27 June 2012

A very well-spent weekend. =)

Assalammualaikum. Letihnya hari ni. Mesyuarat dari pukul 1 petang sampai 6 petang! Nak pengsan rasanya. Otak aku akan ligat berfungsi pada dua jam pertama je, dah makin lama, mula lah aku nak mengelamun. Tadi mesyuarat mengenai hal-hal pengurusan sekolah dan jugak post mortem untuk peperiksaan baru-baru ni. Alhamdulillah, subjek aku iaitu English semua ada peningkatan.

So, aku nak cerita mengenai weekend aku yang best!! Weekend yang terisi dengan pelbagai aktiviti dengan orang tersayang. Hari Jumaat lepas solat Jumaat, pegi dating dengan Encik Sayang. Heee. Sian Encik Sayang, beliau demam. Tapi masih gigih nak jumpa aku. Thanks sayang. Nasib baik tak terjangkit kat aku. Oops. :p

Kami pi tengok Mael Lambong. Memula nak tengok Vampire Hunter ke apa ntah tu. Ramai cakap best tapi tayangan lewat sangat le pulak. So, takda choice terpaksa tengok Mael Lambong. Aku bukan berkenan sangat tengok Zizan berlakon. Aku memang minat dia tapi dalam sketsa or time jadi pengacara je la. Bila berlakon lama-lama cam over pulak. Johan lagi bagus. Memula tengok memang cam 'err tak lawak pun?', bila dengar pempuan-pempuan kat belakang gelak kemain gedix lagi. Lama-lama, boleh la jugak gigih tengok. Ada jugak part yang kelakar. Tapi ada la jugak babak-babak ke'biru'an. Haha. Lawak blue gitu. Aku tak berapa nak gelak kalau lawak-lawak blue ni. Huhu. Sebab lawak murahan je aku rasa. Tapi minah-minah kat belakang tu gelak gedik sangat. Seronoknya hampa kan, layan lawak gitu. Aku pulak naik segan. Ada satu part tu, aku tak faham nape tetiba orang gelak sangat terutamanya perempuan belakang aku. Sampai ke sudah tak faham. Bila dalam kereta, tetiba tanya balik Encik Sayang, beliau cakap, ohh, part tu budak kecik cam awak, mana boleh tengok. Zzzz. Still tak paham gak. Dahla dalam wayang tu, aku je gelak, Encik Sayang gelak sikit je sebab beliau demam. Badan pun panas. Kesian betul. Dahla aku kena marah, sebab aku  konon beria cakap ada panadol. Beliau pun suruh bawak. Sekali aku pi tinggal dalam kereta. Beliau takda la marah-marah. Cuma buat muka serius, pastu macam bebel sikit. Aku yang mengada ni pun ternangis. Hahahaha. Ngada. Tapi aku memang terkecil hati pun. Sebelum tu, aku dah mintak maaf. Tapi beliau masih bebel. Yang tak tahan, bebel dengan muka yang paling serius. Dahla beliau memang tersangatlah jarang marah aku. Tu yang aku jadi extra mengada tu. Padahal, selalu ja kena marah dengan abah lebih teruk dari tu, takdak pun nak nangis, siap buat muka sekupang yang takda perasaan lagik. Muahahahah. 

Ni mesti korang bayangkan aku nangis yang berjurai-jurai air mata tu kan? Haa, tak ekkk. Hanya air mata yang menitis dua tiga titik. So, lega sebab dapat boipren yang pandai memujuk. Tengokla kan nak tahan sampai kawen ke tak, skill memujuk tu. Takpa takpa kita tengok ja.




 Lepas habis tengok wayang, pi pekena char koew teow Sg. Dua yang femes dengan udang-udang yang fresh. Sedap la gak. Selalu sangat dengar orang dok cerita, so pi try tengok.

Tu gambar BB dia, housing baru tukar sama dengan casing aku. Tiru. Tak malu. Tapi casing aku dah macam belacan dah. Nanti la beli baru.

Hari Sabtu, pagi tu, breakfast lagi dengan Encik Sayang. Pagi-pagi dah tibai nasik putih dengan lauk pauk dah. Ikan bakar pulak tu. Sedap wehhhhhh. Sila pi try orang Kulim, kat Cahaya Gembira kat Lunas. Dok melepak kat kedai tu pun dah sampai tengahari. Hehe

Dalam pukul 2 petang gitu, pergi kenduri di Bagan Serai dengan abah, mama dan kazen. Aku drive xtrail wehh. Hehe. Aku dah cekap dah drive Nissan Xtrail yang gedabak tu. Hehe. Aku dah lenjan ke sana ke mari dah. Besh nye bawak. Yela, sebelum ni dok drive si Oranje tu je. Oranje, i still love you. Jangan risau. Memula dulu, aku tetiba offer nak drive xtrail masa kami nak pi dinner dulu. Saja nak try. Kalau tak, sampai bila pun tak boleh. Sekali, senang je. Sama je pun macam drive kereta-kereta lain. So, kekadang aku melenjan kereta ni sampai ke Batu Kurau. Hehehe. Ala, bukan sapa dok guna pun kat rumah tu. four wheel drive ni besh. Boleh hentam semua lubang tanpa risau. hahahaha. Dahla jalan kat Jawi tu banyak lobang. Lori selalu lalu. Sampai radio Oranje yang kiut tu rosak sebab asik langgar lubang je.

So, drive pi Bagan. Selesai makan, gi shopping baju kat Parit Buntar pulak. Memang banyakkkkk sangat pilihan kain-kain ela, langsir ke, handbag ke, tudung ke. Dahla murahhhhhh gila. Semua stok-stok kain, macam yang korang dok tengok online tu. Tudung pun sama. Bawal three tone ka dabel tone, ka, apa lagi tone semua ada. Tak sampai 10 lak tu. So, nanti mungkin ke sana lagi untuk shopping untuk baju raya. Haritu masa pegi, gaji belum masuk lagi. So, telan ayaq lioq jaaa. Hehehe. Tapi best gak, jalan-jalan situ. Best rupanya Parit Buntar ni. Tak tau pulak aku. Masa tu pulak cuaca redup je. So takda lah melekit-lekit berpeluh dengan aku berjubah lagi. Best. Best. Jom weh, sapa nak ikut nanti. Yang pasti sebelum Ramadhan. Kalau pi time puasa, memang letih. Nanti tak boleh nak minum air. Pastu jadi lapar. Bila lapar dan melekit-lekit aku mula nak marah-marah. Hehe.



Tak sempat berehat-rehat, hari Ahad keesokannya pulak keluar hang out dengan one of my bestfriend ni. Dah berbelas-belas tahun aku kenal dia. Kira kenal sejak kecik la.Aku gi Penang, gi rumah dia. Pi lepak-lepak rumah dia. Main-main dengan anak-anak saudara dia, sembang dengan mak dia. Mak dia jamu laksa. Mak dia dulu memang baik dengan aku. Kan kami kawan baik, so mak dia rajin menghantar aku balik ke rumah aku lepas outing, kekadang mak dia bawak aku dan dia makan sekali. Aku dah lama sangat tak jumpa dia ni sebab memasing bz. Contact tru FB or phone je. Si kawan aku ni pun dok bermaustautin di Australia sana dekat setengah tahun. So, tak jumpa la. So bila dia balik Malaysia, dia ajak jumpa, so on jee. Da dekat 7 tahun aku tak jumpa dia. Haa, lama tak??

Tapi hhmm perangai tetap sama cam dulu. Tak berubah langsung. Hampehhh. Dok perangai tak matang jugak dua-dua orang ni. Hahahaha. Kami gi Bukit Bendera n Gurney Plaza, gelak gelak gelak. Gelak pulak bukan yang jenis sopan-sopan, slow-slow ni. Dahla sembang pun kuat. Hahaha. Nasiblaa, semua kawan aku semua perangai camni. Gelak kuat, cakap pun kuat, tak reti nak control dah. Memang semua kawan baik aku jadi gini. Pengaruh aku kah? Hahahahaha.

Pastu dah nak malam dah, aku tergedik gedik nak balik la. Wei, esok Isnin aku sekolah woiii. Dahla pepagi buta kena gerak seawal pukul 6pagi. Bangun pukul 5 pagi sebab aku bertolak dari Kulim terus gi sekolah. Tapi member aku ni, pujukpujukpujuk suh aku balik kul 10malam. Ohhh, tidakk la sangat. Baju pun tak pack lagi. So, setelah buat tawar-menawar, aku balik pukul 8. Hehehe.

Sebelum balik, paksa kawan aku cari kedai jual macarons. Sebab sorang kawan aku kata ada jual kat Gurney. So, aku ni teruja, setiap 15minit tanya, weh, japgi jangan lupa tau, beli macarons. Muehehe.

Oh, lupa nak cakap, kawan aku ni model. Dia cantik kan? Sebab aku dah kenal dia dari kecik lagi, so aku rasa dia biasa je (jeles keww?) Tapi aku stress keluar dengan dia, sebab semua mesti akan ngorat dia. Tak kira bangsa. Melayu CIna India, Myanmar yang jadi guard ke. semua lah. Yang makcik-makcik pun semua tegur nak sembang dengan dia. Aaaa. Stress strresss!!. Aku selalu pesan kat dia bila nak keluar, weh, toksah dok pakai cun-cun sangat. Nanti aku stress, suma orang ngorat hang. Eekekekeke. So, dia sangat memahami, tapi still orang ngorat gak walaupun dia pakai biasa ja. Aku stresss. Hehehe. 

Best gilaaaa hangout kali ni. Makan-makan sambil mengimbau kenangan silam sambil gelak tak hengat. Nanti. next time, kalau aku rajin, aku pi tidur rumah dia. Dia ajak aku tidur tapi aku ni memang susah la sangat nak tidur rumah orang. I pemalu tawww. Hehehe.

So, tu jela cerita tentang weekend aku yang sangat BESTTTTTT!  Letih sangat-sangat-sangat. Tiga hari tak rehat tapi berbaloi. Pastu pi sekolah pagi Isnin tu, lemau nak mampus. Dengan letihnye, ngantoknyer. Aduiii.

p/s : Gambar berterabur tetiba. Aghh. Malas nak edit dah. Gambar macarons tetiba tersesat lak naik atas. 

26 June 2012

Random

You know what, i can still remember what he did to me back then. I think i can forgive him although im strongly feel  that half of me is still thinking about his mistakes. I don’t know. I think i have forgiven him but to be with him again is seriously a BIG NO to me. I can still remember vividly of what he had done to me. The pain. The sadness. The grief.  IF i can ever turn back time, i would never wanted to go to that that time again. It was so painful. It took me about 1-2 years to heal. Like seriously. A four years relationship take about 2 years to be totally forgotten. 2 years are not a short period. I went through all this with the support of my friends. I got myself busy with stuffs, with my studies, with work. I met new guys. I found someone that i really like. We dated for a few months and things did not work out between us. I was upset because i was starting to like him. He is nice. He is cute. But, i think he was not nice enough to make the relatiionship last. and after a year, i met someone new. He’s nice. He’s good. I like him. He really cares about me.

- I found this in my document in a folder. I did not remember when I wrote this and how funny I did not even remember who was I referring in this short *luahan perasaan* of mine. The first guy, of course i know who he is because he was the only guy who treated me like shit. The second guy, i was not so sure. The third guy, em is he the current boyfie? Aku tak ingat weyh. Demm. Sebab aku taip sampai he really cares about me, pastu tak sambung dah. Isk. Adakah aku taip semua ni, termasuk skandal-skandal ke, atau hanya yang serius. Ntah. Aku pun tak pasti. Yang pasti aku tengah bahagia sekarang. Harapnya kekal sehingga akhir hayat. InsyaAllah.

21 June 2012

Braces

Hyee. Hehe. Sesuka hati kau je nak private pastu public pastu private pastu public kan? Ko hengat ko diva terhangat perahsan sangat paparazi nak datang intai belog kau. Ya, aku memang diva terhebat, so whattt?? Tanya sendiri, sendiri jugak jawab. Lantakkk.

