27 June 2012

A very well-spent weekend. =)

Assalammualaikum. Letihnya hari ni. Mesyuarat dari pukul 1 petang sampai 6 petang! Nak pengsan rasanya. Otak aku akan ligat berfungsi pada dua jam pertama je, dah makin lama, mula lah aku nak mengelamun. Tadi mesyuarat mengenai hal-hal pengurusan sekolah dan jugak post mortem untuk peperiksaan baru-baru ni. Alhamdulillah, subjek aku iaitu English semua ada peningkatan.

So, aku nak cerita mengenai weekend aku yang best!! Weekend yang terisi dengan pelbagai aktiviti dengan orang tersayang. Hari Jumaat lepas solat Jumaat, pegi dating dengan Encik Sayang. Heee. Sian Encik Sayang, beliau demam. Tapi masih gigih nak jumpa aku. Thanks sayang. Nasib baik tak terjangkit kat aku. Oops. :p

Kami pi tengok Mael Lambong. Memula nak tengok Vampire Hunter ke apa ntah tu. Ramai cakap best tapi tayangan lewat sangat le pulak. So, takda choice terpaksa tengok Mael Lambong. Aku bukan berkenan sangat tengok Zizan berlakon. Aku memang minat dia tapi dalam sketsa or time jadi pengacara je la. Bila berlakon lama-lama cam over pulak. Johan lagi bagus. Memula tengok memang cam 'err tak lawak pun?', bila dengar pempuan-pempuan kat belakang gelak kemain gedix lagi. Lama-lama, boleh la jugak gigih tengok. Ada jugak part yang kelakar. Tapi ada la jugak babak-babak ke'biru'an. Haha. Lawak blue gitu. Aku tak berapa nak gelak kalau lawak-lawak blue ni. Huhu. Sebab lawak murahan je aku rasa. Tapi minah-minah kat belakang tu gelak gedik sangat. Seronoknya hampa kan, layan lawak gitu. Aku pulak naik segan. Ada satu part tu, aku tak faham nape tetiba orang gelak sangat terutamanya perempuan belakang aku. Sampai ke sudah tak faham. Bila dalam kereta, tetiba tanya balik Encik Sayang, beliau cakap, ohh, part tu budak kecik cam awak, mana boleh tengok. Zzzz. Still tak paham gak. Dahla dalam wayang tu, aku je gelak, Encik Sayang gelak sikit je sebab beliau demam. Badan pun panas. Kesian betul. Dahla aku kena marah, sebab aku  konon beria cakap ada panadol. Beliau pun suruh bawak. Sekali aku pi tinggal dalam kereta. Beliau takda la marah-marah. Cuma buat muka serius, pastu macam bebel sikit. Aku yang mengada ni pun ternangis. Hahahaha. Ngada. Tapi aku memang terkecil hati pun. Sebelum tu, aku dah mintak maaf. Tapi beliau masih bebel. Yang tak tahan, bebel dengan muka yang paling serius. Dahla beliau memang tersangatlah jarang marah aku. Tu yang aku jadi extra mengada tu. Padahal, selalu ja kena marah dengan abah lebih teruk dari tu, takdak pun nak nangis, siap buat muka sekupang yang takda perasaan lagik. Muahahahah. 

Ni mesti korang bayangkan aku nangis yang berjurai-jurai air mata tu kan? Haa, tak ekkk. Hanya air mata yang menitis dua tiga titik. So, lega sebab dapat boipren yang pandai memujuk. Tengokla kan nak tahan sampai kawen ke tak, skill memujuk tu. Takpa takpa kita tengok ja.




 Lepas habis tengok wayang, pi pekena char koew teow Sg. Dua yang femes dengan udang-udang yang fresh. Sedap la gak. Selalu sangat dengar orang dok cerita, so pi try tengok.

Tu gambar BB dia, housing baru tukar sama dengan casing aku. Tiru. Tak malu. Tapi casing aku dah macam belacan dah. Nanti la beli baru.

Hari Sabtu, pagi tu, breakfast lagi dengan Encik Sayang. Pagi-pagi dah tibai nasik putih dengan lauk pauk dah. Ikan bakar pulak tu. Sedap wehhhhhh. Sila pi try orang Kulim, kat Cahaya Gembira kat Lunas. Dok melepak kat kedai tu pun dah sampai tengahari. Hehe

Dalam pukul 2 petang gitu, pergi kenduri di Bagan Serai dengan abah, mama dan kazen. Aku drive xtrail wehh. Hehe. Aku dah cekap dah drive Nissan Xtrail yang gedabak tu. Hehe. Aku dah lenjan ke sana ke mari dah. Besh nye bawak. Yela, sebelum ni dok drive si Oranje tu je. Oranje, i still love you. Jangan risau. Memula dulu, aku tetiba offer nak drive xtrail masa kami nak pi dinner dulu. Saja nak try. Kalau tak, sampai bila pun tak boleh. Sekali, senang je. Sama je pun macam drive kereta-kereta lain. So, kekadang aku melenjan kereta ni sampai ke Batu Kurau. Hehehe. Ala, bukan sapa dok guna pun kat rumah tu. four wheel drive ni besh. Boleh hentam semua lubang tanpa risau. hahahaha. Dahla jalan kat Jawi tu banyak lobang. Lori selalu lalu. Sampai radio Oranje yang kiut tu rosak sebab asik langgar lubang je.

