.
.
aku hangin betul la.
asal ada panggilan penting je, mesti aku tengah berak la, mandi la, off hp la.
bila aku belek hp, dah ada missed call.
aku risau jugak la kot-kot ni panggilan untuk intebiu keja ke apa.
sebab semua nombor-nombor yang call ni nombor kl.
macam nombor pejabat.
.
adeh.
pastu, aku tunggu lagi kot-kot nak call ke,
dah tak da dah.
bila aku try call balik nombor tu, kompom-kompom la tak angkat dah.
hisyyyy.
.
People that don't know her, think she's quiet. People that know her, wish she was.
30 September 2009
29 September 2009
Hebat budak-budak sekarang
hebat budak-budak sekarang.
baru darjah 5, 6 dah ada blog/fs/ms/fb etc.
aku dulu masa darjah 5,6 asyik dengan komik KAWAN, DEWAN PELAJAR, KUNTUM, BINTANG KECIL.
.
hebat budak-budak sekarang.
baru ting. 1,2 dah pandai cakap pasal sex.
aku dulu masa form 1,2 abah mama aku melarang keras aku tengok cite TITANIC.
aku pun tak tau kenapa.
sampai tahun lepas, baru aku tau kenapa sebab baru tergerak hati nak tengok.
.
hebat budak-budak sekarang.
baligh pun belum tapi dah pandai mencarut.
aku dulu sampai dilarang sama sekali sebut perkataan bodoh, babi, ber 'kau' 'aku' (yg ni sampai sekarang) dengan adik aku.
.
hebat budak-budak sekarang.
bulu (bulu ketiak, jgn pk lain) pun belum tumbuh tapi dah gatal nak bercinta.
aku dulu suka tulis tulisan yg funky dekat kertas peperiksaan.
contoh, untuk bahagian nama aku, aku akan tulis-tulisan yg comel-comel dan untuk huruf 'i' , titik kat atas dia, aku suka lukis bentuk love bagi menggantikan titik yg berbentuk bulat.
bila abah tengok kertas exam, nampak tulisan tu.
terus dia jegil mata kat aku.
'awat, dah nak menikah sangat ka sampai dok ber love-love bagai ni?'
.
hebat budak-budak sekarang.
ejaan pun tak betul lagi, tapi dah ada hp sorang satu untuk sms/calling.
aku dulu, sanggup beli botol air bentuk hp yg gedabak tu ada arial panjang sebab teringin benar nak hp.
sampai sanggup pinjam hp mama senyap-senyap (form 1) yg di lock kan keypad nye dan bongoknya aku tak tau nak press # to unlock.
diusungnya hp yg locked keypad tu kat kawan-kawan yg mostly jugak tak reti nak unlock kan.
.
hebat budak-budak sekarang.
pmr pun belum lepas, tapi pakaian dah macam tak cukup kain.
aku dulu, hanya tau oversize t shirt, jeans straight cut, track suit.
.
hebat-hebat.
tentunya ibu bapa mereka lebih hebat lagi.
28 September 2009
Abu si gemuk
lama gila kan aku tak update pasal abu ni.
eheheh.
abu dah gemooook dan pendiam sekarang.
tak suka geget-geget orang dah.
:)
.
p/s: sebenarnya, aku nak cite pasal eksiden kecil tempoh hari dgn pertemuan lomantikku (eceh.eceh. sila muntah) dgn abang sayang di penang tempoh hari. tapi macam malas pulak.takpe,takpe. nanti aku cerita ok.
27 September 2009
26 September 2009
Sumbang mahram.
.
.
maaf yer, entri pasal raya dah habis.
mood raya aku pun dah beransur-ansur hilang.
walaupun last nite menerima kunjungan dari sedara mara yg berkapasiti lebih dari 20 orang.
haihh.
memang tak sempat nak rehat aku ni.
.
semalam aku dgn adik aku saja jenjalan kat pasar.
kat kedah ni pasar digelar sebagai market.
aku memang suka pi market ni.
mcm2 barang ada.
tapi kalau nak pegi, kena pi awal2 pagi la.
7.30 am - 11 am.
aku pi dalam pukul 10 am camtu.
.
saja ja pusing-pusing tengok baju.
kot-kot ada yg murah.
kat market ni kalau nasib baik, dapat jumpa baju yg sangat comel dgn harga yg sangat comel juga.
.
tengah syok-syok pusing-pusing,
kami berdua melepasi satu gerai yg menjual roti canai.
pastu pakcik (aku tak pasti la pakcik atau abang sebab aku jalan menonong ke depan je, jd dgar suara je) yg buat roti tu cakap sesuatu kat aku dgn adik aku.
nak tau ke ape dia cakap.
dia cakap
'haa. dah serasi sgt dah depa dua orang ni'
serasi kepala ho kaw.
hahahahaha.
aku wat bodoh je jalan.
.
serasi ke kami ni?
aku tau apa maksud pakcik tuh,
mesti dia cakap serasi sbb dua-dua org sama-sama uduh,
jadi padanla kan.
wahai pakcik, dia itu adik saya laaaa.
.
malamnya pulak,
aku, kazen aku dgn adik aku pi giant.
sbb nak beli barang-barang keperluan kazen aku sikit.
lepastu kazen aku ni terjumpa la kawan dia.
aku dgn adik aku pun biarla dorang beramah mesra, sambil kitorang pi jalan-jalan tengok baju.
.
selepas selesai, aku pegi kat kazen aku.
dia pun cerita ..
kawan kazen : laaa, mai dgn sapa?
kazen : mai dgn sepupu. tu dok jalan-jalan tgk baju.
kawan kazen : laa . yaka? ingatkan kapel tadi..
.
ok.
sekali lagi sumbang mahram telah berlaku.
dulu takde sgt org cakap gitu.
sbb muka kami agak sama (mayb sbb dua2 pakai spec)
tapi sikalang kan aku suda ada contact lens.
ehehehe.
jadi mungkin muka kami jadi dah tak sama kot.
cmtula kot.
.
apa-apapun adik aku dah nak balik nilai ahad ni.
huuu.
tak best nyaaa.
mesti boring gile dok rumah.
kerja, cepatlah datang mengoratikuuu supaya aku tidak boring di rumah...
p/s: lepas habis taip entri ni, aku ingat nak letak gambar aku dgn pasangan sumbang mahram aku tuh, tapi blogger ni agak bengong. kalau aku letak, kompom nanti entri ni akan jadi berspacing-spacing. benci.
14 September 2009
Siblings day out
the pics were taken yesterday.
di jusco aeon seberang prai.
tujuan ke sana adalah untuk membeli belah untuk raya yg bakal kunjung tiba.
.
motif gambar ini diambil adalah untuk menayang baju baru yg ditaja oleh lelaki di atas.
sekian terima kasih.
.
bulan depan belanja kak lagi kalau takmau rahsia lu bocor.muahahaha.
revealed
aku dah tahu sapa pengirim emel tersebut.
maka, entri sebelum ini terpaksa dihapuskan di atas sebab-sebab menjaga hati beberapa pihak.
harap maklum.
maka, entri sebelum ini terpaksa dihapuskan di atas sebab-sebab menjaga hati beberapa pihak.
harap maklum.
13 September 2009
emo day
.
tak payahla kau nak komen blog aku sbb aku komen blog kau.
aku komen blog kau tak mengharapkan balasan laaa.
aku komen sebab aku terasa nak komen.
bukan sebab nak suruh kau komen blog aku balik.
orang-orang macam ni patut pegi kelas fardhu ain belajar tajwid balik. (ada kaitan?)
tah ar.
yukengotuhel.
11 September 2009
09 September 2009
9 September
.
aku ni. terus je teruja nak print screen nak tunjuk kat dik tan.
hehehe.
haa.
cengginila jadinyaa.
box title tuh dah ilang.
awat eh??
.
TAJUK: 3days update.
benci la blog aku ni.
takde tempat nak taip tajuk.
tpakse la aku buat seniri tajuk dia.
.
dah lama gak kan aku tak update.
kekononnye mood aku hilang kan.
sebetulnya memang hilang pun.
.
aha.
nak tau napa?
gaduh dgn laki laaa.
biasala aku ni.
asal gaduh dgn laki ja,
xda mood nak update blog, fb.
rasa mcm nak delete pun ada.
bila dah baik,
sayang plak nak delete.
mengada gilaa.
.
hari tu genap 3 SEPT 2009.
genaplah 3 tahun hubungan kami.
:)
alhamdulillah.
walaupun gaduh banyak,
maki-maki pun banyak.
sempat putus selama 2/3 bulan.
masih jugak bertahan.
aku harap, sampai ke jinjang pelamin hendaknya.
ecehhhh.
.
yg lawaknya,
pada 3 sept tu,
aku dgn dia gaduh lagi.
aku ni mmg kuat cemburu sikit.
huhuh.
tetiba aku buat perangai nak paswod ym dia.
yg dia lak tanak kasi.
oooo, dia ada paswod aku.
aku takda paswod dia.
sungguh tak aci.
geram gilee aku.
aku kol dia,
cakap sikit-sikit,
baru aku nak start gado,
terus dia letak phone.
arghhhhhhh.
memang aku bengang btol,
kalu dia letak camtu je,
.
aku mcm biasa, off terus hanphone.
tapi mcm biasa la kan.
off tu, pastu on balik nak tgk dpt msg pe.
lepas kul 12 am aku on balik.
dpt la msg annibeseri dari dia.
dan 7 missed call.
hahah.
padan muka kau.
pastu aku off balik.
.
esoknya, dia masih tamo bg paswod ym dia.
gado lagi.
aku kol2 dia tak jwb
sampai telan kedit aku wpun dia tak jawab.
ini SUDAH MENDATANGKAN MARAHHH.
dahla aku ni miskin nak topup phone.
pastu aku kol guna fon umah.
lepas 4x kot,
baru dia jwb.
aku tanya, napa xangkat.
bleh tak die cakap camni.
'saja malas nak angkat'
.
hak elaaaaaaaaaaaaaaa.
memang sengaja mamat ni nak kasik aku mrh.
aku hempas fon,
aku pi off hp,
aku cabot simkad.
sedar tak sedar,
aku pi patahkan simkad tu campak dlm tong sampah.
.
aku mmg hangen tahap apa ntah mlm tu.
bersepah bilik aku, aku campak suma bantal.
heheheh.
.
pastu esoknya, aku dok pk
nak tuka number terus atau nak g save balik je nombo lama tu.
kekonon nak tuka terus, da xmo contact dia laa.
tapi no aku tu cantikk.
aku beli mahal tuh.
sayang pulak.
lagipun, kat tempat2 keja suma, aku bagi nopon tuh.
kot dorang call ke.
eceh, banyak btol alasan aku kan.
pastu aku dok umah, aku cuba lupakan pasal sim tu.
wat keje umah sume.
tetibe bunyi fon umah,
abah aku angkat.
pastu abah dok membebel sorg2 cakap,
nak kol tu, pastu xnak cakap lak.
hahaha.
mesti dia tuu.
.
tau pun takut.
pastu aku wat bodo je.
tak contact dia pun.
sampai 2hari, baru aku kol dia curi fon abah.
soklan 1st dia tanya,
'awat off hp?'
aku cakap ar, sim dah patah.
masa tu aku da tak marah dah.
hehehe.
bila aku cakap sim dah patah
dgn nada serius ok.
boleh dia gelak.
dia cakap aku ni gedik pth kan sim.
alaa.bio la
dah aku tga mrh.
aku serius, dia gelak lakk.
pastu aku tanya la, katna maxis center,
nak pi save balik nombo tu.
pastu, baik hati, nak buatkan utk aku.
eleh, nak pujuk aku ah tu.
takpee.
aku bleh wat seniri.
.
lepas tu,
lusa tu, aku gi seniri sorang drive keta.
1st time ok, aku drive sorg.
dan aku berjaya.
hahaha.
.
tapi pegi tu tgk ttp lak.
so pegi keesokan harinya,
dan berjaya.
kedai bukak.
hahah.
.
bile aku on, dapatla msg2 dari dia.
mintak maaf bagai kan.
aku pun da dpt paswod ym dia.
actually, masa tga gado tu dia da bg sbb taktahan aku dok desak.
hahah.
takde mende pun kat ym dia.
dia sja tamo bg paswod sbb aku ni dok mintak sgt,
sbb tu dia tamo bg,
bleh tak camtu.
.
pastu hai seterusnya,
adik ai balekkkk..
hehehks.
best2.
mcm biasala, suma pakat berebut stesen nak tanya dia.
masa tga bebuke tu,
aku tanya tak abis lg soklan kat dia,
abah dah potong aku tanya soklan len plak.
ciss.
tak ikut turn betoll.
pastu baru adik nak jwb,
mama tanya mende len plak kat dia.
mmg berebut2 nak tanya,
heheheh.
biasala 2bulan xbalik.
.
esok tu,
kami kuar.
mmg cita2 aku nak bawak dia p giant.
hehehe.
dia tak penah tgk n pegi giant ok sejak giant dibuka dulu.
betapa lamanya dia tak balik.
so, gi giant, dapat paw baju satu.
hehehe.
masa pegi tu, aku kasik can dia drive kan.
sbb katenyee, rasa tercabar aku dah cekap.
kire mse pegi tu aku drive,
balik dia drive.
