16 July 2011

Kau lagi?

Tak faham aku dengan kau ni. Dah aku marah, herdik, sindir kau pun, kau masih lagi nak hubungi aku. Kau takda perasaan nak marah aku balik ke? Huhu. Dan disebabkan oleh ke selamber an kau tu lah, makin menjadi-jadi aku marah-marah pada kau. Dahla, tak payahlah nak berusaha lagi. Kasihan pula aku pada kau. Menjadi mangsa amarah aku acapkali. Tadi, 'Awak, free tak hari ni? Jom keluar?' Aku balas, 'Tak faham bahasa ke apa? Saya taknak keluar dengan awak lah. Kenapa susah sangat nak faham??' Beberapa saat kemudian, kau balas, ' Hmm..yelahh...' Aku tak puas hati lalu laju je menekan punat-punat handphone, 'Lepas ni jangan ganggu saya lagi, boleh tak?? Rimass lah!' Tekan send. Tapi check balik hp, message is not delivered. Semak baki - RM0.00. Ciss.

Kau memang macam ni kan? Dari dulu asyik mengalah je. Dah bila kau kerap mengalah, lagi lah aku mengada. Dan mungkin beberapa kali cubaan, aku pun mengalah pada kau. Mungkin?? Tapi buat masa ni aku masih keras hati lagi. Maaf yer.





4 comments:

sweetsuraya said...

wesss, kisah kau mcm nk same ngan aku...

asyik2 org tu je nk mngalah...
aku ni duk keras hati sokmo...
aku slalu cari psal...
kesian kat dia...

tp, siapakah gerangan org yg slalu mengalah ngan ko tu???? ;)

Miss Masjue said...

siapa gerangannya orang itu??hihi

wanieybintang said...

su : haha, yg pasti bukan org yg sama...

masjue : org yg akak tak brape berkenan.. hehe

sweetsuraya said...

memang tak sama...
citarasa kita berbeza...
dari dulu, kini & selamanya...
hehehehe....