So, drive pi Bagan. Selesai makan, gi shopping baju kat Parit Buntar pulak. Memang banyakkkkk sangat pilihan kain-kain ela, langsir ke, handbag ke, tudung ke. Dahla murahhhhhh gila. Semua stok-stok kain, macam yang korang dok tengok online tu. Tudung pun sama. Bawal three tone ka dabel tone, ka, apa lagi tone semua ada. Tak sampai 10 lak tu. So, nanti mungkin ke sana lagi untuk shopping untuk baju raya. Haritu masa pegi, gaji belum masuk lagi. So, telan ayaq lioq jaaa. Hehehe. Tapi best gak, jalan-jalan situ. Best rupanya Parit Buntar ni. Tak tau pulak aku. Masa tu pulak cuaca redup je. So takda lah melekit-lekit berpeluh dengan aku berjubah lagi. Best. Best. Jom weh, sapa nak ikut nanti. Yang pasti sebelum Ramadhan. Kalau pi time puasa, memang letih. Nanti tak boleh nak minum air. Pastu jadi lapar. Bila lapar dan melekit-lekit aku mula nak marah-marah. Hehe.



Tak sempat berehat-rehat, hari Ahad keesokannya pulak keluar hang out dengan one of my bestfriend ni. Dah berbelas-belas tahun aku kenal dia. Kira kenal sejak kecik la.Aku gi Penang, gi rumah dia. Pi lepak-lepak rumah dia. Main-main dengan anak-anak saudara dia, sembang dengan mak dia. Mak dia jamu laksa. Mak dia dulu memang baik dengan aku. Kan kami kawan baik, so mak dia rajin menghantar aku balik ke rumah aku lepas outing, kekadang mak dia bawak aku dan dia makan sekali. Aku dah lama sangat tak jumpa dia ni sebab memasing bz. Contact tru FB or phone je. Si kawan aku ni pun dok bermaustautin di Australia sana dekat setengah tahun. So, tak jumpa la. So bila dia balik Malaysia, dia ajak jumpa, so on jee. Da dekat 7 tahun aku tak jumpa dia. Haa, lama tak??

Tapi hhmm perangai tetap sama cam dulu. Tak berubah langsung. Hampehhh. Dok perangai tak matang jugak dua-dua orang ni. Hahahaha. Kami gi Bukit Bendera n Gurney Plaza, gelak gelak gelak. Gelak pulak bukan yang jenis sopan-sopan, slow-slow ni. Dahla sembang pun kuat. Hahaha. Nasiblaa, semua kawan aku semua perangai camni. Gelak kuat, cakap pun kuat, tak reti nak control dah. Memang semua kawan baik aku jadi gini. Pengaruh aku kah? Hahahahaha.

Pastu dah nak malam dah, aku tergedik gedik nak balik la. Wei, esok Isnin aku sekolah woiii. Dahla pepagi buta kena gerak seawal pukul 6pagi. Bangun pukul 5 pagi sebab aku bertolak dari Kulim terus gi sekolah. Tapi member aku ni, pujukpujukpujuk suh aku balik kul 10malam. Ohhh, tidakk la sangat. Baju pun tak pack lagi. So, setelah buat tawar-menawar, aku balik pukul 8. Hehehe.

Sebelum balik, paksa kawan aku cari kedai jual macarons. Sebab sorang kawan aku kata ada jual kat Gurney. So, aku ni teruja, setiap 15minit tanya, weh, japgi jangan lupa tau, beli macarons. Muehehe.

Oh, lupa nak cakap, kawan aku ni model. Dia cantik kan? Sebab aku dah kenal dia dari kecik lagi, so aku rasa dia biasa je (jeles keww?) Tapi aku stress keluar dengan dia, sebab semua mesti akan ngorat dia. Tak kira bangsa. Melayu CIna India, Myanmar yang jadi guard ke. semua lah. Yang makcik-makcik pun semua tegur nak sembang dengan dia. Aaaa. Stress strresss!!. Aku selalu pesan kat dia bila nak keluar, weh, toksah dok pakai cun-cun sangat. Nanti aku stress, suma orang ngorat hang. Eekekekeke. So, dia sangat memahami, tapi still orang ngorat gak walaupun dia pakai biasa ja. Aku stresss. Hehehe. 

Best gilaaaa hangout kali ni. Makan-makan sambil mengimbau kenangan silam sambil gelak tak hengat. Nanti. next time, kalau aku rajin, aku pi tidur rumah dia. Dia ajak aku tidur tapi aku ni memang susah la sangat nak tidur rumah orang. I pemalu tawww. Hehehe.

So, tu jela cerita tentang weekend aku yang sangat BESTTTTTT!  Letih sangat-sangat-sangat. Tiga hari tak rehat tapi berbaloi. Pastu pi sekolah pagi Isnin tu, lemau nak mampus. Dengan letihnye, ngantoknyer. Aduiii.

p/s : Gambar berterabur tetiba. Aghh. Malas nak edit dah. Gambar macarons tetiba tersesat lak naik atas. 

No comments: