29 September 2009

Hebat budak-budak sekarang



hebat budak-budak sekarang.
baru darjah 5, 6 dah ada blog/fs/ms/fb etc.
aku dulu masa darjah 5,6 asyik dengan komik KAWAN, DEWAN PELAJAR, KUNTUM, BINTANG KECIL.
.
hebat budak-budak sekarang.
baru ting. 1,2 dah pandai cakap pasal sex.
aku dulu masa form 1,2 abah mama aku melarang keras aku tengok cite TITANIC.
aku pun tak tau kenapa.
sampai tahun lepas, baru aku tau kenapa sebab baru tergerak hati nak tengok.
.
hebat budak-budak sekarang.
baligh pun belum tapi dah pandai mencarut.
aku dulu sampai dilarang sama sekali sebut perkataan bodoh, babi, ber 'kau' 'aku' (yg ni sampai sekarang) dengan adik aku.
.
hebat budak-budak sekarang.
bulu (bulu ketiak, jgn pk lain) pun belum tumbuh tapi dah gatal nak bercinta.
aku dulu suka tulis tulisan yg funky dekat kertas peperiksaan.
contoh, untuk bahagian nama aku, aku akan tulis-tulisan yg comel-comel dan untuk huruf 'i' , titik kat atas dia, aku suka lukis bentuk love bagi menggantikan titik yg berbentuk bulat.
bila abah tengok kertas exam, nampak tulisan tu.
terus dia jegil mata kat aku.
'awat, dah nak menikah sangat ka sampai dok ber love-love bagai ni?'
.
hebat budak-budak sekarang.
ejaan pun tak betul lagi, tapi dah ada hp sorang satu untuk sms/calling.
aku dulu, sanggup beli botol air bentuk hp yg gedabak tu ada arial panjang sebab teringin benar nak hp.
sampai sanggup pinjam hp mama senyap-senyap (form 1) yg di lock kan keypad nye dan bongoknya aku tak tau nak press # to unlock.
diusungnya hp yg locked keypad tu kat kawan-kawan yg mostly jugak tak reti nak unlock kan.
.
hebat budak-budak sekarang.
pmr pun belum lepas, tapi pakaian dah macam tak cukup kain.
aku dulu, hanya tau oversize t shirt, jeans straight cut, track suit.
.
hebat-hebat.
tentunya ibu bapa mereka lebih hebat lagi.

5 comments:

~♥ cik intan® said...

.ouh, bestnye ceta titanic
.lame x tgk :D

waNiFarees said...

hehehee... stuju!!

nurul said...

betul2
hebat2 dorang
hebat mak ayah dorang lagi
fikirkan

wanieybintang said...

cik intan: ouh. titanic sgt best. tacin banget.

mrs.afiqfarees: yeh.giveme5!

nurul: yer. dorang dan keluarga mereka mmg hebat2 belake

Aku Kau Berbeza said...

mereka hebat kalahkan org berusia..
btw nice entry..*maaf menyebok..