. hari seterusnya kua lagik.
pau kemeja lak kat dia.
ngeehehehe.
aku rasa nak paw shawl lak kat dia.
pastu topup.
pastu,
cukuplaa..
hehe.
sian gak kat dia.
dia kan adikku.
ahaha.
.
ala, nnt dia dpt ptptn.
aku paw lagik arr.
oooo, bagi hadiah kat awek takpeee.
kat aku tak leh plak.
siap nak bg bunga lg kat awek,
suh aku pilih.
aku suh bagi bunga konvo aku tu jee.
siap dah balut sume.
dia pun teruja la kan.
dia kata bleh save bajet dia.
skali dia p tgk terus keciwa.
yela.
bunga dah kering siap kelopak dah jatuh separuh,
kaler kuning plak tu.
hahahaha.
.
alaaa, bg bunga plastik je la dik oiii.
.
pas balik tu,
mlm tu, lepas terawih, terus kami kna basuh keta.
abah suh.
penat gile.
gi bejalan2, pastu balik tlg mama masak,
pastu mlm pi teraweh,
pas balik, dok sental tayar keta lak.
lotihhhh.
.
yg adik plak, masa basuh tu,
kekonon sakit perut la apa laa.
pastu masuk rumah pi berak.
alasann ar tuhh.
yg aku mcm bengang sikit kan.
dok tga basuh keta pun dok msg2.
hak ela.
wa tau, lu baru ada awek.
tapi agak2 ar kan.
.
mmg hp tak lepas dari tgn arr.
adoilaa
aku tau la dia pi masuh ruma konon nak berak,
padahal gayut tepon.
.
pastu aku seko2 je r dok basuh,
dgn di awasi oleh abah.
heheheh.
pastu dia ni kekonon pas abes berak,
datang kat aku dok arah2.
'ni buat keja, cepat-cepat laa. orang bayar gaji, keja malas!'
'ni ha, sental kat sini, kotoq lagi nehhh'
.
aku geram, aku sembur air kat dia.
padan muka.
hahah.
.
aku nak upload gambar.
tapi aku tau, kalau aku upload
nanti mesti entri ni jadi bengong,
spacing jadi berdabel-dabel.
so, aku akan letak gambar-gambar di entri seterusnya ok.
.
jumpa d entri seterusnyaa.
tata
08 September 2009
Kejadian sewaktu berterawih
haii.
aku baru balik dari terawih.
hari ni first time aku gi terawih sorang.
mama keja, jadi aku pegi sorang la.
tapi idok le pegi sorang2 ke masjid tu.
g dgn abah dgn adik.
.
aku ni pemalas sungguh dulu.
eceh.
skang pun masih malas.
yela, kalau mama tak gi terawih sbb keja, aku pun tamo pi jugak.
apa masalah aku ntah.
tapi tadi aku pegi jugak.
.
hurm,
sebut pasal terawih ni, tingat peristiwa tadi.
aku selalu buat 20rakaat.
kekadang buat 8 je.
mama kekadang letih baru balik keja, jadi dia buat 8 je la.
tapi aku baru dengar dalam radio yang kalau buat 8, WAJIB buat solat witir jugak.
buat kat rumah pun takpe.
tapi memandangkan, ada surah panjang yg kena baca masa witir tu,
jadi lebih baik buat kat masjid je kan?
sbb aku tak berapa reti surah panjang tu.
jadi, kalau buat kat masjid, kenala abeskan 23 (3witir) teruskan.
tapi ada yg aku tgk buat 8 je terus balik.
mungkin depa witir kat rumah kot.
.
ok,
memandangkan tadi aku buat 23 kan,
jadi mcm leka sikit la kan.
aku ni sedaya upaya mengkhusyukkan diri.
pastu tak aku dok pk menda tah kan.
masa rakaat pertama tu, lepas sujud,
sepatutnya bangun la kan.
aku pun nak bangun arr,
tp tgk macik seblah aku ni duduk mcm nak baca tahiyat akhir lak.
aku pun aik??
mungkin aku yg silap kot.
aku pun ttbe tak ingat,
so, aku ni dari nak bangun, duduk balik la,
duduk pun mcm tak selesa sbb tak ready kan.
aku tgk row aku suma pakat duk mcm tahiyat akhir.
ada yg teragak2 nak bgn tapi tgk macik sebla aku ni dgn kompidennya dok tahiyat akhir,
depa pun duk balik.
tetibe imam baca al fatihah daaa..
jadi, satu row aku ni, dgn selambee, bangun balik.
hihihihihi.
