Selamat Hari Raya semua tawan-tawan! Takpe ke, hari raya ke 6 baru nak ucap? Takpe, raya kan sebulan? Hehe. Bz sangat bila tiba hari raya. Tak sempat pun nak upload gambar ke, update blog ke.
Ni gambar aku dan family di pagi raya selepas solat Aidilfitri. Tahun ni temanya turqoise.
So, tahun ni memang bz seperti raya-raya sebelum ni. Meh nak cerita rutin sambutan raya family aku.
Malam Raya
Bz gilosss, tolon mama buat rendang, dua bijik kek, kemaih ghumohh, meliliau pekan kulim cari kueh raya lelong. Meriah meriahhh. Memang terasa suasana raya.
Raya Pertama
Selepas semua selesai solat raya, teruslah menuju ke kubur untuk diziarahi. Kubur maktok dan tokwan. Pastu, singgah ziarah Pak Chaq Mi masuk hospital akibat strok. Kesian kan? Dia kena serangan strok malam raya. Jadi berhari raya di hospital. Kesian aku tengok. Dia lumpuh sebelah badan akibat serangan strok secara tetiba tu. Aku tak suka pi hospital, nanti aku rasa kesian tengok orang kat situ, tambah-tambah hari raya ni. Hari tu aku pegi, ramai jugak la yang menziarahi orang di hospital. Semuanya berbaju raya. Yala, pagi raya kan? Sedih je, orang yang terpaksa beraya di hospital. Jadi, kita yang masih mampu beraya dengan keadaan sihat ni, silalah bersyukur.
Selepas selesat melawat Pak Chaq, pi melawat sedara-mara sebelah abah. Dulu memang wajib melawat Pak Chaq Mie (abang abah) kat rumah dia. Memang meriah la sebab anak dia sampai 11 orang. Haa, meriah kan? Semua pulak dah kawen dan beranak pinak. Memang riuh rendah. Tapi kali ni beraya di hospital lak. Hurm. Lepas melawat semua sedara mara, dah nak dekat petang-petang gitu, baru balik rumah tok (belah mama). So, kat situ memang lepak lama, sebab sedara mara memang ramai situ. Yang jauh pun semua pakat balik. So, memang havoc habis. So, aktiviti lawat melawat lagi sambil bagi duit raya (wahwahwah!) Best gak dapat bagi duit raya ni. Rasa macam orang penting/berguna/ puas dan camna ntah. Ntah, tak dapat nak terang camna perasaan ni. Lepak rumah tok sampai larut malam baru balik.
Raya Kedua
Aktiti bbq. Bako membako. Patutnya, pagi-pagi tu dah pegi rumah tok, nak menyiang ayam yang banyak ekor tu. Tahun ni buat banyak ekor. 10 kot? Tak pasti la. Pastu nak prepare ubi kentang bako, tempat nak bako, arang segala semua tu. Tapi disebabkan ramai orang dok serbu rumah, so petang baru dapat pi rumah tok. Pi lah tolong apa yang patut sambil dok gossip-gossip. Bbq ni baru kami start tahun lepas. Ingat nak buat acara tahunan jugak ni. Best kumpul ramai-ramai. Tahun ni, menu dia lagi kebabooom. Family aku sapot satay untuk dibakar. Semua pakat memberi sumbangan la. Maksu buat nasik lemak, nasi minyak. Ada yang bawak daging kambing yang dah diperap untuk dibakar, udang, sosej, dan macam-macam lah. Lapaq pulak bila teringat. Aku agak tamak, semua amek masuk pinggan. Hehehe. Ramai jugak yang dijemput. Dalam 30-40 orang. Semua sanak saudara kami. Meriah abesss. Aku sumbang bunga api je. Hehe. Fireworks. Ala, yang meletup-letup kat langit tu. Ada dalam 36 shots. So, ada letupan bunga api sebanyak 36kali. Pung pang pung pang! Sambil makan sambil layan bunga api. Padahal, bukan aku yang sapot. Encik Sayang yang bagi kat aku sebenonye. Kih3. Tak malu ngaku sendiri punya. Dah selesai bbq, sebagai cucu mithali aku pun basuh segala pinggan mangkuk yang banyak tu. Hehe. Kesian kat tok, nanti kena basuh. So, aku dan kazen ku selaku tukang tiarap pinggan, berpulun lah basuh dan susun pinggan sebelum balik. Dalam pukul 11 lebih macam tu baru balik. Letihnya hoiii.
Raya Ketiga
Open house rumah aku ler puloksss. Letih gila aku. Bangun pagi tu, letih membako masa bbq pun belum habis lagi, sambung pulak tolon memasak untuk open house. Tambah pulak, aku dengan mama je yang memasaknya (aku tulun ja) Memang tak menang tangan. Tapi tahun ni, kami order makanan kat katering. Mama cuma masak bihun sup dan rendang ja. Cepat tau order ni. Mudah jugak. Depa dah sedia semua pinggan mangkuk, cawan, tempat letak air tu, semua dah sedia, cuma nak susun ja atas meja. Tahun ni, menunya nasik beriyani. Daging masak kurma, ayam masak merah dengan apa ntah lauk satu lagi tu. Haaa, sedap tak menu nya? Dah la sedappp. So, tahun ni, tetamu mai dalam pukul 3 camtu. Lewat sikit. Ha, pastu tak henti-henti datang. Berhingaq-bingaq lah di rumah ku itu. Meriah meriah. Tapi aku tak snap satu gambo pun?? Hampehh. Tak sempat laa, pinggan jap ja da habis, jadi aku kena basuh la pinggan kotor. Celur bihun yang dah habis. Habis baju raya ai tauu. Raya kedua aku pakai maxi labuh manik-manik kaler purple. Hehe. Gambar, takde sebab ada dalam kamira kazen aku dan dia pun tak reti-reti nak upload lagi kan?? Hahaha. Susah tol pakai aipon ni kan? Nak bluetooth ke hp lain pun susah.
Raya keempat dan seterusnya.
Masa untuk berehat tengok tv. Baru laaa boleh rileks sikit nak tengok tv program raya. Haa, lega boleh rileks sambil makan kueh. Masa ni lah, nak pi melawat jiran-jemiran ke, sedara mara dekat-dekat Kulim ni ka, nak pi rumah kawan ke, nak dating ke. :ppppp
Ni masa keluar gi jenjalan Penang semalam.
So, raya tahun ni memang bestt! Abah pun alhamdulillah sihat. Aku pun dah dapat bagi duit raya kat mama abah dan kat sedara-sedara yang lain dan kat semua anak murid aku jugak. Alhamdulillah. Dapat jugak beraya dengan orang kesayangan yang baru hadir dalam hidup aku dan direstui. Dapat beli baju raya 3pasang guna duit sendiri, tak pau duit abah mama dah macam selalu. Alhamdulillah. Banyak benda baru pada raya tahun ni. Benda baru yang besttt!!! Alhamdulillah. Thanks Allah.
Itu je kali ni. Bye semua. SELAMAT HALI LAYA!!
No comments:
Post a Comment