29 December 2011

Update.

Dah bosan dengan segala status menangis, bersedih, marah dan macam-macam lagi pasal Tentang Dhia, bukak pulak blogspot, tengok di dashboard pun, entri semua mengenai Tentang Dhia jugak? Adoi. Aku hanya tengok Tentang Dhia episod pertama kemudian, tv pulak takda siaran (di rumah sewa) dan membuatkan aku lupa seketika tentang drama tu. Sekarang aku kembali ke rumah sewa, dan bosan sebab tv di rumah ni hanya ada siaran TV3 dan NTV7, jadi terpaksa lah layan TV3. Kebetulan sewaktu tekan suis tv Tentang Dhia sedang ke udara.Tak sangka pulak itu adalah episod terakhir. Kelakar pulak aku hanya sempat tengok episod pertama dan episod terakhir. Takpe, kita lupakan sebentar tentang Dhia, cerita tipu yang telah berjaya mengalirkan air mata penonton-penonton di luar sana.

Cuma nak update sikit, sekarang ni musim menyuarat. Walaupun cuti sekolah berlum berakhir, tapi aku dengan gigihnya hadir ke sekolah untuk mesyuarat selama lima hari sehingga pukul 4 petang. Saya yang menurut perintah tak layak untuk membantah. Aku dah rasa selesa sebab, banyak perkara yang buat aku serabut dulu, aku dah mula faham satu persatu dengan bantuan guru-guru di sini yang sangat-sangatlah baik hati. Guru besar yang memahami. Apa lagi yang aku nak? Ini semua lebih baik dari apa yang aku harapkan. Aku sampai sekarang masih hairan kenapa mereka sangat baik, sanggup membantu aku, bergurau senda dengan aku, berborak dengan aku padahal aku satu-satunya yang lain bangsa di situ. Aku tau, sempit kan pemikiran aku? Tapi aku cakap berdasarkan pengalaman. Pengalaman aku sewaktu menjalani 'Pengalaman Berasaskan Sekolah' dahulu di SJKC jugak, menunjukkan guru-guru di sana agak bersifat perkauman. Entah la, mungkin tempoh beberapa minggu di sana belum cukup untuk aku menghakimi mereka. Tapi first impression aku pada mereka dah lain. Bukan kah first impression itu penting? Dan juga pengalaman aku mengajar anak-anak berbangsa ca ya nun alip sewaktu di pusat tuisyen dulu menggambarkan betapa mereka bersifat perkauman. Tapi lain pula di tempat aku ni. Semua sangat lah baik. Aku bersyukur sangat aku ditempatkan di sini dan tidak di tempat aku menjalani program 'Pengalaman Berasaskan Sekolah' dahulu walaupun sekolah itu terletak dekat sangat dengan rumah aku.

Sepanjang mesyuarat ni, pelbagai isu dibincangkan. Dan pelbagai tanggungjawab diagihkan sebagai persediaan untuk tahun 2012. Bahu terasa berat. Tapi stail aku, aku malas nak fikir banyak, malas nak serabut. Macam kawan aku kata 'worrying is like you holding an umbrella waiting for the rain to pour down'. Paham tak? Macam, kau serabut, risau, dan fikir pasal masalah tu sampai satu kerja pun tak jalan sebab kau asyik fikir masalah tu. Jangan macam tu. Bazir masa. Walaupun banyak kerja, dan ada yang aku pun masih keliru tentang apa yang perlu dibuat, aku hanya mahu tenang. Sebab, aku bukan keseorangan. Ada lagi 10 orang guru di situ yang boleh membantu. :) Sekarang strategi aku, siapkan kerja yang perlu dihantar dahulu, yang akan dipantau oleh PPD (takut !) dahulu. Sebab, kalau kau terus fikir untuk berpuluh-puluh kerja yang kau kena buat tu, otak kau terus akan jadi jem strawberry. Jadi, kita setel satu-satu dahulu mengikut keutamaan. 

Jangan fikir bilangan murid di sekolah aku kecil, maka kerja pun sikit. Mungkin bab menyemak kertas ujian atau buku latihan tu bukan lah beban utama di sekolah aku ni.Tapi urusan pentadbiran yang menjadi keutamaan. Buat masa sekarang aku kena update setiap fail yang ada. Fail KSSR, Fail Panitia, Fail Showcase, Fail Induk, takpayahlah nak jelaskan lebih-lebih. Buat orang muak je. Nasib baik aku tak pegang jawatan Ketua Panitia BM memandangkan satu-satunya guru BM dah bertukar. Tapi aku kena jugak mengajar BM Tahun 1 dan Tahun 6. Memang aku orang Melayu dan pandai cakap Melayu, tapi bukan senang nak mengajar Bahasa Melayu. Tapi jangan serabut, aku akan call Kak Noor (guru BM sebelum ni) untuk mendapatkan tips-tips. 