.
aku ni ttbe nak gelak2 kan.
iskk.
imam dok baca fatihah, aku ni dok terhinjut2 badan tahan gelak.
teruk btol aku ni.
aku mrh diri seniri suh fokus.
tapi nak gelak jugak.
ishhhh.
tu yg aku mls tu,
sekali nak gelak, mesti melarat2 nya.
seb bek, aku tak gelak bunyi suara, sambil golek2 kat masjid tu.
kalau tak, sah2 kena halau.
dahla aku seko2 je.
mama takde.
.
so, aku berjaya tahan gelak.
dan fokus terhadap bacaan.
pastu pulak, tah rakaat brape tah,
aku tgah sujud,
aku rasa cm something kat kaki aku.
aku bajet mungkin pale orang kot kat blakang aku kn?
kot die sujud tkena kaki aku ke.
so aku mcm kedepan sikit la kaki aku tu.
skali aku rasa benda tu kat kaki kiri lak.
iskk.
takkan la org belakang aku ni sujud sambil nyondol2 kaki aku.
aku toleh tengok, tapi takla toleh sgt.
tgk guna ekor mata je.
nampak la anak kucen itam.
dok menyondol2 kat aku.
aku bior kan je la.
jgn geget aku sudeyy.
lagipun dia tak kaco aku kan.
.
pastu dia pi menyondol pulak kat kaki macik tahiyat akhir (bleh dak gelar cenggitu? hihi) sebla aku tuh.
macik tu memula tak sedar,
pastu aku nmpak die tunduk bawah,
sekali dia nampak kucen, melompat diee.
aku ni, aisehhh.
byk betol dugaan masa smayang kali ni.
tahan gila la gelak.
die lompat amat comel skali.
lompat separa tinggi yg comel.
aku ni, tahan2...
fokussss.
alhamdulillahhh.
berjaya fokus kat semayang..
.
dan aku berjaya abeskan 27 rakaat termasuk witir dan solat isya'.
kalau campur solat tahiyatul masjid dgn sunat isya tu jadi 30 brapa tah.
tak sangka aku berjaya lakukan sorg2.
sbb aku ni amat2 pemalas ok sebelum ni.
.
aku belajar teraweh sejak umur aku 11 tahun lagi.
WAJIB pegi ok, kalu tak, kena marah dgn abah.
huhu.
aku pulak, punyala pemalassss.
nk pegi semayang tu pun, pakai bedak dulu la.
konon, tamo nampak pucat,
kan ade laki2 yg pegi masjid kan.
jadi harusla nampak cun.
teruk betol aku ni.
.
pastu kalau nak pegi tu, xnak pakai telekung siap2.
nak pakai tudung comey2 dulu.
kalau pakai telekung nampak tak comey.
bila nak semayang, baru tuka telekung.
.
pastu pulak, dulu, kalu pegi, nak duk atas je.
sbb bleh tgk laki2 kat bwh tgh smayang.
sbb ramai yg ensem2.
ok, silalah tampar pipi aku.
aku dulu mmg teruk prangai.
pastu, kompom la aku smayang tak khusyuk dulu.
yelah, budak2 kan.
penah aku smayang kan,
aku tgk budak seblah aku ni,
bleh lak tgh2 semayang, dia betul2kan tudung la,
garu lutut la.
suma nampak tgn kan.
aku pulak, boleh tunjuk hebat,
gi tegur dia, tgah2 imam dok bace surah tu.
pastu kami sambung smayang balik.
isk3.
.
kalau aku dtg period, aku lah insan yg paling hepi.
sbb ape?
sbb takyah pi teraweh.
gile pemalaslah aku ni.
padahal p teraweh dpt byk pahala.
.
kalau aku bg alasan letih, xnak pegi,
yela pas bebuke kan, rase mengantuk, mcm nak tido teruss je,
bangun terus esok utk sahur.
abah aku mmg bengang la klu aku ckp letih.
die kate, die yg sptutnye ckp cmtu, sbb die pegi keje.
penat seharian.
yg aku ni penat wat mende??
huhuhu.
.
jadi, aku berterima kasih kat abah aku sbb mrh2 aku klu aku xsemayang.
dulu mmg aku mcm mengamuk ok, klu nak kena p teraweh.
skang tak lagi..
.
selamat hari raya sumeeee. :)
04 September 2009
02 September 2009
01 September 2009
kisah mengenai seorang sahabat (entry panjang, jgn bace)
.
amaran: entri kali ini adalah amat membosankan. jangan baca.
.
dulu kita kawan baik kan?
aku pun dah lupa macam mana kita boleh start rapat.
seingat aku, masa mula2 masuk sekolah menengah, aku tak bape nak ada kawan.
yelah, belajar di convent selama 6 tahun, tiba-tiba masuk sekolah campur.
aku jadi jakun sebentar melihat lelaki.
malu pun ada.
