28 August 2012

Di sebalik cabaran 10 hari

Ingat lagi tak, dulu aku ada buat cabaran 10 hari. Pastu, senyap sunyi ja tak update pun. Hehehe. Sebenarnya berhasil cabaran tu. Mesti korang dah dapat agak punya, cabaran apa. Cabaran berdiet lah. Hahaha.

Dalam 10hari tu, aku mengamalkan diet dan jugak senaman. Masa tu pulak aku jadi coordinator untuk senamrobik kan. Jadi, sambil praktis sambil bersenam. Memang berpeluh-peluh lencun gak lah. Pastu buat sit up sampai tegang perut. Pumping pun aku buat. Tapi mampu buat 10 je. Satu hari 10 kali pumping.

Memang dalam masa 10hari tu, aku boleh muat baju kebaya aku yang ketat sebelum ni. Balik rumah, mama tegur aku dah kurus. Encik Sayang pun terkezut. Dia kata, boleh nampak beza kat muka aku bila aku dah kurus.Tembam kat muka dah susut.

Akan TATAPIII, bertahan 10 hari je la, sebab pastu aku demam teruk. Tak larat nak buat senaman bagai. Makan tu masih tak berselera lah, tapi kalau berdiet je, tapi tak senaman, memang tak menjadi laa bagi aku. Pastu aku pulak pi bercuti. Mula lah malas nak berdiet. Makan sukahati aku. Lepas tu pulak puasa, walaupun aku control makan, tapi tak senaman, tak turun pun berat aku.


Jadi, aku nak start balik cabaran aku ni. Cabaran 30hari pulak. Sebab aku tau, berat aku memang boleh turun kalau bersenam dan diet. Ketahanan mental tu penting okehhh. So skang ni, nak aktif balik berjogging dan bermain badminton kat court. 

Semangat aku amek gambor, part-part bahagian badan aku yang aku nak re-shape balik. Nanti kita bandinglah lepas 30hari. Yang aku nak re-shape adalah, bahagian bahu sampai siku. Situ memang banyak tol lemak. Nampak lengan aku macam taff pulak bila pakai baju akibat lemak tersebut. Pastu peha aku, sikit lagi nak macam drumstik. Dahla tak berapa nak tinggi. Peha pulak tembam kan. Sangat tak sesuai. Dan, perut ku ini. Nak bagi kempis. Walaupun aku tak pasti lah, boleh flat macam zaman aku kat universiti dulu ke tak. Tapi harus berusaha membuat sit up setiap hari. Sit up sampai perut rasa tegang.


Itu je lah. Nanti lepas 30hari, kita tengok cemana, okey?

No comments: