01 September 2009

kisah mengenai seorang sahabat (entry panjang, jgn bace)

.
amaran: entri kali ini adalah amat membosankan. jangan baca.
.
dulu kita kawan baik kan?
aku pun dah lupa macam mana kita boleh start rapat.
seingat aku, masa mula2 masuk sekolah menengah, aku tak bape nak ada kawan.
yelah, belajar di convent selama 6 tahun, tiba-tiba masuk sekolah campur.
aku jadi jakun sebentar melihat lelaki.
malu pun ada.
.
kalau keluar rehat pun, aku keluar dgn kwn aku masa di convent dulu.
tapi dia tak sekelas dgn aku.
susah la.
lagipun dia dah ada kawan baru.
.
aku rasa terasing sangat.
rasa macam tak best sekolah tu.
tiba-tiba, aku didatangi oleh sorg budak ni.
dia cantik.
dia macam nak kawan dgn aku.
masa tu aku tgk, kau macam sombong.
kau hanya berkepit dgn budak cantik tu saja.
dalam fikiran aku, mungkin ko nak kwn dgn budak cantik je kot.
.
jadi aku berkawan baik dgn budak cantik tu.
tapi dalam kelas aku tak duduk sebelah budak cantik tu.
aku dok sebelah budak lain, yg sangat baik juga dgn aku.
semakin lama, aku semakin rapat dgn budak cantik tu.
oh, rupanya ko cemburu dgn kemesraan kami.
sbb budak cantik tu dah kurang memberi perhatian kpd kau.
.
jadi kau mula merapati aku.
dan secara tidak sedar, aku semakin baik dgn kau.
rupanya kau mmg sekepala dgn aku.
tak macam budak cantik tu, terlalu lemah lembut dan control ayu.
.
lama kelamaan, kita jadi bestfren kan?
meninggalkan budak cantik tu keseorangan.
kau pun benci budak cantik tu.
sebab aku rasa kau jeles dgn kecantikan dia.
tapi aku tak benci dia pun.
suka pun tak.
tak rasa apa-apa.
.
semenjak hari tu, kalau aku kemana-mana pasti kau ada.
dan macam tak dapat dipisahkan kita ni.
kalau dalam kelas, pasti kita berdua yang akan gelak macam setan.
kalau aku klua gi tandas, mesti kau ikut.
pastu berborak2 kat tandas sampai abes satu waktu.
teruk gila kan kita.
.
mak ayah kau pun dah kenal aku.
dan mak ayah aku pun dah kenal kau.
.
ingat tak dulu, kita malas semayang,
pegi surau, pura-pura amek air semayang,
pastu masuk surau bersembang macam dekat pasar.
pastu kena marah dgn cikgu ungku fatimah.
pastu sejak itu, kita berdendam dgn dia.
suka make fun pasal dia.
.
cikgu-cikgu makin kenal kita.
dorang cakap kau lawa, comel, cantik.
aku tak penah cemburu pun sbb masa tu kecik lagi.
ikhlas berkawan.
.
kalau kau buat salah,
cikgu akan maafkan sebab katanya kau comel.
jadi tak sampai hati nak marah.
lagipun kau memang pandai.
memang kita dua-dua nakal,
tapi kau pandai, aku bodoh.
.
kau selalu jadi contoh bila kelas sains.
kau selalu dapat markah tertinggi.
semua suka kawan dgn kau.
tapi kita tetap masih berkawan rapat.
.
kau tak penah kedekut nak ajar aku math dan sains.
ya, aku akui kau mmg baik.
.
tapi bila aku dapat 7a,
dapat sijil dari sultan,
kau mcm cemburu pulak.
aku dapat lihat riak wajah kau masa mak kau tolong hantarkan aku ke rumah.
mak kau puji-puji aku.
.
bila naik tingkatan dua,
kita dah jadi senior dan da ada junior.
junior mula tak sukakan kita sebab kita suka tunjuk lagak.
haha.
tapi ada yg berlumba2 nak kwn dgn kau.
sbb kau mcm BRitney spears kata mereka.
.
senior-senior lain mula terperasan akan kehadiran kau.
yalah.
kau kan cantik.
masa ni, ramai gile kan nak kapel dgn kau.
tak kira cina atau india.
ingat tak masa kita g camping dulu,
senior suma tegur kau sahaja.
sebab nya kau comel.
aku yg tak comel ni, takda sapa pun nak tegor.
.
tapi kau masih tak sombong dgn aku.
masih baik.
kau selalu pinjamkan duit kat aku.
sebab ayah kau bagi kau rm6 sehari.
aku rm2 saja.
.
dalam diam, fesyen kau menjadi ikutan aku.
aku mula kenal jenama-jenama.
bila kau beli beg puma,
aku pun nak beg itu jugak.
paksa abah suruh beli.
dan abah beli.
tupun membebel separuh hari.
bila abah dan beli,
aku teruja nak tunjuk kat kau.
tiba-tiba kau dah ada barang baru pulak.
ayah kau beli jam swatch yg sgt comel.
aku pun teringin.
tapi dah tak berani nak mintak kat abah.
.
dulu, kalau pegi latihan pengakap,
kalau kau tak pegi, aku pun tak pegi.
sebab aku ada kau sorang ja sbg kawan.
kau pun sama.
.
kita tusyen pun sekali.
macam biasa,
kau jadi perhatian ramai sebab kau CANTIK.
semua berlumba-lumba nak dapatkan nopon kau.
semua tanya aku.
aku masa tu anehnya tak cemburu lansung.
malah berasa bangga sbb dapat kwn yg cantik mcm kau.
.
tapi kau selalu ponteng tusyen.
ayah kau tak marah pun.
aku tak boleh ponteng.
abah marah.
jadi aku sunyi gila bila kau tak datang.
.
ingat tak dulu,
kau selalu sangat call aku.
dulu mana ada handphone.
kau call rumah.
sekolah sesi petang.
jadi pagi2 kau selalu call aku.
bergayut sampai berjam-jam.
sampai kerja rumah semua aku tak buat.
kekadang aku abaikan saja panggilan kau tu.
takut kerja rumah terabai, nanti mama marah.
.
abah selalu tanya,
perkara apa yg dok sembangkan ?
nanti pi sekolah, jumpa jugak.
bleh jugak sembang.
kau selalu cerita pasal boyfriend kau kan?
ala, ketua tingkatan kita tu.
si pengawas yg penuh kontroversi tu.
dia tak suka aku kwn dgn kau.
tapi kau tetap kawan jugak dgn aku.
.
bila naek ting. 3,
aku semakin bengap, dan kau semakin pandai.
aku semakin banyak masalah disiplin.
kau pun sama, tapi dapat ditutupi dgn kepandaian dan kecantikan kau.
ingat tak, masa mak kau dipanggil mengadap oleh pk hem sebab kes black metal yg menjadi2 masa tu.
cuak gila kan kau masa tu.
haha.
padahal semua tu salah paham sahaja.
.
dalam kelas, kita tak penah fokus.
bersembang tak kira masa.
dan selalu ditegur oleh cikgu.
.
tapi bila keputusan pmr dikeluarkan,
kau dapat 8A.
aku hanya dapat 3A 5B.
kau layak ke mrsm.
dan kau pergi tinggalkan aku.
sedih kan masa kita nak berpisah tu.
aku bagi kau hadiah tanda perpisahan.

tinggallah aku keseorangan di sekolah tu tanpa kau.
aku rasa terpinggir.
aku dah tanak duduk di sekolah tu lagi.
aku BOSAN kau takda.
walaupun masih ada beberapa kawan yang lain.
tapi tak sekelas dgn aku.
daripada aliran sains, aku bertukar sekolah.
aku harap dgn bertukar sekolah,
aku dapat kawan baru.
aku tak sunyi lagi.
tapi kat sekolah baru, takda sorang pun yang macam kau.
.
kau pun sama di mrsm.
ingat tak, kau call aku menangis sebab hp kau hilang.
kau hanya dapat ingat nopon rumah aku saja.
no lain, ko dah tak hafal.
.
lama kelamaan, aku semakin suka dgn sekolah baru.
kau pun sama.
tapi kita masih rapat.
masih berjumpa dan keluar bersama kalau kau balik bercuti.
.
bila keputusan spm dikeluarkan,
keputusan aku mmg tak di sangka.
aku masih mendapat keptusan yg baik di dalam subjek2 sains.
cuma subjek kejuruteraan saja yg aku lemah.
dan kau,
aku tau kau mesti dapat straight A's.
tapi bila aku kol kau,
kau pun dapat mcm aku jugak.
4A di dalam subjek yg sama.
aku sangkakan pelajar mrsm pasti akan dpt keputusan yg hebat.
.
aku dapat tawaran ke uitm s.alam utk setahun dlm asasi undang2.
kau pulak dipilih utk ke kolej matrikulasi penang.
kita masih berhubungan seperti biasa.
cuma aku sudah mula mendengar perkara yg kurang enak tentang kau.
.
tamat sahaja asasi, aku ditawarkan ke ukm.
dan kau pula, amat mengejutkan,
telah diberi amaran ke 2 kerana keputusan yang rendah.
ya. bukan kau yg bgtau aku pasal ni.
org lain.
masa ni, masa di matrik,
kau dah mula bangga-banggakan diri kau sebab kau selalu dpt kawan dgn org kaya.
tapi aku diamkan saja.
tapi aku sungguh terkejut apabila kau tidak ditawarkan ke mana-mana uni.
yg adapun kau hanya mengharapkan ke uitm untuk diploma.
bukan ijazah.
.
dan kau dpat tawaran ke uitm utk kos sains persekitaran.
kau tak suka.
kau cakap, takda klas.
jadi kau tanya aku, kolej swasta mana yg best.
disebabkan aku mempunyai ramai kwn di uitm s.a yg sesetengahnya dari private kolej,
jadi aku cadangkan kdu.
kolej damasara utama.
kau sudah mula teruja.
sebab dapat keluar dari kedah.
dapat duk KL.
dapat bebas.
.
tapi mak kau tak benarkan kau jauh dari dia.
jadi dia pilihkan kdu penang saja utk kau.
hm..
di sinilah segalanya bermula.
.
aku tak tau pun pasal suma ini kalau aku tak add kau dlm frenster.
terkejut sungguh aku tgk gambar-gambar kau.
kehidupan kau bermula pada waktu malam.
menari di kelab malam.
dgn pakaian yg..
hurmm..
tapi aku masih berkawan rapat dgn kau.
ingat tak aku selalu cakap kat kau,
kalau nak lepak rumah aku, pastikan kau pakai pakaian yg sopan.
aku tanak mama abah cakap apa2.
dan kau turuti nya.
.
selalunya kalau bertandang ke rumah aku.
kau akan cerita ttg masalah kau yg keliru nak memilih lelaki yg mana.
sorang anak tokey carpet, sorang pilot, sorang anak dato.
aku hanya mendengar saja.
tapi sejak peristiwa tu, kau dah mula berdendam dgn aku.
kau tuduh aku ingin merampas bf pan asian kau tu..
haih.
aku dah ada bf laa.
watpa mau itu budak.
dahla masih sekolah.
.
kau dah mula melemparkan kata-kata kesat terhadapku.
aku dah terangkan hal sebenar.
semua ni hanya salah faham.
tapi kau masih tak percaya.
kau cakap aku mkn kawan.
hm. bodohnya.
persahabatan kita musnah sbb lelaki.
.
dah setelah beberapa tahun tak berhubungan dgn kau.
tiba2 aku terjumpa kembali link ke fb kau.
kau, masih seperti dulu.
cuma makin menyedihkan.
dgn rokok di tangan.
botol carlsberg di tangan.
kau bangga memberi pose terbaik di depan kamera.
dan lelaki yang memeluk kau tu, yg aku yakin adalah bf kau,
pun sama menyedihkan.
aku ingatlagi prinsip idop kau.
biar muka macam longkang, asal duit berkepuk di tgn.
sudah pasti laki itu duit berkepuk.
sbb muka macam longkang.
.
dan seperti biasa,
fb kau hanya dipenuhi dgn puji-pujian.
aku ingat lg masa aku ada frenster dulu.
kerap kali aku hantar komen kat kau.
tapi bila aku bukak page kau je, komen aku suma takda.
aku pelik.
aku tanya kau, kau cakap kau terdelete.
tapi bila aku komen cakap kau makin lawa,
ada pulak komen aku kat page kau.
hm,
baru aku tau, kau hanya approve komen yg memuji2 saja.

