1. Masa tengah makan di restoran ke, atau tengah shopping di shopping complex ke atau di mana-mana je. Anda terserempak dengan lelaki hensem. Anda merenung dia, dia pun merenung anda. Tapi kemudian dia pun hilang dan anda pun pulang ke destinasi anda. 'Erghhhh. awat laaa, dia tak mai mintak no telepon aku?? Rugi..rugi.. dah la hensem. Hohh!'
2. Anda tengah seronok berbaring di atas katil berfacebook atau seronok menonton online movie atau sibuk mendownload lagu di laptop, tetiba, tittt tittt tittt, laptop anda dah menunjukkan tanda-tanda kehabisan bateri dan adapter anda pula jauh dari anda. Ataupun, di tengah malam, lampu sudah ditutup, anda bersedia untuk tidur sambil bermesej-mesej orang tersayang, tetiba beeep beep beeeep. Simbol kehabisan bateri sudah kelihatan. 'Erghhhhhh. malasnyaaaa nak chargeeeee !!!'
3.Anda di pusat membeli belah dan anda sangat berkenan dengan sepasang seluar, kasut atau sehelai baju yang cantik dan apabila ditanyakan saiz, tiada lagi saiz yang available untuk anda. 'Erghhhhhhh. Benci nyaaaaa takdak saizzzz !'
4. Anda baru sahaja membasuh kereta dan berkilat-kilat kereta oren anda itu (motipp??) dan anda dengan riang hati memandu kereta anda itu dan tetiba hujan turun dengan lebatnya. 'Erghhhhhhhhhh. Baru basuh je kereta !!'
5. Anda sedang riang ria beronline sambil ber ym atau ber chatting di facebook dengan orang istimewa atau di saat teman anda ingin berkongsi gossip terhangat dan tetiba, broadband anda telah disconnect dengan sendirinya.Dan selepas beberapa kali cubaan, anda masih sukar untuk mengonek errrr maksud saya men connect kan broadband itu.'Erghhhhhhhhhhh. memang SIALLLcom betoi laaa.'
6. Anda sedang menonton rancangan kesukaan anda di Astro Ria dan tetiba hujan lebat dan terpapar 'Service is currently not available' di ruang kaca tv anda. 'Erghhhhhhhh. Astro cas mahal nak mampus tapi bila hujan ngok jugakk !!!'
7. Anda selalu stalk page fb beliau yang anda minati selama ini, atau pun anda sering stalk page musuh anda untuk mengetahui perkembangan terkini beliau. Dan satu hari apabila anda ingin stalk gambar-gambar beliau seperti biasa, beliau sudah memprivate kan semua gambar-gambar dan wall fb beliau.'Erghhhhhh. macam aku hadappp sangat nak tengok gambar kauu! Haktuihhh'
8. Anda sedang melantak nasik lauk ikan terubuk bakar dengan lahapnya. Tetiba anda terasa anda tercekik tulang dan anda perlu meminum air. Tapi anda mendapati, anda belum menuang air di dalam cawan, lalu anda pun mencari cawan untuk dituang airnya lalu mendapat kesemua cawan berada di dalam sinki dan anda perlu membasuh dahulu sebelum dapat meminum air. 'Erghhhhh. mati tercekik aku macam nihhh!!!'
9. Anda sudah lewat ke kerja atau ke kelas dan di saat anda sudah keluar rumah dan sudah mengunci pintu, tetiba anda rasa nak terberak sangat-sangat. 'Erghhhhhh. dahla aku dah lambat ni hoiiii'
10. Anda meminjamkan barang kesayangan anda kepada teman rapat anda (kerana tidak mahu dikatakan kedekut atau berkira) dan berkurun-kurun setelah beliau memulangkan barang itu, anda mendapati barang kesayangan anda itu sudah cacat dan tidak lagi seperti dahulu. 'Erghhhhhhh. Lepas ni aku dah takmau pinjamkan barang kat kau lagikkk!!'
Buat masa ni, aku bagi 10 cukuplah..Ada sesiapa nak tambah? Silakan..
1 comment:
muahahaha..lawak kak.lawak XD
Post a Comment