25 September 2011

Pappi & Lilo

Tadi pegi beli ikan. dua ekor. sebab ikan tu nampak comel. Adik satu, aku satu. murah je. Sekor singgit. saja beli sebab bosan taktau nak curahkan kasih sayang aku yang melimpah ruah ni kat sape. Boleh gitu? So, lepas beli ikan dengan makanan dia sekali, bawak balik rumah, letak dalam balang kuih yang diisi air. Tak letak dalam akuarium yang ada oksigen pun, sebab dulu pernah bela ikan anak lohan yang bonjol tu, bela dalam balang je sampai beliau besar gemuk dan ada bonjol terus ditukar ke dalam akuarium yang lebih besar. Sehinggalah beliau terpaksa dilepaskan ke sungai akibat terlalu besar. 

Ikan-ikan ni aku suka hati je letak nama. Kejap-kejap aku panggil Gary & Bibi. Kejap-kejap Gugu & Gaga. Kejap Harun & Mimi. Tapi tadi aku tengok, Cici dah timbul atas air tapi Sapi masih berenang-renang. Mungkin sebab takda oksigen kot. Kami dah ambil risiko, kalau mati pun takpe sebab singgit je sekor. Kejamnya aku! Nyawa gak tu walaupun singgit.

Memula nak beli anak ikan lohan tapi mahal gila sampai rm15 sekor. Cuba teka dulu aku beli berapa? Lima kupang je okey. Aku beli di sebuah rumah kepunyaan nyonya ni. Aku bela, tiga kali tapi semua mati sebab lompat dari botol dan  bila balik dari sekolah aku tengok dah menggelupur mati atas meja. Sebab harga murah, asal, mati je, aku ulang alik beli.  Sampai yang terakhir tu tak mati sebab aku tak letak dalam botol tapi letak dalam balang yang cantik. Aku bela sampai besar dan jinak. Aku punya betina dan tiada bonjol. Adik punya jantan dan ada bonjol serta warna dia sangat cantik. Hasil dari anak ikan yang berharga lima kupang. Dibela pun tanpa ada bekalan oksigen pun. Sekarang dijual pada harga rm15 sekor? Mahal nya.

Hurm. Mimi masih terapung dan belum dikebumikan. Japgi lah aku selesaikan. Kesian Bubi dah takda geng.

24 September 2011

sihat

I am getting better. Thanks to those who care dear masjue, teacher koko and pinad. It feels so good to know that someone cares about you. :) Just wanted to say that i hate Facebook new changes. Suck BIG TIME. Facebook ain't need no changes, dear Mark. This ridiculous changes have definitely killed my interest in FB. Seriously Mark, you are losing one loyal customer here, dude. My privacy is being intruded, the top stories that are seriously annoy me and a whole lot more. Facebook does not need any changes no more but blogspot does. It would be great if Blogspot create this setting where we can set our entries (certain entries) to private where only people that we choose can access it. You know,  sometimes i just want my entries (a few) to be read only by certain people. If only, kann?

So, with the new interface of stalkbook, i am more than happy to see my friends' updates and photos rather than updating mine. :) I might update my account once in a while.

23 September 2011

Dugaan

Assalammualaikum ..

Aku tak berapa sihat. Skang pun masih menggigil dan gigih jugak nak menaip. Dah tiga hari. Cirit birit berdarah + muntah + pening + sakit perut. Ntah apa la sakitnya. Skang dah lega muntah dan cirit, demam pulak. Jalan dua tapak pun dah penat sangat macam berlari satu padang. Tapi bersyukur sebab dah tak muntah dan ceri beri lagi. Tu adalah yang paling seksa lagi aku nak tanggung. Tuhan baru bagi dugaan sikit dah nak merungut. Semoga segala kesakitan ni, akan menginsafkan aku. Ok. tu je. bye

19 September 2011

Hari ini bukan dalam sejarah


ni gambar masa aku fotoshoot tadi. panas gila lah haiii. sebab tu gigih pakai shades.

em. aku nak nak update blog aku ni, tapi taktau nak cerita apa. korang-korang bagi la idea sikit. ha, tadi aku masak nasi goreng kampung yang extra pedas pastu goreng kepok ikan. Makan dengan kepok sedap wooo. Pastu semalam, aku ternampak eksiden yang baru je jadi. Aku nampak pakcik tu terbaring tak sedar diri, pastu pemandu dan penumpang vios (kereta yang langgar pakcik tu) mencangkung tengah tengok pakcik tu. Masa ni tak ramai orang lagi sebab baru jadi. Pakcik tu naik basikal. Aku harap-harap pakcik tu selamat. Huhu. Tu jela nak cerita. Ok. Assalammualaikum

16 September 2011

AWAS !!!


AWAS !!!!!!!!! Blog bakal diabaikan akibat kemalasan tuan punya blog.


p/s : memang scary habis weh tempat yang dalam gambar tuh. Macam dalam movie kisah seram Melayu.

12 September 2011

10 perkara-perkara yang membuatkan anda rasa 'ERGHHHHHHH!!'

1. Masa tengah makan di restoran ke, atau tengah shopping di shopping complex ke atau di mana-mana je. Anda terserempak dengan lelaki hensem. Anda merenung dia, dia pun merenung anda. Tapi kemudian dia pun hilang dan anda pun pulang ke destinasi anda. 'Erghhhh. awat laaa, dia tak mai mintak no telepon aku?? Rugi..rugi.. dah la hensem. Hohh!'

2. Anda tengah seronok berbaring di atas katil berfacebook atau seronok menonton online movie atau sibuk mendownload lagu di laptop, tetiba, tittt tittt tittt, laptop anda dah menunjukkan tanda-tanda kehabisan bateri dan adapter anda pula jauh dari anda. Ataupun, di tengah malam, lampu sudah ditutup, anda bersedia untuk tidur sambil bermesej-mesej orang tersayang, tetiba beeep beep beeeep. Simbol kehabisan bateri sudah kelihatan. 'Erghhhhhh. malasnyaaaa nak chargeeeee !!!'

3.Anda di pusat membeli belah dan anda sangat berkenan dengan sepasang seluar, kasut atau sehelai baju yang cantik dan apabila ditanyakan saiz, tiada lagi saiz yang available untuk anda. 'Erghhhhhhh. Benci nyaaaaa takdak saizzzz !'

4. Anda baru sahaja membasuh kereta dan berkilat-kilat kereta oren anda itu (motipp??) dan anda dengan riang hati memandu kereta anda itu dan tetiba hujan turun dengan lebatnya. 'Erghhhhhhhhhh. Baru basuh je kereta !!'

5. Anda sedang riang ria beronline sambil ber ym atau ber chatting di facebook dengan orang istimewa atau di saat teman anda ingin berkongsi gossip terhangat dan tetiba, broadband anda telah disconnect dengan sendirinya.Dan selepas beberapa kali cubaan, anda masih sukar untuk mengonek errrr maksud saya men connect kan broadband itu.'Erghhhhhhhhhhh. memang SIALLLcom betoi laaa.'

6. Anda sedang menonton rancangan kesukaan anda di Astro Ria dan tetiba hujan lebat dan terpapar 'Service is currently not available' di ruang kaca tv anda. 'Erghhhhhhhh. Astro cas mahal nak mampus tapi bila hujan ngok jugakk !!!'

7. Anda selalu stalk page fb beliau yang anda minati selama ini, atau pun anda sering stalk page musuh anda untuk mengetahui perkembangan terkini beliau. Dan satu hari apabila anda ingin stalk gambar-gambar beliau seperti biasa, beliau sudah memprivate kan semua gambar-gambar dan wall fb beliau.'Erghhhhhh. macam aku hadappp sangat nak tengok gambar kauu! Haktuihhh'

8. Anda sedang melantak nasik lauk ikan terubuk bakar dengan lahapnya. Tetiba anda terasa anda tercekik tulang dan anda perlu meminum air. Tapi anda mendapati, anda belum menuang air di dalam cawan, lalu anda pun mencari cawan untuk dituang airnya lalu mendapat kesemua cawan berada di dalam sinki dan anda perlu membasuh dahulu sebelum dapat meminum air. 'Erghhhhh. mati tercekik aku macam nihhh!!!'

9. Anda sudah lewat ke kerja atau ke kelas dan di saat anda sudah keluar rumah dan sudah mengunci pintu, tetiba anda rasa nak terberak sangat-sangat. 'Erghhhhhh. dahla aku dah lambat ni hoiiii'

10. Anda meminjamkan barang kesayangan anda kepada teman rapat anda (kerana tidak mahu dikatakan kedekut atau berkira) dan berkurun-kurun setelah beliau memulangkan barang itu, anda mendapati barang kesayangan anda itu sudah cacat dan tidak lagi seperti dahulu. 'Erghhhhhhh. Lepas ni aku dah takmau pinjamkan barang kat kau lagikkk!!'

Buat masa ni, aku bagi 10 cukuplah..Ada sesiapa nak tambah? Silakan..

11 September 2011

Anjing weiiii

Aku nak update secara laju-laju ni. Kalau ada ayat yang tertonggeng terbalik, ampunkan aku okey. Sebab aku baru balik jogging dan belum mandi dan maghrib pun belum tapi hegeh nak update blog dulu. Lempang sedas nak?

Ceritanya ada lah kaitan dengan jogging aku tadi. Aku kan sekarang aktif berjogging. Pagi jogging, petang pun jogging tapi dok tembam tang tu jugak. Hahahah! Selalunya aku jogging di tasik. Tapi harini aku ajak adik aku jogging kat kawasan perumahan belakang taman perumahan aku ni. Kan aku ada cakap yang kawasan kat situ cantik kan? Memang cantik pun. Ada, haritu, aku dah dress up pakai track suit semua nak jogging tetiba adik aku malas pulak nak join. Plan asal nak jogging kat tasik lah. Disebabkan aku dah pakai comel-comel nak jogging, jadi aku malas nak cancel kan plan. Dan aku malas ler pulak nak pegi jogging kat tasik tu sorang, petang-petang sebab ramai abang-abang hemsem petang-petang. Awwwww. Mengenyam. Lempai ai pliss. Jadi aku ambik keputusan jogging kat belakang taman perumahan aku tu je. Jogging sesorang.

Aku jogging situ takda apa-apa masalah pun. Kawasan yang berbukit bukau sesuai untuk jogging, boleh jamu mata tengok banglo-banglo besar. Tapi takut jugak sebab kawasan tu banyak anjing. Anjing yang dibela oleh pemilik banglo-banglo tu. Tapi hari tu, everything went smoothly. Takda anjing pun berkeliaran. So aku dengan senang hati nya berjogging.

Tadi aku cadangkan kat adik aku jogging kat kawasan perumahan tu jugak lah. Adik aku cakap, bahaya, ada banyak anjing. Disebabkan aku dah pernah jogging kat situ, dan takda anjing pun time aku jogging tu, so aku yakinkan lah dia yang anjing memang takda kat situ.