Okey seperti tajuk di atas. Rasa macam nak buat braces atau bahasa melayu nya pendakap gigi. Perlu ke ek? Berapa tahun ambik masa ek untuk buang? Seksa sikit kalau buat braces ni kan? Nak makan pakai sudu pun ngi lu je kan? Hurm. Pastu kalau nak sengih banyak-banyak kang silau lah pulak. 

Gigi aku teruk sangat ke? Em. Nak kata teruk tu tak la sangat, nak kata tersusun rapi pun tak la sangat jugak. Ada jugak terjarang sikit, terkedepan sikit. Kalau buat braces, nanti boleh sengih banyak-banyak bila amek gambar kawen nanti. Haa, motip sangat nak buat braces sebab tu. hehe.

Tapi aku sendiri suka tengok orang bergigi cantik dan tersusun. Nampak manis je walaupun beliau kurang pada rupa, tapi kalau ada senyuman yang menawan, memang nampak cantik.

Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak buat braces sebab kan ke mahal. Ribu-ribu kan? Sebab gigi aku pun tak teruk mana, so aku tak pernah terfikir pun. Tapi tetiba ada orang nak sapot pulak kalau aku nak buat braces. So camna? Nak buat tak? Dah ada orang nak sapot ni bukan senang. Dia cakap, cepat fikir, kalau setuju mau bawak aku pi klinik kawan dia secepat mungkin. Huhu. So sesapa ada pengalaman buat braces ni? Cer gitau aku prosedur nya? Berapa tahun baru leh bukak?Sakit ke? Harga tu bergantung pada gigi ke camna?  Ok, thanks in advance.

10 June 2012

Makan lauk kenduri pertunangan awek sendiri.

Aku kan suka baca forum. Sekali aku terbaca luahan sorang mamat ni. Sedih pulak aku baca. Saja aku nak berkongsi kisah beliau untuk bacaan semua.


haii all,aku skang ni tengah jatuh teruk,aku betol2 rase terhina,aku betol2 terduduk,dier berjaya menjatuh kan aku,,baru2 ni awek yang aku sayang,bertunang bukan atas kerelaan dier,katenye la,yang best nye,die x bagitau aku pon pasal die nak bertunang tu,aku tau sendiri dari fb,x boleh terima kenyataan aku,aku ditipu hidup2,die cakap umah die ade kenduri tahlil,so aku pon ok jer la,die x ajak pon,
yang best nye,malam lepas die bertunang tu,die datang jumpe aku,die bagi aku nasi ngn lauk,mula2 aku x tau dier bertunang,so malam tu aku x makan pon lauk tu,esok nye baru aku makan,yang best nye bile aku dah makan,aku on9 fb,sekali aku tengok ade 1 gambar atas pelamin,eh,macam awek aku ni,bile aku tengok betol2,memang awek aku,aku call die aku tanye die,n die cakap dier bertunang bukan atas kerelaan die,dier bertunang sebab mak die yang beriya paksa,best kan,before diz,die ade cakap,ader orang nak masok minang,and then die xnak,mak die yang pakse,pastu bile aku tanye2,mule2 die cakap x jadi,n then,pertunangan tu jadi jugak,,aku xboleh terima kenyataan,sebab die x bagitau aku,and then,aku makan LAUK PERTUNANGAN AWEK AKU,best kan jadi aku,terduduk aku,aku betol2 terduduk ni,betapa beratnye aku diduga sampai macam ni,




weekend

I decided to stay at Batu Kurau this weekend and paint my room. I saw my roommate's room was nicely painted and compared her room with mine. My room looked so horrible with those dirty stains on the wall, so okay, let's paint, I said to myself. Iqa said, it won't take long to complete one whole room. She painted with a friend of hers. It did not take long to paint the room. I started painting at 4.00pm, stopped to sleep, eat, fb'ing. Continued painting at 8pm and finished everything at 11pm. I did not painted at the top of the wall because i couldn't reach it, will need help from Adik. I will ask him to come over next weekend.

Stalker, please.

