27 September 2012

Part II (Sungkai yang Scary!)

Assalammualaikum! Maaf ! Baru sempat nak sambung part II ni. Sibuknyaaaa aku mencari rejeki. Ok, sebelum aku melalut, baik, aku sambung lekas-lekas. Jadi, aku bertolak ke Sungkai dalam pukul 5.30 petang camtu. Gelap dah masa tu. Dengan hujan lebatnya. Aku sangat lah malas nak drive. Time-time camni, aku patut kat rumah, lepak atas tilam (sebab takde katil rumah sewa aku ni) sambil online. Tapi aku gagahkan jua diriku.

Aku drive ikut GPS aku tu. Sebab aku rasa dah lewat, aku terpaksa pecut. Aku takmau sampai malam. Nanti susah nak cari jalan. Sepanjang jalan tu, aku agak susah hati la, sebab tempatnya aku masih kurang pasti kat mana, kan. Dahla sensorang. Disebabkan aku seorang yang kental, cewahhh, aku abaikan je perasaan aku tu. Tengah syok drive, tetiba aku rasa minyak macam dah tak berapa banyak. Disebabkan, aku taktau kat depan nanti, ada ke tak stesen minyak, aku berhenti isi minyak kat RNR siap-siap. Aku nak pastikan minyak aku penuh je. Aku taknak, nanti dah sampai Sungkai tu, minyak tinggal sikit, pastu aku kelam kabut nak pegi isi. Dahla nak dekat malam. So, aku stop di hentian Tapah isi minyak. Aku bubuh minyak sampai melimpah ruah abaq hang. Hahahaha. Nasib baik abang petrol (sori bang, cheq taktau nama abang) mai tulong. RM15 je dah penuh dah tangki aku tu. Sebenarnya minyak banyak lagi dalam tangki, tapi aku saja dok buat menggelabah nak isi siap-siap.

Perjalanan diteruskan dengan hujan yang sangat lebat. Alahai, hujan, kamu taknak berhenti ke? Kamu setia menemani saya sepanjang jalan ye. Terima kasih hujan. Aku lalu banyak jugak exit. Teluk Intan, Lumut, Ipoh, Gopeng, sampaikan tempat yang aku praktikal dulu pun aku lalu. Aku mula lah nak mengomel, apehal lah jauh sangat. Aku agak-agak dalam 170km camtu kot. Rasa-rasa lah. Pastu aku pecut, dalam pukul 7.30malam gitu, aku dah masuk exit Sungkai. Rasa lega sikit sebab dah hampir sampai. Cuaca pun hujan renyai-renyai.Langit pun hampir-hampir gelap. Sejuk sangat. Lepas je bayar tol, aku bajet dah nak dekat sampai lah kan, sekali jauh lagikk. Masa tu dah gelap dah. Aku melalui satu kawasan ni. Gelap gelita. Lampu jalan takdak. Kereta pun takdak., Kiri kanan kelapa sawit.  Aku punya lah takut. Dalam 15minit drive ada lah bangunan apa ntah, ada la lampu sikit menerangi kawasan tu. Tapi lampu pun samar-samar je. Korang bayangkan tempat tu memang gelap gelita. Dahla jalan tu, takda line putih tengah-tengah tu. Risau aku takut termasuk jalan bertentangan dengan keadaan gelap macam tu. Selepas setengah jam, mula ada seketoi dua lampu jalan. Aku masih lagi ikut GPS aku tu. Aku ikut je tempat yang aku set tu, ntah betol entah tidak. Pastu, aku terlepas satu simpang GPS suruh aku masuk ke tempat yang aku set tu. Kawasan tu gelap, dan aku tak nampak. Terpaksa buat u-turn ni lampu isyarat di depan. Bila nak dekat sampai je, aku slow, dan aku tengok dekat pintu gerbang tu, memang di situ lah tempat kursus aku. Fuhhh, legaaa. Jumpa jugak! Tapi kawasan dia gelap. Macam kawasan kampung dalam tu. So, aku masuk, lalu dekat pondok penjaga tu, tanya dengan pakcik polis. Ada lagi ke bilik kosong. Pakcik tu tanya, aku ada book ke sebelum ni? Aku jawab takda. Pakcik tu kata, tak pasti lah, sebab rasa macam penuh, tapi adik pegi lah tanya tengok, mana tau ada. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Dah kalau takda bilik kosong kat situ, aku nak cari kat mana lagi?? dengan gelap gelita, takda lampu jalan. Tak macam dalam pekan pun. Aku berdoa sepanjang jalan. Nak pegi ke tempat reception pun, punya lah jauhhh. Kat situ pun takda lampu, jalan belok sana, belok sini. Agak besar jugak kawasan tu. Aku ni, ikut tanda yang depa letak di setiap selekoh je. Dengan gelap camtu, aku nak teliti papan tanda tu, agak mencabar jugak lah. Dengan hujannya lagi kan. Tapi takpa, aku harus kuat. Dan akhirnya sampai jua ke tempat reception. Aku berdoa banyak-banyak sebelum keluar kereta. Bagilahhh ada bilik kosong. Pastu aku pun melangkah masuk ke situ, tengok ada dua receptionist. Sorang tu muka cam Fida tu, alaa, yang pelakon tu. Sejibik wehhh. Aku asik pandang-pandang dia je sambil terfikir-fikir, eh, Fida ke ni? Awat muka sejibik sejebon sangat.Tapi masa tengah pandang tu aku tengah risau tahap gaban sebab takut bilik semua full booked. Sekali depa kata, bilik semua memang penuh. Uwaaaa, aku rasa nak menangis kat situ jugakkk. Aku cakap, esok ada kursus kan kat tempat tu. Dorang cakap yer, bilik semua penuh sebab orang yang nak berkursus semua stay situ. Aku ni siyes rasa macam sebak dah. So, aku tanya dorang, ada hotel lain ke yang berdekatan. Dorang cakap, ada dekat Felda Residence Hot Spring. Aku tanya jauh tak dari situ. Dorang cakap, dalam 20km. Aku takmau lah jauh-jauh sebab esok pagi tu, aku kursus kat tempat tu pukul 8pagi. Kang tak sempat pulak. Tapi, do I have any other option? Definitely nott. So, ikut je lahhh.

Masuk dalam kereta, aku set ke Felda Residence Hot Spring. Nasib baik ada GPS kan. Takda aku nak mengharung sensorang tanya jalan lagi. So, bila nak keluar tu, aku tanya lagi pakcik polis tu, atm kat mana yang terdekat, sebab nak keluarkan duit untuk hotel japgi. Pakcik tu pun bagitau. Macam banyak jugak bank kat situ tapi kenapa aku tengok tempat tu macam tempat yang masih belum diterokai orang je. Masa nak keluar tu, aku tersalah belok. Aku pegi masuk ke lorong mana ntah. Pastu aku nampak macam batu besar warna putih atas jalan. Aku macam pelik dah. Apekebenda yang menghalang laluan aku ni. Sekali benda tu toleh kat aku, burung hantu wehhhh. Besaq nak mampuih. Kaler putih. Bersilau je mata besar dia tu kena limpahan cahaya lampu kereta aku. Terus dia terbang. Fuhhhh. Skeri gila aku rasa time tu. Aku dah la tak pernah tengok burung hantu selain dari kat zoo. Pastu aku lajak depan sikit, aku terbaca satu papan tanda 'Hutan Rekreasi'. Pastu dalam samar-samar lampu (ada sebatang lampu kecik warna putih kat satu tiang) ternampak lah tasik dengan daun-daun teratai. Skeri sangat aih, tengok tasik malam-malam camtu. Sempat jugak aku tengok ada bot-bot yang disusun dengan life jacket yang digantung. Kat depan tu, aku taktau lah ada apa lagi sebab aku dah kelam kabut buat u turn dah,

Bila keluar dari tempat tu, aku ke stesen minyak keluarkan wang. Kat situ, pekan lah jugak. Tapi tak macam pekan sangat pun. Orang kata pekan koboi kot. Ada la satu dua kedai kopi. Masa ni hujan masih lagi turun renyai-renyai. Aku teruskan perjalanan ke Felda Residence Hot Spring. Bila dah masuk simpang tu, aku ingat dalam 1km camtu dah sampai lah. Sekali jauh jugakkk. Jalan sempit pastu macam biasa, gelap ya rabbi. Yang ni lagi skeri sebab jalan sempit, maka lagi dekat aku rasa dengan hutan sebab kiri kanan hutan. Aku drive je menonong, GPS kata belok, aku belok. Ikut je dia. Aku ambik risiko jugak ni, kot-kot tetiba GPS aku dok buat mereng kasi direction palsu ke. Kereta memang takde lalu lalang. Sekali nampak moto lalu, aku bersyukur. Padahal kejap je pun. Pastu aku berseorangan semula. Nak tambah efek seram tu lagi kan, bila dah makin dalam, kabus makin tebal. Sejuk gila. Korang bayangkan tengok drama seram dalam tv. Kat dalam hutan kan selalu ada efek kabus, asap-asap tu. Haaa, gitu weh. Aku dah menggeletar. Selesai lalu jalan belok-belok. Lalu jalan straight pulak. Aku ingat dah nak sampai, sekali jauh lagi. Jalan bukit bukau. Hujan dah berhenti time ni, tapi sejuk. Sebab dalam hutan kan. Pastu kan, aku lalu jalan tu, kelawar merata-rata dok terbang melintas depan aku. Fuhhhh.Gila mencabar. Dalam hati aku, bila nak sampai ni. Laju sungguh aku bawak. Aku terfikir, janganlah, tetiba kereta aku buat hal ke apa. Mati aku sorang-sorang nak call sapa kat situ. Huhuhuhu. Tapi time tu, aku skeri kan, nasib baik aku takla terfikir pasal hantu ke apa. Aku cuma takut kereta rosak tepi jalan, aku taktau nak mintak bantuan kat sapa. Hahaha. Selalunya, dah situasi seram camtu, mesti korang akan pikir pasal hantu ke apa kan. Aku tak pulak. Aku terfikir macam mana kalau apa-apa jadi kat aku. Pastu dahla ada papan tanda 'Haiwan Liar Melintas'. Haa, yang tu buat aku skeri gak. Sekali tetiba gajah nak buat laluan tabik hormat kat situ, mau keras aku kat situ.

Setelah hampir 30minit atau 40minit aku tak ingat, akhirnya aku masuk simpang ni, tengok dah macam ada rupa hotel. Alhamdulillahhhh. Tak sangka aku dalam ketebalan hutan tu, tetiba ada hotel kat situ.So, aku pi check in, syukur, bilik ada. Tempat dia best.Sebab dikelilingi dengan nature. Sejuk je. Yelahh, dah sampai, baru kau nak kata best. Tadi masa dalam perjalanan, macam-macam dok fikir. Hahahaha. So, aku masuk bilik dia, terus landing. Hahhh. Letih oiiii. Tapi sebab bilik best, rasa lega sikit. Aku terus masuk bilik mandi dan berendan dalam hot tub. Ahhh... Nyaman.... Jom layan gambar.



 Tempat aku berkuak lentang di malam hari.


 Selak je langsir tu, nampak la kehijauan kat luar. Tapi dah memalam, kau selak, kang ada benda lain pulak yang dok melambai.

 Tempat reception


 Dalam tu, ada lagi. Tapi aku taktau lah apa lagi yang ada kat dalam tu. Bilik aku kat depan je.


 Aku lalu kat situlah sebelum nak masuk gate dia. Tengok. Pokok kelapa sawit je.


Felda Residence Hot Spring.

Masa nak check in tu, aku dapat lah macam gelang kertas tu sebagai pass masuk untuk ke Hot Spring tu. Dapat dua pass. Breakfast pun dapat untuk dua orang. Tapi, aku pagi-pagi dah nak kena pergi berkursus. Memang tak sempat. Kursus habis pukul 1 petang. Aku dah kena check out pukul 2 petang. So, memang tak sempat nak breakfast atau pun lepak hot spring kat situ. Lagipun aku sorang je kan. Tapi ada aku kesah, kalau sorang pun aku redah je. Tapi sebab masa tak mengizinkan. Dengan keesokannya aku dah mula bekerja. Jadi, kena balik awal. Nasib baik boleh claim. Jadi, tak lah rasa rugi sangat.

Tapi tempat di situ memang menyamankan. Pagi-pagi masa aku nak check out tu, aku tengok ada kerusi-kerusi kayu dekat-dekat bilik. Ada pokok-pokok hijau. Design bilik pun cantik. Ada dua tingkat je untuk setiap bangunan. Satu tingkat satu bilik. Aku tak sempat nak snap semua tu. Papan tanda nombor bilik pun cantik. Buat macam bentuk batang kayu. 

Masa nak balik tu, aku melalui jalan yang aku lalu semalam. Pagi-pagi lalu, memang nyaman dah sejuk je. Kalau memalam, errrr, hangpa pi lah melawat seniri.

No comments: