Kasut tersebut dipamerkan di dalam almari kaca bersama kasut-kasut yang lain. Tetapi hanya ksut tersebut yang berjaya memikat hati Ema. Tetapi Ema belum berkesempatan untuk mencuba kasut tersebut. Tambahan pula, kedai tersebut memang terkenal dengan kasut yang berjenama dan agak mahal. Jadi Ema hanya melihat dari jauh sahaja kasut itu. Ema merasakan yang dia tidak mampu untuk membeli kasut itu, walaupun pada hakikatnya Ema belum lagi melihat harga sebenar kasut tersebut. Fikir Ema. Mesti mahal kasut ni. Dahla cantik rekabentuknya, dijual pun di kedai yang terkenal. Macam tak mampu je’ Jadi, Ema tidak pernah mencuba atau pergi melihat tanda harga pada kasut idamannya itu.
Sejak dari hari itu, setiap kali Ema pergi ke pusat membeli belah tersebut, pasti Ema tidak akan melepaskan peluang untuk melihat kasut idamannya dari jauh. Dari jauh Ema mengkagumi dengan keunikan rekabentuk kasut tersebut. Tidak pernah terlintas dihatinya untuk melihat tanda harga kasut tersebut, apatahlagi membelinya. Baginya sudah cukup jika dapat melihat kasut tersebut dari jauh dan berangan-angan.Bila laa aku dapat beli kasut tu. Mesti cantik kalau kasut tersebut berada di kaki aku.
No comments:
Post a Comment