Lupa nak cakap, tetiba GB lantik aku jadi Guru Penyelaras Sukan, Guru Ko-k dan apa lagi ntah aku pun dah lupa. Selambe badak je aku lupa kan? Takpe, nanti aku semak carta organisasi. Aku yang tak suka bersukan ni dilantik jadi Guru Penyelaras Sukan? Terbaik. Saya yang menurut perintah.
.
Itu je kot yang aku nak cerita. Assalammualaikum

23 December 2011

Penghujung 2011





Semua gambar di atas diambil di negeri yang berbeza. Best sangat dapat bercuti dan jalan sana sini. Banyak lagi gambar tapi ada pemalas nak upload dan ada gambar yang aku dah terdelete dari fon. Dem! Ni yang tak suka fon touch screen ni. *tetiba*

P/s : Lama jugak aku tak update blog ek. Mood tak mari lagi ni.

16 December 2011

Tak Habis-Habis

Assalammualaikum. Uhuk-uhuk. Maaf, aku batuk. Tapi memang aku masih belum sembuh batuk pun. Wuwuwuw. Letihnyaaa. Dah nak dekat dua bulan dah batuk batuk dan batuk. Lepas makan antibiotik tu, rasa cam dah nak lega. Dah makin kurang. Tapi tetiba pada suatu hari, aku rasa lain macam. Rasa ni sebijik rasa macam aku rasa masa aku muka-mula nak batuk dua bulan dulu. Tekak rasa cam perit sikit. Dem. Bila batuk dah nak mula lega, tetiba simptom-simptom nak start batuk tu ada pulak. Sampai ke sudahla aku tak lega batuk camni. Uwaaaaa. Sekarang ni, dengan selsema pun turut mengambil acara. Aku rasa sungguh kiut macam baby bila hingus meleleh-leleh di hidung. Kiut kan? Tetiba rasa kiut macam adik sin chan. Tapi walaupun kiut, aku tetap tersiksa menanggung beban ini. Huhuhuh. Tapi bila difikirkan, ni baru sikit je. Nak dibandingkan dengan orang yang sakit eksiden ke, sakit barah ke, yang lebih teruk tu. Setakat aku yang batuk-batuk ni apa lah sangat kan. Jadi aku kekadang rasa malu pada diri sendiri dan Allah kalau aku dok mengeluh yang gedik gedik macam ni. Cuma aku berdoa je, supaya batuk dan selsema aku ni cepatlah sembuh.

So, itu je kot. Ok. Bye

14 December 2011

Mana you ni sayang?

Assalammualaikum. Aku tertanya-tanya ni, di mana dia sayang aku. Ala, si pemalu yang malu sangat nak letak nama dan link sendiri lalu menggunakan nama samaran untuk mengomen di cbox aku. Oh ya, lupa pulak, aku dah remove cbox aku, patut lah dia senyap je sekarang. Sebenarnya, aku nak tengok lama mana si anonymous ni nak komen kat cbox aku tu. Asal dia komen je, aku delete, Asal dia komen je aku delete. Lepas tu, aku sengaja remove terus cbox tu. Dengan dia-dia sekali kena remove kot, sebab diam je ni. Sayang baby, I rindukan usikan dan kutukan manja u terhadap I. Mana u ni? Takkan u pemalu sangat sampai taknak dedahkan identiti u yang sebenar. Ke u ni pengecut? Hik Hik Hik (gelak gedik).

U mesti benci tapi rindu kat I kan?? Baik u mengaku sekarang. U konon je komen di cbox I cakap blog i ni annoye (annoye? so cute!!) u. Tapi hari-hari u masih gigih singgah blog I untuk tinggalkan komen. Emmmuahhh! Sayang u sangat. Terma kasih di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi u tu. Tapi kesian kat u pulak sebab I dah remove cbox I tu. Mesti u dah meroyan kan sekarang ni, tak dapat komen I? Takpe, u boleh emelkan je kutukan u tu di wanieybintang@gmail.com I nantikan warkah cinta u ok?

