Assalammualaikum. Berapa lama aku peram cerita ni. Hehe. Meh aku nak cerita meh. Cerita ni pun dah lama jadi. Dalam dua minggu lepas kot. Dua minggu lepas, hari Jumaat, sebelum aku pecut balik Kulim, aku pi singgah ke Maybank Taiping dulu. Nak setel hal-hal yang melibatkan duit. Kalau tak setel, nanti memang tak sempat dah kalau nak pi setel kat Kulim. So, setel di Taiping siap-siap. Masa aku pegi tu kan, aduhhh, ramai gila orang. Dahla bulan puasa kan, memang sangat mencabar keimanan. Dahla aku pun baru habis kerja, dengan masa tu tak sihat lagi, terus pegi bank. Memang tak larat sangat. So, to cut it short, no angka giliran pun aku dah dapat, so naik lah tingkat satu lagi. Tunggu nombor dipanggil. Sementara tunggu tu, aku duduk kat kerusi ni. Kat atas, urusan tak sibuk sangat. Kat bawah tu, ramai sangat orang. So, kat atas, selesa sikit lah. Sementara aku tunggu tu, mata melilau-lilau lah cari bahan hiburan sikit. Hmm, takda pun yang hensem-hensem sini.So, tak menarik, jadi aku pun bosan. Tetiba kan, aku dengar suara sayup-sayup dan semakin kuat. Aish, sapa pulak dah tu? Sekali tengok ada makcik ni baru keluar dari bilik sebelah hujung kaunter. Aku pun taktau tu bilik apa. Terdengar makcik tu bising-bising. Tapi aku dah lupa dia cakap apa. Kemudian, ada sorang pekerja bank ni pun keluar dari bilik tu dengan dia. "Tak pa makcik, makcik duduk dulu, nanti saya tukar ya makcik" Kenapa tak boleh tukar sekarang? Makcik ada duit banyak ni." Sambil tunjuk seguni kain yang dia jinjing.
Makcik tu pakaian dia, memang santai habislah.Rambut diikat macam orang baru habis pantang. Sanggul tinggi punya. Baju memang besar. Oversized tee. Berkain batik singkat lusuh dipadankan dengan kasut croc hitam. Kuat pulak tu dia bercakap. So, kan, pekerja bank tu suruh duduk dulu, maka terus duduklah beliau di atas lantai seperti di dalam gambar di bawah. Memang bertindak mengikut arahan. Bagus makcik.
So, dia duduk lah di situ, dia tabur segala duit syiling yang dia ada atas lantai (banyakkk) lalu mengiranya. Cara duduk pulak, dua-dua kaki melunjur. Duit syiling ditabur di antara dua kaki dia tu. Ala, macam kita masa kecik-kecik dulu kira duit syilling. Macam tu lah. So, pekerja bank yang suruh dia duduk tadi tu, tergamam kejap. Hehe. Makcik ni agak menarik perhatian orang di situ la. Sempat gak la aku snap gambar ni senyap-senyap. Hehe. Ada sorang perempuan Cina ni, dia baru ja naik tingkat atas, ternampak makcik ni, terus ternganga, tergamam selama beberapa saat tengok makcik ni sampai no dia pun terlepas. Hahaha. Halo nyonya, tak pernah tengok olang kila luit ka? Hihihi.
Dan akhirnya sampailah nombor aku. Masa nak pi setel tu terdengarlah pekerja-pekerja kat kaunter ni bercakap. "Eh. Tok tu ada lagi ke tu?" "Ada, kat bawah tu tengah mengira" "Adoi, jap lagi mesti aku yang kena ni." "Haha. Semalam aku dah kena dah. Dia komplen kata duit dia tak cukup RM20. Dia nak jugak RM20 tu". "Habis, kau bagi ke?" "Eh, taklah. dah memang cukup dah aku kira tu. Tak larat dah aku nak kira satu-satu balik. Dahla banyak syiling dia." "Haiiih...Tokk....Tokk...."
Dah selesai semuanya, aku pun nak turun. Dalam perjalanan nak turun, nampak lah seorang pengawal keselamatan ni naik, dan tutup pintu tingkat atas tu. Yelah, masa tu bank nak tutup dah. Makcik santai, masih lagi bersantai mengira wang syiling nya. Jadi, aku taktau lah pengakhirannya macam mana sebab aku pun dah berdesup balik Kulim. Hehe
No comments:
Post a Comment