29 December 2011

Update.

Dah bosan dengan segala status menangis, bersedih, marah dan macam-macam lagi pasal Tentang Dhia, bukak pulak blogspot, tengok di dashboard pun, entri semua mengenai Tentang Dhia jugak? Adoi. Aku hanya tengok Tentang Dhia episod pertama kemudian, tv pulak takda siaran (di rumah sewa) dan membuatkan aku lupa seketika tentang drama tu. Sekarang aku kembali ke rumah sewa, dan bosan sebab tv di rumah ni hanya ada siaran TV3 dan NTV7, jadi terpaksa lah layan TV3. Kebetulan sewaktu tekan suis tv Tentang Dhia sedang ke udara.Tak sangka pulak itu adalah episod terakhir. Kelakar pulak aku hanya sempat tengok episod pertama dan episod terakhir. Takpe, kita lupakan sebentar tentang Dhia, cerita tipu yang telah berjaya mengalirkan air mata penonton-penonton di luar sana.

Cuma nak update sikit, sekarang ni musim menyuarat. Walaupun cuti sekolah berlum berakhir, tapi aku dengan gigihnya hadir ke sekolah untuk mesyuarat selama lima hari sehingga pukul 4 petang. Saya yang menurut perintah tak layak untuk membantah. Aku dah rasa selesa sebab, banyak perkara yang buat aku serabut dulu, aku dah mula faham satu persatu dengan bantuan guru-guru di sini yang sangat-sangatlah baik hati. Guru besar yang memahami. Apa lagi yang aku nak? Ini semua lebih baik dari apa yang aku harapkan. Aku sampai sekarang masih hairan kenapa mereka sangat baik, sanggup membantu aku, bergurau senda dengan aku, berborak dengan aku padahal aku satu-satunya yang lain bangsa di situ. Aku tau, sempit kan pemikiran aku? Tapi aku cakap berdasarkan pengalaman. Pengalaman aku sewaktu menjalani 'Pengalaman Berasaskan Sekolah' dahulu di SJKC jugak, menunjukkan guru-guru di sana agak bersifat perkauman. Entah la, mungkin tempoh beberapa minggu di sana belum cukup untuk aku menghakimi mereka. Tapi first impression aku pada mereka dah lain. Bukan kah first impression itu penting? Dan juga pengalaman aku mengajar anak-anak berbangsa ca ya nun alip sewaktu di pusat tuisyen dulu menggambarkan betapa mereka bersifat perkauman. Tapi lain pula di tempat aku ni. Semua sangat lah baik. Aku bersyukur sangat aku ditempatkan di sini dan tidak di tempat aku menjalani program 'Pengalaman Berasaskan Sekolah' dahulu walaupun sekolah itu terletak dekat sangat dengan rumah aku.

Sepanjang mesyuarat ni, pelbagai isu dibincangkan. Dan pelbagai tanggungjawab diagihkan sebagai persediaan untuk tahun 2012. Bahu terasa berat. Tapi stail aku, aku malas nak fikir banyak, malas nak serabut. Macam kawan aku kata 'worrying is like you holding an umbrella waiting for the rain to pour down'. Paham tak? Macam, kau serabut, risau, dan fikir pasal masalah tu sampai satu kerja pun tak jalan sebab kau asyik fikir masalah tu. Jangan macam tu. Bazir masa. Walaupun banyak kerja, dan ada yang aku pun masih keliru tentang apa yang perlu dibuat, aku hanya mahu tenang. Sebab, aku bukan keseorangan. Ada lagi 10 orang guru di situ yang boleh membantu. :) Sekarang strategi aku, siapkan kerja yang perlu dihantar dahulu, yang akan dipantau oleh PPD (takut !) dahulu. Sebab, kalau kau terus fikir untuk berpuluh-puluh kerja yang kau kena buat tu, otak kau terus akan jadi jem strawberry. Jadi, kita setel satu-satu dahulu mengikut keutamaan. 

Jangan fikir bilangan murid di sekolah aku kecil, maka kerja pun sikit. Mungkin bab menyemak kertas ujian atau buku latihan tu bukan lah beban utama di sekolah aku ni.Tapi urusan pentadbiran yang menjadi keutamaan. Buat masa sekarang aku kena update setiap fail yang ada. Fail KSSR, Fail Panitia, Fail Showcase, Fail Induk, takpayahlah nak jelaskan lebih-lebih. Buat orang muak je. Nasib baik aku tak pegang jawatan Ketua Panitia BM memandangkan satu-satunya guru BM dah bertukar. Tapi aku kena jugak mengajar BM Tahun 1 dan Tahun 6. Memang aku orang Melayu dan pandai cakap Melayu, tapi bukan senang nak mengajar Bahasa Melayu. Tapi jangan serabut, aku akan call Kak Noor (guru BM sebelum ni) untuk mendapatkan tips-tips. 

Lupa nak cakap, tetiba GB lantik aku jadi Guru Penyelaras Sukan, Guru Ko-k dan apa lagi ntah aku pun dah lupa. Selambe badak je aku lupa kan? Takpe, nanti aku semak carta organisasi. Aku yang tak suka bersukan ni dilantik jadi Guru Penyelaras Sukan? Terbaik. Saya yang menurut perintah.
.
Itu je kot yang aku nak cerita. Assalammualaikum

2 comments:

Masjue Masjuwita said...

selamat bertugas kak..

semakin hangat di pasaran la akak ea.

mana tak nye, bnyak giler jawatan..

btw, haiting kak >.<

Masjue Masjuwita said...

#hwaiting :p