I seriously don't want to look stupid and immature on FB. Being mad, spilling out everything on Fb, publicly, is not a very wise thing to do, i have to admit that. I always try not to update any status when I am mad or angry because you can't think straight and the tendency to spit everything that you don't even notice is quite high. But just now, i was so mad at this uneducated (obviously) stalker, and i spilled out everything on Fb. Omg, i was so mad, only Allah knows. I wanted her to read it as well as my friends in my list so that they know she is a goddam stupid stalker and not to approve any friend request from her. Omg. I am still mad and angry at her. Stop stalking me okey. Tak paham sungguh laa aku dengan dia ni.

05 June 2012

Penang !

edited using Photo Grid trough my Samsung Galaxy

Assalammualaikum. Hari Ahad lepas aku dan adik pi jalan-jalan Penang. Memula aku malas betul nak pi. Takut bajet bulan ni lari. Hehe. Pastu adik kata, takpa, dia tanggung semuanya. So, aku on ja. Lagipun aku memang nak cuba drive di Penang. Orang cakap, kalau nak cekap memandu, pi drive kat Penang. Penuh dengan ca ya nun alip yang drive macam tuuuuut. So, aku sapot duit minyakla untuk oranje ku. Kesian la plak kan, adik nak sapot semua kan. So, kami bertolak pagi dalam pukul 10.30am. Ni kali pertama tau aku drive ke Penang dengan jalan apa pun taktau. Berbekalkan GPS tercinta, kami pun bertolak.

Bertolak ikut jambatan. So destinasi pertama Kebun Bunga. Hee, best-best. Bawak adik pi sana, dia tak pernah pi sana lagi. So, adik suka sebab macam nyaman ja.Sejuk ja. Tapi boleh tahan gak la berpeluh-peluh sebab mendaki bukit. Beruk tak banyak sangat la macam aku pi sebelum ni. So tak perlu risau diganggu oleh beruk yang nak curi makanan. Masa nak balik, ada nampak beruk sekor ni. So, aku campak la keropok. Masa ni beruk tengah rileks. Stail macam orang tengah rileks. Aku campak makanan kat dia, boleh dia tengok makanan tu, dia tengok aku, dia garu punggung sikit, dia blah buat taktau ja. Okey, aku rasa terhina di situ. Adik aku buat dialog 'Apadia dia ni, aku nak rileks pun payah. Haihh' *sambil berlalu pergi. Aku rasa macam aku pulak beruk di situ, dia adalah manusia. Demiit.

Selesai, ke Kebun Bunga, kami ke Aquarium di Batu Maung,sini kami tengok penyu, ikan buntal yang comel gilaa pastu jinak pastu tengok ikan-ikan lain yang agak rare dan ada jugak ikan biasa. Masuk, dewasa RM5 (adik sapot). Kami dua memang minat haiwan, so memang best pergi sini. Pastu lepak Queensbay, ada sale wehhh. Gila juling aku tengok sale durian runtuhh. Tapi aku berjaya tak beli apa-apa. Yess!! Adik shopping la. Sale sampai 80% tuh. Gila btoi. Sabo je lah. So, kami pi makan kat foodcourt  situ. Adik belanja. Dah puas round Queensbay, pi lepak kat luar Qbay plak, kat tepi pantai tu. Lama gila lepak situ sebab dah nak dekat petang. So macam leka sikit tengok pantai. Adik tengok ketam, dia nak tangkap tapi tak bawak bekas.

Dah lama lepak situ, ingat nak terus pi Toy Museum kat Tanjung Bungah tapi rasa macam GPS tu kekadang tak boleh percaya.  Ingat nak redah ja cari sampai jumpa tapi memandangkan masa pun tak mengizinkan sebab dah petang kan, so kami terus pi Padang Kota ja. Dah lama tak lepak sana. So, pi la Padang Kota Lama. Tempat tu dulu rajin dok pi dengan mama dan abah. Lalu ikut Gurney Drive tu, pastu pi kat foodcourt tepi pantai tu. Baru nak duduk ja, terus semua pakat serbu. 'Ha, takpa-takpa duduk dulu, satgi kami lap meja sampai bersih. Ha, nak makan apa adik. Passembor ada, mee udang ada, ais kacang ada' Ada dalam lima orang mai kepung kami dan bercakap serentak. Pening kepala aku. Tapi memang camni pun. Dulu masa aku selalu dok pi pun, depa stail mai rebut pelanggan camni gak. Pastu adik order kerang rebus rm10, minum teh ais n milo ais. Ramai sungguh manusia. Sini lepak paling lama. Syok gila tengok gelagat orang sambil kopek kerang cicah sos yang sedap, nyum nyum. Pastu dibuai angin pantai. Besttt. Sebab masa ni dah lewat petang. Pukul 6.45 camtu. Pastu adik ajak pi singgah Gurney Plaza pulak, tak larat dah aku. Letih berjalan. Nak balik dah. Kami parking agak jauh. Saje nak jalan-jalan menghayati permandangan. Masa tu jugak ada expo apa ntah. Ada persembahan. Ramai betul orang kat padang tu. Ada yang berekreasi jugak kat situ. Main layang-layang, main bola, main ligan-ligan. 

Dah sampai ke kereta, lesu dah. Aku lenguh bahu dah, dok drive. hehe. So jom kita balik naik ferry. Tambangnya percuma aja donkkk. Sebenarnya bukan tau pun jalan ke terminal Feri tu. Belasah ja tengok signboard.  Queue punyalah panjang sampai aku matikan enjin dulu. Lama gak tunggu dan berjaya jugak mendarat di atas feri. Naik feri malam-malam best, berangin ja. Ni first time gak bawak oranje naik feri. Hehe. Dan kami selamat sampai rumah dalam pukul 10 malam gitu.

So, nanti next trip to Penang, nak pi Bukit Bendera, Toy Museum, Gurney Plaza pi cari macaroons, Batu Feringgi, dannn lepak Padang Kota lama pekena kerang bakaq pulak. Nak jugak try pi First Avenue tu. Takpa-takpa next trip. Aku drive ke sana asik kena hon ja, sebab aku cilok sana, aku cilok sini, kui3. Ada sekali tu, aku potong queue yang sangat panjang sebab lampu isyarat merah dan aku pi potong duduk paling depan sekali. Over kan. Dahla belakang aku Camry. Aku harap beliau tak tercabar viva tecik aku ni potong dia. Tapi aku tak sengaja potong. Aku da syok drive straight ja nak belok kiri, sebab time tu lampu hijau untuk belok ke kiri. Tetiba adik kata, kak, tak payah belok kiri, kita straight(utk jalan straight masih lampu merah) ja kak. So, aku nak buat camna kan, aku pi mencelah paling depan sekali. Hehehehe.Pastu sampai ke mana ntah Camry puteh tu ikut aku je. Aku macam, aii dia ni tak puas hati kah dengan aku. Hehehe.

So itu saja buat kali ini. Aku letak gambar yang dah digabung-gabungkan kat atas tu. Syok pulak aku pakai Picture Collage tu. Tak payah nak upload pics yang banyak-banyak kan. Jimat masa. Susah nak edit gambar sekarang sebab Adobe Photoshop dah takda, jadi edit pun pakai hp je la. Ni aku download kat Market. Boleh la kalau sesapa nak download. Ada macam-macam corak comel-comel lagi.

Okey la. Nak gi lunch. Assalammualaikum.


03 June 2012

Hello

Dah berapa hari aku tak update ye? Em. Ada banyak yang berlaku cuma kemalasan nak update. Sekarang ni tengah tengok cerita Jack the Reaper kat ntv7. Cerita saiko bunuh-bunuh orang. Abu pulak tengah mengiau-ngiau bising nak keluar. Tadi masa dia balik, saja je aku biar bekas makanan dia kosong, nak bagi dia stay kat rumah. Punyalah manja dia, berguling-guling kat kaki aku nak pujuk aku suruh letakkan makanan dia. Dah lama sikit, aku kesian pulak, aku bagi la dia makan. Pastu, bila dah kenyang perut suka hati, terus la nak cabut. Jadi aku kunci pintu. Ngehehe. Last-last tido tepi aku ni ha. Ciannyerr sayang aku ni. Abu sekarang ni  balik hanya untuk makan je. Tak sempat aku nak manja-manja.

