Aku baru balik dari Taiping ni. Tadi pegi beli barang cucian muka. Yang bengang, bila dah balik, baru perasan, aku pegi beli benda yang sama sampai dua ketoiiiii !!! Omaigoddd. Geramnya kat diri sendiri ! Benda tu kalau setakat singgit dua ringgit, aku tak kesah lah weii. Ni, mahal. Aku pun dah nak dekat sebulan tunggu gaji masuk baru boleh pi beli stok-stok yang dah habis (sebelum ni dok pakai cleanser ja). Pastu pi beli benda yang sama sampai dua ketoii?? Rabun kah kau waniey??
Ni satu set yang aku pakai sekarang. Tapi yang warna silver tu aku tak pernah lak pakai. Tetiba sesat pulak dia tang tu. So tadi, aku just beli yang nombor dua,tiga, dan 5 (yang bawah) dari kiri. Yang aku pi beli sama tu, yang whitening cream tuh. Yang paling kanan dan di bawah. Aku pi beli benda tu sampai dua?? Isk. Aku geram betul. Dahla seketoi harga rm55 lebih kot. Ntah, aku lupa. Tapi rm50 lebih la.Pi tibai sampai dua pulak. Yang lelain tu, dalam rm40-50 camtu la. So aku geram laaa. Dahla aku spent nak dekat rm250 gakla. Camna aku boleh beli sampai dua benda yang sama? Sebabnyaa, aku nak beli night mask tu. Night mask cream tu paling kanan dan belah atas. Dia punya kotak sama je dengan yang bawah dia tu. Sejibik sama cuma nama je la lain. Aku rasa aku dah belek lama dah tadi, pastu pi tersilap jugak. Haihhhh. Whitening mask tu pun harga sama jugak, rm55 gitu. Dahla aku memang nak beli night mask tu sebab sebelum ni aku postpone dulu sebab nak botak aku, nak beli satu set semua. So, aku tak pernah beli lagi night mask tu. Sekali dah duit pun lebih sikit, pi beli silapp. Haihhhh.
Tadi pun mungkin salah aku sebab angkat letak angkat letak kot. Yelah, kan banyak gak aku beli, kat Watson tu bukan ada bakul pun. So aku nak belek yang lain, aku letak la dulu, so mungkin di situ terjadi kekeliruan. Hurmm. Aku tak peduli, aku nak pi beli jugak night mask tu. Geram aku. Yang extra aku beli tu, aku simpan je la. Nanti dah habis pakai seketoi, baru guna stok simpanan tu. Aku dah pakai dalam 5-6 bulan jugak la produk ni. Takla secantik Neelofa. Cuma lebih cantik dari Neelofa je. Bhahahah! Hhihi. Jangan mareee. Takda la, biasa ja pon. Cuma aku suka sangat dengan produk ni sebab mekap aku stick lama kat muka. Takla mekap sangat pun. Maksud aku bedak di muka. Dan bila aku pakai,muka tak nampak berminyak-minyak macam sesetengah produk yang aku pakai dulu tu.
Hm. Awatlahhh. Geram pada diri sendiri. Grrrrr. Oklah. Eh, lupa nak cakap, sempat lagi sambar cardigan tadi. Hehe.
2 comments:
hihi..adalah hikmah nya kak..
lenkali pi cek dulu sblum g kaunter.
k
alau pakai bio essence bird nest nie geng scha al-yahya la nie kan :D
ok tak pakai produk nie, ada kesan ke..kalau bagus nak try jugak..
Post a Comment