saja tempek gambar Abu memandangkan dah agak lama tak update mengenai beliau. Well, beliau makin sihat, makin suka bergurau senda sampai gigit tangan aku dan berdarah. Wohhh sakit. Aku dah biasa digigit oleh Abu tapi ini yang paling sakit. huhu
People that don't know her, think she's quiet. People that know her, wish she was.
23 July 2011
J Card day
These pics were taken yesterday at JJ Perda, when they did shopping like there's no tomorrow. Yeap them. Mom, Dad, Adik and not including me. I don't really know what had gotten into me. I was not being myself (not buying anything when i have the money) hehe. Oh, i remember. Something happened and that just blew my shopping mood away. Let me just keep it to myself on what had happened. :)
So, there is a picture of dad and bro and three pictures of myself (was i being that selfish? :p) and no picture of mom (sorry maa!) because she was busy shopping.
But i bought a pair of cheap cute wedges just now. It is so comfy and light. I love it. Planning of buying skirts (skirt labuh la wehh) tomorrow. Until then, Daaa
22 July 2011
Photoshoot
Dah lama fotoshoot ni sebenarnya. Awal tahun ni kalau tak silap. Memandangkan aku tak pernah publish dalam blog, jadi aku publish lah. Ni bersama dengan cuzzies yang disayangi dan satu satunya adikku yang disayangi jugak! hehe. Lokasi fotoshoot adalah di sawah padi milik tok aku di Kuala Ketil, Kedah Darulaman
Gambar diambil oleh cuzen aku, editing oleh aku. hihi

Aku dengan adik aku.
21 July 2011
20 July 2011
Ke hadapan Miss Stalker
Assalammualaikum, Miss S. Sihat ke awak? Dah lama saya tak tulis surat untuk awak kan? Bukan apa, tak sempat. Saya harap awak tak lupakan saya di sini. Eh, lupa pulak, awak kan sanggup pindah nak duduk dekat lagi dengan saya kan?? Terharu sangat. Thankss. So, macam mana Kulim? Best?
Miss S yang dirindui,
Awak selalu ye datang jenguk blog saya? Hihihi. Susah-susah je tau. Dah datang jenguk, kenapa tak meninggalkan komen? Bolehla kita berborak-borak mesra kan? Eh, awak, saya nak bagitau sikit ni, saya ni bukanlah hebat sangat pun. Awak tak perlu nak copycat semua yang saya buat. Tapi kalau awak dah jadikan saya ni idola awak, hum, saya pun tak boleh nak halang la. Thanks :). Tak sangka saya, awak follow tutorial saya tu. siap tiru sejibik lagi ayat-ayat yg saya taip sebagai contoh tu. hihihi. Sampai gelaran untuk sang kekasih, oopss. bekas sang kekasih saya pun awak tiru ye. Hihihi. Terharu sangat saya. Best jugak ada pengikut ni. Apa yang kita buat, semua orang nak tiru. Terima kasih awak sebab sudi jadi pengikut saya. Saya tau awak keliru dengan identiti awak sendiri. Kalau dengan meniru saya, awak lebih bahagia, saya redha. Untuk kebahagiaan awak, saya sanggup lakukan apa saja.
Awak jangan lupa makan ye. Badan tu dah macam tiang letrik dah saya tengok. Saya risaukan awak tau. Kalau ye pun, kekasih awak selalu tipu awak, janganlah sampai hilang selera makan. Nanti sakit susah. Nanti kesian mak awak, nak kena susahkan diri jaga awak. Duit tu simpan untuk beli makanan, bukan untuk shopping alat mekap. Saya tau foundation dan compact powder awak mesti cepat habis kan? Saya dah pesan kat awak dulu, warna tu tak sesuai untuk awak. Lagi saya pesan, lagi awak nak tempek banyak-banyak kat muka. Macam opera cina jadinya. Tapi takpe, asalkan awak bahagia. =) Kening tu pun, jangan tenyeh banyak-banyak sangat, macam shin chan je. Tapi takpe, shin chan kan comel. eheheh
Walaupun awak dah banyak buat salah kat saya, saya tetap maafka awak. Saya dah lupa dah macam mana awak sebar fitnah kat saya, awak menyamar jadi kawan saya, lepas tu kutuk-kutuk saya, cuba untuk hack saya, block fb kekasih awak tu dari saya (tapi saya boleh access lagi fb boifren awak tu, jangan mareee. heheh), maki-maki saya di belakang (walaupun sebelum tu, merayu-rayu mintak maaf kat saya) dan banyak lagi lah perbuatan saiko yang awak buat. Saya maafkan semuanya. Saya faham, saya ada terbaca di internet, perempuan yang terlalu obses dengan kekasih mereka ataupun terlalu risau mereka akan ditinggalkan mempunyai kemungkinan untuk bertindak di luar kawalan. Smpai membunuh pun ada. Awak jangan sampai membunuh ye. Berdosa tau. Tuhan je yang layak ambil nyawa orang. Kita tak berhak. Kalau awak nak jumpa dengan pakar kaunseling, saya ada beberapa nama yang boleh direkemenkan. Jangan malu k. Ni untuk masa depan awak juga.