.
kalau keluar rehat pun, aku keluar dgn kwn aku masa di convent dulu.
tapi dia tak sekelas dgn aku.
susah la.
lagipun dia dah ada kawan baru.
.
aku rasa terasing sangat.
rasa macam tak best sekolah tu.
tiba-tiba, aku didatangi oleh sorg budak ni.
dia cantik.
dia macam nak kawan dgn aku.
masa tu aku tgk, kau macam sombong.
kau hanya berkepit dgn budak cantik tu saja.
dalam fikiran aku, mungkin ko nak kwn dgn budak cantik je kot.
.
jadi aku berkawan baik dgn budak cantik tu.
tapi dalam kelas aku tak duduk sebelah budak cantik tu.
aku dok sebelah budak lain, yg sangat baik juga dgn aku.
semakin lama, aku semakin rapat dgn budak cantik tu.
oh, rupanya ko cemburu dgn kemesraan kami.
sbb budak cantik tu dah kurang memberi perhatian kpd kau.
.
jadi kau mula merapati aku.
dan secara tidak sedar, aku semakin baik dgn kau.
rupanya kau mmg sekepala dgn aku.
tak macam budak cantik tu, terlalu lemah lembut dan control ayu.
.
lama kelamaan, kita jadi bestfren kan?
meninggalkan budak cantik tu keseorangan.
kau pun benci budak cantik tu.
sebab aku rasa kau jeles dgn kecantikan dia.
tapi aku tak benci dia pun.
suka pun tak.
tak rasa apa-apa.
.
semenjak hari tu, kalau aku kemana-mana pasti kau ada.
dan macam tak dapat dipisahkan kita ni.
kalau dalam kelas, pasti kita berdua yang akan gelak macam setan.
kalau aku klua gi tandas, mesti kau ikut.
pastu berborak2 kat tandas sampai abes satu waktu.
teruk gila kan kita.
.
mak ayah kau pun dah kenal aku.
dan mak ayah aku pun dah kenal kau.
.
ingat tak dulu, kita malas semayang,
pegi surau, pura-pura amek air semayang,
pastu masuk surau bersembang macam dekat pasar.
pastu kena marah dgn cikgu ungku fatimah.
pastu sejak itu, kita berdendam dgn dia.
suka make fun pasal dia.
.
cikgu-cikgu makin kenal kita.
dorang cakap kau lawa, comel, cantik.
aku tak penah cemburu pun sbb masa tu kecik lagi.
ikhlas berkawan.
.
kalau kau buat salah,
cikgu akan maafkan sebab katanya kau comel.
jadi tak sampai hati nak marah.
lagipun kau memang pandai.
memang kita dua-dua nakal,
tapi kau pandai, aku bodoh.
.
kau selalu jadi contoh bila kelas sains.
kau selalu dapat markah tertinggi.
semua suka kawan dgn kau.
tapi kita tetap masih berkawan rapat.
.
kau tak penah kedekut nak ajar aku math dan sains.
ya, aku akui kau mmg baik.
.
tapi bila aku dapat 7a,
dapat sijil dari sultan,
kau mcm cemburu pulak.
aku dapat lihat riak wajah kau masa mak kau tolong hantarkan aku ke rumah.
mak kau puji-puji aku.
.
bila naik tingkatan dua,
kita dah jadi senior dan da ada junior.
junior mula tak sukakan kita sebab kita suka tunjuk lagak.
haha.
tapi ada yg berlumba2 nak kwn dgn kau.
sbb kau mcm BRitney spears kata mereka.
.
senior-senior lain mula terperasan akan kehadiran kau.
yalah.
kau kan cantik.
masa ni, ramai gile kan nak kapel dgn kau.
tak kira cina atau india.
ingat tak masa kita g camping dulu,
senior suma tegur kau sahaja.
sebab nya kau comel.
aku yg tak comel ni, takda sapa pun nak tegor.
.
tapi kau masih tak sombong dgn aku.
masih baik.
kau selalu pinjamkan duit kat aku.
sebab ayah kau bagi kau rm6 sehari.
aku rm2 saja.
.
dalam diam, fesyen kau menjadi ikutan aku.
aku mula kenal jenama-jenama.
bila kau beli beg puma,
aku pun nak beg itu jugak.
paksa abah suruh beli.
dan abah beli.
tupun membebel separuh hari.
bila abah dan beli,
aku teruja nak tunjuk kat kau.
tiba-tiba kau dah ada barang baru pulak.
ayah kau beli jam swatch yg sgt comel.
aku pun teringin.
tapi dah tak berani nak mintak kat abah.