dan sekarang aku amat kesiankan kedua2 ibu bapa kau.
sbb mereka sangat2 lah baik.
aku tau mereka taktau ttg kehidupan kau yg menyedihkan kau tu.
sbb kau cukup pandai berlakon di depan mereka.
mereka terlalu memanjakan kau.
apa yg dipinta, semua dapat.
mak kau sangat baik.
kau tak kesian ke kat mereka.
pernah aku merancang dgn sepupu rapat kau,
nak cuci suma gambar-gambar sedih kau dan alamatkan kepada ibubapa kau.
supaya kau berubahh.
aku nak kau berubahhh.
tapi aku rasa kau dah besar.
kau dah boleh pikir sendiri.
.
aku tak sangka sahabat aku yg paling rapat dulu.
dah berubah sama sekali.
dan dengar kata, kau sudah jadi model majalah sekarang.
aku pun, tidak cuba untuk menghubungi kau semula.
ya, aku pun ada maruah diri.
dah orang tak suka.
apa perlu terhegeh-hegeh lagi.
cuma jauh di dalam hati aku,
aku nak kau jadi macam dulu..
kita berkawan tanpa hasad dengki.
tanpa anasir-anasir jahat.
aku pun tak pasti sampai bila kau akan terus begitu....
yg pasti, aku masih merindui kenangan kita dulu..

8 comments:

~♥ cik intan® said...

.buat black mail je
.anta je pic2 tu semua
.huhu ^^

sHaRiFah aNis zAriTh said...

wanie
aku da taip panjang2 td.
tp sbb internet bengom.
aku terpaksa menaip semula.
aku berjaya baca entry ni sampai abeh!
yess.
heee.sila ucap tahniah.

aku da lupa apa nk komen sal kawan ko.
tp, aku bersyukur dpt kawan ngan ko.
wish our friendship remains forever.
:)
syg ko!

saadah saadun said...

kalo dia baca sure dia akan terharu..
serious.. =)

waNiFarees said...

hey babe... aku rasa aku tau sapa kawan rapat hg tuh.. dan rasa tau sapa budak paling cantik tuh... sebab kalo yg rapat ngan hg tu ada skandal ngan pengawas kontroversi tuh.. dia tu ja lah.. glemer 1 skul...


Hmm.. patot la masa form4 hg suka menyendiri.. anyway... hg kawan yg baik... terharu aku baca.. wUUU..
:'(

wanieybintang said...

cik intan: isk. mmg mau wat begitu pd mulanya, tp takut disabitkan atas akta jenayah pula.

anis: TAHNIAH. SYABAS MERE BETTI HEY. sbb ko telah berjaya baca smpai abes entri tah pape ni. hihi.

aku pun bersyukur dpt kwn mcm ko.
aku syg suma kwn2 aku yg syg aku.
mmuahx.

adahku: dia xkan bace.. dan aku xpasti samada dia akn terharu atau bengang sbb aku sibuk pasal hal dia.

wanieybintang said...

mrs.afiqfarees: hg taw ka sapa? hahah. mmg skandal dia dgn pengawas perasan itu diikuti oleh byk pihak. smpai cikgu pon taw wes.
huhuh.

a'ah. aku seko2 je kan time tuh. hihih. sbb bestfren da xda. mmbe sekelas msa form 3 sume klas laen2.tula hg xnak tego aku dulu. hihik.

bebola said...

bebola : gila terharu aku baca..lau dia baca sure habis tisu satu kotak ni

pst = rumet aku rindu gila kat hang

miss E said...

kau! aku suka baca crita ttg kawan2 kau. kau byk kawan2 yg pelik2.. kau! buat lagi crita mcm ini. hehe kau memori kuat. aku ni nk crita pasal kawan byk details aku dh lupa. erm rindu kau dan kawan2 lain :)