Oklah awak, saya ada kerja nak buat ni. Kalau awak rasa tenang dengan menjeguk dan meniru sejibik apa yang saya taip di blog ni, awak boleh teruskannya. Saya ikhlas menolong orang sakit macam awak. Saya pun kerap jenguk blog awak, cuma nak memantau tahap keseriusan penyakit awak. Bukan apa, saya cuma ambil berat je. Ok la ye. Jaga diri dan jangan lupa makan ubat waras k. Byee
19 Julai 2011
Assalammualaikum. Ampa semua sihat ka? Aku alhamdulillah, makin sihat nampaknya. Bertambah 0.05kg dan meinggi 1cm. Hahaha. Percaya dak?? Umur macam aku ni boleh lagi ke meninggii? Mungkin mesin penimbang tu rosak kot. Hihi.
Petang tadi aku pi tengok wayang dengan dua sahabat penganggur ku. Best jugak adak kawan senasib macam aku ni. Anytime boleh ajak keluar. Hahaha, Cuma yang tak bestnya, depa dua anytime pun duit berkepuk-kepuk. Aku ja yang asyik kena tepuk dahi sebab duit makin kurang. Haih. Duit...duit..
Kami janji nak jumpa pukul 2.15pm di Giant memandangkan wayang tu start pukul 2.45pm. Memula kawan aku ni, ajak lunch dulu kat Restoran Nasik Kandaq ni. Tapi, aku bertindak cerdik dengan menolak tawaran beliau dan masak je kat rumah. haaa, cerdik tak aku? cerdik tak?? Boleh jimat duit aku kan? Aku ni jadi cerdik bila duit dah kurang je, bila duit dah melambak (konon) nanti, haa, perangai kurang cerdik tu mai balik lah.
So, tadi lepas memasak semua, aku mengantuk sangat. Sebab malam sebelumnya tu tidur lewat. Bergayut telefon dengan kekasih sampai pukul 5 pagi. Bangun pulak pukul 10pagi. Itu pun mama kejutkan sebelum dia pergi kerja. Bangun tu, basuh pinggan, sidai baju, sapu sampah, masak nasi goreng cendawan (sedap jugak. hehe) letak extra udang dengan sotong. I loike! hehe. Tapi memang mengantuk gila babas la. Sampai aku rasa nak cancel la tengok wayang tu. Tapi aku taknak lah mungkir janji. Kesian chan, teringin sangat nak tengok wayang citer hantu tu. Jadi aku gagahkan jua membeliakkan biji mata. Lepas makan, tengok America's Sweetheart jap kat HBO, lepas tu mata makin berattt beratttt. Jadi, aku ambil keputusan untuk tidur jap. Memula tu ingat nak tidur je kat atas sofa kat ruang tamu tu. Sebab kalau tidur situ, takleh la nak tidur menyedap sangat kan, sebab ruang pun tak sebesar tilam, dan kemungkinan untuk aku overslept tu rendah.Dah cuba tidur untuk 10minit. Tak boleh tidur jugak sebab PANASSS. nampak sangat dosa banyak. hahahaha. Ok, shadap waniey. Tak kelakar.
