25 September 2011

Pappi & Lilo

Tadi pegi beli ikan. dua ekor. sebab ikan tu nampak comel. Adik satu, aku satu. murah je. Sekor singgit. saja beli sebab bosan taktau nak curahkan kasih sayang aku yang melimpah ruah ni kat sape. Boleh gitu? So, lepas beli ikan dengan makanan dia sekali, bawak balik rumah, letak dalam balang kuih yang diisi air. Tak letak dalam akuarium yang ada oksigen pun, sebab dulu pernah bela ikan anak lohan yang bonjol tu, bela dalam balang je sampai beliau besar gemuk dan ada bonjol terus ditukar ke dalam akuarium yang lebih besar. Sehinggalah beliau terpaksa dilepaskan ke sungai akibat terlalu besar. 

Ikan-ikan ni aku suka hati je letak nama. Kejap-kejap aku panggil Gary & Bibi. Kejap-kejap Gugu & Gaga. Kejap Harun & Mimi. Tapi tadi aku tengok, Cici dah timbul atas air tapi Sapi masih berenang-renang. Mungkin sebab takda oksigen kot. Kami dah ambil risiko, kalau mati pun takpe sebab singgit je sekor. Kejamnya aku! Nyawa gak tu walaupun singgit.

Memula nak beli anak ikan lohan tapi mahal gila sampai rm15 sekor. Cuba teka dulu aku beli berapa? Lima kupang je okey. Aku beli di sebuah rumah kepunyaan nyonya ni. Aku bela, tiga kali tapi semua mati sebab lompat dari botol dan  bila balik dari sekolah aku tengok dah menggelupur mati atas meja. Sebab harga murah, asal, mati je, aku ulang alik beli.  Sampai yang terakhir tu tak mati sebab aku tak letak dalam botol tapi letak dalam balang yang cantik. Aku bela sampai besar dan jinak. Aku punya betina dan tiada bonjol. Adik punya jantan dan ada bonjol serta warna dia sangat cantik. Hasil dari anak ikan yang berharga lima kupang. Dibela pun tanpa ada bekalan oksigen pun. Sekarang dijual pada harga rm15 sekor? Mahal nya.

Hurm. Mimi masih terapung dan belum dikebumikan. Japgi lah aku selesaikan. Kesian Bubi dah takda geng.

5 comments:

miss E said...

bahah suka ati ang ja letak nama mcm2... haha wat aku konfius jah

miss E said...

bahah suka ati ang ja letak nama mcm2... haha wat aku konfius jah

Miss Masjue said...

tadi harun, jd bubi pulak.hihihik..

saadah saadun said...

ye. btol. nama ikan kau selalu berubah berdasarkan pengamatan aku terhadap entry ni. haha. serius kau buat aku gelak. keh keh keh

wanieybintang said...

paeh : hehe. aku suka lupa nama depa, sbb tu aku hentam saja pakai nama2 yg merapu. hehe.

masjue : split personality, biasa laa.hehe

adahku : nama ikan akan berubah mengikut mood. ceeeceehh. hehe