29 April 2010

comel.comel.

.
comel giler la weh,
budak yg jadi budak kecik dalam adamaya tu.
comeyyyyyy.
geram aku.
budak tu, anak kpd sein n lisa dalam cerita tu.
budak ni penah blakon dlm iklan ribena kot.
masa time dlm iklan tu pun aku dah gram sangat dgn budak ni.
comelllllll.
rasa cm nak picit je pipi dia.

Al-Kisah sewaktu temuduga

nak dengar tak?
badan masih tak okay.
tak boleh tidur.
jadi aku nak bercerita sikit lah.
.
kejadian ni jadi masa aku temuduga KPLI dekat IPSAH (Institut Perguruan Sultan Abdul Halim)
aku sampai dalam lebih kurang 9.30am.
temuduga tu katanya start pukul 10am (padahal 11am baru start)
bila sampai je,
aku carila bilik temuduga aku,
ada 4 bilik.
a,b,c,d.
aku jumpa a,b,c ja.
bilik D iaitu bilik aku,
tak de pulak.
berapa kali aku dok pusing tingkat 2 tu,
tak jugak jumpa.
.
so, masa tengah mencari tu,
aku terjumpa lah makcik ni.
staff IPSAH.
bukan pelajar atau pensyarah IPSAH.

aku : assalammualaikum, cik (baik tak aku, tak panggil dia makcik pun) saya ni mai untuk temuduga KPLI. makcik tau dak kat mana bilik D?

makcik : la, kat tingkat 2 tu ada 4 bilik ja. A,B,C,D. tak kan tak jumpa kot? kalau tak jumpa tu, taktau la nak kata apa.

aku : yaka makcik. saya tak jumpa pun. cuma A,B,C, ja jumpa. bilik tu kat wing kiri ke kanan, makcik?

makcik : ni, kat atas tu ada 4 bilik ja. naik atas tu terus jumpa la.

(tiba-tiba ada seorang lagi makcik join)

makcik 2 : awat ni?

(aku terang la semua)

makcik 2 : oo, ada kat tingkat 2 tu, pukul berapa temuduga?

aku : 10am

makcik 2 : ha, kang lambat pulak. makcik rasa kat atas tu. cuba kamu cari lagi sekali.

makcik 1 : alaaa. kat tingkat 2 tu bukan ada banyak bilik pun. dah pusing banyak kali tak jumpa-jumpa ??? (dengan muka berkerut yang ala-ala perasan cun)

aku : ha, takpa la makcik, saya pi cari lagi sekali no. terima kasih yaa. (aku pun nak blah)

makcik 1 : pelik btoi. camna cari. 3 kali cari pun tak jumpa, memang pelik. ada 4 bilik ja kat atas tu, takkan la tak jumpa?

aku : (sambil berjalan nak blah) (sambil senyum) sebab saya cari tak jumpa la saya tanya macik.
kalau saya tau katmana, saya tak tanya dah makcik.takpa la makcik. terimakasih noo.

aku dah jumpa bilik D tu.
mungkin sebab aku nervous, jadi tak dapat cari.
tengah aku dok seronok-seronok borak dengan member aku dekat bilik temuduga tu.
makcik 1 muncul kembali.
nak buat apa ntah kat bilik tu.
pastu dia nampak aku.

makcik 1 : ha, dah 4 kali pusing baru jumpak ka? (dengan senyuman yang paling sinis sekali)

aku : ala makcik, saja la saya nak buat lawatan sambil belajar. bukannya penah dok mai sini. hahahaha (gelak setan)

makcik 1 : (masam je muka)

hahahaha. awat ntah makcik tu. jeles ke dengan contact lens cekelat aku, and dia tadak. hahaha. ok. takda kaitan.





gambar takda kena mengena.
before temuduga kat kolej PTPL,Penang.