Jadi, aku pun pegi lah tidur kat dalam bilikku syurgaku di atas tilam yang empuk. Dalam bulik ada aircond, sejuk sikit. Hehehe. Aku pun set la alarm clock. tidur sampai pukul 1.30pm. Masa tu dah 1.15pm dah. 2.15 kena ada kat giant dah. Takpa, tidur secara laju. Pasti boleh ! Tengah syok tidur tu, tetiba alarm dah bunyi. Adehhh. Dah 15minit ke aku tidur ni.. Aku rasa macam baru setengah saat je aku tidur. Jadi, aku set lagi alarm, 1.40 pulak.
Tengah syok melayan mimpi, siap boleh dengar lagi dengkuran diri sendiri. huahuahua. Tetiba aku terjaga, tengok la hp. Sekali dah pukul 2pm kauu. Aku tengok alarm clock yang set tadi tu. Apesal tak bunyi sebab aku ni memang sangat mudah terjaga kalau ada bunyi. Sekali tengok aku set pukul 1.40am daaa. Kelam kabut lah aku. Dengan tak mandi lagi, baju pun tak iron lagi. Aku ingat nak pkai la short dress aku yang dah lama tak pakai tu. Nak jadi girlie-girlie sikit outing kali ni. bhahaha. Sekali tak sempat nak iron. Buang masa je aku try-try malam sebelum tu. Siap dok mix and match lagi dengan selendang mana yang sesuai. Jeans mana yang sesuai. Hampeh betoi.
Last-last aku pakai baju biasa je yang tak perlu iron. Pfftt ! Kelam kabut mandi, pakai lens, touch up sikit. Lilit selendang, tengok dah pukul 2.15. Adehhh. Dahla hp takda kredit ! Guna fon rumah call chan, inform yang aku lambat sikit. Chan dah sampai pun. Asal outing kami bertiga je, mestilaaaaa aku yang paling lambat. Chan yang paling awal, Hasri sampai lepas Chan. Dah macam peraturan gitu, sapa yang patut sampai dulu. hehehe
Aku inform Chan yang aku lambat sikit. Aku tanya dia ada kat mana. Dalam giant tu kat mana? Bagi specific location sikit sebab aku ni dahla takda kredit. Kang aku sampai kat sana, terkontang-kanting sesekor. Kalau ada public fon dalam giant tu takpa la jugak. Pastu dia cakap gini 'Just find me at the Guardian, or in the Giant, I would be wandering in the Giant only'. Oit Chan, you ingat Giant tu kecik ka, i nak pi setiap kedai nak cari you. Dahla movie start pukul 2.45pm. Kang tak sempat kangg. Hehehe. Sorry chan, i termarah u tadi. Hik3. Pastu dia cakap 'Okey, i'll call you from time to time to inform you, okey.
From time to time la sangat kann. Aku dah sampai kat Giant tu, merata aku pusing cari dia. Dahla tak call pun. Pastu Hasri call cakap dorang dah kat wayang pun dah beli tiket. Hampagas punya Chandramathy. Tak call aku ! Berpeluh je aku cari dia.
Pergi kat kaunter wayang tu, tengok dua-dua dah dok tersengih-sengih. Ha, tau la tu aku tengah marah. Pastu chan belanja aku pop corn, terus dah tak marah. Hiihihihi. Dahla pakai baju sama warna dengan aku. Biru kehijauan. Aku taktau lah, sepanjang kami keluar sebelum-sebelum ni, tak pernah aku keluar tengok dia pakai baju yang tak sama warna dengan aku. Mesti sama! Hasri pun camtu. Padahal tak rancang pun. Sebelum ni, kami keluar, tiga-tiga pakai baju grey. Sebelum tu, keluar, tiga-tiga pakai baju hitam. Sebelum tu jugak, tiga-tiga pakai baju purple. Kebetulan yang seakan dirancang. Padahal tak rancang pun. Cuma tadi aku pakai baju biru, selendang hitam, chan pakai baju biru cardi hitam. Hasri pakai baju hitam. Ish.ishh. hehehe. Ada gambar, aku nak upload tapi biasalah, hidup merempat gini, takda laptop seniri. Kejap guna pc, kejap guna laptop abah. Susah betui nak transfer pic guna bluetooth. Ada je masalah dia. Last nya, aku give up. huhu
Cerita ni la yang kami pi tengok tadi. Plot dia agak menarik cuma scene hantu tu, semuanya aku dah boleh teka. Hhehehe.Bila dah start soudn effect seram tu, ha, ada la tu hantu nak muncul. Aku siap boleh teka, hantu ni nak muncul sebelah atas ke, kiri ke kanan ke, bawah ke. Hehehe. Jadi aku bolehla pejam mata siap-siap sebab aku dah tau kan scene-scene hantu nak muncul. Hiihi. Cuma ending dia memang aku tak dapat teka. Aku macam, oooo, dia ni rupanya jahat. oooo, patutlah sebelum ni dia blablabla, dia jahat rupanya. Haaa, gitu la lebih kurang. Kira okey la, sebab aku ni suka teka ending movie. Kalau once aku dah dapat agak ending movie tu, memang aku takkan tengok dah. heheh
Pastu sebelum tayang cerita ni, adala ditunjukkan sedutan-sedutan filem yang akan datang. Ada filem ni tajuk nya Hantu Bonceng kot kalau tak silap. Zizan jad lead actor. Macam best je. Aku tengok trailer dia pun aku dah terkekeh-kekeh gelak. heheheheh. Zizan berlakon dengan ex gf dia Juliana Evans.
Haaa, ok la tu. Asalnya aku nak update sikit je, Sekali terpanjang daaaa. Maahappp. Byeee.
18 July 2011
Gwen Stefani and her family. So adorable !!
Assalammualaikum. Yaa, seperti yang dijanjikan, aku nak publish cerita dan gambar mengenai Gwen Stefani dan keluarga dia yang sweeet nih. Ada sesapa yang minat Gwen tak? Aku minat gak dia nih, masa dengan group dia dulu No Doubt pun aku minat. Sampailah dia solo diiringi dengan Harajuku Girls tu. Lepas tu, aku tak berapa dengar cerita pasal dia.
Jadi kali ni, aku nak tunjuk gambar-gambar dia dengan suami dia, Gavon Rossdale dan dua orang anak lelaki dia yang comel, Kingston Rossdale dan Zuma Rossdale. Bukan zuma game komputer tu naaa. Si Gwen ni berkahwin pada 14 September 2002. Kira ok la tu, dah lama kahwin dan still bersama. Macam ampa taktau, artis Hollywood ni kan, suka bercerai. Artis Malaysia pun sama jee. Ok, jum kita layan gambar jom.
Gambar-gambar ni diambil ketika Gwen dok bersiar-siar dengan anak-anak dan suami dia.
Tudiaa tengok tuh. Hot mummy. Yang didukung tu adalah Zuma Rossdale. Rambut satu acuan dengan mak dia kan? hehe
Ayah : Ai, Zuma, jangan la dok tengok abang hang tengah dok kentut tu. Biaq kat dia.
Zuma : Awat cara abang kentut macam meneran nak berak ja abah?
Kingston (seluar belang) : Hiyarghh!!!
Comelnya Zuma
Kingston ni, dok nampak gaya macam hensem ja ni bila besaq nanti. Muka ala-ala Latin sikit
Masa ni depa baru balik dari menziarahi rumah Gwyneth Palthrow di London. Si Zuma tengah buat perangai. Kingston je yang melompat gembira.
Gorgeous habiss !
Abah : Zuma, kalau hang nak main layang-layang, hang kena pegang lagu ni, ok??
Like like!
Alolololo!
dah jatuh tergolek Zuma ni.
Itu je, sweet kan family dorang ni. Aku suka tengok. hehe Ok, sampai di sini saja. Byeee
It's a small world, after all !
Ada lagi, aku jugak baru ter kenal paklang yang beberapa tahun tua dari aku je di Maktab Ipoh jugak. My so called paklang ni pun amek English jugak. Sebelum ni pun, ada la jugak mama aku cerita yang ada sedara jauh yang amek KPLI macam aku jugak, english jugak, tapi aku tak berminat pun nak mencari. Sekali haaa, paklang ku Hafiz rupanya. hahaha. So it does feel like home studying there surrounded by the people that are related to you. Hehe
Sebut pasal kecilnya dunia ni kan, ada satu lagi kes. Aku kenal kawan aku Ijan ni di Uitm Shah Alam, tempat aku buat Law Foundation dulu. Ijan pun berasal dari Kulim. Sebelum aku buat Law Foundation ni, aku sempat pegi form 6 selama 2minggu, dan ada jugak dapat tawaran UniKL di Melaka untuk kos chemical biotech amende tah. Shockingly, Ijan ni pun pernah pergi form 6 di SMJ Chio Min sama dengan aku dan jugak dapat tawaran UniKL Melaka, and in the same course! Tapi beliau tolak dan masuk Uitm Shah Alam, untuk Law Foundation (which was sama dengan aku jugak!) and met me. hehe. Yang menariknya kami tak pernah berjumpa pun masa Form 6 dulu, walaupun sekelas. Mungkin sebab aku suka ponteng kot dulu. hehe. Aku tak suka form 6. Aku banyak ponteng dan berharap aku dapat tawaran upu. Luckily i got myself in at Uitm Shah Alam for Law Foundation. hehe
So that's it. what a small world kan?? byee
17 July 2011
Hollywood pulak.
Okey, dah lama aku tak kasi updates mengenai artis-artis Hollywood ni kan? Dulu adalah dua tiga entri aku mengenai artis-artis antarabangsa ni. Aku dah draft dah update tentang artis ngetoppp Hollywood ni, tapi esok lah aku publish ya. Dan of course lah, aku publish gambar yang banyak. Aku tau korang ni pemalas nak baca, nak tengok gambar je kan?? Hahaha. Dulu aku ada buat entri mengenai brangelina. Cer klik sini bagi sesapa yang nak tengok. Ada, banyakkk gambar angelina dan brad dengan anak-anaknya yang keliling pinggang tu. Hehehe. Aku palingg suka Shiloh, anak perempuan Angie. Comel sangat ! Dan yang penting, daddy nya adalah hensem okeyyy. Hehe.
Okey. Itu je. Jumpa kita esok ya. Byee. Assalammualaikum.
p/s : Ada label baruu. hehe. Sila-sila jemput tengok label baru di sebelah kanan bawah shoutbox. Label 'Hollywood'.Tq
p/s : Ada label baruu. hehe. Sila-sila jemput tengok label baru di sebelah kanan bawah shoutbox. Label 'Hollywood'.Tq
Penyamaran yang hebat !!
Korang pernah tengok tak iklan pencuci baju tu, aku tak ingat pulak jenama apa. Yang ada dua orang budak ni, depa pi curi rambutan, lepas tu ada pakcik ni nampak and terus kejar dorang. Lepas tuh pakcik tu cari dorang tak jumpa sebab dorang menyamar di sebalik cadar putih yang disidai di ampaian, memandangkan dorang pun pakai baju putih, jadi pakcik yang bengap tuh tak nampak dorang.
Aku dengan adik aku selalu kutuk-kutuk iklan tu sebab nampak benoo nipunyer. Takkan lah pakcik tu punyalah rabun nak mampus, sampai tak dapat beza budak-budak tu dengan cadar putih tu. Taulah bebudak tu pakai baju putih, tapi muka dorang still warna coklat. Bukan warna putih punn Benci aku dengan iklan-iklan over camni tau.
Jadi, kali ni, aku nak tunjuk penyamaran yang hebat berkali ganda dari iklan bengap tu. Ada sorang pakcik ni dari China, beliau memang ada hobi pelik. Beliau suka mengecat badan beliau lalu menyamar di sekitar objek-objek di sekitar beliau. Memang terus tak nampak dah pakcik ni, bila dia cat diri dia sama warna dengan objek tu. Aku nak terang pun susah, jom lah layan gambar. Gambar-gambar ni memang tidak di ubahsuai dengan Photoshop ke apa. Memang orii.
Ada gambar yang korang jenuh tercari-cari, mana laa pakcik tuh.

Ha, nampak tak pakcik tu??
Yang ni agak hebat. Macam halimunan pulak aku tengok pakcik tu.
Aku nampak pakcik tuhh!! hehe
Okeyy, itu sahaja. Bye, Assalammualaikum~
Subscribe to:
Posts (Atom)


