So, tadi jogging, 20 minit pertama memang clear. Anjing pun takda. Makin jauh, dengar anjing dok menyalak-nyalak, tapi takpe, anjing menyalak dari dalam kawasan rumah je, dan pintu pagar pun berkunci so selamatttt. Masa kami jogging tu ada gak dua orang tengah jogging di depan kami. Tengah aku dok yakinkan adik aku suruh dia rileks, anjing takda pun yang nak serang. Sekali kann, tetiba ada anjing besar ni meluru keluar dari kawasan rumah ni yang pintu pagar nya tak berkunci terus menuju kat dua orang yang ada depan kami tuh. Fuhhhh. Kusss semangat. Terkujat gila aku. Terus berhenti. Anjing tu menyalak-nyalak melompat-lompat  macam nak gigit. Nasib baiklahhh tuan dia, dok rilek depan rumah tu, terus dia marah anjing dia, anjing tu pun patuh lalu masuk dalam rumah. Huhuhuh. Aku bajet mesti mamat dua orang tu ketaq gilaa. Sebab anjing tu macam nak melompat atas dia, tapi dia maintain cool dengan bagi arahan kat anjing tu suruh stay calm. Padahal, aku tau, dia pun dok gabra tuhhh. Fuhhh. memang aku skeri lah. Cuba bayangkan, kalau tuan dia takda kat situ, haa, camna?? Mau dikokaknya mamat dua orang tu. Dan cuba bayangkan kalau mamat dua orang tu takda, aku dengan adik aku je yang jogging dan lalu depan rumah tu. Fuhhhh.. Taktau la apa nak jadi. Dannnn cuba korang bayangkan lagik, semua tu jadik time aku jogging sorang-sorang haritu. Adoiii. mau aku kurus terus sambil berlari ketakutan.

Lepas tu sepanjang perjalanan kami, ada je anjing kiri kanan tapi terkurung dalam rumah. But still, aku takut jugak. sebab anjing-anjing depa ni yang style besaq-besaq gedabak macam anjing yang dalam filem yang kepunyaan orang jahat tu. Anjing hitam pekat, yang kalau dia berdiri, ntah-ntah lagi tinggi dari aku. huuhuhu.Ada jugak anjing yang comel-comel. Tapi aku tetap risau kalau digigitnya aku. Dahla semua anjing-anjing ni pantang lalu je depan rumah depa. Mesti nak menyalak aufff aufff aufff. Menyalak tu pulak yang kuat dan skeri gila ala-ala harimau mengaum tuh.Sebab anjing besar kan. Suara pun besar lah. Menyalak sambil lompat-lompat. Takut weh aku.

Lepas, tu sampai balik pun, asyik ada je anjing sana-sini terkurung yang menyalak-nyalak. Adik aku cakap,"heii, apa punya jalann daa lu kasi, semua ada anjing sana sini" hahaha. Sebab aku yang cadangkan masuk lorong-lorong sekian-sekian sebab time aku lalu sesorang tu, sunyi sepi je takda anjing. Aku rasa memang Allah jaga aku. Sebab aku jogging haritu menggunakan jalan yang sama, takda sekor pun hanjen-hanjen. adoiii. Alhamdulillahhh~

Tu je nak cerita. Walaupun aku menaip je, tapi aku rasa letih lak macam aku tengah cerita live pulak kat korang. Aku rasa mengah ni. hahhahaha

perut oh perut

gigih tak saya ??

09 September 2011

Friday September 09

Aku tak boleh meluahkan semua kat blog ni. Aku tau banyak mata yang memerhati. Dan aku pasti jugak, ada pihak yang melompat gembira di saat aku jatuh terduduk dan ada juga yang mencebik mulut di saat aku tersenyum gembira. Biasa lah, bukan kehidupan namanya kalau hidup kita ni tidak dicemburui oleh orang lain.

08 September 2011

Memang berkesan !

Seperti yang korang semua dah tahu (ke ada yang tak tau lagi?), aku dah gemuk sekarang. Kenapa aku kata gemuk, sebab bila aku balik rumah tok aku, ramai yang cakap aku gemuk, sampaikan abah pun cakap aku gemuk. Hahaha.Kalau dah abah yang cakap aku gemuk tu, maknanya, memang aku gemuk lah sebab abah tak pernah pun tegur pasal berat badan aku sebelum ni.

Tapi segemuk-gemuk aku ni, takda lah gemuk yang obese tu. Gemuk yang masih boleh diterima (boleh gitu? hehe) Aku tau orang sekeliling tegur aku gemuk sebab sebelum ni dorang dah terbiasa tengok aku yang kurus keding. Aku pun dulu hegeh sangat nak gemuk, nak gemuk, nak gemuk kan? Sekarang dah gemuk, haa, puas hati kau?? 

