18 April 2010

formspring

.
korang pernah dengar tak 'formspring'
aku baru buat je menda alah ni bulan lepas.
macam teruja sikit kan,
tengok semua nya pakat-pakat dok buat.
padahal masa tu taktau apa kejadahnya 'formspring' ni.
selepas melakukan kajian menyeluruh, baru la aku tau 'formspring' ni kira macam satu medium la bagi korang-korang nak tanya soalan apa-apa.
tanya ja apa-apa.
kalau dah malu nak letak nama sendiri,
boleh la klik 'ask anonymously'.
.
so aku ni walaupun dah buat,
tapi takda sapa pun nak tanya.
sungguh kasihan kan?
sob.sob.
sedarlah diri kau tu tak pemes wahai waniey.
hahaha.
aku pun baru log in buat kali kedua sebab terlupa password.
hehe.
so kat sebelah ni, korang boleh tengok aku letak widget formspring tu.
so kalau nak tanya apa-apa pun sila lah.
kot-kot teringin nak tanya kenapa aku suka syok sendiri ka,
boleh, boleh, sila, sila.
.
aku sebenarnya ada baaaaanyaaakk sangat nak cerita kat blog ni,
tapi apakan daya, nasib la korang jad reader kepada blog yang tuan punya dia adalah pemalas.
topik-topik hangit yang aku teringin nak cerita adalah
.
- pasal spek baru. aku nak buat spek baru, jadi nak survey-survey yang mana cun.
- pasal accident. sebenarnya dah lama accident ni, tapi aku nak cerita sebab first time accident
yang melibatkan darah-darah ni. huhuhhhh
- pasal lelaki yang dah berawek tapi still gatal
- pasal aku yang dah berubah jadi seorang yang berfikiran positif.
- pasal temuduga SPA kat a.setar yang macam !@#$$%^% hari tu.
- pasal seseorang yang aku pernah jual mahal tu. :p
- pasal aku yang ada resdung
- pasal home made oreo ice cream yang aku buat, utk kali kedua

banyak kan?
aku pun tatau lah sempat tak aku nak cerita semua tu.
terlalu banyak.
hurm.
nantilah aku cerita yang mana aku rasa best.
hehehe.
padahal nanti mesti bosan gak org baca.
oklah.
nak pi makan.
byeee.

1 comment:

waNiFarees said...

tak bosan!! aku sukaa!!