05 June 2012

Penang !

edited using Photo Grid trough my Samsung Galaxy

Assalammualaikum. Hari Ahad lepas aku dan adik pi jalan-jalan Penang. Memula aku malas betul nak pi. Takut bajet bulan ni lari. Hehe. Pastu adik kata, takpa, dia tanggung semuanya. So, aku on ja. Lagipun aku memang nak cuba drive di Penang. Orang cakap, kalau nak cekap memandu, pi drive kat Penang. Penuh dengan ca ya nun alip yang drive macam tuuuuut. So, aku sapot duit minyakla untuk oranje ku. Kesian la plak kan, adik nak sapot semua kan. So, kami bertolak pagi dalam pukul 10.30am. Ni kali pertama tau aku drive ke Penang dengan jalan apa pun taktau. Berbekalkan GPS tercinta, kami pun bertolak.

Bertolak ikut jambatan. So destinasi pertama Kebun Bunga. Hee, best-best. Bawak adik pi sana, dia tak pernah pi sana lagi. So, adik suka sebab macam nyaman ja.Sejuk ja. Tapi boleh tahan gak la berpeluh-peluh sebab mendaki bukit. Beruk tak banyak sangat la macam aku pi sebelum ni. So tak perlu risau diganggu oleh beruk yang nak curi makanan. Masa nak balik, ada nampak beruk sekor ni. So, aku campak la keropok. Masa ni beruk tengah rileks. Stail macam orang tengah rileks. Aku campak makanan kat dia, boleh dia tengok makanan tu, dia tengok aku, dia garu punggung sikit, dia blah buat taktau ja. Okey, aku rasa terhina di situ. Adik aku buat dialog 'Apadia dia ni, aku nak rileks pun payah. Haihh' *sambil berlalu pergi. Aku rasa macam aku pulak beruk di situ, dia adalah manusia. Demiit.

Selesai, ke Kebun Bunga, kami ke Aquarium di Batu Maung,sini kami tengok penyu, ikan buntal yang comel gilaa pastu jinak pastu tengok ikan-ikan lain yang agak rare dan ada jugak ikan biasa. Masuk, dewasa RM5 (adik sapot). Kami dua memang minat haiwan, so memang best pergi sini. Pastu lepak Queensbay, ada sale wehhh. Gila juling aku tengok sale durian runtuhh. Tapi aku berjaya tak beli apa-apa. Yess!! Adik shopping la. Sale sampai 80% tuh. Gila btoi. Sabo je lah. So, kami pi makan kat foodcourt  situ. Adik belanja. Dah puas round Queensbay, pi lepak kat luar Qbay plak, kat tepi pantai tu. Lama gila lepak situ sebab dah nak dekat petang. So macam leka sikit tengok pantai. Adik tengok ketam, dia nak tangkap tapi tak bawak bekas.

Dah lama lepak situ, ingat nak terus pi Toy Museum kat Tanjung Bungah tapi rasa macam GPS tu kekadang tak boleh percaya.  Ingat nak redah ja cari sampai jumpa tapi memandangkan masa pun tak mengizinkan sebab dah petang kan, so kami terus pi Padang Kota ja. Dah lama tak lepak sana. So, pi la Padang Kota Lama. Tempat tu dulu rajin dok pi dengan mama dan abah. Lalu ikut Gurney Drive tu, pastu pi kat foodcourt tepi pantai tu. Baru nak duduk ja, terus semua pakat serbu. 'Ha, takpa-takpa duduk dulu, satgi kami lap meja sampai bersih. Ha, nak makan apa adik. Passembor ada, mee udang ada, ais kacang ada' Ada dalam lima orang mai kepung kami dan bercakap serentak. Pening kepala aku. Tapi memang camni pun. Dulu masa aku selalu dok pi pun, depa stail mai rebut pelanggan camni gak. Pastu adik order kerang rebus rm10, minum teh ais n milo ais. Ramai sungguh manusia. Sini lepak paling lama. Syok gila tengok gelagat orang sambil kopek kerang cicah sos yang sedap, nyum nyum. Pastu dibuai angin pantai. Besttt. Sebab masa ni dah lewat petang. Pukul 6.45 camtu. Pastu adik ajak pi singgah Gurney Plaza pulak, tak larat dah aku. Letih berjalan. Nak balik dah. Kami parking agak jauh. Saje nak jalan-jalan menghayati permandangan. Masa tu jugak ada expo apa ntah. Ada persembahan. Ramai betul orang kat padang tu. Ada yang berekreasi jugak kat situ. Main layang-layang, main bola, main ligan-ligan. 

Dah sampai ke kereta, lesu dah. Aku lenguh bahu dah, dok drive. hehe. So jom kita balik naik ferry. Tambangnya percuma aja donkkk. Sebenarnya bukan tau pun jalan ke terminal Feri tu. Belasah ja tengok signboard.  Queue punyalah panjang sampai aku matikan enjin dulu. Lama gak tunggu dan berjaya jugak mendarat di atas feri. Naik feri malam-malam best, berangin ja. Ni first time gak bawak oranje naik feri. Hehe. Dan kami selamat sampai rumah dalam pukul 10 malam gitu.

So, nanti next trip to Penang, nak pi Bukit Bendera, Toy Museum, Gurney Plaza pi cari macaroons, Batu Feringgi, dannn lepak Padang Kota lama pekena kerang bakaq pulak. Nak jugak try pi First Avenue tu. Takpa-takpa next trip. Aku drive ke sana asik kena hon ja, sebab aku cilok sana, aku cilok sini, kui3. Ada sekali tu, aku potong queue yang sangat panjang sebab lampu isyarat merah dan aku pi potong duduk paling depan sekali. Over kan. Dahla belakang aku Camry. Aku harap beliau tak tercabar viva tecik aku ni potong dia. Tapi aku tak sengaja potong. Aku da syok drive straight ja nak belok kiri, sebab time tu lampu hijau untuk belok ke kiri. Tetiba adik kata, kak, tak payah belok kiri, kita straight(utk jalan straight masih lampu merah) ja kak. So, aku nak buat camna kan, aku pi mencelah paling depan sekali. Hehehehe.Pastu sampai ke mana ntah Camry puteh tu ikut aku je. Aku macam, aii dia ni tak puas hati kah dengan aku. Hehehe.

So itu saja buat kali ini. Aku letak gambar yang dah digabung-gabungkan kat atas tu. Syok pulak aku pakai Picture Collage tu. Tak payah nak upload pics yang banyak-banyak kan. Jimat masa. Susah nak edit gambar sekarang sebab Adobe Photoshop dah takda, jadi edit pun pakai hp je la. Ni aku download kat Market. Boleh la kalau sesapa nak download. Ada macam-macam corak comel-comel lagi.

Okey la. Nak gi lunch. Assalammualaikum.


2 comments:

intanurulfateha said...

akak kite pgawai penyelidik dkt perikanan batu maung tuh ! n kite penah pegy akuarium tuh huuhuhuh ;D

MizahHazeL said...

wahhhh best nih!