Sebenarnya, aku sendiri pun boleh rasa yang aku dah gemuk. Seluar jeans bila aku pakai, jadi ketat dan seksi pulak sampai kena marah dengan abah. -___-" Baju kebaya pun dah sendat tapi masih boleh muat. Muka pun dah tembam bila ada lemak berlebihan di bawah dagu. Aku tak paham lah, camna ek aku boleh bertambah berat badan ni. Sebab dulu aku rasa macam jarum berat aku terhenti. Kau makan lah sebelas pinggan nasik pun, gituuu je berat. Tak naik, tak turun. Kalau tak makan, memang turun mendadak. Tambah-tambah pulak, selera aku ni macam jin. Makan,makan,makan. Kekadang tu tak lapar pun. Tapi sesaja seronok mengunyah dan mengisi masa lapang.

Well, aku okey je dengan penambahan berat badan aku ni sebab memang aku nak gemuk pun. Berat aku sekarang aku agak-agak mungkin 53kg kot. Dari 46kg (yang bertahun-tahun tak naik-naik). Haa, tengok. Memang semakin menaik kan? Walaupun aku okey je dengan penambahan berat badan aku ni, tapi aku nak la jugak ada limit nya. Taknak la naik naik dan terus naik kan. Sekarang ni aku cuma nak kurus kan sikit muka aku ni. Dagu i dah tak seruncing dulu tauu. Sob3. Lepas tu, kuruskan peha sikit dan kempiskan perut. Perut tu paling utama yer, sebab perut aku ni dah moncet lahh. Tak best langsung! Pakai baju fit sikit je dah nampak moncet. Baju raya merah aku tu, aku diet dua hari okey, nak bagi muat sebab aku pun gatal pegi beli yang cukup-cukup je dengan badan aku. Memang muat pun dengan badan cuma die terketat tang perut je. hahahha.

Aku rasa tak syok lah bila dah boncet ni sebab sejujurnya aku memang tak pernah buncit. Perut aku sentiasa flat. Makan banyak mana pun, flat jugak. Walaupun masa tu ramai je jeles dengan perut aku tapi aku ni tak reti bersyukur. Tak rasa pape pun dengan perut aku ni sebab aku nak demokkkk. Sebab time tu memang aku kurus punnn. So aku taknak lah nampak kurus sangat.



Haa.. ni masa zaman kekurusan aku. Maaf lah, masa ni aku kurang cerdik sikit, sebab tu posing gedik gitu. Cuba tengok perut aku tu. Flat dan kempis. Masa ni aku baru lepas makan dan aku memang tak kempiskan perut pun masa snap gambar nih.




Ni pun. Kempis jer, walaupun baru lepas makan.


Haa.. Masa ni dah gemuk. Haha. Walaupun gambar beberapa bulan yang lepas, tapi time ni perut aku dah boncet. Masa ni lupa nak kempiskan perut bila orang tu nak snap.hehhehe. Nampak tak?? perut aku tuh?
Baju tu sekarang aku pakai bila aku rasa dah tak moncet je, sebab memang fit pun.


Masa ni pun aku moncet gakkk. Sila lihat perut aku ittewww.


Jadi di atas kesedaran diri sendiri, aku bertekad nak mengempiskan perut aku cam dolu-dolu. Jadi, aku diet. Tak makan nasik, makan roti jer. Memang berkesan sebab aku ni jenis senang nak turun berat badan kalau tak makan. Cuma menjadi masalahnya, aku ni suka makan. Hahahaha. Nak diet ni pun puas berperang dengan minda untuk tak sentuh nasik. Lepas tu jogging. Em. Bukan jogging. Jalan jer. Sebab secara jujurnya, aku memang tak boleh jogging lama-lama. Letih dan mengah oooo. Jadi aku jalan. Jalan sejauh mungkin. Pegi Tasik Kulim, aku buat dalam 4-5 round. Jalan jer. Lepas tu sekitar taman perumahan aku ni. Kat taman perumahan aku ni ada banyak taman perumahan lain kat belakang tu. Banglo-banglo dua tingkat. Dia punya persekitaran pun cantik jer, dengan rumput hijau, pokok-pokok rendang. Sesuai la kalau nak jogging ke apa, lepas tu kawasan tu pulak berbukit kan. Memang basah kuyup lah kau mandi peluh. 