Semalam keluar dengan Encik Sayang, jalan-jalan Penang. Syoknya. :) Aku kan sebelum ni berkira-kira nak beli purse baru kan? Aku ingat nak beli bulan depan. Bulan ni duit nak beli purse tu, simpan dulu. Bulan ni hutang piutang semua setel. Alhamdulillahh. Tak sanggup aku hidup dengan hutang walaupun aku hutang dengan abah je pun. Abah kata abah boleh je nak lupakan hutang tu, tapi dia taknak sebab nak aku jadi berdikari dan berdisiplin. Taknak aku jadi macam sebelum aku kerja, semua ditanggung oleh abah. Sekarang aku dah kerja jadi aku dah ada tanggungjawab. Hm. Betul gak tu kan? Banyak jugak aku hutang abah, dalam beberapa ribu. Dulu masa aku menganggur beberapa bulan, abah tanggung aku bayar duit kereta, maintenance kereta dan duit poket aku masa mula kerja dan belum dapat gaji. So, setiap bulan perbelanjaan agak limited sebab nak habiskan hutang abah dan ada jugakla aku hutang adik. Hehehe. Tapi semua dah langsai bulan ni. Syukurrrr. Dah boleh simpan untuk kegunaan masa depan. Eh, aku dah melalut ni, tadi bukan cerita pasal purse ke?

Ok sambung. So semalam pergi Queensbay dengan Encik Sayang. Beliau sangat strict tentang perbelanjaan duit aku sebab dia tau aku jenis boros and he is not. Hehe. So, aku tanya dia, nak beli purse boleh? Sebab tengah sale. So dia bagi kebenaran. Sebab dah lama merengek nak purse baru. So, aku cakap aku nak keluarkan duit dulu kat atm. Tapi atm mcm ramai orang so dia tarik aku, dan cakap tak payah la. Guna la duit dia dulu. So, aku pun okey. Nanti balik Kulim, keluarkan wang dan bagi kat dia. So, aku pun pilih-pilih purse. Taktau la nak pilih yang mana. Lama gila spend time kat situ. Hehe. Dia suruh beli handbag, tak payah beli purse. Suruh beli handbag sebab handbag aku kecik tak boleh sumbat barang dia. Ciss. Camni la nasib aku kalau dating. Dengan skandal ke ex-ex sebelum ni, memang beg aku pasti jadi mangsa. Semua pempuan memang camni kah? Hahaha. Aku takmau la handbag sebab handbag aku okey lagi. Purse ni ja. Susah la sebab purse aku ni jenis ternganga je. Kalau letak dalam beg, mesti nanti tersangkut dengan hp. Pastu ruangan letak kad sempit sungguh. Biasalah harga pun murah ja. 10hengget ja pun. Tapi dia kata kalau beli handbag, dia nak sponsor. Hehe. Tapi takmau lah. So punyalah lama memilih. Nak beli B.U.M jugak tapi dulu beli tu jugak tapi kejap je dah rabak. Encik Sayang cakap aku ni nak pilih B.U.M, nampak macam aku ni perasan remaja. Aku sepatutnya pilih jenama yang sesuai dengan aku seorang wanita. Bwekkk. Geli dengar. Wanita la sangat khennn. So beliau tolong pilihkan. Ok, cun jugak sebab design tu pun memang menarik perhatian aku gak. Aku spend time lama sebab terpikir, nak beli purse panjang ke pendek? Aku tak biasa lagi pakai purse yang panjang sebab tak muat beg aku yang kecil molek tu. So beli yang medium size. So, Encik Sayang pi bayar, Dah sudah bayar, aku mintak resit. Nak tengok le berapa harganya lepas diskaun. Nak bajet duit nih. Hahaha. Sekali Encik Sayang cakap, dia hadiahkan untuk saya. Yess. Jimat duit gua. Kui3. Purse tu aku beli warna krim corak checkered. Nanti kalau rajin aku letak la gambar. US Polo. Ha, wanita sangat ke Polo tu? Heheheh.

Dahla, bosan pulak menaip. Bye, Assalammualaikum.