kan mengamok ke tempat kerja nya.Dan terus dia letak telefon.

"Dan akhirya,semalam.Hari yg mulia,bulan mulia,aku slow talk semula dgn suami.Dia pilih aku ke perempuan tu.Syngkan aku x?Dia senyap.Aku tanya still nk kawen dgn perempuan tu ke?Dia kata ya! Aku kata kalo x nk aku lepaskan.Sbb aku x nk bermadu.Tiba2 suami kata,'Sy ceraikan awak dgn talak 1!!!' Aku keluar bilik dan cakap kat ayah mertua yg kebetulan ada di rumah kami masa tu. KAmi disurh ke pejabat agama bertanyakan status kami. Keluarga dua2 dh tahu.Malah ibu bapa ku berkeras mahu aku balek kpg bersama anak. Tapi suami pulak kata nk rujuk balek. Keadaan makin bercelaru! Aku bingung.Dan Allah s.w.t  itu berkuasa ke atas segalanya.Aku datang bulan.pada hari itu.Segera ayah mertua kata lafaz itu tidak sah! Aku x pasti apa yg ptt aku buat.Aku takut Suami masih menjalinkan hubungan dgn perempuan itu.Sbb kalu aku ceritakan lebh panjang ceritanya. Suami ajak kami balek kampung.Nk tenang kan fikiran disampaing nk lpakan perempauan tu.Tai kalo kami balek semula ke Selangor,adakan mereka ttp akan berhubung? YA Allah,aku buntu.Adakan ptt aku menuntut cerai dpd suami.Sbb aku x snggp di khianati lagi!"


Aku copy dari forum yang selalu aku baca. Sedihnya aku baca kisah dia. Tambah-tambah di bulan puasa pulak datang dugaan camni. Aku harap beliau tabah dan dapat buat keputusan yang bijak.

Bertukar !


Kotak TV telah bertukar menjadi meja tulis. Hehe. Jimat duit aku. Tak perlu nak beli meja semua bagai. Rumah sewa je pun. Nanti kawen, suruh laki beli perabot rumah. Bhahaha.


p.s : cantik tak cat warna tu? lupa nak tunjuk kan? padahal dah lama cat. aku rasa bertambah ceria sikit bilik aku dengan warna ni. hehe

Cerita di Sebalik Gambar

Assalammualaikum. Berapa lama aku peram cerita ni. Hehe. Meh aku nak cerita meh. Cerita ni pun dah lama jadi. Dalam dua minggu lepas kot. Dua minggu lepas, hari Jumaat, sebelum aku pecut balik Kulim, aku pi singgah ke Maybank Taiping dulu. Nak setel hal-hal yang melibatkan duit. Kalau tak setel, nanti memang tak sempat dah kalau nak pi setel kat Kulim. So, setel di Taiping siap-siap. Masa aku pegi tu kan, aduhhh, ramai gila orang. Dahla bulan puasa kan, memang sangat mencabar keimanan. Dahla aku pun baru habis kerja, dengan masa tu tak sihat lagi, terus pegi bank. Memang tak larat sangat. So, to cut it short, no angka giliran pun aku dah dapat, so naik lah tingkat satu lagi. Tunggu nombor dipanggil. Sementara tunggu tu, aku duduk kat kerusi ni. Kat atas, urusan tak sibuk sangat. Kat bawah tu, ramai sangat orang. So, kat atas, selesa sikit lah. Sementara aku tunggu tu, mata melilau-lilau lah cari bahan hiburan sikit. Hmm, takda pun yang hensem-hensem sini.So, tak menarik, jadi aku pun bosan. Tetiba kan, aku dengar suara sayup-sayup dan semakin kuat.  Aish, sapa pulak dah tu? Sekali tengok ada makcik ni baru keluar dari bilik sebelah hujung kaunter. Aku pun taktau tu bilik apa. Terdengar makcik tu bising-bising. Tapi aku dah lupa dia cakap apa. Kemudian, ada sorang pekerja bank ni pun keluar dari bilik tu dengan dia. "Tak pa makcik, makcik duduk dulu, nanti saya tukar ya makcik" Kenapa tak boleh tukar sekarang? Makcik ada duit banyak ni." Sambil tunjuk seguni kain yang dia jinjing.

Makcik tu pakaian dia, memang santai habislah.Rambut diikat macam orang baru habis pantang. Sanggul tinggi punya. Baju memang besar. Oversized tee. Berkain batik singkat lusuh dipadankan dengan kasut croc hitam. Kuat pulak tu dia bercakap. So, kan, pekerja bank tu suruh duduk dulu, maka terus duduklah beliau di atas lantai seperti di dalam gambar di bawah. Memang bertindak mengikut arahan. Bagus makcik.



So, dia duduk lah di situ, dia tabur segala duit syiling yang dia ada atas lantai (banyakkk) lalu mengiranya. Cara duduk pulak, dua-dua kaki melunjur. Duit syiling ditabur di antara dua kaki dia tu. Ala, macam kita masa kecik-kecik dulu kira duit syilling. Macam tu lah. So, pekerja bank yang suruh dia duduk tadi tu, tergamam kejap. Hehe. Makcik ni agak menarik perhatian orang di situ la. Sempat gak la aku snap gambar ni senyap-senyap. Hehe. Ada sorang perempuan Cina ni, dia baru ja naik tingkat atas, ternampak makcik ni, terus ternganga, tergamam selama beberapa saat tengok makcik ni sampai no dia pun terlepas. Hahaha. Halo nyonya, tak pernah tengok olang kila luit ka? Hihihi.

Dan akhirnya sampailah nombor aku. Masa nak pi setel tu terdengarlah pekerja-pekerja kat kaunter ni bercakap. "Eh. Tok tu ada lagi ke tu?" "Ada, kat bawah tu tengah mengira" "Adoi, jap lagi mesti aku yang kena ni." "Haha. Semalam aku dah kena dah. Dia komplen kata duit dia tak cukup RM20. Dia nak jugak RM20 tu". "Habis, kau bagi ke?" "Eh, taklah. dah memang cukup dah aku kira tu. Tak larat dah aku nak kira satu-satu balik. Dahla banyak syiling dia." "Haiiih...Tokk....Tokk...."

Dah selesai semuanya, aku pun nak turun. Dalam perjalanan nak turun, nampak lah seorang pengawal keselamatan ni naik, dan tutup pintu tingkat atas tu. Yelah, masa tu bank nak tutup dah. Makcik santai, masih lagi bersantai mengira wang syiling nya. Jadi, aku taktau lah pengakhirannya macam mana sebab aku pun dah berdesup balik Kulim. Hehe

02 August 2012

Cuba Tengok


Ada sesuatu yang menarik di dalam gambar kat atas ni. Cuba korang cari, benda apa yang menarik. Aku ni sebenarnya, banyaklaaa sangat kerja nak disiapkan, tapi tersesat ke blog pulak. Jadi aku upload dulu gambar ni, esok-esok aku cerita apa yang menarik dalam gambar ni. Sementara tu, korang teliti betoi-betoi, apa yang pelik dalam gambar ni. Aku nak pi sambung buat kerja.