17 July 2011

Penyamaran yang hebat !!


Korang pernah tengok tak iklan pencuci baju tu, aku tak ingat pulak jenama apa. Yang ada dua orang budak ni, depa pi curi rambutan, lepas tu ada pakcik ni nampak and terus kejar dorang. Lepas tuh pakcik tu cari dorang tak jumpa sebab dorang menyamar di sebalik cadar putih yang disidai di ampaian, memandangkan dorang pun pakai baju putih, jadi pakcik yang bengap tuh tak nampak dorang.

Aku dengan adik aku selalu kutuk-kutuk iklan tu sebab nampak benoo nipunyer. Takkan lah pakcik tu punyalah rabun nak mampus, sampai tak dapat beza budak-budak tu dengan cadar putih tu. Taulah bebudak tu pakai baju putih, tapi muka dorang still warna coklat. Bukan warna putih punn Benci aku dengan iklan-iklan over camni tau.

Jadi, kali ni, aku nak tunjuk penyamaran yang hebat berkali ganda dari iklan bengap tu. Ada sorang pakcik ni dari China, beliau memang ada hobi pelik. Beliau suka mengecat badan beliau lalu menyamar di sekitar objek-objek di sekitar beliau. Memang terus tak nampak dah pakcik ni, bila dia cat diri dia sama warna dengan objek tu. Aku nak terang pun susah, jom lah layan gambar. Gambar-gambar ni memang tidak di ubahsuai dengan Photoshop ke apa. Memang orii.

Ada gambar yang korang jenuh tercari-cari, mana laa pakcik tuh.

Ha, nampak tak pakcik tu??

 Yang ni agak hebat. Macam halimunan pulak aku tengok pakcik tu.


 Aku nampak pakcik tuhh!! hehe













Okeyy, itu sahaja. Bye, Assalammualaikum~

4 comments: