Memang setiap kali aku masuk bank tak kira lah bank mana untuk keluarkan duit, pasti ada insan yang datang mintak tolong aku untuk keluarkan duit depa. Tak kira lah, pakcik ke, makcik ke, uncle ke, auntie ke, mat Bangla dan Nepal pun ada dan yang paling mencabar seorang lelaki India yang bisu (tapi aku tak pasti beliau pekak atau tak). Dah orang mintak tolong, aku tolong dengan ikhlas. Tadi pun ada auntie ni, tetiba aku nak keluarkan duit, tetiba dia datang rapat kat aku dok usya skrin ATM. Aku pun macam aikkk sambil tengok muka auntie India ni. Pastu dia kata dia nak mintak tolong, dia tak reti nak guna mesin tu. Ok ok auntie, auntie tunggu turn auntie dulu, nanti saya tolong ekkk. Dalam bank tu, punya ramai orang beratur, aku jugak yang menjadi pilihan. Macam ada ayat perasan je kat situ. Kih3. Yala, aku rasa aku ni muka manis, comel dan baik hati kot. Sebab tu semua datang nak mintak tolong kat aku. Kahkahkahkah. Lempang saya pliss. Tak pun muka aku ni macam muka pegawai bank. Aku rasa aku mungkin patut jadi pegawai bank dan bukan seorang cikgu.
People that don't know her, think she's quiet. People that know her, wish she was.
29 September 2012
28 September 2012
Indahnya Berhujung Minggu di Rumah
Hari ni teacher waniey pi sekolah berkebaya biru. Ceceey. Nampak cam mok je. Haha. Sebab asyik pergi kursus tak habis-habis. Kalau pergi kursus pulak dapat makan free yang sedap-sedap. Dah makan free kan, sapu ajerrr. Haha.
Tadi aku masuk kelas Tahun 4, Fathullah cakap. "Wow! Ni hen mei li," Aku sambil senyum kambeng balas,"Xie xie ni". Kihh3. Bebudak ni memang jujur kan. Perahsan 15saat aku di situ.
Sekarang sudah berada di Kulim. Bestnyer *sambil pejam mata menikmati* Best tau balik rumah jumpa familli. Aku tak faham depa-depa yang tak suka balik kampung tu. Walaupun dulu aku duk di Bangi dan Shah Alam dulu, aku sangat kerap balik rumah (walaupun naik bas ekspress, tetap gigihhh). Dok Ipoh pun sama, selalu balik (sebab dah ada kereta, lagi kerap). Sebab aku rasa dengan famili lah aku rasa paling tenang. Ni ada sesetengah tu, tambah-tambah yang baru jejak kaki ke tengah bandar tu, terus lupa kampung. Konon nak lepak-lepak sana time hujung minggu. Baik balik tatap muka mak abah. Lagi best. :D
Tu je lah nak bebel. Malam ni nak update lagik. Rasa rileks sikit, sebab banyak kerja dah setel. Tapi minggu minggu seterusnya nak kena setel lagi dua kursus selama lapan hari dari pukul 8pagi - 5petang. Erkkkkk!! Pengsannn!
p/s : BONOS BONOS BONOSSSS! Terima kasih PM ! :)))))
27 September 2012
Part II (Sungkai yang Scary!)
Assalammualaikum! Maaf ! Baru sempat nak sambung part II ni. Sibuknyaaaa aku mencari rejeki. Ok, sebelum aku melalut, baik, aku sambung lekas-lekas. Jadi, aku bertolak ke Sungkai dalam pukul 5.30 petang camtu. Gelap dah masa tu. Dengan hujan lebatnya. Aku sangat lah malas nak drive. Time-time camni, aku patut kat rumah, lepak atas tilam (sebab takde katil rumah sewa aku ni) sambil online. Tapi aku gagahkan jua diriku.
Aku drive ikut GPS aku tu. Sebab aku rasa dah lewat, aku terpaksa pecut. Aku takmau sampai malam. Nanti susah nak cari jalan. Sepanjang jalan tu, aku agak susah hati la, sebab tempatnya aku masih kurang pasti kat mana, kan. Dahla sensorang. Disebabkan aku seorang yang kental, cewahhh, aku abaikan je perasaan aku tu. Tengah syok drive, tetiba aku rasa minyak macam dah tak berapa banyak. Disebabkan, aku taktau kat depan nanti, ada ke tak stesen minyak, aku berhenti isi minyak kat RNR siap-siap. Aku nak pastikan minyak aku penuh je. Aku taknak, nanti dah sampai Sungkai tu, minyak tinggal sikit, pastu aku kelam kabut nak pegi isi. Dahla nak dekat malam. So, aku stop di hentian Tapah isi minyak. Aku bubuh minyak sampai melimpah ruah abaq hang. Hahahaha. Nasib baik abang petrol (sori bang, cheq taktau nama abang) mai tulong. RM15 je dah penuh dah tangki aku tu. Sebenarnya minyak banyak lagi dalam tangki, tapi aku saja dok buat menggelabah nak isi siap-siap.
Perjalanan diteruskan dengan hujan yang sangat lebat. Alahai, hujan, kamu taknak berhenti ke? Kamu setia menemani saya sepanjang jalan ye. Terima kasih hujan. Aku lalu banyak jugak exit. Teluk Intan, Lumut, Ipoh, Gopeng, sampaikan tempat yang aku praktikal dulu pun aku lalu. Aku mula lah nak mengomel, apehal lah jauh sangat. Aku agak-agak dalam 170km camtu kot. Rasa-rasa lah. Pastu aku pecut, dalam pukul 7.30malam gitu, aku dah masuk exit Sungkai. Rasa lega sikit sebab dah hampir sampai. Cuaca pun hujan renyai-renyai.Langit pun hampir-hampir gelap. Sejuk sangat. Lepas je bayar tol, aku bajet dah nak dekat sampai lah kan, sekali jauh lagikk. Masa tu dah gelap dah. Aku melalui satu kawasan ni. Gelap gelita. Lampu jalan takdak. Kereta pun takdak., Kiri kanan kelapa sawit. Aku punya lah takut. Dalam 15minit drive ada lah bangunan apa ntah, ada la lampu sikit menerangi kawasan tu. Tapi lampu pun samar-samar je. Korang bayangkan tempat tu memang gelap gelita. Dahla jalan tu, takda line putih tengah-tengah tu. Risau aku takut termasuk jalan bertentangan dengan keadaan gelap macam tu. Selepas setengah jam, mula ada seketoi dua lampu jalan. Aku masih lagi ikut GPS aku tu. Aku ikut je tempat yang aku set tu, ntah betol entah tidak. Pastu, aku terlepas satu simpang GPS suruh aku masuk ke tempat yang aku set tu. Kawasan tu gelap, dan aku tak nampak. Terpaksa buat u-turn ni lampu isyarat di depan. Bila nak dekat sampai je, aku slow, dan aku tengok dekat pintu gerbang tu, memang di situ lah tempat kursus aku. Fuhhh, legaaa. Jumpa jugak! Tapi kawasan dia gelap. Macam kawasan kampung dalam tu. So, aku masuk, lalu dekat pondok penjaga tu, tanya dengan pakcik polis. Ada lagi ke bilik kosong. Pakcik tu tanya, aku ada book ke sebelum ni? Aku jawab takda. Pakcik tu kata, tak pasti lah, sebab rasa macam penuh, tapi adik pegi lah tanya tengok, mana tau ada. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Dah kalau takda bilik kosong kat situ, aku nak cari kat mana lagi?? dengan gelap gelita, takda lampu jalan. Tak macam dalam pekan pun. Aku berdoa sepanjang jalan. Nak pegi ke tempat reception pun, punya lah jauhhh. Kat situ pun takda lampu, jalan belok sana, belok sini. Agak besar jugak kawasan tu. Aku ni, ikut tanda yang depa letak di setiap selekoh je. Dengan gelap camtu, aku nak teliti papan tanda tu, agak mencabar jugak lah. Dengan hujannya lagi kan. Tapi takpa, aku harus kuat. Dan akhirnya sampai jua ke tempat reception. Aku berdoa banyak-banyak sebelum keluar kereta. Bagilahhh ada bilik kosong. Pastu aku pun melangkah masuk ke situ, tengok ada dua receptionist. Sorang tu muka cam Fida tu, alaa, yang pelakon tu. Sejibik wehhh. Aku asik pandang-pandang dia je sambil terfikir-fikir, eh, Fida ke ni? Awat muka sejibik sejebon sangat.Tapi masa tengah pandang tu aku tengah risau tahap gaban sebab takut bilik semua full booked. Sekali depa kata, bilik semua memang penuh. Uwaaaa, aku rasa nak menangis kat situ jugakkk. Aku cakap, esok ada kursus kan kat tempat tu. Dorang cakap yer, bilik semua penuh sebab orang yang nak berkursus semua stay situ. Aku ni siyes rasa macam sebak dah. So, aku tanya dorang, ada hotel lain ke yang berdekatan. Dorang cakap, ada dekat Felda Residence Hot Spring. Aku tanya jauh tak dari situ. Dorang cakap, dalam 20km. Aku takmau lah jauh-jauh sebab esok pagi tu, aku kursus kat tempat tu pukul 8pagi. Kang tak sempat pulak. Tapi, do I have any other option? Definitely nott. So, ikut je lahhh.
Masuk dalam kereta, aku set ke Felda Residence Hot Spring. Nasib baik ada GPS kan. Takda aku nak mengharung sensorang tanya jalan lagi. So, bila nak keluar tu, aku tanya lagi pakcik polis tu, atm kat mana yang terdekat, sebab nak keluarkan duit untuk hotel japgi. Pakcik tu pun bagitau. Macam banyak jugak bank kat situ tapi kenapa aku tengok tempat tu macam tempat yang masih belum diterokai orang je. Masa nak keluar tu, aku tersalah belok. Aku pegi masuk ke lorong mana ntah. Pastu aku nampak macam batu besar warna putih atas jalan. Aku macam pelik dah. Apekebenda yang menghalang laluan aku ni. Sekali benda tu toleh kat aku, burung hantu wehhhh. Besaq nak mampuih. Kaler putih. Bersilau je mata besar dia tu kena limpahan cahaya lampu kereta aku. Terus dia terbang. Fuhhhh. Skeri gila aku rasa time tu. Aku dah la tak pernah tengok burung hantu selain dari kat zoo. Pastu aku lajak depan sikit, aku terbaca satu papan tanda 'Hutan Rekreasi'. Pastu dalam samar-samar lampu (ada sebatang lampu kecik warna putih kat satu tiang) ternampak lah tasik dengan daun-daun teratai. Skeri sangat aih, tengok tasik malam-malam camtu. Sempat jugak aku tengok ada bot-bot yang disusun dengan life jacket yang digantung. Kat depan tu, aku taktau lah ada apa lagi sebab aku dah kelam kabut buat u turn dah,
Bila keluar dari tempat tu, aku ke stesen minyak keluarkan wang. Kat situ, pekan lah jugak. Tapi tak macam pekan sangat pun. Orang kata pekan koboi kot. Ada la satu dua kedai kopi. Masa ni hujan masih lagi turun renyai-renyai. Aku teruskan perjalanan ke Felda Residence Hot Spring. Bila dah masuk simpang tu, aku ingat dalam 1km camtu dah sampai lah. Sekali jauh jugakkk. Jalan sempit pastu macam biasa, gelap ya rabbi. Yang ni lagi skeri sebab jalan sempit, maka lagi dekat aku rasa dengan hutan sebab kiri kanan hutan. Aku drive je menonong, GPS kata belok, aku belok. Ikut je dia. Aku ambik risiko jugak ni, kot-kot tetiba GPS aku dok buat mereng kasi direction palsu ke. Kereta memang takde lalu lalang. Sekali nampak moto lalu, aku bersyukur. Padahal kejap je pun. Pastu aku berseorangan semula. Nak tambah efek seram tu lagi kan, bila dah makin dalam, kabus makin tebal. Sejuk gila. Korang bayangkan tengok drama seram dalam tv. Kat dalam hutan kan selalu ada efek kabus, asap-asap tu. Haaa, gitu weh. Aku dah menggeletar. Selesai lalu jalan belok-belok. Lalu jalan straight pulak. Aku ingat dah nak sampai, sekali jauh lagi. Jalan bukit bukau. Hujan dah berhenti time ni, tapi sejuk. Sebab dalam hutan kan. Pastu kan, aku lalu jalan tu, kelawar merata-rata dok terbang melintas depan aku. Fuhhhh.Gila mencabar. Dalam hati aku, bila nak sampai ni. Laju sungguh aku bawak. Aku terfikir, janganlah, tetiba kereta aku buat hal ke apa. Mati aku sorang-sorang nak call sapa kat situ. Huhuhuhu. Tapi time tu, aku skeri kan, nasib baik aku takla terfikir pasal hantu ke apa. Aku cuma takut kereta rosak tepi jalan, aku taktau nak mintak bantuan kat sapa. Hahaha. Selalunya, dah situasi seram camtu, mesti korang akan pikir pasal hantu ke apa kan. Aku tak pulak. Aku terfikir macam mana kalau apa-apa jadi kat aku. Pastu dahla ada papan tanda 'Haiwan Liar Melintas'. Haa, yang tu buat aku skeri gak. Sekali tetiba gajah nak buat laluan tabik hormat kat situ, mau keras aku kat situ.
Setelah hampir 30minit atau 40minit aku tak ingat, akhirnya aku masuk simpang ni, tengok dah macam ada rupa hotel. Alhamdulillahhhh. Tak sangka aku dalam ketebalan hutan tu, tetiba ada hotel kat situ.So, aku pi check in, syukur, bilik ada. Tempat dia best.Sebab dikelilingi dengan nature. Sejuk je. Yelahh, dah sampai, baru kau nak kata best. Tadi masa dalam perjalanan, macam-macam dok fikir. Hahahaha. So, aku masuk bilik dia, terus landing. Hahhh. Letih oiiii. Tapi sebab bilik best, rasa lega sikit. Aku terus masuk bilik mandi dan berendan dalam hot tub. Ahhh... Nyaman.... Jom layan gambar.
Tempat aku berkuak lentang di malam hari.
Selak je langsir tu, nampak la kehijauan kat luar. Tapi dah memalam, kau selak, kang ada benda lain pulak yang dok melambai.
Tempat reception
Dalam tu, ada lagi. Tapi aku taktau lah apa lagi yang ada kat dalam tu. Bilik aku kat depan je.
Aku lalu kat situlah sebelum nak masuk gate dia. Tengok. Pokok kelapa sawit je.
Felda Residence Hot Spring.
Masa nak check in tu, aku dapat lah macam gelang kertas tu sebagai pass masuk untuk ke Hot Spring tu. Dapat dua pass. Breakfast pun dapat untuk dua orang. Tapi, aku pagi-pagi dah nak kena pergi berkursus. Memang tak sempat. Kursus habis pukul 1 petang. Aku dah kena check out pukul 2 petang. So, memang tak sempat nak breakfast atau pun lepak hot spring kat situ. Lagipun aku sorang je kan. Tapi ada aku kesah, kalau sorang pun aku redah je. Tapi sebab masa tak mengizinkan. Dengan keesokannya aku dah mula bekerja. Jadi, kena balik awal. Nasib baik boleh claim. Jadi, tak lah rasa rugi sangat.
Tapi tempat di situ memang menyamankan. Pagi-pagi masa aku nak check out tu, aku tengok ada kerusi-kerusi kayu dekat-dekat bilik. Ada pokok-pokok hijau. Design bilik pun cantik. Ada dua tingkat je untuk setiap bangunan. Satu tingkat satu bilik. Aku tak sempat nak snap semua tu. Papan tanda nombor bilik pun cantik. Buat macam bentuk batang kayu.
Masa nak balik tu, aku melalui jalan yang aku lalu semalam. Pagi-pagi lalu, memang nyaman dah sejuk je. Kalau memalam, errrr, hangpa pi lah melawat seniri.
22 September 2012
Wow. Blogspot baru.
Haluuuu. Aku baru balik dari kursus ni. Kursus di Pangkor memang siokkk. Kursus di Taiping memang bosannnn. Hahaha. Aku nak update panjang gak sebenarnya tapi bila aku bukak je blogspot tadi, pening aku tgk interface blogger yang baru ni. Taktau nak kelik yang mana satu. Kelik sesuka hati aku ja. Dahla, spek tertinggal di rumah sewa. Malas pulak nak pakai lens. Letih dah ni aku dok kecikkan mata tengok skrin. Nanti lepas aku belajar serba sedikit pasal blogspot baru ni, aku update lagik k.
Chioww
17 September 2012
Cuti-Cuti Pangkor.
Esok aku dah nak bertolak ke Pangkor. Heee. Tak sabar. Barang dah siap packing. Esok aku bertolak dengan 3orang kawan. Berjumpa dengan lagi dua orang kawan di jeti. Kemudiannya, berjumpa dengan rammaaaii lagi kawan seluruh Perak di resort. Sewonok sangattt. Hihi.
Eh, aku tak sambung pun kan PART II. Tak sempat lah. Banyak sangat aktiviti cuti ni. Nanti ai promis ai wil apdet oke?(walaupun takdak sapa pun dok tertunggu-tunggu) Biarlah aku perasan sorang-sorang.
Okey, nak pegi isi minyak pastu macam nak singgah MCD, drive tru GCB. nyumssss~
Tata
14 September 2012
Bizi bizi
Snap tadi. blurr lah pulak. Lantakkk!
12 September 2012
Misi Berjaya!
Comel sangat bila dia jeles. Hikhikhik. Tapi tak boleh la buat kerap-kerap sangat. Aku pulak yang rasa bersalah nanti. Okey misi memujuk pulak.
p/s : Esok, aku sambung part II naa. Harini, kerja bertimbun. Dok serabut kepala isi borang tuntutan elaun pengawas UPSR. hehehehe
p/s : Esok, aku sambung part II naa. Harini, kerja bertimbun. Dok serabut kepala isi borang tuntutan elaun pengawas UPSR. hehehehe
11 September 2012
Perjalanan ke Sungkai yang SCARY !
Hai dan assalammualaikum. Okey, hari ni tetiba aku TERR rajin nak berstori mori. Dah lama betul aku tak bercerita sekali dengan gambar sekali aku letak. Okay, to cut the story short, let me begin the story of the most terrifying journey (alone) in my whole life.
Khamis yang lalu, aku kena menghadiri satu kursus di Sungkai. Seminggu sebelum tu, surat tiba di sekolah dan kerani bagi kat aku. Surat tu adalah surat panggilan untuk aku pegi kursus kat Sungkai tu. Memula aku tengok, aku macam, 'haaa, Sungkaii?? Apsal jauh sangat??' Aku pernah dengar Sungkai tapi tak pasti kat mana. Tapi aku tak ambik port sangat lah sebab GPS kan ada, so there wouldn't be a problem. I guess. Hahaha. Kerani cadangkan aku pegi hari Rabu dan tidur sana sebab pagi Khamis tu dah mula kursus aku tu.
So, aku gitau bf aku. Dia cakap Sungkai tu agak jauh. Atas lagi dari Ipoh. So, aku bajet mungkin ambil masa dua jam dari Taiping untuk sampai. Tempat kursus tu berlangsung adalah di Felda Residence Trolak. So, aku rasa tak da masalah semua tu, so aku dah tak ambik port pasal kursus aku tu.
Bila aku balik Kulim, aku bagitau Abah pasal ni. Abah pun, amek GPS dia nak locate kat mana tempat. Abah pulak yang tanya-tanya apa nama tempat tu. Aku ni macam malas-malas je. Tak ambik kisah sangat. So, abah tanya, tempat nya kat Trolak atau Sungkai? Banyak kali Abah tanya. Aku kan macam tak berapa berminat sangat, so aku pun acuh tak acuh je dengan pertanyaan Abah. Lepas tu Abah pun jumpa tempat tu. Dalam 200km dari Kulim. Aku bertolak dari Taiping kan so aku agak tak jauh mana kott.
So, aku menjalani kehidupan aku macam biasa. Sehinggalah hari Rabu tu, lepas balik sekolah. Aku macam malas sangat nak pergi. Dahla sesorang kan. Aku nak ajak orang teman pun, semuanya ada komitmen. Hari tu pulak, hujan punya lah lebat dari pagi sampai lah petang. Aku plan nak pegi pukul 5-6petang camtu. Sempat lah aku tidur dulu. Haha. Sempat lagik kan. Balik tu, baru lah aku nak locate dalam GPS aku tempat tu. Pastu masa nak cari tu, dah kompius. Aku kena lah select daerah mana kan. Aku keliru nak select Trolak ke Sungkai. Sebab nama tempatnya Felda Residence Trolak, Sungkai. Haa, yang mana satu kan? So, aku select Sungkai. Ada la Felda Residence tu. Tapi Felda Residence Hot Spring, Sungkai. Aihh, macam lain pulak kann. Tak mau lah aku set ke situ. Kang sesat larat. Dahla aku sensorang. So, aku select daerah Trolak pulak. Tapi takde Felda Residence Trolak. Haihhh. Pening. Dulu masa Abah tanya, aku tak berapa nak layan kan. Sekarang baru padan muka.
Jadi, aku cari dalam Google. Aku tengok, ada dua Felda Residence. Satu, Felda Residence Trolak dan satu lagi Felda Residence Hot Spring. Haa, aku mula lah nak gabra bagai sebab takda dalam GPS aku tu. Sebelum tu tak berapa nak gabra sebab aku agak Felda Residence Hot Spring tu kot tempat nya sebab nama lebih kurang sama. Tengok-tengok, memang dua tempat berbeza. Pastu, aku klik map ke Felda Residence Trolak tu. Map dia ringkas sangat. Memang tak lengkap pun. Map tu hanya tunjuk lokasinya di area situ je. Contoh, sebelah Felda tu tempat rekreasi yang lain. Pastu aku tengok map tu kan, aku dah mula rasa tak best. Sebelah Felda Residence tu ada perkampungan orang asli, ada air terjun, ada pusat kraftangan. Semua tu tempat pelancongan tapi aku rasa tak sedap hati sebab macam ntah kat hulu mana je tempat aku tuh. Huhu.
Masa tu pulak, hujan turun mencurah-curah tak berhenti henti. Cemana nak pegi ni. Walaupun aku pegi naik kereta tapi aku lebih kompiden drive masa cuaca elok. Masa dah siap packing, baru aku sedar, aku tak keluarkan duit lagi. Yelah, nak sediakan duit untuk perjalanan jauh ni. Dengan hujan lebatnya, aku pegi keluarkan duit di BSN tempat aku. Walaupun dengan payung tapi tetap basah. Haihhh, dugaan pertama. Aku pulak tak boleh kena hujan. Manja sikit. Nanti terus pening gila. Pastu, aku nak beli roti ke air siap-siap sebab nanti dah sampai hotel, malas nak keluar makan. Berenti kedai runcit, kena lagi hujan. Adoi. Hujan tak nampak tanda nak berenti pun. So, bergerak lah aku ke Taiping sebab nak masuk highway kan, Sebelum tu singgah makan megi goreng kat kedai mamak. Sedap. Rasa macam nak tidur je lepas makan tu sebab mengantuk sebab hujan lebat kan. Pastu pi singgah kedai beli berus n ubat gigi. Tersedar aku terlupa bawak.
Tengok-tengok jam, dah pukul 5.30pm dah. Erkk. Pukul berapa lah aku nak sampai ek. Highway pun belum masuk lagi. Aku nak sampai sebelum gelap. Tapi disebabkan hujan lebat, langit pun dah mendung dan gelap. Oh, lupa nak cakap, aku set dalam GPS aku tu ke Trolak Country Resort. Padahal bukan kat situ tempatnya. Aku fikir, nanti dah sampai situ, tanya orang pulak kat mana tempat aku kerusus tu.
Jadi perjalanan pun dimulakanlah dengan hujan yang sangat lebat. Mood aku pun sangatlah tak best. Sebab macam, the weather is a bit unpleasant, ditambah dengan aku pening kena hujan. Spoil mood aku.
Okey, nanti aku sambung lagi. Part II.
10 September 2012
Random
Aku hairan lah. Setiap kali aku check carian keywords di nuffnang kan, mesti ada nama kawan baik aku ni. Sapa yang dok taip nama dia kerap sangat ni? Stalker mana ni?? Ke, secret admirer dia? Dia tu boleh tahan cun. Dah-dah la, aku dah takmau cerita pasal dia dah. Stalker ni kekadang marabahaya jugak.
Well, lama gak tak update blog. Bz sungguh! Tapi macam-macam nak update sebenarnya. Banyak betul cerita bermain dalam kepala hotakk aku ni. Tapi aku malas nak karang cerita. Huhihuihi. Kan bagus, kalau apa yang kita fikir nak update je, terus diupdate dalam blog. Haa, tak payah nak karang bagai dah. Maka, akan wujud lebih banyaklah insan pemalas macam aku ni ha.
Esok, aku jadi pengawas UPSR. Pertama kali ni. Esok kertas subjek apa ntah. Hahaha. Sampai tak amek tau pun kan. Yang aku dok perati adalah waktu mula dan habis je. Kalau habis awal, boleh terus balik rumah. Heee. Pastu subjek English hari Khamis. Yang tu, pasti aku ingat sebab anak murid aku akan berjuang untuk subjek yang aku ajar pada hari tersebut. Anak-anak teacher, semoga dapat menjawab dengan tenang ya.
Cabaran aku setakat ni berjalan dengan lancar. Perut sudah kempis bhaiii. Yahooo. Cuma bahagian peha yang degil nak mamp ni. Lemak, nyah kauuuu. Shuhhhhh!!! Muka aku pun, aku rasa macam bujur sikit. Kahkahkah. Perasan je. Takpa, kita kena berfikiran postif untuk menaikkan usaha kita dalam melengkapkan cabaran ini. Ye dokk?
Eh, semalam kan, aku terperasan profile kawan lama aku ni. Kawan sekolah dulu. Lama gak la aku dok perati muka dia. Eh, dia kah ni? Awat muka lain? Tapi nama tu dah betul. Muka pun ada lah iras dia, cuma lain sikit. So, aku pun kelik lah kat profile dia, tengok gambar-gambar dia. Agak tanjat boboi jugak lah aku ni tengok gambar-gambar dia. Well, aku taklah terkejut sebab gambar dia seksi. Ramai dah kawan aku seksi lebih teruk dari dia tu. Cuma yang buat boboi tanjat ni adalah, dulu kat sekolah dia lain maaa. Dia pendiam. Selalu kalau aku buat lawak merapu, dia adalah tak paham, dan aku selalu gelak dengan lawak aku seniri. Hehehehe. Kekadang aku ngusik-ngusik dia sebab dia kan cam pemalu dan pendiam. Makin galak aku dok usik dia. Dia pun aku malu-malu tucen. Kira, dia ni jenis baik-baik la. Pakai baju sekolah pun kemas, takda singkat-singkat macam kawan-kawan sehegeh aku. Hehe. Tapi aku pakai baju standard ek, takda singkat-singkat. Nanti abah marah kalau pakai gitu. Tapi aku selalu lah bising-bising dengan member-member aku dalam kelas. Beliau akan duduk diam dan sembang secara senyap je dengan geng spesis dia gak. Dahla dok depan sekali kann. Beza la dengan aku dok terperuk kat hujung kelas. Hahahah. Dia berasal dari kawasan luar bandar. So, bila aku tengok dia terus berubah jadi gitu, of kozzz mak terkezuts. Tudung, of course terbang ditiup angin badai. Singlet, suar pendek, rambut oreng. Oh nooo. Dia jugak dok mengaku dengan member aku, dia sedang baik dengan suami orang. Aku memang tak paham lah pempuan yang suka sangat nak rampas suami orang nihhhh. GERAMM! Hm. Aku harap dia berubah.Aku pun bukan baik sangat. But seeing a good girl gone bad is not good. Rugi, sebab dia pada asalnya baik.
Ada sorang lagi member aku pun cam dia gak. Tapi lagi lah, dlu bertudung labuh. Pastu tetiba jadi seksi sangat-sangat-sangat. Tambah pulak dia cantik. Tapi tengok sekarang, dia sudah mula pakai tudung walaupun, baju masih sendat amat. Takpala, dia berubah pelan-pelan kan? Aku pun sedang berusaha keras jugak ke arah perubahan positif. InsyaAllah.
Semalam kan, tetiba ada sorang insan ni, dok buat luahan perasaan pulak kat aku kann. Eh, kamu, jangan yer. Bahaya okeng. Dah berapa kali, aku kata sudah-sudah la tu brader. Tapi masih tak berputus asa. No,no,no. Aku tidak mahu kamu. Pergi lah kamu main jauh-jauh. Kasihan lah pada dia. Jaga lah dia baik-baik. Tidak perlu nak jaga aku lagi. Aku dah ada orang lain jaga. Ceceeyyy. Hihihihi.
Ok kot. Aku nak study sikit, perkara yang aku kena buat esok masa jaga UPSR. Banyak siot benda nak kena buat. Tengok macam senang ja kan, jaga exam. Padahal, banyak gila borang nak kena isi.
Ok, bye bye
P/S : Aku mahu yang indah-indah sahaja.
05 September 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)