Ema berfikir-fikir sendirian sambil melihat kasut yang dipakainya. Perlu ke aku tukar kasut baru? Kasut ni pun dah lama, dah agak buruk. Pakai pun dah tak selesa. Sebenarnya, memang dah lama Ema menyimpan hasrat untuk membeli kasut baru bagi menggantikan kasutnya yang lama itu, cuma belum ada yang berkenan. Setiap kali mencuba kasut di kedai-kedai kasut, pasti terdapat kekurangan. Rekabentuk dah memikat hati, tapi material di dalam pula yang tidak selesa. Kalau ada kasut yang selesa, rekabentuknya pula yang tidak menarik.Ada juga kasut yang selesa dan mempunyai rekabentuk yang menarik tetapi tidak sepadan dengan saiz kaki Ema pula Ada saja kekurangan yang menyekat Ema untuk menggantikan kasut lamanya itu.
Jadi, Ema meneruskan pencariannya untuk sepasang kasut yang selesa dan rekabentuk yang menarik bagi pandangan Ema. Setelah sekian lama, Ema masih lagi belum berjumpa kasut idamannya, jadi Ema membuat keputusan untuk melupakan sebentar hasrat untuk mencari kasut idamannya itu. Ema meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa dengan memakai kasutnya yang lusuh itu.
Sehinggalah suatu hari, sewaktu di pusat membeli belah, Ema terlihat sepasang kasut yang cantik dan sangat memikat hati Ema.
bersambung ...
1 comment:
oi ema! amboi boi dok buat novel plak. weuuwiitt!!! nti aku nk buat jugak la. adakah ini sempena insiden kasut tercabot aku tu ang dpt inspirasi??heheheh
Post a Comment