28 April 2010

seek, sick, six


.
.apa yang aku sedang alami sekarang.
:(

27 April 2010

sedikit update.


hye.
aku dah melepasi 2 temuduga.
tinggal 1 temuduga ja lagi.
macam kena ja semua tarikh-tarikh temuduga tu.
yg 1st 24hb
2nd 26hb
3rd 28hb.
kira ada la masa aku nak prepare kan.
so, esok temuduga untuk Kolej PTPL.
kena buat mock teaching utk The Tempest (William Shakespeare's play)
dengan Letter of Complaint.
nak kena prepare dalam bentuk powerpoint.
sesiapa yg ada idea utk membantu aku, sila-sila lah.
sebab aku tak ready apa pun.
hahahah.
.
yg letter of complaint tu nak buat complaint pasal ape ek?
layanan yg buruk sewaktu di hospital ok tak?
aku rasa isi tak penting.
mungkin yg penting nya, cara-cara nak tulis surat rasmi.
date letak kat mana, tajuk kat mana
ntahla. doakan ya aku untuk esok.
.
temuduga yg pertama tu, MEDSI (24.4.2010)
ok ja jawab.
cuma aku sampai lambat sebab jalan sesak.
so, macam bila sampai tu, dgn tercungap2 nya,
cari tempat duduk lagi sbb ikut angka giliran.
pastu fikiran pn jadi mcm tak stabil sikit.
sebab kelam kabut kan.
tapi berjaya siap dlm masa 20mins.
300 soalan in 20mins.
sempat check balik semua.
dahla sebelum nak pegi test tu, ic aku cari tak jumpa.
adeii , mmg berpeluh-peluh.
nasib baik last-last tu jumpa.
.
temuduga yang kedua,
KPLI,
ok je.
everything went well.
alhamdulillah aku tak nervous.
maybe tunggu turn lama sangat,
membuatkan aku bosan.
jadi dok borak-borak dgn calon-calon lain,
tetiba nama aku dipanggil masuk.
kira tak sempat aku nak nervous semua,
dah dipanggil.
so masa masuk aku sengih ja kat panel-panel.
aku boleh bercakap, buat mcm panel tu member-member.
kira aku tak nervous la.
TETAPI.
spoil kat dua benda.
ko-k aku sebab aku tak byk sijil,
n segala sijil semua aku letak dalam box file (yg baru dibeli di koperasi di tpt temuduga)
yg pasal sijil tu, aku mmg lupa gila2 la, ada ke letak dlm a4 envelope.
padahal dah berlambak intebiu aku dok pi sebelum ni,
mmg aku dok letak dlm folder file tu.
ttba intebiu penting cam KPLI ni, boleh nyanyuk letak dlm box file.
aku rasa mlm tu aku nervous tahap kambing punya,
jadi tak smpat pikir pasal tu.
so, dorang cakap aku punya command of english semua takda masalah,
cuma tula.
2kesalahan bodo yg aku buat tu.
entahla..
berserah je kepada ALLAH SWT.
si panel tu cakap, balik ni semayang, mntak doa byk2.
huhuhuh.
sebelum tu aku ada berbahas something dgn panel tu.
dia tak puas hati dgn statement aku.
dok debate punya debate,
aku mcm mls nak debate lg,
aku ngaku kalah je la.
iyekan je apa yg dia ckp.
kang tak pasal marks kena deduct pulak.
kalau nak tunjuk pandai pun mesti kena pada tempatnya.
betul tak?
ekekekekek.
.
ok2.
aku nak pi buat preparation untuk esok.
babaiiiiiiiiiii.
:)

23 April 2010

bajet bintang~!!!

ko pulak bajet mat salleh. hahaha.

Ask me anything. I'll answer.

awat tetiap kali aku nak komen dia kuaq ayat ni "We're sorry, but we were unable to complete your request." Pastu kena buat komen len?

komen tang mana cek? kat formspring ni ka? aku rasa formspring aku ada masalah sikit kot. aku pun bukan reti sgt. ekekeke.

