08 September 2011

Memang berkesan !

Seperti yang korang semua dah tahu (ke ada yang tak tau lagi?), aku dah gemuk sekarang. Kenapa aku kata gemuk, sebab bila aku balik rumah tok aku, ramai yang cakap aku gemuk, sampaikan abah pun cakap aku gemuk. Hahaha.Kalau dah abah yang cakap aku gemuk tu, maknanya, memang aku gemuk lah sebab abah tak pernah pun tegur pasal berat badan aku sebelum ni.

Tapi segemuk-gemuk aku ni, takda lah gemuk yang obese tu. Gemuk yang masih boleh diterima (boleh gitu? hehe) Aku tau orang sekeliling tegur aku gemuk sebab sebelum ni dorang dah terbiasa tengok aku yang kurus keding. Aku pun dulu hegeh sangat nak gemuk, nak gemuk, nak gemuk kan? Sekarang dah gemuk, haa, puas hati kau?? 

Sebenarnya, aku sendiri pun boleh rasa yang aku dah gemuk. Seluar jeans bila aku pakai, jadi ketat dan seksi pulak sampai kena marah dengan abah. -___-" Baju kebaya pun dah sendat tapi masih boleh muat. Muka pun dah tembam bila ada lemak berlebihan di bawah dagu. Aku tak paham lah, camna ek aku boleh bertambah berat badan ni. Sebab dulu aku rasa macam jarum berat aku terhenti. Kau makan lah sebelas pinggan nasik pun, gituuu je berat. Tak naik, tak turun. Kalau tak makan, memang turun mendadak. Tambah-tambah pulak, selera aku ni macam jin. Makan,makan,makan. Kekadang tu tak lapar pun. Tapi sesaja seronok mengunyah dan mengisi masa lapang.

Well, aku okey je dengan penambahan berat badan aku ni sebab memang aku nak gemuk pun. Berat aku sekarang aku agak-agak mungkin 53kg kot. Dari 46kg (yang bertahun-tahun tak naik-naik). Haa, tengok. Memang semakin menaik kan? Walaupun aku okey je dengan penambahan berat badan aku ni, tapi aku nak la jugak ada limit nya. Taknak la naik naik dan terus naik kan. Sekarang ni aku cuma nak kurus kan sikit muka aku ni. Dagu i dah tak seruncing dulu tauu. Sob3. Lepas tu, kuruskan peha sikit dan kempiskan perut. Perut tu paling utama yer, sebab perut aku ni dah moncet lahh. Tak best langsung! Pakai baju fit sikit je dah nampak moncet. Baju raya merah aku tu, aku diet dua hari okey, nak bagi muat sebab aku pun gatal pegi beli yang cukup-cukup je dengan badan aku. Memang muat pun dengan badan cuma die terketat tang perut je. hahahha.

Aku rasa tak syok lah bila dah boncet ni sebab sejujurnya aku memang tak pernah buncit. Perut aku sentiasa flat. Makan banyak mana pun, flat jugak. Walaupun masa tu ramai je jeles dengan perut aku tapi aku ni tak reti bersyukur. Tak rasa pape pun dengan perut aku ni sebab aku nak demokkkk. Sebab time tu memang aku kurus punnn. So aku taknak lah nampak kurus sangat.



Haa.. ni masa zaman kekurusan aku. Maaf lah, masa ni aku kurang cerdik sikit, sebab tu posing gedik gitu. Cuba tengok perut aku tu. Flat dan kempis. Masa ni aku baru lepas makan dan aku memang tak kempiskan perut pun masa snap gambar nih.




Ni pun. Kempis jer, walaupun baru lepas makan.


Haa.. Masa ni dah gemuk. Haha. Walaupun gambar beberapa bulan yang lepas, tapi time ni perut aku dah boncet. Masa ni lupa nak kempiskan perut bila orang tu nak snap.hehhehe. Nampak tak?? perut aku tuh?
Baju tu sekarang aku pakai bila aku rasa dah tak moncet je, sebab memang fit pun.


Masa ni pun aku moncet gakkk. Sila lihat perut aku ittewww.


Jadi di atas kesedaran diri sendiri, aku bertekad nak mengempiskan perut aku cam dolu-dolu. Jadi, aku diet. Tak makan nasik, makan roti jer. Memang berkesan sebab aku ni jenis senang nak turun berat badan kalau tak makan. Cuma menjadi masalahnya, aku ni suka makan. Hahahaha. Nak diet ni pun puas berperang dengan minda untuk tak sentuh nasik. Lepas tu jogging. Em. Bukan jogging. Jalan jer. Sebab secara jujurnya, aku memang tak boleh jogging lama-lama. Letih dan mengah oooo. Jadi aku jalan. Jalan sejauh mungkin. Pegi Tasik Kulim, aku buat dalam 4-5 round. Jalan jer. Lepas tu sekitar taman perumahan aku ni. Kat taman perumahan aku ni ada banyak taman perumahan lain kat belakang tu. Banglo-banglo dua tingkat. Dia punya persekitaran pun cantik jer, dengan rumput hijau, pokok-pokok rendang. Sesuai la kalau nak jogging ke apa, lepas tu kawasan tu pulak berbukit kan. Memang basah kuyup lah kau mandi peluh. 

Bagi yang penat nak jogging tu, kau jalan jer. Jalan pun boleh mengeluarkan peluh cuma kenala jalan jauh sikit. Macam jogging ni, kau jogging satu round pun, dah berpeluh sakan. Lepas jogging, balik, aku buat sit up pulak. Sehari 40x. Tapi letih kot masa memula buat sit up ni. Buat lima kali pun aku dah mengah gila. Tapi kalau selalu buat, okey lah. Sit up ni memang boleh mencantikkan perut.  Dannn, memang berkesan weh, lepas aku buat semua tu. Kebaya aku dah muat. Yeay!! Keboncetan makin surut. Yeayyy!! Tapi kena maintain lah. Risau gak aku takut aku buat kejap-kejap je lepas tu malas nak buat dah.

Bab diet tu, aku nak tunggu perut aku kempis dan cantik dulu, baru aku makan nasik dan secara sihat. Kalau nak tahu, dulu aku memang makan suka hati. Masa makan nasik, aku minom pastu makan, pastu minom. Lepas makan banyak tambah dua tiga kali, teros aku booom tido. Mana tak boncet kan?? Tapi dulu, aku buat camtu pun dok kempis gitu gak. Takda efek pape pun. Sebab tu susah la sikit aku nak tinggalkan tebiat aku ni. Tapi kenalah tinggalkan jugak sebab tebiat aku tu dah memberi kesan. Hehe.

Okeylah. tu je nak cerita. Korang-korang tu, cubala tips cam aku ni. InsyaAllah. boleh kempis perut tu. Jangan makan nasik, makan buah ke, roti ke, kueh ke.. Nak makan nasik tu boleh tapi nasik sikit, lauk musti banyak okey? Okey. Bye Assalammualaikum

2 comments:

Teacher Koko said...

haha lekkk la wehh, xgemok mane pon ko tuh...cume berisi sikit pd gamba lama tuh...tp aku suka, comey paaaa....

wanieybintang said...

tak comey koko. perut tu dah overdose. hehhehe