11 July 2011

Tips memilih kasut untuk nampak lebih langsing


assalammualaikum. Kali ini, aku nak tunjukkan beberapa tips untuk pemilihan kasut yang sesuai untuk menampakkan kita lebih langsing dan kurus. Memandangkan aku pun dah bertambah lemak-lemak di badan, maka adalah sangat sesuai aku bagi tips-tips ni. Tapi yang ni untuk perempuan je. Sorry guys!

1. Pilih kasut yang bertumit.
Kasut tu tak semestinya bertumit terlalu tinggi. Tapi memang kalau korang nak nampak lebih langsing, kasut tumit tinggi memang sangat membantu.

2. Kasut yang berbentuk muncung akan membantu menampakkan kaki anda lebih panjang.
Korang tau kan kasut bentuk muncung camne? Alaa, yang muncung macam ikan todak tu. Jadi kalau korang pakai kasut yang berbentuk muncung ni, automatik, kaki korang akan nampak lebih panjang. Kalau kaki anda nampak panjang, automatiklah anda akan nampak lebih kurus ! kan? Jadi kalau korang dah rasa kaki korang tu dah cukup panjang, tapi korang sebenarnya nak nampak lebih langsing, pilih lah kasut berbentuk muncung (Pointy toe shoes) macam gambar kat bawah ni.



aku panggil kasut ikan todak. hehe


3. Opened-toed shoes
Kasut yang terbuka di bahagian depan akan memberikan ilusi yang lebih kurus pada peha dan betis anda. Satu lagi jenis kasut yang akan menjadikan peha dan betis anda lebih kurus adalah sandal bertumit macam gambar di bawah ni.


sandal bertumit tinggi/ high heeled sandal



opened toed shoes


4. Elakkan dari memakai kasut yang bertali di buku lali (ankle straps shoes)
Kasut jenis macam ni (gambar di bawah) akan memberikan ilusi kaki anda lebih pendek.Apabila kaki anda nampak pendek maka secara tidak langsung anda akan nampak lebih gemuk dan pendek. Jadi elakkan dari membeli kasut jenis sebegini ya. Dulu-dulu zaman sekolah, aku minat gak kasut jenis gini. Seksi katanya. wuahahah.



ankle straps shoes


5. Wear slingback or backless shoes
Kasut-kasut begini (lihat gambar di bawah) akan memberikan ilusi kaki anda lebih panjang dan anda akan nampak lebih kurus berbanding jika anda memakai pumps yang semestinya akan membuatkan kaki anda lebih pendek dan anda sudah tentu akan kelihatan lebih gemuk!


backless shoes

slingback shoes


pumps

So, itu sahaja tips untuk kali ini. Harap-harap berguna lah untuk korang. Lain kali, aku post entri mengenai tips yang lain pulak ok. Byeee

3 comments:

saadah saadun said...

aku suka gila pumps tu

wanieybintang said...

kau pkai xpe adah, looks sexy on you. aku pkai kalu, dgn jalan kangkang nye. hancuss

saadah saadun said...

ko jgn menipu. kau adalah makin sexy sejak meningkat berat badan. perut mantain slim. T___T