Bagi yang penat nak jogging tu, kau jalan jer. Jalan pun boleh mengeluarkan peluh cuma kenala jalan jauh sikit. Macam jogging ni, kau jogging satu round pun, dah berpeluh sakan. Lepas jogging, balik, aku buat sit up pulak. Sehari 40x. Tapi letih kot masa memula buat sit up ni. Buat lima kali pun aku dah mengah gila. Tapi kalau selalu buat, okey lah. Sit up ni memang boleh mencantikkan perut.  Dannn, memang berkesan weh, lepas aku buat semua tu. Kebaya aku dah muat. Yeay!! Keboncetan makin surut. Yeayyy!! Tapi kena maintain lah. Risau gak aku takut aku buat kejap-kejap je lepas tu malas nak buat dah.

Bab diet tu, aku nak tunggu perut aku kempis dan cantik dulu, baru aku makan nasik dan secara sihat. Kalau nak tahu, dulu aku memang makan suka hati. Masa makan nasik, aku minom pastu makan, pastu minom. Lepas makan banyak tambah dua tiga kali, teros aku booom tido. Mana tak boncet kan?? Tapi dulu, aku buat camtu pun dok kempis gitu gak. Takda efek pape pun. Sebab tu susah la sikit aku nak tinggalkan tebiat aku ni. Tapi kenalah tinggalkan jugak sebab tebiat aku tu dah memberi kesan. Hehe.

Okeylah. tu je nak cerita. Korang-korang tu, cubala tips cam aku ni. InsyaAllah. boleh kempis perut tu. Jangan makan nasik, makan buah ke, roti ke, kueh ke.. Nak makan nasik tu boleh tapi nasik sikit, lauk musti banyak okey? Okey. Bye Assalammualaikum

Hellooo



hyeee. weh, sorry sangat. Mood nak update blog tak sampai-sampai lagi. Entri pasal raya pun tak buat lagi. adehhhh~

05 September 2011

Selamat tinggal sahabatku..

Terkejut aku dengar berita ni tadi. Seorang sahabat aku sewaktu di UKM telah meninggal dunia pagi tadi. Sedih aku mendengarnya. Arwah menghidapi penyakit buah pinggang dan kencing manis tak silap aku, baru berusia 27 tahun. Hm. Ajal maut tak mengira usia kan? Setelah puas menderita selama beberapa bulan, akhirnya hilang sudah semua itu. Dulu masa kat UKM, aku tengok arwah sihat walafiat dan arwah memang ceria orangnya. Penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh beliau ni diketahui lepas grad kalau tak silap aku (kalau aku salah, mintak tolong betulkan). Aku mendoakan agar arwah tenang di sana. Al-Fatihah.Mohd Waad dalam kenangan..

02 September 2011

Raya 2011 (intro)



Raya Pertama




Raya Kedua





Raya Ketiga


Setakat ni, aku bagi pendahuluan dulu untuk entri raya. hehe. Bukan apa sebab banyak gilaaaa gambar. Dahla dari 4-5 bijik kamera pulak tuh. Letih aku nak tatap satu-satu. Walau apa-apapun, raya tahun ni memang bestttttt macam tahun-tahun yang sebelumnya. Yeeehuuuu !!! Meriah habess! Nanti, aku akan karang comel-comel entri raya dengan gambar-gambar sekali lepas tu aku upload okeh? Daa

Salam Lebaran

Assalammualaikum.  Walaupun agak terlambat. tapi aku nak ucap jugak. Selamat Hari Raya !!! Kalau sepanjang korang baca entri-entri aku sepanjang aku berblog ni, dan korang ada terasa ke, aku mintak maaf banyak-banyak ok. Mesti ada punya orang terasa sebab aku suka melaser dalam blog aku ni. hehehe. Okey, nanti aku update gambar-gambar raya ok? Byeeee.