.
dulu, kalau pegi latihan pengakap,
kalau kau tak pegi, aku pun tak pegi.
sebab aku ada kau sorang ja sbg kawan.
kau pun sama.
.
kita tusyen pun sekali.
macam biasa,
kau jadi perhatian ramai sebab kau CANTIK.
semua berlumba-lumba nak dapatkan nopon kau.
semua tanya aku.
aku masa tu anehnya tak cemburu lansung.
malah berasa bangga sbb dapat kwn yg cantik mcm kau.
.
tapi kau selalu ponteng tusyen.
ayah kau tak marah pun.
aku tak boleh ponteng.
abah marah.
jadi aku sunyi gila bila kau tak datang.
.
ingat tak dulu,
kau selalu sangat call aku.
dulu mana ada handphone.
kau call rumah.
sekolah sesi petang.
jadi pagi2 kau selalu call aku.
bergayut sampai berjam-jam.
sampai kerja rumah semua aku tak buat.
kekadang aku abaikan saja panggilan kau tu.
takut kerja rumah terabai, nanti mama marah.
.
abah selalu tanya,
perkara apa yg dok sembangkan ?
nanti pi sekolah, jumpa jugak.
bleh jugak sembang.
kau selalu cerita pasal boyfriend kau kan?
ala, ketua tingkatan kita tu.
si pengawas yg penuh kontroversi tu.
dia tak suka aku kwn dgn kau.
tapi kau tetap kawan jugak dgn aku.
.
bila naek ting. 3,
aku semakin bengap, dan kau semakin pandai.
aku semakin banyak masalah disiplin.
kau pun sama, tapi dapat ditutupi dgn kepandaian dan kecantikan kau.
ingat tak, masa mak kau dipanggil mengadap oleh pk hem sebab kes black metal yg menjadi2 masa tu.
cuak gila kan kau masa tu.
haha.
padahal semua tu salah paham sahaja.
.
dalam kelas, kita tak penah fokus.
bersembang tak kira masa.
dan selalu ditegur oleh cikgu.
.
tapi bila keputusan pmr dikeluarkan,
kau dapat 8A.
aku hanya dapat 3A 5B.
kau layak ke mrsm.
dan kau pergi tinggalkan aku.
sedih kan masa kita nak berpisah tu.
aku bagi kau hadiah tanda perpisahan.
tinggallah aku keseorangan di sekolah tu tanpa kau.
aku rasa terpinggir.
aku dah tanak duduk di sekolah tu lagi.
aku BOSAN kau takda.
walaupun masih ada beberapa kawan yang lain.
tapi tak sekelas dgn aku.
daripada aliran sains, aku bertukar sekolah.
aku harap dgn bertukar sekolah,
aku dapat kawan baru.
aku tak sunyi lagi.
tapi kat sekolah baru, takda sorang pun yang macam kau.
.
kau pun sama di mrsm.
ingat tak, kau call aku menangis sebab hp kau hilang.
kau hanya dapat ingat nopon rumah aku saja.
no lain, ko dah tak hafal.
.
lama kelamaan, aku semakin suka dgn sekolah baru.
kau pun sama.
tapi kita masih rapat.
masih berjumpa dan keluar bersama kalau kau balik bercuti.
.
bila keputusan spm dikeluarkan,
keputusan aku mmg tak di sangka.
aku masih mendapat keptusan yg baik di dalam subjek2 sains.
cuma subjek kejuruteraan saja yg aku lemah.
dan kau,
aku tau kau mesti dapat straight A's.
tapi bila aku kol kau,
kau pun dapat mcm aku jugak.
4A di dalam subjek yg sama.
aku sangkakan pelajar mrsm pasti akan dpt keputusan yg hebat.
.
aku dapat tawaran ke uitm s.alam utk setahun dlm asasi undang2.
kau pulak dipilih utk ke kolej matrikulasi penang.
kita masih berhubungan seperti biasa.
cuma aku sudah mula mendengar perkara yg kurang enak tentang kau.
.
tamat sahaja asasi, aku ditawarkan ke ukm.
dan kau pula, amat mengejutkan,
telah diberi amaran ke 2 kerana keputusan yang rendah.
ya. bukan kau yg bgtau aku pasal ni.
org lain.
masa ni, masa di matrik,
kau dah mula bangga-banggakan diri kau sebab kau selalu dpt kawan dgn org kaya.
tapi aku diamkan saja.
tapi aku sungguh terkejut apabila kau tidak ditawarkan ke mana-mana uni.
yg adapun kau hanya mengharapkan ke uitm untuk diploma.
bukan ijazah.