Ask me anything. I'll answer.

hye. saya malas nak study. :)

.
aku rasa aku nak buat entri rahsia.
sesiapa nak baca kena mintak permission.
sebab aku taknak seorang spy blog aku ni baca.
dulu aku private kejap pun sebab dia la.
aku taktau la cemana nak buang dia ni dari list folllower aku.
sebab aku tau perangai dia ni.
dia akan heboh semua cerita aku kat kawan2 aku yang lain.
ramai yang dah terkena dengan dia.
sebab tu aku kena berjaga-jaga dengan dia.
kalau dia terbaca dalam blog ni, kalau aku ditimpa masalah,
dia akan konon2 nak jadi pendengar yang baik.
padahal dia tengah korek rahsia nak bagitau dekat member-member lain.
sebab tu, dalam blog ni aku jarang cerita yang sedih-sedih.
yang happy-happy ja selalu.
sebab ada orang akan gembira kalau aku sedih.
sekarang ni aku tengok hidup dia macam terumbang-ambing je.
tula, lain kali jangan sibuk-sibuk pasal hal orang lain, hal sendiri tak terjaga.
kerana mulut, badan binasa.
.

.
p/s: tak start langsung pun buat esei. arghhhhhhhhhhh. baloq liat nya anak azim ni.

22 April 2010

siapa suka madu?

.
.
ada orang suka madu?
madu manis kan?
tapi kalau selalu makan madu, boleh mendatangkan penyakit kan?
sebab tu aku tak nak madu sebab aku tak nak cari penyakit.
.
pada sesiapa yang berusaha nak menjual madu kat aku tu.
hentikanlah.
aku tak suka madu.
siapa yang suka bermadu, ye tak?
aik ??
.wink.wink.

21 April 2010

what is happening to me?

.
boleh tak aku nak kata semakin dekat hari temuduga, aku menjadi semakin bongok English.
perkataan simple pun aku boleh lupa.
tetiba semua lupa.
huhuh.
takotttt.

20 April 2010

persoalan

.
jahat ke aku ni?
tapi nak buat macam mana,
semua yang mendekati aku daripada golongan itu.
aku nak buat camna lagi.

syukur Alhamdulillah.. tapi

.
tadi baru dapat call dari Kolej PTPL.

aku dapat panggilan temuduga untuk English Lecturer.
Gaji pun boleh tahan.
tapi buat aku fikir banyak kali sebab.
.
- temuduga dalam minggu ni jugak(kalau termasuk ni, ada 2 temuduga + 1 exam) semua dalam satu minggu. hm. boleh ke?
- kolej tu dekat Penang. kira memang over the sea la. kena cross the bridge. kena drive ke sana. so, duit minyak pegi balik. jauh tak eh, Kulim dgn Pulau Tikus?
- ada kelas malam untuk aku mengajar. paling lewat sampai pukul 9pm. (boleh ke? kalau rumah dekat dgn kolej takpelah jugak)
.
aku tanya abah, abah kata,
takpe, try lah pergi temuduga tu dulu.
kalau dah dapat, baru fikir benda-benda kat atas tu.
dahla nanti ada mock teaching.
nak kena prepare lagi nih.
dgn interview KPLI pun tak sentuh apa pun.
.
hurm.
anda-anda tolong doakan saya ya.
apa-apa pun aku bersyukur pada Allah sebab dapat peluang-peluang ni.
.
okey.
babaiii
.
p/s : pssst. miss zawani. umur sudah ditukar. wahahaha. biasa lah, org tak dpt terima kenyataan ni cam ni lah. hehe

18 April 2010

hai semua.


motip ko nak tunjuk readers digest edisi jun 2008 ?
terpaksa korek balik rak buku aku cari readers digest yg lama-lama.
hahah,
nak tau kenapa aku gigih baca tetiba?
nanti aku cerita.
.
buruk kan lappy aku tu?
tapi banyak berjasa toshiba aku seketoi ni.
4 tahun dah berjasa ni.
walaupun kau berat macam bata,
webcam pun tadak.
dvd player pun jahanam habis.
but i still lap u poreber, k.
.

hai,
lawa tak foundation baru aku?