Erm. U takde keje ke kat rumah? I tengok u macam banyak sangat masa lapang sempat lagi komen-komen di cbox I. U nak keje tak? I boleh bagi. Erm. U boleh tolong siapkan fail orientasi I yang I tak sentuh lagi tu. Eh. Jap-jap. Tapi u kan IQ rendah sangat serendah tapak kaki I. Mesti u tak reti nak buat kan? Ok, lah. I taknak susahkan u jadi u boleh tolong cuci jamban rumah I je. Senang je. Tak susah. Tak memerlukan pemikiran yang banyak. :) I harap u sudi terima tawaran I ni.

Oklah u. Jangan lupa kirimkan warkah cinta ke emel I k. Byee. Sayang u sangat.

P/s : Aku rasa cbox tu macam menyemakkan blog aku lah. Dengan dok iklankan blog bisnes lah apa lah. Jadi rimas. Jadi aku remove kan aje. Kalau ada pape, tinggalkan sahaja komen di entri ye? :)

12 December 2011

To My Hater

Kecoh je tajuk kan? Hehe. Tapi nak buat macam mana, memang nick dia 'Your Hater' pun. Jadi aku merujuk kepada nick dia lah ni. Okey, kepada cik 'Your Hater' 'annoye' adalah merupakan ejaan yang salah yer. Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut adalah A N N O Y. Diulangi A N N O Y yang bermaksud menjengkelkan. Tapi comel gak perkataan 'annoye' tu. Nanti nak letak nama ikan aku 'annoye' lah. Dibaca dengan sebutan a no yay. Hehe Thanks for your idea!

Gaji oh Gaji

Assalammualaikum. Sekarang ni aku tengah mengira hari untuk gaji aku masuk. Hari tu aku tanya kakak kerani tu, dia cakap 19-20 haribulan, masuklah gaji aku tu. Aku dok berkira-kira berapa la aku nak dapat kan, lepastu kakak kerani tu terus tunjuk kat aku satu kertas ni lebih kurang macam kiraan gaji aku la, aku pun tengok la. Wuiii. Naik juling aku tengok. Hehe. Itu belum campur gaji bulan Disember dan bonus RM1000. Ka ching!! $$$$. Tak sabar nye aku. Tapi aku dah berjanji pada diri sendiri taknak boros dan boroi lagi. Tahun ni kena berubah. Simpan duit banyak-banyak dalam bank. InsyaAllah.

11 December 2011

Anak-anak kesayangan

Dari kiri : Masyitah, Azimah, Razak dan Bancha


Sebahagian daripada murid-murid Tahun 6. Baru-baru ni aku ke sekolah sebab menghadiri kelas tambahan. Rilek je kelas tambahan sebab murid pun berapa kerat je yang datang. Paling ramai pun 6 orang sebab Tahun 6 memang 6 orang je. Aku cuma bingung je sekarang sebab aku dah taktau nak buat apa dengan seorang pelajar ni. Bancha namanya, dan berketurunan Siam. Dia memang lah seorang budak yang sangat baik, rajin dan mendengar kata. Tapi dia tak tau membaca langsung. Dahla tahun depan dah tahun 6. Camna dia nak menghadapi UPSR? Aku bagi latihan Tahun 1 yang senang sangat pun dia tak boleh siapkan. Sedihnya aku. Aku taktau nak ajar dia dari mana. Nak ajar asas ABC ke? Aku ajar dia mengeja pun dia lambat sangat dan cepat lupa. Dia memang fassih berbahasa Melayu walaupun berketurunan Siam. Mungkin sebab tinggal di kawasan majoritinya Melayu kot. Tapi nak mengeja dalam Bahasa Melayu pun lemah apatah lagi Bahasa Inggeris. Aku kekadang marah jugak dia. Aku ni garang jadi kalau handle bebudak camni sebolehnya aku kena kawal kemarahan aku sebab tak nak dia down dan rasa rendah diri dan malu pada kawan-kawan lain sebab kekurangan dia tu. Tapi dia lah yang paling rajin datang kelas. Tak pernah ponteng walau sekali pun. Hurm Camne ye? Aku perlu garang ke dengan dia? Mungkin kalau garang, dia lebih berusaha?

Ombak Rindu Tidaklah Sehebat Ombak Tsunami

Assalammualaikum. Bila dah tengok ramai sangat yang teruja, termenangis (termasuklah jantan-jantan lembik. duhhh~) tersebak dan macam-macam ter lagi lah. Aku membayangkan Ombak Rindu adalah sehebat tsunami atau mungkin lebih hebat. Tapi bila dah tengok filem nya semalam, aku boleh simpulkan, aura Ombak Rindu tu sahaja yang kuat. Isinya, hanyalah seperi ombak kecil yang beralun dan tak mampu pun nak menterbalikkan sampan kecil apatah lagi kapal selam. Aura sahaja yang kuat. Siapa yang bertanggungjawab menguatkan aura Ombak Rindu ni? Mungkin orang-orang di luar sana yang terlalu cepat bersimpati dengan watak-watak yang kadang-kadang macam tak lojik pun ada.

Selalunya, sebaik saja aku keluar pawagam, mesti aku akan berasa puas dan akan buat discussion sikit tentang filem yang dah ditengok. Tapi bagi Ombak Rindu ni, lepas tengok aku rasa macam serabut, kusut dan kepuasan tu ZERO. Lepas keluar tengok wayang, terus pegi makan dan tak bincang langsung pasal filem tu. Hahaha. Ini adalah sesuatu yang berbeza. Kalaupun aku dah tengok satu filem yang macam sampah, sekurang-kurangnya lepas keluar wayang, pasti aku dan kawan aku or kazen aku (yang teman aku tengok wayang ) akan memuntahkan segala ketidakpuashatian kami terhadap filem tu. Kutuk-kutuk, kritik scene ini kritik scene itu. Tapi bagi Ombak Rindu ni, takda kritikan mahupun pujian. Mendatar. Plain. Kosong. dan stereotaip. 

Seperti yang semua tahu, Ombak Rindu adalah daripada hasil adaptasi sebuah novel. Novelnya aku dah baca dulu, di zaman aku buat ijazah dulu. Biasalah novel Melayu. Banyak kebetulan sana sini dan watak nya kekadang terlalu sempurna sampai tak tercapai dek akal. Aku sebenarnya tak ingat samada aku baca separuh je novel tu atau, aku langkau baca dari awal terus langkau ke mukasurat terakhir, aku kurang pasti. Tetapi yang pasti aku ada la sinopsis Ombak Rindu dalam kepala aku. Dan aku fikir, kalau diadaptasi kepada novel, mungkin best sebab pengarah mungkin pandai mengolah jalan cerita kepada sesuatu yang lebih lojik tanpa mengubah jalan cerita asal. Rupanya tidak. Bagi aku, Lagenda Budak Setan lebih baik bukan kerana Farid Kamil yer. Hehe. Lepas tengok Lagenda Budak Setan, adalah terkesan sikit dalam hati aku ni,Mungkin sebab lagu filem tu dulu ada lah kaitan dengan hidup aku pada waktu tu.

Dalam panggung tu, time aku pegi tengok Ombak Rindu semalam, penuh dengan pasangan-pasangan kekasih. Kalau kau ni jenis tangkap leleh ha, bolehla bawak pasangan pegi tengok. Okey, meh aku nak cerita sikit sinopsis filem ni bagi sesiapa yang taktau. Mengisahkan Izzah seorang gadis kampung yatim piatu yang tinggal bersama pakcik dan makciknya. Pakciknya jahat, suka ambil kesempatan terhadap Izzah. Ni stereotaip kan? Berapa kali dah aku dok tengok tengok drama Melayu pesen camni. Dirogol pakcik, pastu si pempuan tu punyalah lembik. Pasrah je sambil nangis. Duhhh~ Izzah ni gadis kampung yang baik, jadi ustazah kat kampung ajar budak-budak mengaji. Part ni pun streotaip. Agama Islam bukan hanya terletak pada mengajar bebudak ngaji ataupun bertudung litup. Islam adalah lebih daripada itu. Pengarah nak tunjuk Izzah ni seorang gadis kampung yang baik dan ada asas agama yang kuat, jadi wataknya ditonjolkan sebagai seorang ustazah yang mengajar bebudak mengaji. Adoiii stereotaipnya haiii.. Belum lagi campur Maya Karin mengaji yang tajwidnya pun entah ke mana, tetapi jadi ustazah ajar bebudak mengaji. Camna? Diri sendiri pun salah, nak ajar orang lagi. Contohnya, aku dengar Maya baca surah Yassin. Huruf 'Ain, dibaca seperti Alif. Yang harus didengung tak berdengung. Part ni aku rasa Maya kena asah lagi dengan ustazah yang lebih arif sebab ni melibatkan ayat-ayat suci yer. Maya ada cakap part yang paling susah adalah part mengaji Al-Quran dan dia telah berguru dengan seorang ustazah.

Satu lagi, aku tak berapa berkenan Maya jadi gadis kampung sebab accent dia macam orang putih cakap Melayu kot. Aku memang dari dulu tak berkenan dengan Maya Karin ni. Tambah tambah masa dia berlakon dalam Anak Halal dulu. Slang dia pelik sangat. Dia kan kacukan Indon dan Jerman. Indon punya slang tu kuat sangat. Pelik bila dia cuba nak ikut lenggok slang Malaysia. 

Izzah ni dibawa ke KL oleh pakcik nya untuk bekerja di kelab malam sebagai seorang pelacur. Kemudian, Hariz (Aaron Aziz) pun membeli Izzah dengan harga yang tinggi untuk menjadikan Izzah ni hakmilik dia sorang je. So, hari-hari pun Hariz dok melampiaskan nafsu dia kat si Mayat Karin ni. Tapi Maya nak Hariz menikahinya kerana inginkan hubungan yang halal. Hariz memula benci kat Maya, tetiba dah tersuka. Watak antagonis adalah mak Hariz yang kejam dan kekasih Hariz, Mila yang sayang gila kat Hariz tapi Hariz tak sayngkan dia pun. So camtu lah cerita dia. Tak da klimaks aku rasa dalam filem ni. Macam tengok cereka rama.

Filem ni adalah filem yang nak mengumpan rasa simpati penonton terhadap watak Izzah. Tu je. Pastu dengan watak Hariz yang asyik-asyik menangis je dalam ni  buat aku rasa muak pulak. Hairan betul aku dengan lelaki yang pegi tengok filem ni pastu MENANGIS?? Adoi wehhh. Tolonglah. Kalau perempuan tu aku fahamlah. Perempuan kan berhati tisu. Lain lah aku. Aku berhati kertas. Kihkihkih.

Satu lagi, ada banyak betul scene yang dipotong. Dipotong ke terpotong pun aku tak pasti. Macam tergantung. Tengah bercakap-cakap, tetiba lompat ke scene lain. Banyak kali pulak tu. Haihhhh.

Tu jelah nak cakap. Semua orang ada pandangan yang berbeza kan. Jadi ni pandangan aku. :) Bye. Assalammualaikum.

07 December 2011

Batuk

Assalammualaikum. Aku baru je beli antibiotik untuk batuk aku yang tak lega-lega ni. 6 bijik je RM2O. Huh. Mahalnya. Dahla aku tengah takda duit. Dah sebulan lebih aku batuk-batuk. Memula, aku ingatkan batuk biasa je. Lama-lama makin teruk pulak sampai sesak nafas. Aku tak boleh lansung duduk dalam aircond sekarang. Rasa pendek sangat nafas ni. Sapu vicks, baru okey sikit. Tapi kejap je. Tak lama bertahan. Lepas tu batuk-batuk. Hurm. Tak selesanya. Selalunya macam ni lah, kalau batuk dah menyerang, mesti berbulan-bulan baru nak sembuh. Letihnya. :( Aku batuk sampai sakit rahang dan otot perut. Kerap sangat batuk. Ubat batuk pun dah 3 botol aku habiskan tapi macam tu jugak. Sebab tu mama suruh pegi beli antibiotik. Harap-harap dapat sembuh cepat. sebelum aku mula mengajar. Taknak lah batuk ni mengganggu proses pengajaran aku.


05 December 2011

Now

Tahniah adik ! -updated through bloggerdroid

02 December 2011

Saya Sedang Marah.



Saya sedang marah nih. Muka saya dah sebijik macam Angry Bird kat atas ni. GRRRRRR. Tapi saya tau, tak berguna satu sen pun kalau saya marah-marah macam ni. Lebih baik saya terus dan terus berusaha dan lupakan sebentar kekecewaan saya. Mungkin satu hari nanti saya akan sampai juga ke tahap seterusnya, kan? Siapa tahu. *kenyitkenyit*

Sekarang pun saya dah sampai tahap 5. Punyalah susah nak sampai level 6. Saya lastik dan terus lastik untuk membunuh babi durjana tu dan akhirnya saya berhenti sebab bateri dah hampir habis dan saya sangat malas untuk mengecas. Hehe.



Dulu saya hairan betul, kenapa adik saya minat betul dengan Angry Bird ni. Tambah-tambah pulak adik saya tu memang gila game. Hari dok terperap dalam bilik dengan Play Station dia. Saya pulak, memang tak minat langsung dengan game. Apa-apa pun game, saya main separuh jalan je, lepas tu mesti bosan. Tak pernah habiskan satu game.

Kaum kerabat babi yang menyeringai nampak gigi yang sangat menyakitkan hati apabila mereka mentertawakan saya apabila saya kalah. Kroh kroh kroh *bunyi babi gelak* Sangat annoying tau. Sebab tu kadang-kadang saya suka mute kan sound bila main game ni.

Bila game Angry Bird ni dimuat turun (dimuat turun? gila skema) dalam handphone saya, saya belek-belek lah sikit. Sebab saya teringin jugak nak tahu, kenapa hampir satu dunia ni menggilai game ni. Main sekali, terus rasa bosan. Lepas tu, rasa nak main lagi sekali bila dah bosan sangat tak tahu nak buat apa.

Sekarang baru rasa ketagih. Sebelum tidur, main. Masa tunggu giliran di bank pun main. Masa tengah tunggu broadband connect pun main. Hari-hari main. Hahahaha. Tambah-tambah pulak, dalam handphone saya tu, macam-macam season ada untuk Angry Bird. Satu season tak lepas, saya lompat main season lain pulak. Satu season ada dalam 30 level. Hehehe.

Rasa geram sangat tak dapat letupkan babi tu. Geram betul. Sebab tu, bila tak dapat letupkan babi, cuba lagi dan cuba lagi. Bila dapat letupkan semua babi, rasa gembira sebab layak ke level seterusnya. Rasa seperti seorang wira dapat membunuh semua babi-babi hidung kemek itu. Sekarang baru saya tahu, mengapa mereka ketagih dengan Angry Bird.

p/s : Hari ni saya rasa nak bersopan dengan menggunakan 'saya' sebagai kata ganti diri. Hehe

01 December 2011

Ada lagi orang macam ni?

Stress aku dengan broadband ni. Lembab gila. Tapi tak boleh nak salahkan dia jugak sebab aku sendiri belum setelkan bil bulan ni. Hehe. Berkenaan dengan tajuk di atas, aku nak kongsi satu kisah ni. Tadi aku dengar radio siaran mengenai hal-hal agama. Sesiapa yang ada kemusykilan berkenaan dengan apa-apa yang berkaitan dengan hal-hal agama boleh lah telefon dan tanya ustaz di konti radio. Lepastu ada lah seorang pakcik ni call, berdasarkan suara dia, aku bajet dia mungkin dalam lingkungan umur 50-60 tahun camtu. Nak tahu tak apa yang dia tanya pada ustaz tu? Ni yang dia tanya

'Saya selalu dengar orang bercakap Allah tu Maha Kaya. Saya cuma musykil lah, di dunia ni, Allah kaya dengan apa? Saya pelik jugak sebab tak nampak apa-apa pun kekayaan Allah di dunia ni' (sambil ketawa menyindir)

Astaghfirullahalazim. Mengucap panjang aku dengar soalan pakcik ni. Hinggakan DJ yang bertugas dengan ustaz tu pun tertawa sinis dengan soalan pakcik tu. Aku tak sangka, wujud lagi orang macam ni. Sejahil-jahil aku dalam selok belok agama, rupanya ada lagi yang lebih jahil. Dia tak takut ke dengan soalan dia tu. Dia dah dikira mempertikaikan kekuasaan Allah swt. Boleh dia tanya, Allah tu kaya dengan apa di dunia ni? Punya tak masuk akal punya soalan. Tidakkah pakcik tu tahu, semua yang ada di dunia ni milik Allah swt. Pokok, lautan, gunung ganang, semua hidupan laut termasuklah nyawa pakcik tu seniri adalah hak Allah. Kalau Allah nak, bebila pun dia boleh ambik balik.

Mungkin pakcik ni dah salah faham, maksud 'kaya' di sini. Mungkin di fikiran dia, kalau kaya tu, mestilah kaya dengan harta benda dan benda-benda yang mewa-mewah. Jangan lah nak mempertikaikan tentang hak-hak Allah swt. Jangan, sebab Dia lah, kita masih bernafas di dunia ni.