.
dan kau dpat tawaran ke uitm utk kos sains persekitaran.
kau tak suka.
kau cakap, takda klas.
jadi kau tanya aku, kolej swasta mana yg best.
disebabkan aku mempunyai ramai kwn di uitm s.a yg sesetengahnya dari private kolej,
jadi aku cadangkan kdu.
kolej damasara utama.
kau sudah mula teruja.
sebab dapat keluar dari kedah.
dapat duk KL.
dapat bebas.
.
tapi mak kau tak benarkan kau jauh dari dia.
jadi dia pilihkan kdu penang saja utk kau.
hm..
di sinilah segalanya bermula.
.
aku tak tau pun pasal suma ini kalau aku tak add kau dlm frenster.
terkejut sungguh aku tgk gambar-gambar kau.
kehidupan kau bermula pada waktu malam.
menari di kelab malam.
dgn pakaian yg..
hurmm..
tapi aku masih berkawan rapat dgn kau.
ingat tak aku selalu cakap kat kau,
kalau nak lepak rumah aku, pastikan kau pakai pakaian yg sopan.
aku tanak mama abah cakap apa2.
dan kau turuti nya.
.
selalunya kalau bertandang ke rumah aku.
kau akan cerita ttg masalah kau yg keliru nak memilih lelaki yg mana.
sorang anak tokey carpet, sorang pilot, sorang anak dato.
aku hanya mendengar saja.
tapi sejak peristiwa tu, kau dah mula berdendam dgn aku.
kau tuduh aku ingin merampas bf pan asian kau tu..
haih.
aku dah ada bf laa.
watpa mau itu budak.
dahla masih sekolah.
.
kau dah mula melemparkan kata-kata kesat terhadapku.
aku dah terangkan hal sebenar.
semua ni hanya salah faham.
tapi kau masih tak percaya.
kau cakap aku mkn kawan.
hm. bodohnya.
persahabatan kita musnah sbb lelaki.
.
dah setelah beberapa tahun tak berhubungan dgn kau.
tiba2 aku terjumpa kembali link ke fb kau.
kau, masih seperti dulu.
cuma makin menyedihkan.
dgn rokok di tangan.
botol carlsberg di tangan.
kau bangga memberi pose terbaik di depan kamera.
dan lelaki yang memeluk kau tu, yg aku yakin adalah bf kau,
pun sama menyedihkan.
aku ingatlagi prinsip idop kau.
biar muka macam longkang, asal duit berkepuk di tgn.
sudah pasti laki itu duit berkepuk.
sbb muka macam longkang.
.
dan seperti biasa,
fb kau hanya dipenuhi dgn puji-pujian.
aku ingat lg masa aku ada frenster dulu.
kerap kali aku hantar komen kat kau.
tapi bila aku bukak page kau je, komen aku suma takda.
aku pelik.
aku tanya kau, kau cakap kau terdelete.
tapi bila aku komen cakap kau makin lawa,
ada pulak komen aku kat page kau.
hm,
baru aku tau, kau hanya approve komen yg memuji2 saja.
dan sekarang aku amat kesiankan kedua2 ibu bapa kau.
sbb mereka sangat2 lah baik.
aku tau mereka taktau ttg kehidupan kau yg menyedihkan kau tu.
sbb kau cukup pandai berlakon di depan mereka.
mereka terlalu memanjakan kau.
apa yg dipinta, semua dapat.
mak kau sangat baik.
kau tak kesian ke kat mereka.
pernah aku merancang dgn sepupu rapat kau,
nak cuci suma gambar-gambar sedih kau dan alamatkan kepada ibubapa kau.
supaya kau berubahh.
aku nak kau berubahhh.
tapi aku rasa kau dah besar.
kau dah boleh pikir sendiri.
.
aku tak sangka sahabat aku yg paling rapat dulu.
dah berubah sama sekali.
dan dengar kata, kau sudah jadi model majalah sekarang.
aku pun, tidak cuba untuk menghubungi kau semula.
ya, aku pun ada maruah diri.
dah orang tak suka.
apa perlu terhegeh-hegeh lagi.
cuma jauh di dalam hati aku,
aku nak kau jadi macam dulu..
kita berkawan tanpa hasad dengki.
tanpa anasir-anasir jahat.
aku pun tak pasti sampai bila kau akan terus begitu....
yg pasti, aku masih merindui kenangan kita dulu..
Subscribe to:
Posts (Atom)