05 September 2011

Selamat tinggal sahabatku..

Terkejut aku dengar berita ni tadi. Seorang sahabat aku sewaktu di UKM telah meninggal dunia pagi tadi. Sedih aku mendengarnya. Arwah menghidapi penyakit buah pinggang dan kencing manis tak silap aku, baru berusia 27 tahun. Hm. Ajal maut tak mengira usia kan? Setelah puas menderita selama beberapa bulan, akhirnya hilang sudah semua itu. Dulu masa kat UKM, aku tengok arwah sihat walafiat dan arwah memang ceria orangnya. Penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh beliau ni diketahui lepas grad kalau tak silap aku (kalau aku salah, mintak tolong betulkan). Aku mendoakan agar arwah tenang di sana. Al-Fatihah.Mohd Waad dalam kenangan..

2 comments:

Miss Koko said...

Aku lagi la tekejot..classmate n workmate utk byk jugak assignments..byk sgt tlg ktorg dlm bab2 i.t..seorg yg mmg xkedekut ilmu...xsangka pergi di usia yg muda..Allah lebih sayang kan die...Al-Fatihah...=(

wanieybintang said...

tula..aku pun xrapat sgt ng dia dlu..dia ramah kan? kita doakan je agar dia tenang di sana..aminnn