formspring.me

Ask me anything. I'll answer. http://formspring.me/wanieybintang

formspring

.
korang pernah dengar tak 'formspring'
aku baru buat je menda alah ni bulan lepas.
macam teruja sikit kan,
tengok semua nya pakat-pakat dok buat.
padahal masa tu taktau apa kejadahnya 'formspring' ni.
selepas melakukan kajian menyeluruh, baru la aku tau 'formspring' ni kira macam satu medium la bagi korang-korang nak tanya soalan apa-apa.
tanya ja apa-apa.
kalau dah malu nak letak nama sendiri,
boleh la klik 'ask anonymously'.
.
so aku ni walaupun dah buat,
tapi takda sapa pun nak tanya.
sungguh kasihan kan?
sob.sob.
sedarlah diri kau tu tak pemes wahai waniey.
hahaha.
aku pun baru log in buat kali kedua sebab terlupa password.
hehe.
so kat sebelah ni, korang boleh tengok aku letak widget formspring tu.
so kalau nak tanya apa-apa pun sila lah.
kot-kot teringin nak tanya kenapa aku suka syok sendiri ka,
boleh, boleh, sila, sila.
.
aku sebenarnya ada baaaaanyaaakk sangat nak cerita kat blog ni,
tapi apakan daya, nasib la korang jad reader kepada blog yang tuan punya dia adalah pemalas.
topik-topik hangit yang aku teringin nak cerita adalah
.
- pasal spek baru. aku nak buat spek baru, jadi nak survey-survey yang mana cun.
- pasal accident. sebenarnya dah lama accident ni, tapi aku nak cerita sebab first time accident
yang melibatkan darah-darah ni. huhuhhhh
- pasal lelaki yang dah berawek tapi still gatal
- pasal aku yang dah berubah jadi seorang yang berfikiran positif.
- pasal temuduga SPA kat a.setar yang macam !@#$$%^% hari tu.
- pasal seseorang yang aku pernah jual mahal tu. :p
- pasal aku yang ada resdung
- pasal home made oreo ice cream yang aku buat, utk kali kedua

banyak kan?
aku pun tatau lah sempat tak aku nak cerita semua tu.
terlalu banyak.
hurm.
nantilah aku cerita yang mana aku rasa best.
hehehe.
padahal nanti mesti bosan gak org baca.
oklah.
nak pi makan.
byeee.

17 April 2010

let's just forgive and forget.

.
she apologized.
:)

manusia.

.
_________________________
edited
_______________________

:)

.
SYUKUR ALHAMDULILLAH~

13 April 2010

Miss Kelly Clarkson

.
.

aku teringin la nak pegi tengok konsert dia kat Malaysia nanti
teringin sangat-sangat.
sebab aku minat semua lagu dia.
lagu dia semua best.
first main kat radio pun dah ngam dengan telinga aku.
kira sangat ear friendly la. hehe.
sebelum ni sape-sape je artis hollywood yang datang malaysia,
aku tak penah teringin pun nak pi tengok konsert dorang.
dan aku tak pernah tengok konsert kot seumur hidup aku.
jangan harap der mak bapak aku nak bagi pegi tengok.
haha.
so aku pun dah terbiasa camtu, keinginan nak tengok tu pun takda.
tapi tetiba teringin sangat nak tengok konsert Kelly Clarkson ni.
hmm.
dulu LinkinPark datang Malaysia pun aku teringin sangat nak tengok jugak.
ada 3 artis je yang aku teringin nak tengok konsert dorang.
LP, Eminem, Kelly Clarkson.

aktiviti sorang-sorang

.
dah lepas dah gian aku nak ber karaoke.
dulu masa kat uni.
selalu ja pi melalak kat tempat karaoke.
dah balik rumah ni,
tak boleh nak karaoke sebab mic rosak, vcd player pun rosak.
so dah lama gila tak karaoke.
.
pastu, hari tu abah pi beli mic baru,
dvd player baru.
dulu-dulu, dah lama dah,
dalam 6-7 tahun lepas,
abah ada beli vcd player yg dulu tengah hot tu.
ala, yang kalau lagu dimainkan,
dia ada cam corak-corak colourful je kat skrin tu.
hehe.
beli satu set dengan 4 bijik speaker.
kena bebel jugak la dgn mama 10 hari 10 malam.
pastu beberapa tahun guna, dah rosak.
sayang gila.
dah la ribu riban beli.
.
pastu beli vcd player yang cikai punya kat carrefour.
tapi yang tu takleh karaoke,
hanya bleh tengok cd ja,
dvd pun takleh tengok.
hei. sangatlah cikai.
.
pastu tah camne yang tu pun rosak.
pastu aku ttbe rasa gian nak karaoke.
aku cakap kat abah.
abah pun kaki karaoke gak sebenarnya.
so, dia pi beli mic, dvd player sume,
pastu beli usb amenda tah supaya boleh connect dgn speaker 4 bijik yang lama tu.
so boleh guna balik la speaker tu.
.
pastu hari tu pi shopping cd karaoke.
ha, berapa keping aku amek,amek dan amek.
tapi tension arr,
lagu omputih takda lak yg versi karaoke.
aku ingat nak amek lady gaga ke, kelly clarkson ke,
bagi abah joget skit kan.
hahahah.
tapi takdo pulak.
.
takpelah,
so aku amek lagu melayu je la.
lagu jiwang pulak tu semua.
hahahaha.
.
so tadi,
aku nak melepaskan gian aku.
pasang karaoke,
lagu siti dgn pojiah letip yuuuu.
hahaha.
dengan speaker baguih punya kan.
aku mmg cam lupa diri jap ar.
rasa cam tgah dok karaoke kat tempat karaoke.
tapi aku gi tutup semua pintu tingkap rumah dulu.
segan la wei jiran dengar ada katak dok nyanyi.
hehehe.
.
skang ni, sora dah takdak.
tapi puassss.
puas giler lahh.
aku tak puas hati,
nak jugak cari cd karaoke omputehnya.
kat mana ntah nak cari.
.
ni kalau mama tau aku dok melalak ni,
kompom kena sound
'caq ni dari dok melalak tak tentu hala, baik habiskan baca quran tu, lagi bapa juzuk lagi?'
haa, amek ko.
jalan tunduk tengok lantai terus lepas tu.
mama tak minat semua-semua ni.
aku dengan abah ja minat menda-menda camni.
macam, gajet-gajet computer, camera, aksesori kereta, handphone, tv n etc.
semua tu aku dgn abah minat.
mama minat pasu-pasu, sofa-sofa semua tu lah.
hehe.
aku minat gakla skit-skit menda tu.
.
oklah, aku haus lah.
dok melalak jer.
pasni nak try cari dvd karaoke linkinpark pulak.
baru rockk.
ok bye semuaa.

random.

.
.



p/s : jangan terkejut kalau next entri, aku sengih, gigi dah rongak semua.

08 April 2010

aku yang pemalas.

.
nak buat itu malas,

nak buat ini malas,
intebiu dah dekat
tapi malas study.
baru baca 40 m/s dah perasan hebat
padahal kau kena habiskan satu buku tebal tu.
aku memang pemalas,
nak habiskan entri ni pun aku malas.
ok bye.

06 April 2010

julian smith, you made my day. aww !

.
i am starting to love this guy and all his videos.
he is funny and kinda cute too.
i think that he resembles ashton kutcher
although many say he is more like roger something (the tennis player)
so, here are some of my fav.
enjoy~



.

.

.

.
i found this one is rather creative. these sounds are the actual sounds from the Jeep.

apa perasaan kau

.
kalau kawan lelaki yang kau selalu huha huha, bergurau kasar, bergelak ketawa macam setan bersama-sama tetapi telah terputus hubungan selama beberapa bulan tiba-tiba add kau dan chat di fb chat '
awak ni manis, kan?'
.
apa perasaan kau kalau, kau dengan bersungguh cuba ingatkan dia kembali kau ni adalah kawan yang dulu pernah bergurau dan bergelak ketawa dengan dia satu masa dulu, dia pura-pura ingat kau dan terus berkata '
tak kisahlah semua tu, kau single (tengok kat status relationship di fb) kan sekarang, mai la nombor hp'
.
apa perasaan kau kalau masih lagi tak puas hati, dan cuba ingatkan dia bahawa kau dan dia adalah KAWAN dan saling mengenali tetapi soalan seterusnya adalah
'wani, pleaseeee aku nak nombor kau boleh?. aku pun single.'
.
apa perasaan kau kalau kau bengang dan terus remove dia dari friend list, dan dalam dua saat dapat mesej kat inbox yang isi kandungannya adalah '
wani, aku nak no hp ko, bagilaa.'
.
adakah jantan ini saiko atau saiko adalah jantan itu?
.
p/s : even kalau dia tu bukan kawan aku, dan tu adalah cubaan dia nak ngorat aku, takdanya aku nak layan. baru kenal dua saat terus tanya aku single ke skang. bodo ke apa.
ok, dah janji taknak think negative about people kan. tapi nak buat camna. kes ni memang buat aku ada negative thoughts pun. hehe.
.
byee.

to mama

.
mama dah pergi kursus di Langkawi selama 4 hari.
aku pesan coklat banyak-banyak.
hehe.
tobleron puteh banyak-banyak dan daim banyak-banyak.
hersheys takmau sebab dah bosan.
:)
lepas ni aku geng dengan abah ja la buat sementara waktu.
dah mama tiada di rumah.
minggu lepas abah pergi kursus di Bangi selama seminggu.
aku ber geng dengan mama ja la seminggu tu.
skang ni mama pulak.
semoga mama selamat sampai dan selamat pulang.
mama, enjoy yer kat sana.
mesti mama best kat sana sebab ni kursus mengenai persaraan.
kareer apa yang boleh diceburi selepas bersara.
sounds interesting.
hehehe.
mesti mama tak sabar ni nak bersara.
sabar ma, lagi beberapa bulan jaa.
heee.
okla.
babaii.

03 April 2010

insanity in me.

.
i have to change.
seriously, i feel that i have so many negative thoughts that are trapped in my big head.
negative thoughts as well as negative attitudes.
i am not that good, i have to admit that.
so, i want to change.
because i don't want to keep blaming others for those mistakes.
although sometimes they were actually the one who i should put the blame on.
but, i wouldn't get anywhere by pointing fingers to others.
problems can't be solved by blaming others.
even if it was really their fault,
i should sit back and start thinking on how to solve the problem,
instead of getting mad or angry and hoping that things would be okay by cursing them and saying those f words to them.
.
sometimes, it was my fault.
yeah, they started it,
but i took it too personal and things would get worse and worse.
i have to more cool,
and more relax.
the problem is, i get angry too easy.
yeah.
that's me.
say something bad about me, and
the next thing you know is i am standing in front of you holding a knife.
or to make things easier,
i would delete them straight away from my life.
just press the 'delete' button and it's done.
as simple as that.
.
but the problem is, i don't get mad for long.
after a while, i would somehow, be okay.
so this is where everything started to be a bit complicated.
since i have deleted them from my life or
they might have been dead, killed by me.
i would go crazy thinking, how am i going to make up with them.
how ??
things would get pretty awkward or arghhh.
i just don't know.
actually the main point here is how i am going to make things go right again.
sometimes it would involve my family, work, friends, my stuff, my cat
and myself.
i want to get rid of these negative thoughts from my BIG BULGING HEAD.
haihhhh !
.
it's still not too late for me to change, right?
you don't have to wait for New Year to come in order to change.
you can definitely change yourself a few months after New Year.
like me.
haha.
but i don't know.
i want to change for the sake of myself.
because this is involving my future.
bad attitude = dark future.
am i right?
.
so that's it.
i'm not too good to be a Saint
and i'm not that bad to be a two horned Devil.
but i was a devil back then.
tapi retired already lah.
it was tiring you know.
being bad is not that fun.
haha.
ok, that's all for now.
bye~

buku dah beli

jadi jom study.
dasar-dasar kerajaan adalah blablabla
zZzZzZ~